![]() |
| "Kau boleh blah sekarang!" |
Imran
lelaki bacul! Takut untuk berterus terang! Selama ini aku mati-mati percaya dia
betul sayangkan aku tapi rupanya tidak! Selama lima tahun menyulam kasih,
begini sahaja caranya kami berpisah? Ya Tuhan, kuatkan hati aku.
Aku
baru sedar mengapa tidak digalakkan bercinta atau berkahwin dengan pasangan
yang satu tempat kerja, selain susah untuk dapat cuti bersama, pasangan
bercinta satu pejabat juga akan mengalami masalah untuk move on bila hubungan mereka terputus. Selain, menjadi tumpuan satu
pejabat. Huh! Seksa!
Pagi
ini, saat sinar matahari sedang memancarkan sinar yang mengandungi vitamin D, di saat jalan masuk ke Kuala Lumpur
sedang sesak dengan kenderaan dan ketika perut aku sedang berkeriuk kerana dari
semalam tak makan, aku sudah di kerumuni oleh beberapa orang teman sekerja. Ini
semua mesti kerja budak pejabat yang tinggal satu rumah dengan Imran, tak padan
lelaki, bergosip mengalahkan perempuan!
“Betul
ke kau dan Imran dah putus? Aku tak percaya, pagi tadi Rahim bagi tahu aku
katanya kau minta putus.” Bisik Mila budak HR department. Ni mesti nak dapatkan
kepastian dari aku kemudian dia nak sebar ke seluruh pejabat.
“Ambil
cup cake tu. Banyak aku bawa.” Balasku
memuncungkan bibir ke arah satu kotak kek yang dibawa dari rumah.
Mila
segera membuka kota tersebut. “Wah, comel-comelnya. Kau buat semua ni?”
Aku
mengangguk, membuka suis komputer, mencapai mug di hujung meja. Aku berjalan
menuju ke bilik makan. Mila terus mengekori aku bersama dua biji kek cawan di
tangannya.
“Kenapa
Nadia, kau dah ada lelaki lain ke? Aku dengar tengah hari semalam kau ada
terima bunga dari peminat rahsia, betul ke?”
Aku
diam, sengaja tak jawab. Aku ingatkan bila dah dapat kek cawan dia terlupa
dengan soalan dia tu. Aku mengeluh lagi, mencapai satu paket milo fuze. Tak sampai 10 saat air milo
aku siap.
“Kesian
aku pada Imran. Dia betul-betul sayang kau. Tapi sampai hati kau tinggalkan
dia.” Tambah Mila mencemik.
Okey,
cukup! Dia berjaya buat aku marah! Aku merenung wajah Mila yang bertudung
litup. Tak padan dengan tudung, pagi-pagi dah nak bergosip dengan aku. Tapi
mujur juga dia sendiri datang jumpa aku dari buat spekulasi yang bukan-bukan.
“Bukan
aku yang tinggalkan dia, tapi aku tolong dia buat keputusan yang dia sendiri
tak berani nak buat.” Balas aku, mencerlung geram.
“Aku
tak faham.” Jawab Mila berkerut wajah.
Aku
mendengus perlahan, “Macam nilah, kau tak payah faham apa-apa. Antara aku dan
dia tak ada jodoh. Full stop.”
“Tapi
dah lama kau bercinta, takkan nak putus macam tu je? Takkan tak boleh baiki
lagi?” Mila terus merenungku.
“Kau
ingat, nak baiki cinta ni macam nak baiki kereta?” Aku memandang sebal pada
Mila.
Mila
diam. Mungkin sedang mencerna setiap patah kata aku.
“Jadi,
bukan sebab kau ada lelaki lain?”
Aku
menggeleng.
“Habis
bunga semalam tu siapa bagi?”
Aku
merenung wajah Mila. Kalau ikut hati geram aku mahu saja aku halau dia dari
pantry ni. Tapi mengenangkan dia orang HR maka aku terpaksa bercakap baik-baik.
Orang HR ni jangan sesekali cuba dibuat musuh nanti sampai sudah kita dijadikan
musuh mereka. Nanti kalau aku lambat datang kerja sikit mula bising. Ini bukan
tuduhan tapi Yatie yang ingatkan aku. Katanya dia selalu buat macam tu pada
mana-mana pekerja satu pejabatnya. hasilnya, dia sangat dihormati oleh semua
orang. Jadi sebab itu aku selalu berhati-hati berbual dengan budak-budak HR.
Betul atau tidak teori tu aku malas nak cuba.
“Kawan
aku, dia nak minta maaf sebab tu dia hantar bunga.” Balas aku acuh tak acuh.
“Kawan
lelaki ke perempuan?”
“Perempuan.”
Jawabku acuh tak acuh. Meneguk minuman.
Wajah
Mila berkerut. “Eh, takkan perempuan hantar bunga? Pelik dah tu.” Kening Mila
mula terangkat. Aku faham maksud ‘pelik’ yang ditekankan oleh Mila tadi.
“Tak
ada yang peliknya. Dah aku letakkan syarat macam tu.” Balasku lagi.
“Tapi
aku dengar dekat kad tu tulis ‘peminat misteri’.”
Aku
memandang sebal pada Mila. Hesy… ada juga yang nak kena penumbuk ni. Dahlah aku
baru putus cinta, banyak soal pulak!
“Beb,
sorry… aku ada kerja. Kau nak percaya cakap aku atau cakap orang lain ke,
terserah pada kau.” Aku terus berjalan keluar meninggalkan Mila yang masih
dengan muka kelatnya.
Sebaik
sahaja aku melangkah keluar dari pantry,
bilangan mereka yang berkerumun di meja kerjaku semakin bertambah.
Masing-masing sedang menikmati kek cawan sambil asyik berbual. Aku menarik
nafas dalam bersiap sedia untuk membuat ‘press
conference’.
“Nadia,
betul ke apa yang kami dengar. Semua orang dah kecoh dekat facebook, tapi kau tak balas-balas pun.” Laila bertanya, wakil dari
bahagian akaun.
Ya,
memang aku saja tak buka facebook.
Sebab aku tahu mesti hati aku akan sakit kalau aku buka dan baca segala komen
mereka. Kamilah, Nina dan Suhaila hanya memerhati aku dari meja masing-masing turut
menantikan jawapan dariku. Ketika aku sampai tadi mereka masih belum sampai,
mungkin dia orang pun terkejut melihat mejaku menjadi tempat berkumpul kaum
wanita di pejabat ini. Yang paling aku tak tahan, setiap department menghantar satu atau dua wakil. Dia orang ni memang
melampau! Aku melabuhkan punggung menghirup air milo.
“Apa
yang kau orang dengar?” Aku bertanya malas. Ada masa lima belas minit lagi
sebelum waktu kerja bermula. Cepatlah jam gerak, biar cepat-cepat mereka
beredar.
“Aku
dengar kau dan Imran dah putus.” Tanya Kamariah. Juga wakil bahagian akaun.
Budak-budak akaun ni tak ada kerja ke?
“Ya..
lagi?” Tanyaku cuba mengawal hatiku agar tidak terlalu panas.
“Sebab
kau ada lelaki lain?” Soal Yaya, wakil bahagian engineering.
“Tak…
lagi?” Terasa macam ditemubual untuk rancangan melodi pun ada.
“Tipulah,
habis tu… kenapa nak break-up?”
Sampuk Ida, seorang lagi wakil dari bahagian HR.
“Sebab
tak ada jodoh.” Balasku acuh tak acuh. Cuba mengukir senyum, tapi aku tahu
senyuman aku mesti kelihatan seperti tak cukup gula.
“Habis…
siapa bagi bunga dekat kau semalam tu? Sebab bunga tu ke kau dan Imran bergaduh
besar dan berpisah? Dia cemburu atau kau memang tak mahu dia lagi?”
TERIMA KASIH.
BERSAMBUNG....
“Weh…
satu-satu okey. Kau orang ni mengalahkan wartawan melodi lah! Aku je pun putus
cinta bukannya artis.” Aku mengeluh berat. Mereka ni tak tahu ke aku tengah
berkabung? Tolonglah jangan tanya soalan yang aku sendiri tak tahu nak jawab.
“Yalah,
kami asyik berangan nak makan nasi minyak kau orang, tiba-tiba jadi macam ni
pula.” Sampuk Laila menjeling mungkin masih tak puas hati dengan jawab yang aku
beri.
“Alar
setakat nak nasi minyak, aku boleh belanja kau orang bila-bila masa.” Aku
berdalih sengaja membiarkan waktu membazir begitu sahaja. “Bila kau orang nak
makan? Lunch nanti?” Perliku lagi, geram
sungguh! Hanya kerana nak makan nasi minyak mereka nak sibuk-sibuk fasal aku?
(okey, aku tahu maksud mereka, saja buat-buat tak tahu.)
“Kau
cakaplah betul-betul, kenapa? Aku kesian dengan Imran, dia betul-betul sayang
kau tau.” Balas Kamriah dengan wajah berkerut.
“Mana
kau tahu dia sayang aku? Dia mengaku depan kau?” Sabar Nadia… sabar. Aku
menarik nafas dalam kemudian menghembus laju.
Kamariah
tersengih-sengih seperti kerang busuk, “Tak adalah. Tapi cara dia layan kau
macam dia sayang sangat dekat kau.”
“Aku
malas nak komen apa-apa. Sebab yang bercintanya aku dan Imran, jadi hanya kami
yang tahu apa yang kami alami. Kau orang setakat tengok dari luar je janganlah
nak buat macam-macam andaian.” Tiba-tiba hati aku mula panas. Semua orang macam
nak salahkan aku saja ni. Ini tak boleh jadi!
“Habis…
siapa bagi bunga semalam? Takkan perempuan kot nak bagi bunga ros sekuntum?” Entah
siapa yang bertanya aku pun tak tahu. Mata aku dah berpinar dikerumuni dengan
‘wartawan tabloid’ yang tak bertauliah.
“Aku
tak tahu siapa bagi bunga tu, tak ada nama. Mana aku tahu siapa orang tu dan
kenapa dia nak bagi bunga pada aku!”
“Habis
tu kenapa tiba-tiba kau orang putus ni?”
“Hesy…
apa yang nak hairan sangat? Aku bukan bercerai pun… putus cinta je kot.
Pergilah buat kerja masing-masing. Nanti kalau bos nampak naya!”
“Tak
pernah-pernah aku tengok orang putus cinta relax
macam kau. Ni mesti betul kau ada lelaki lain ni, kan?” Entah minah kecoh mana
pula yang tanya soalan ganas ni. Ikutkan hati mahu aku belasah je!
Aku
menarik nafas dalam menghembus laju, “Apa-apa saja yang kau orang nak cakap,
cakap lah. Kalau aku kata bukan, kau orang tak percaya… jadi, buatlah apa pun
spekulasi aku tak marah, yang aku nak marah ni… boleh tak kau orang jangan
kacau aku. Aku nak buat kerja, dah 8.30 kejap lagi Encik Amar masuk kau orang
bersoal jawablah dengan dia. Aku tak campur!”
Aku
terus menyelak dokumen yang bertimbun di atas meja. Perlahan-lahan mereka
bersurai. Namun aku masih dapat menangkap bisikan mereka.
“Aku
agak memang dia ada lelaki lain.”
“Kasihan
Imran, aku kalau dapat lelaki sebaik tu memang aku tak akan cari lain dah.”
“Kau
agak, siapa yang bagi bunga tu?”
“Mesti
lelaki tu lagi hensem dari Imran.”
“Atau
mungkin lagi kaya?”
“Hesy…
orang kaya ni mana boleh percaya sangat.”
Aku
menggeleng kepala mendengar segala teori mereka. Biarlah apa mereka nak fikir,
yang penting aku nak tenangkan jiwa aku yang kacau. Gila, mereka boleh cakap
aku bertenang bila putus cinta? Dia orang tak tahu, dah berbakul-bakul air mata
aku tumpah semalam. Takkan aku nak menangis di pejabat pulak. Nanti kalau Imran
nampak habis ego aku, buat apa aku nak menangis sedangkan Imran langsung tak
kisah!
Kenapa
mereka nak kesiankan Imran? Mereka tak kesiankan aku ke? Dalam hal ni aku
mangsanya. Bertahun-tahun aku setia dan tunggu Imran, tapi sampai sudah dia tak
pernah cakap nak masuk meminang aku, jadi salah aku ke? Kenapa mereka tak salahkan
Imran yang tak bertanggungjawab dan bacul tu?
Huh!
Dasar perempuan, memang suka salahkan perempuan lain! Opss… aku pun perempuan…
huhu.
![]() | |||
| "Ada yang nak kena belasah dengan aku ni." |
TERIMA KASIH.
BERSAMBUNG....












