Bab 11
Keesokan
paginya selepas menghantar Tania menaiki bas di luar pagar kondo, aku mengambil
peluang berjalan-jalan di sekitar kawasan perumahan ini. Pak Daniel menujukkan
gim jika aku mahu bersenam. Aku dibawa melihat kawasan kolam, dewan badminton.
Kemudian
dia bawa aku melihat dewan serba guna yang selalunya digunakan oleh penduduk
bila hendak mengadakan jamuan atau sebarang majlis besar. Selepas melawat dewan
dia membawa aku ke taman permainan kanak-kanak. Tetiba terasa macam ahli
politik melawat kawasan je!
Selepas
menunjukkan semua tempat itu, dia meminta diri untuk kembali ke pondok. Aku pula
mengambil peluang untuk berjalan-jalan menikmati kemewahan yang bukan milik
aku. Sedang aku asyik berkhayal membayangkan diri aku memiliki salah satu rumah
di kawasan ini dan berenang dalam kolam di depan aku tiba-tiba terasa bahu aku
disentuh.
“Hai princess. Waiting for prince charming?”
Aku
menoleh. Sekali lagi aku terpempan. Fazrin Adam tegur aku? Okey, kawal diri
Lara… aku menarik nafas, cuba buat muka cool.
“Nope, he’s too lazy to leave his castle.”
Balas aku tersenyum. Dia ketawa.
“Habis
tu tunggu siapa ni?”
“Mr.
Charming.” Balas aku bersahaja.
Kedua
kening dia terangkat. “Oh, I see…”
Melihat
tuala putih tersangkut dibahunya, aku yakin mesti dia hendak berenang. Patutlah
dada dia bidang macam Mr. Sam, rajin berenang!
“You don’t mind if I seat here? Or you
reserve this for your Mr. Charming?” Dia menjeling pada kerusi di hadapan
aku.
“If you think you’re charming enough?”
“Of course I’m.” Dia tergelak kecil
menarik kerusi. “So, dari tadi aku nampak kau asyik tenung kolam ni. Takut nak
terjun ke?” Dia pandang aku. Redup mata dia memang memukau hati. Lara… cool… cool…
“Dengan
baju macam ni?” Aku memandang tubuh aku yang hanya mengenakan T-shirt dan
seluar jeans. Rambut tak sempat nak blow,
mesti tengah bersepah sekarang ni. Perlahan-lahan tangan aku membetulkan rambut.
“So, UK, kau tinggal dekat mana? London?” Soalnya dengan wajah teruja.
Aku menggeleng. Baru aku nak buka mulut
dia terlebih dulu bersuara.
“Okey, let me guess…” Dia diam seketika seperti sedang berfikir. “Birmingham?”
Aku
menggeleng.
“Okey,
wait… emm.. Warwick?”
“Bukan.”
Balas aku. Mendengus kasar.
“Okey,
kali ni mesti betul.” Dia tersengih. “Kingston?” Dia memetik jari sambil
menaik-naikkan kening.
Aku
menggeleng. “Nak teka lagi?” Tanya aku dengan nada sarkastik.
“Aku
benci subjek goegrafi dulu. Okey, tell me.”
Keluh dia perlahan.
“Ulu
Kelang.” Balas aku terus menoleh ke arah kolam tak berani nak pandang mata dia.
Tiba-tiba
terdengar tawa dia meledak. “Are you
serious?” Bulat mata Dia memandang aku.
Aku
mengangguk. “Sorry, aku tak maksud
nak menipu pun. Tapi kau tu yang tak bagi aku cakap.” Dia dah bahasakan ‘aku’
dengan aku, jadi apa salahnya kalau aku guna kata ganti nama yang sama, kan?
Orang kata, kalau membahasakan diri dengan ‘aku’ hubungan cepat mesra. Mana
tahu, untung sabut bolehlah aku berkawan dengan artis. Yeh-yehhhh…
“Mati-mati
aku ingat United Kingdom.” Dia menjeling. Aku tersengih.
“Tak
sempat aku nak explain, kau dah tukar
topik semalam, lepas tu kau pun menonong je
masuk.” Balas aku, membela diri.
Dia
tergelak kecil, menggeleng-geleng kepala. “Sorry,
rough day. Semalam aku baru kena serang dengan wartawan, sebab tu masa
nampak kau aku fobia. By the way, kau
kenal aku, kan?”
Aku
mengangguk. Haish, menjengkelkan pula bila dia asyik tanya soalan ni. Kalau aku
jawab tak kenal nanti mahu dia tersentap.
“Aku
ingat kau betul-betul tak kenal aku.” Dia tersenyum kecil.
Belum
pun sempat aku membalas kata-katanya, tiba-tiba terdengar suara dari arah
belakang.
“Sayang,
sini rupanya you.” Seorang wanita
cantik menghampiri kami. “Who is she?”
Tanya dia sebaik sahaja berada di depan aku.
“Oh, my neighbour.”Balas Fazrin.
“Oh…
hai, I Asyikin, teman wanita…” tiba-tiba dia terdiam. “Oh, babe, im sorry, terlepas cakap.” Dia memandang
Fazrin dengan pandangan serba-salah.
“Tak
apa, dia boleh simpan rahsia.” Balas Fazrin menjeling pada aku.
Aku
mengangguk. Ceh! Dia dah ada teman wanita? Maknanya gosip yang sedang hangat sekarang
ni memang betul? Kecewa lagi.
“And you are?” Pertanyaan Syikin mengejutkan aku yang sedang melayan
rasa kecewa. Kecewalah sangat. Apa aku kisah, Mr. Sam kan ada.
“Lara
Alisya.”
“Nice name.” Puji Syikin. “Hey,
did I know you?” Dahi dia berkerut-kerut. “Muka you ni macam pernah nampak. Di mana ya?”
Alahai,
jangan pula kau cakap kau pembaca novel aku. Nanti tak tahu mana aku nak sorok
muka ni. Tapi tak mungkin dia pembaca novel aku. Perempuan macam dia ni mesti
suka mengangkat tinggi karya-karya penulis barat. Yalah, novel-novel melayu kan
banyak klise, tema sama yang diulang-ulang. Bukan aku yang kata ya. Aku cuma
ambil quote dari kawan aku yang
selalu minta free copy novel-novel
aku.
Entah
apa yang seronok sangat dengan novel barat tu pun aku tak tahu. Baru-baru ni
aku baca novel penulis barat terasa nak hantuk kepala dekat dinding! Cerita
yang entah apa-apa pun berjaya diterbitkan. Emmm…
Tapi…
memanglah, banyak juga novel dari barat yang seronok dibaca sampai kalau aku
baca susah nak letak. Cumanya, bila sampai part ehemm-ehemm yang terlalu diperincikan tu terpaksa aku lompat galah
panjanglah. Lagi pun, orang yang belum kahwin macam aku ni mana faham nak baca
part ehemm-ehemm tu. Betul ke tak
faham? He… he…
“Aha!
Semalam you hampir terlanggar I dekat
lif!”
“Oh… it’s you?” Terkebil-kebil aku pandang dia. Secara automatik
pula lidah aku tukar siaran LON-DON.
Dia
mengangguk.
“I
minta maaf, tengah kelam kabut semalam.” Ucap aku menarik nafas lega. Apa hal
pula dia nak kenal aku kerana novel. Macamlah novel aku tu terkenal seantero
Malaysia.
Dia
mengangguk. “It okey. Silap I juga,
jalan tak tengok kiri kanan.” Dia tersenyum.
Bagus
juga dia ni, tak berdendam. Walau pun muka dan gaya nampak macam kerek, tapi tak berlagak macam Shida
setiausaha tu.
“Sayang,
I pergi mandi dulu. Kejap lagi I nak keluar ada shooting.” Kemudian dia terus berlalu. Fazrin angguk kembali
menoleh pada aku.
“Jadi,
you ni perempuan simpanan Mr. Sam?” Tiba-tiba
Fazrin bertanya.
Hampir
gugur jantung aku! Melopong aku merenung wajah Fazrin. Dia tersenyum nakal.
“Jaga
mulut sikit eh!” Haish… ada yang nak kena baling dengan selipar Jepun ni!
“Eh,
salah ke?” Dia tersenyum mengejek.
“Yalah.
Sesuka hati nak tuduh aku ni perempuan simpanan. Ingat aku ni perempuan yang
tak ada maruah ke?” Jerit aku mencerlung geram.
“Semalam
kau juga mengaku baru pindah.” Dia menjeling acuh tak acuh.
“So?” Soal aku dengan gaya gedik.
“So, that house belong to Mr Samsul
Adli.” Balas dia meniru gaya aku
tadi.
“Habis
tu kenapa mesti kau tuduh aku ni perempuan simpanan dia? Kenapa tak kata aku ni
sepupu dia ke, adik dia ke, isteri dia atau pembantu rumah dia?”Aku menjeling
sebal.
Dia
tersenyum sinis. “Pertama, cousin?
Setahu aku cousin dia tak ada
perempuan. Kedua, dia anak tunggal so
dia tak ada adik atau kakak. Wife?
Seriously? Hey, kalau dia kahwin pun, mahu satu kondo ni dia jemput. And last, maid?” Dia memandang aku atas
dan bawah. “Takkan kau maid kot?
Kalau dia boleh dapat maid macam kau
ni, aku pun nak seorang.” Dia tersenyum gatal.
Melongo
memandang dia seketika. “Kau rapat dengan Mr Sam?”
Dia
angguk. “Bolehlah.” Mengangkat wajah, seperti bangga.
Ceh,
apa nak dibangga sangat kalau kenal Mr. Sam pun. Lainlah kalau Mr Sam bangga
sebab kenal dengan artis macam dia.
“Tapi,
taklah rapat sangat.” Tambah dia lagi.
“Habis
tu, macam mana kau tahu semua perihal Mr Sam?” Tanya aku hairan. “Sampai sepupu
orang tu pun kau tahu, haruslah kau kenal rapat.”
“Biasalah.
Mr Sam, siapa tak kenal.” Dia menjeling. “Jangan kau cakap kau tak kenal Mr
Sam?”
“Kalau
ya?” Terkebil-kebil mata aku pandang dia. Oh, tolonglah… jangan kau kata dia tu
mafia! Jangan!
Kedua
keningnya terangkat. “Kau tinggal dalam hutan ke sebelum ni?”
Amboi,
sesedap mulut dia je. “Siapa dia?”
Tanya aku cuba menahan marah. Kalau aku marah nanti ada pula yang terjun kolam.
Nanti tak fasal-fasal aku juga yang melepas peluang nak bercanda dengan Fazrin
Adam!
Dia
menepuk dahi. “Kau ni biar betul. Takkan kenal sehari dah berani masuk rumah
jantan!”
“Hey,
mulut tu jaga sikit eh!” Aduhai, memang aku tak boleh blah dengan mamat ni.
Boleh
tahan juga mulut si Fazrin ni, terhapus segala karektor lelaki melayu terakhir
yang selama ini aku sandangkan untuk dia. Ternyata semua sikap gentleman dalam drama hanyalah drama
semata-mata. Adeh, tipah tertipu lagi!
“Sorry. Tapi… macam mana tinggal satu
bumbung tapi tak kenal.” Dia menggeleng kepalanya. “Entah minyak apa Mr Sam tu guna
untuk goreng kau, eh?” Dia tersenyum
kecil.
“Minyak
sapi.” Aku mencemik. Dia ketawa. Aku terus menunggu dia bercerita mengenai Mr
Sam. Nak tahu juga perihal majikan aku yang super-hot
tu.
“Kalau
setakat minyak sapi, aku pun mampu.” Dia tersengih.
“Hey,
cakaplah. Siapa dia?” Aku mula hilang sabar melayan mamat ni. Menjengkelkan
sungguh!
“Untuk
pengetahuan cik princess, he’s the
riches man on this…” dia terdiam seketika seperti sedang memikirkan
sesuatu.
“Please don’t say on this planet.” Aku
menjeling. Mengeleng kepala beberapa kali.
Kalau
ya pun nak bohong agak-agaklah. Kalau terkaya di dunia, mesti dah lama aku
tahu. Yalah, siapa tak bangga bila orang melayu kita menjadi terkaya di dunia.
Dan kalau dia terkaya di dunia, apa hal dia nak tinggal dekat sini? Aku
mendongak memandang bangunan kondo mewah yang mencakar langit. Terlihat langit
yang membiru.
“Not planet lah, tapi dalam kawasan kondo
ni.”
“Serius?”
Bulat mata aku memandang dia.
Dia
mengangguk. “Dan dia juga antara lelaki popular di KL ni. Semua perempuan kenal
dia dan terhegeh-hegeh nak dekat dengan dia.”
“Saham
dia lagi mahal dari saham kau lah ya?” Aku tersenyum mengejek.
“Ya.”
Ujarnya dengan mecebik.
Aku
tersenyum kecil. “Tapi kenapa? Apa yang hebat sangat fasal dia tu? Emm… selain,
kacak perkasa, selain suara husky dia tu… selain…”
“Yalah,
aku tahu dia tu lelaki sempurna!” Dia menjeling. Aku tersengih. “Eh, kau ni
memang betul tak tahu fasal dia?”
Aku
menggeleng.
“Kau
tinggal dalam hutan dekat Ulu Klang, eh?” Dia melongo memandang aku.
“Boleh
tak kau bagi tahu aku siapa dia?” Aku meninggikan suara. Tiba-tiba pula terasa
seperti berbual dengan Ayun. Hesy, kalau Ayun tahu tekaan dia tepat mengenai
Fazrin Adam, memang teruk juga aku kena bantai.
“Diakan
arkitek terkenal. Bangunan ni dia punya rekaan. Dan beberapa bangunan lain
sekitar KL dan seluruh Malaysia. Sekarang syarikat dia dapat tender design satu bangunan dekat US.”
Wow,
gila kaya kalau macam tu. Tapi… kenapa tinggal dekat kondo je? Kalau kaya macam tu, dia boleh buat istana dekat lereng bukit
Damansara… atau mana-mana lereng bukit yang ada dekat KL ni.
“Are you a stalker?” Soal aku berkerut
dahi. Tadi kata tak rapat, tapi sampai tender mana syarikat Mr Sam dapat, itu
sudah lebih.
“Eh,
buat apa aku nak stalker dia pula?”
Dia menjeling, mencemik.
“Habis
tu… sampai semua kau tahu. Atau kau ni dua alam?” Aku menaikkan kening pada
dia.
“Hello… kau tak nampak awek aku tu?” Dia
memuncungkan bibir ke arah Syikin yang sedang berenang.
“Nothing imposibble these day.” Balas aku
acuh tak acuh.
“Walau
pun aku tak alim, tapi aku tak sejahil tau.” Dia menjeling. “So, kau siapa?” Dia memandang penuh
berminat.
“Baby-sitter Tania.” Balas aku perlahan.
Mulut
dia ternganga, bulat matanya merenung wajah aku.
“Kenapa
pandang macam tu?”
“Pelik,
perempuan comel macam kau kerja baby-sitter?
Atau… saja alasan kau nak dekat dengan Mr Sam?” Dia tersenyum nakal.
Bulat
mata aku pandang dia. Tapi kali ini bukan sebab nak marah dengan spekulasi dia
tu, tapi… Fazrin Adam-artis-popular-cakap-aku-perempuan-comel! Huh! Kalau Ayun
dengar ni, sah-sah tercabut biji mata dia. Meletup kepala dia. Wahaaaa… bangga…
bangga… bangga!
Lara!
Remember… cool!
Aku
berdeham perlahan. Okey. Cool. Aku
menarik nafas dalam menghembus perlahan.
“Kalau aku kenal siapa dia sebelum ni,
mungkin. Tapi aku tak kenal pun siapa dia. Lagi pun, aku temu duga pun secara
tak sengaja.” Ujar aku setelah semua semangat bersatu dengan kepala.
“Maksud
kau?”
Lantas
aku menceritakan segalanya bagaimana aku boleh berada di sini. Sebaik sahaja
aku habis bercerita, dia ketawa tidak henti-henti.
“Kesian
mak cik yang sepatutnya dapat kerja ni.” Dia menggeleng kepala. Menghabiskan
sisa tawanya.
Aku
tersengih. “Kesian lah juga. Tapi, bila fikir balik. Mungkin memang rezeki ni
dah disusun untuk aku.”
“Habis
tu, sebelum ni kau buat kerja apa?”
Bahagian
ni yang paling lemah aku nak jawab. Selalunya soalan ini akan aku lalui apabila
aku kenal dengan orang baru dan salah satu sebab kenapa aku malas nak bersosial
sebab aku malas nak menipu. Tapi, kali ni aku tak ada pilihan. Atuk… maafkan
Lara ya.
“Lepas
aku habis belajar, aku jaga atuk sakit tua. Tahun lepas dia meninggal, lama
juga aku ambil masa nak kumpul semangat balik. Dalam aku tengah mencari kerja, tup-tup dapat kerja ni, jadi aku sambar je lah.” Baik punya cerita. Akukan
novelist.
Tapi
memang aku jaga atuk pun, tapi, bukan sepenuh masa. Kalau nak kerja tu boleh
sangat. Tapi, aku dah tersangkut dalam bidang penulisan jadi malas aku nak cari
kerja lain yang tak kena dengan jiwa aku.
“Wah,
sadis juga kisah kau ni. Sorry lah
sebab banyak tanya.”
“Tapi…
Mr Sam dan Tania tak tahu pun aku crash
orang punya interviu. Ni rahsia kita tau.” Pesan aku. Dia mengangguk.
“Rahsia
kau selamat dalam perut six pack aku
ni.” Dia tersengih. Menepuk-nepuk perutnya.
Aku
mencebik. Sempat lagi nak puji diri sendiri tu. Huh, kau memang poyo! Sah-sah
dia bukan prince charming! Sebab prince charming tak poyo dan tak angkat
bakul sendiri. Tapi… aku menjeling. Emmm… memang six pack pun! Aduhai. Stop Lara!
Jangan pandang lagi! Kau tu anak dara! Lekas-lekas aku memandang ke arah kolam
renang.
“Tapi
pastikan kau jangan pergi bertenggek kat
mana-mana forum kemudian sebarkan berita aku tinggal kat sini dan kisah aku dengan Syikin.” Dia mencerlung.
“Jangan
risau. Selagi rahsia aku selamat maknanya rahsia kau pun selamat.” Balas aku. “So, kaya juga kau eh. Mampu beli rumah kat tempat macam ni.” Ujar aku kagum.
Nilai rumah di sini jutaan juga. Tak sangka artis Malaysia ni kaya-kaya.
Dia
tersenyum sinis. “Kaya lah sangat.” Balas dia acuh tak acuh.
“Kalau
kau menyewa pun, masih dalam katogeri kaya juga. Yalah, beribu-riban juga kalau
nak sewa kat sini, kan?”
Sekali
lagi dia tersenyum sinis. “Kau ingat, artis Malaysia ni macam Hollywood?”
“Habis
tu, kat mana kau cekau duit tinggal kat sini?” Dah rasa macam wartawan pula
aku ni.
“Aku
mana mampu nak sewa atau beli rumah kat
sini. Dari aku buang duit beli kondo ni, baik aku buat istana kat tanah.” Ujarnya menghela nafas
perlahan.
“Dah
tu, kau ni gijolo ke?” Aku pulang balik buah keras yang dia lempar dekat aku
tadi. Dia mencerlung, aku tersenyum.
“Agak-agaklah.
Memanglah aku ni artis miskin, tapi tak adalah sampai nak jadi gijolo.” Dia
menjeling tajam.
“Dah
tu, kau bersekedudukan dengan Syikin tu?”
“Hellooo… dia menyewa lot sebelah okey.”
Sekali lagi aku mendapat jelingan maut dari dia. Aku terkekeh. Tahu pun marah.
“Dah
tu, kau buat apa kat sini? Siapa
sponsor kau?” Soal aku lagi.
“Rumah
aku duduk sekarang ni rumah syarikat yang aku bernaung sekarang. Kan, aku baru
je sain kontrak dengan produksi baru. Kau tak baca surat khabar ke?”
Aku
tersengih. Menggeleng. Walau pun aku peminat dia, tapi tak adalah sampai aku
nak ikut segala perkembangan fasal dia. Aku minat bila dia berlakon saja.
Segala hal lain tu aku tak peduli sangat.
***
Indah Lara
2 minutes.
Dear Prince
Charming,
Where are
you? Please leave your castle and save me as soon as you got this note.
Love,
Your-soon-to-be-Cinderella.
Like.
Comment. Promote.
BERSAMBUNGGG....
4 comments:
seriously bab ni best
well done writer :)
Anon - huhuhu (terharu) terima kasih...
Hahaha..lawak la..
dah jadi kawan pun dorang..siap ber'aku kau' lagi.. hehehe
Post a Comment