Bab 17
~ Khalif Aufa~
“ABANG,
pinjam name tag.” Khalif memang
panggil pemandu peribadi ayah dia dengan panggilan abang.
Lagi
pun jarak usia mereka berbeza
sepuluh tahun. Tapi abang Jamil kelihatan lebih tua dari usianya mungkin kerana
dia mengidap kencing manis menyebabkan dia nampak tidak bermaya dan rambut dia
yang sedikit beruban.
“Nak
buat apa tuan?” Jamil kerutkan dahi.
“Saya belum dapat saya punya.
Malas nak suruh receptionis tolong bukakan,” balas Khalif, menanti dengan sabar
Jamil menyerahkan tag kerjanya.
“Tak
apa, nanti abang minta Nurul tekan butang untuk tuan.” Jamil serba salah.
Takkan tuan baru dia tu nak pakai tag nama driver pula.
“Abang
ni kedekut betul.” Khalif mengusik.
Jamil
tersengih.
“Takkan
K nak pakai tag nama ni?” Panggilan ‘tuan’ bertukar menjadi ‘K’.
Sebenar
dia dengan Khalif memang dah kenal rapat. Maklumlah, dari Khalif belajar dekat
kolej lagi dia dah bekerja dengan Dato’ Harun. Cuma dekat pejabat dia terpaksa
mengunakan panggilan ‘tuan’ supaya pekerja lain tak salah faham. Kalau ikutkan
Khalif dia memang tak suka Jamil panggil dia ‘tuan’, geli katanya!
“Tak
kisah.” Khalif terus menghulurkan tangan.
Dengan
wajah berat Jamil menyerahkan tag mananya kepada anak majikanya.
“Abang
dah makan?”
Jamil
kelihatan serba-salah.
“Okey,
nanti saya bungkus untuk abang. Boleh kita makan sama-sama dekat atas.”
“Kalau
nak bungkus baik abang tolong belikan.” Jamil masih tak sedap hati.
“Abang
duduk diam-diam kat sini. Saya nak merayap dulu lepas tu baru nak pergi beli
makanan. Kalau saya pakai tanda nama ni pekerja tak kenal siapa saya,” ujar
Khalif berdalih.
“Mesyuarat
pagi ni jangan lupa. Nanti Dato’ marah kalau tak muncul. Semua pemegang saham
datang tau,” pesan Jamil.
“Saya
tahu, abang jangan risau.” Khalif tersengih, mengenyitkan mata.
Sebenarnya
dia bukan nak pergi cari makan pun, saja nak tinjau-tinjau keadaan tempat
kerja. Dah lama dia tak datang Emas Holding, dah dekat lima belas tahun. Banyak
yang dah berubah. Sistem dan hiasan dalaman yang digunakan pun semakin canggih.
Nampaknya Emas holding memang mengikuti peredaran semasa.
Oh, lagi satu, dia harap dapat
bertembung dengan si gadis yang datang temu duga. Kalau si gadis tengok dia
pakai tag nama ni mesti si gadis tak anggap dia penganggur. Kalau untung sabut,
boleh dia pura-pura berkenalan, tanya nama dan nombor telefon.
Walau
pun dia dah ada semua maklumat mengenai Nadia tapi dia tak boleh terus terjah
jer. Mesti Nadia hairan dari mana dia tahu nama dan nombor telefon. Jadi, nak
tak nak dia kena berkenalan juga
dengan Nadia. Berlakon kena bijak.
Ketika
dia menapak ke lobi terlihat Nadia berjalan keluar menuju ke café. Ini sudah
bagus. Dia bergegas keluar. Sebaik saja dia sampai di belakang terdengar Nadia
merungut.
“Wah! Mahal tiga ringgit! Haish, tak boleh jadi ni. Kalau
aku tahu semahal ini baik aku pergi minum kopi di kedai mamak!”
Dia terus berdiri di belakang, dengan harapan agar
Nadia menyedari kehadirannya. Namun, lain yang diharap lain pula yang terjadi.
“Awak…
awak pekerja Emas Holding, kan?”
Khalif terpinga. Berkelip-kelip mata memandang Nadia.
“Ya,” jawab Khalif sepatah. Biar betul ni, dia tak
kenal aku ke?
“Saya
baru kerja di sini, terlupa bawa kad pekerja. Saya masukkan order saya dalam order
awak boleh? Nanti saya bayar.”
Aik? Baru temu duga dah dapat kerja? Biar betul dia
ni?
“Okey.” Khalif masih kehairanan.
“Jimat tiga ringgit. Awak ambil tempat saya, ini
pesanan saya.” Nadia menghulurkan kertas pesanannya.
Khalif tersenyum kecil. Menyambut kertas yang
dihulur. “Dah berapa lama awak kerja kat sini?”
Saja dia tanya soalan tu dengan harapan Nadia kenal siapa dia.
Nadia mendongak, agak lama. Mesti dia dah kenal aku!
Khalif terus tersenyum menaik-naikkan kening mengharapkan Nadia ingat, tapi…
“Erkk…
baru… baru… je.” Gadis itu
tergagap-gagap.
Lar! Tak cam lagi ke?
“Oh, awak datang temu duga hari ni, kan?” soal Khalif
lagi. Kalau tak cam juga memang ada masalah pendengaran dan pengelihatan ni!
“Ya.”
“Wah, tahniah,” ucap Khalif.
“Erkk…”
Nadia mendongak.
“Terima
kasih.” Pantas saja gadis itu pandang ke arah lain, keluarkan telefon bimbit
dan kemudian sibuk membelek majalah.
Niat
untuk terus berbual terbantut. Pertama, sebab Nadia macam tak nak bercakap
dengan dia dan ke dua, gadis ni memang sempoi! Selamba badak membebel fasal
soalan mengarut tu depan semua orang! Aduhai, kalau aku terus ajak dia berbual
mesti staff aku ingat lelaki malang itu adalah aku!
Nadia…
Nadia…
Khalif
menggeleng kepala, melangkah setapak ke depan. Sekali-sekala menjeling melihat
Nadia yang asyik menjawab kuiz di majalah.
Sedang
dia menanti pesanan siap, telefon bimbitnya berbunyi. Setiausaha papanya
menelefon minta dia segera masuk ke bilik mesyuarat kerana tak lama lagi
mesyuarat akan bermula.
Sebaik saja pesanan makanan siap,
dia segera mendapatkan si gadis dan menyerahkan makanan tersebut dan kemudian
bergegas pergi. Sesi perkenalan terpaksa dibatalkan demi tuntutan kerja. Hari
pertama kerja kut, mana boleh masuk lambat. Nanti semua orang tak percaya
dengan kebolehan dia.
Emmm…
melepas lagi!
Tak
apa Nadia… our day will come.
BERSAMBUNG
4 comments:
owhh...begitu alkisahnya.....pelik juga pasal name tag "Driver" tu....
eeee tak sabar nak pegang buku ni
saya selalu baca n3 red scarf
best!
Senag senang layari blog saya
www.jomsupplement.com
gitula kisahnya Aimiii.. hehehe
Anissa Aliss... tqqq.. okeh nnti saya terbang ke sana ya. :)
buku ni dah publish ke??
Post a Comment