Intan payung kami...

Wednesday 27 March 2013

Bab 10 : Mencari Mr. Charming


Bab 10

Selepas berborak panjang dengan Tania. Selepas teman dia siapakan kerja sekolah, akhirnya dapat juga aku menikmati masa untuk bersendirian. Buka laptop, buka buku nota tapi belum pun sempat aku mulakan kerja mengedit tiba-tiba telefon berbunyi.
“Hampeh kau!” Terdengar suara di hujung talian.
“Weh, dah tak pandai bagi salam Assalamualaikum ke?” Aku menyindir Ayun.
Selepas menjawab salam dia terus menjerit. “Aku tahulah kau dah jadi mem besar. Tapi takkan dah lupa kawan. Aku telefon banyak kali kau tak jawab. Sibuk sangat ke?”
Aku tergelak kecil. “Sorry beb, telefon silent mod. Apa hal kau telefon aku banyak kali, rindu ke?”
“Rindu apanya, aku risaukan kau. Budak tu buli kau sepanjang hari ke? Sampai tak dapat angkat telefon?”
Aku ketawa kecil lantas menceritakan pengalaman satu hari aku bersama Tania.
“Wah, ini macam ada peluang besar ni. Jadi, ambil lah peluang ni buat baik dengan anak dia.” Terdengar suara Ayun ceria.
“Tak kisahlah apa pun, tapi aku ni kan memang selalu buat baik dengan sesiapa je.” Balas aku bersahaja. Dengan Ayun memang aku tak segan silu angkat bakul sendiri. Nak harap dia tolong angkat? Jangan harap! Kucing bertanduk pun belum tentu dia nak angkat.
“Alah, berapa ramai sangat kawan yang kau ada. Setahu aku seorang je.”
“Jangan berlagak sangat, aku ada kawan baru tau.”
“Alah, Setakat budak umur lima belas tahun pun nak berlagak?” Ayun ketawa mengekeh.
“Yalah, gelak lah sepuas hati kau.” Aku mencemik.
“Beb, tadi tunang aku tanya kau berminat nak kenal dengan kawan dia tak?”
Hati aku tiba-tiba segar bak embun pagi. “Kawan? Kacak tak? Kerja apa? Orang mana?” Lama sungguh hidup sendiri, elok juga kalau aku mula menambah koleksi. Mana tahu dapat jumpa prince charming boleh aku tamatkan zaman logam ni cepat sikit, masuk ke zaman melineum pula.
“Nanti aku bagi green light kat tunang aku. Nanti kalau ada nombor yang tak dikenali call kau mungkin dia lah tu.”
Aku tersenyum teruja. “Tapi make sure dia lagi kacak dari tunang kau tau!”
“Yalah. Aku tahu! Kau tu nak yang kacak je. Okey lah, ada call masuk ni. Nanti aku call kau balik ya.”
“Eh, kejap, pastikan kau telefon aku. Aku ada cerita hot nak kasi tau kau ni.” Terlupa pula nak cerita tentang jiran baru aku yang super-duper-hot tu. Kalau Ayun tahu mahu meraung dia nanti. Silap-silap, esok pagi dia tercegak depan rumah aku. Erkk… rumah Mr. Sam.
Seriously? Okey, kejap lagi aku call.” Talian terus senyap. Aku memandang telefon dengan perasaan sebal, mesti tunang dia telefon tu.
Selang tak sampai beberapa minit, telefon aku berbunyi sekali lagi. Cepatnya, ini mesti tak sabar nak dengar gossip baru ni. Lantas aku menekan tanda ‘answer’.
“Beb! Kalau aku cerita mesti kau tak percaya!” Jerit aku teruja. Kalau Ayun ada depan mata lagi seronok nak bercerita. Boleh aku tengok muka dia yang cemburu tu. Ha.. ha.. ha…
“Ya, apa tu. Boleh cerita?” Terdengar suara serak-serak basah di hujung talian.
Erkk… kening aku berkerut. Kenapa macam pernah dengar suara ni? Aku terdiam seketika, cuba mencari-cari wajah pemilik suara ini. Tak kawan tunang Ayun dah telefon? Cepatnya? Terdesak sungguh ni.
Lara, are you there?”
Eh, kejap. Macam kenal saja suara ni! Oh meggi! “Mr. Sam?” Aku menelan air liur. Sempat melihat skrin telefon. Menepuk dahi.
“Ya saya, so apa yang tak percaya tu?”
Eee! Malunya! Muka aku dah tebal seinci ni. “Tak… tak ada apa. Saya ingat kawan saya tadi.” Aku tersengih. Walau pun dia tak nampak aku, tapi aku tetap tersenyum. Malu! Kulit muka dah panas. Terdengar dia ketawa di hujung talian. Alahai… bunyi ketawa pun dah sedap!
So, how’s your day?” Tanya dia.
“Emm.. okey.” Aku cuba membetulkan penafasan. Menelan air liur.
“Tania macam mana? Dia ada buli awak tak?”
“Dia okey. Ceria macam kanak-kanak rebena.”
“Awak tak payah nak sembunyi apa-apa dengan saya. Kalau dia ada buat hal bagi tahu je.”
“Betul. Nia okey sangat. Bercakap tak berhenti.”
Sekali lagi dia ketawa. “Bagus lah kalau macam tu. Sejak dia tahu saya nak cari fulltime babysitter, dia asyik merenggek minta saya carikan yang boleh dia buat kawan. Siap ugut kalau saya cari yang tua dia akan dera pengasuh tu.”
“Oh, sebab tu encik Sam terus terima saya kerja?”
“Yup.” Dia diam seketika. “That one of the reason why I choose you.” Dia terdiam seketika. Setelah agak lama dia diam, aku bersuara.
“Ada berapa banyak reason?” Aku menelan air liur. Aku tak pasti sama ada ini petanda baik atau pun petanda buruk.
Terdengar dia menghembus nafas di hujung talian. “I have a list, tapi lupa kat mana saya letak.” Kemudian terdengar bunyi kertas, seperti dia sedang membelek buku atau pun mungkin tengah membelek kertas-kertas di atas meja (itu yang aku bayangkan dalam kepala aku).
“Seriously? You make a list?”
“Yah, but sorry, saya lupa letak kat mana. Esok saya call bila saya jumpa list tu.”
“You are joking right?”
“Yup.” Terdengar dia ketawa di hujung talian. Aku menarik nafas lega. Wah, dah pandai nak bergurau dengan aku ya. Emmm…
“Oh, okey. So…” Aku terdiam. Takkan aku yang tamatkan panggilan ni? Macam tak sopan pula. Dia tu majikan.
“Emm… so… thanks fo taking care of Tania.”
You are welcome. Dah kerja saya pun.”
“Yah, you’re right.” Dia terdiam seketika. “So, night. Sweet...” Tiba-tiba pula talian terputus-putus
“Apa sweet?” Tanya aku. Kemudian terdengar dia ketawa.
“Mimpi yang indah-indah.” Balas dia lembut. Aku terkedu. Berkelip-kelip mata merenung dinding.
Dia ucap sweet dream dekat aku?
“Lara?” Panggil dia.
“Erkk… ya… ya. Emmm… thanks.” What? Kau cakap thanks Lara? Aku menepuk dahi.
“Assalamualaikum.”
“Waalaikumusalam.” Balas aku dengan nada yang agak janggal. Kemudian panggilan dimatikan. Aku menarik nafas lega. Tangan aku diletak di dada. Kenapa hati aku berdebar-debar?

***

Indah Lara
1 hours ago
Apakah tanda-tandanya seorang lelaki mula menyukai kita?
Like. Comment. Promote.
Mazlina  - Dia akan ‘like’ semua status kita :P
Anuar Manaf – Tak akan buat perkara tak senonoh terhadap gadis itu.
Ratu Cheese – Telefon kita semata-mata mahu dengar suara kita.. hehe.
Dyh Hanna – Kejap-kejap pandang kita, kejap-kejap jeling kita.
Mia Maya – Dia minta nombor telefon kita?
Anisah Klang – Kita tak buat lawak pun dia tetap tersenyum…J
Pena Tumpoi – Dia jadi hiper aktif!
Mia Maya – Pena Tumpoi, kenapa jadi hiper pulak?
Pena Tumpoi – Pernah tak kalau Mia Maya minat seseorang, dia tiba-tiba tegur Mia atau duduk berbual dengan Mia? Lepas Mia berbual dengan dia, apa akan jadi pada Mia selepas tu? Jadi hiper aktif, kan? Senyum sepanjang hari, rasa nak tegur semua orang. Hehehe… begitulah maksud saya.
Ajie – Setuju dengan Pena Tumpoi! Saya pernah jadi macam tu.
Mazlinda – lagi satu caranya, dia akan sentiasa ada depan mata kita. Contoh, kalau dekat kolej  ke mana kita pergi mesti akan ternampak muka dia. Masa dekat library ke… dekat cafĂ© ke… even parking lot pun dia akan ada!

Aku tersenyum sendirian. Terhibur dengan komen-komen bernas dari teman di facebook. Dia orang ni memang teman facebook aku yang sangat sporting dan setia. Walau apa pun status aku mesti dia orang akan layan aku berbual di facebook. Lantas tangan aku klik like pada semua komen-komen itu. Tanpa kawan-kawan, siapalah diri kita di dunia ni, kan?

***

“Serius?” Suara Ayun seakan tak percaya dengan apa yang aku ceritakan tadi.
“Aku bukan dapat apa-apa pun kalau tipu kau.” Balas aku bersahaja. Kemudian terdengar suara Ayun menjerit.
“Kalau macam tu aku nak lepak  kat sana esok!” Suara Ayun kedengaran teruja.
“Aik, nak buat apa? Kau bukan minat dia pun.” Balas aku menyindir.
Hello… aku nak tengok rupa dia macam mana. Tadi kata handsome berganda-ganda dari dalam tv.” Tempelak Ayun. Aku mengekek.
“Okey nanti kalau nak datang bagi tahu aku dulu.” Ujar aku.
“So, Mr Sam macam mana? Masih prince chaming di hati kau ke?”
“Hey, mesti lah. Kau tahu tak? Tadi dia call aku!” Ujar aku teruja.
“Mr Sam call kau? Malam buta macam ni?”
“Ya!” Aku tersenyum meleret. Seakan masih terdengar suara Mr Sam tadi.
So, dia cakap apa?” Nada suara Ayun kedengaran semacam. Tak pasti sama ada dia teruja macam aku atau pun sebenarnya langsung tak hairan. Tapi apa aku kisah, orang dah tanya aku apa lagi laju saja bercerita. Aku cerita semua perbualan antara aku dan Sam sebentar tadi tanpa satu patah perkataan pun tercicir. Kemudian terdengar Ayun menjerit kecil. Okey, sah dia pun teruja.
“Aku agak dia suka kau lah!”
“Alah, kau jangan buat aku syok sendiri!” Marah aku pada Ayun.
“Beb, serius  aku cakap ni. Apa hal dia nak call pekerja dia malam-malam macam ni kalau bukan ada sebab tersirat.” Ujar Ayun.
“Mestilah dia call sebab dia nak tahu keadaan rumah dan keadaan aku dan anak dia macam mana.” Balas aku menyangkal teori Ayun yang aku rasakan macam tak logik. Tak ada sebab Mr. Sam suka aku. Baru jumpa je kot, takkan dah suka? Karut!
“Beb, kalau dia nak tanya keadaan rumah… kenapa dia tak call anak dia je? Atau pun telefon kau pagi esok?” Ujar Ayun lagi.
“Weh, dah lah. Aku malas nak dengar teori kau yang boleh menjurus aku ke lembah syok sendiri ni.” Aku mendengus perlahan. Terdengar Ayun tertawa kecil.
“Okey, nanti bila jumpa kau update cerita tau. Tak syok cakap on the phone. Nanti aku cuba cari masa untuk lepak dengan kau.” Ujar Ayun.
“Okey, aku doakan kau jumpa masa kau tu.” Balas aku sengaja sarkastik dengan Ayun. Aku faham sangat jika dia guna perkataan ‘cuba cari masa’ itu bermakna berminggulah baru aku dapat jumpa dia.
Wahai Mr. Sam benarkah teori Ayun itu?



 BERSAMBUNG...

5 comments:

strawberry.chocolate81 said...

perghhhhh...akhirnya selesai jugak marathon huh huh huh....tarik napas....lepas....tarik ....lepas heheheh....3 calon 2...patut la mencari mr.charming ngeh3...sapa la yg terpilih agaknye adakah en pelakun fofular, enche husky man atau en blind date??? masih jauh lagi perjalanan nin...bertabah la kite menanti kat sini huhuhu

psstt....than Anna sbb kasi i marathon...kalo ade lagi leyh la up lagi ek? hahhaha

eija said...

mkin teruja plk bca cite nie...wahhhh

Anna Lee said...

Cik strawberry yg manis, siapakah?? mmg perjalanan sangat2 jauh.. hahaha... nak lagi ya... hahaha.. tangan i dah lenguh marathon upload utk u tauuu.. haha.. tunggu sok kalau ada update bab baru. :)

Anna Lee said...

Eija - Terima kasih sudi baca ya.. any komen bgtau je nanti... :), saya mmg nk polish lagi ni.

hk said...

sukalah cerita ni...senyum memanjang...tgh maratho baca :) keep it up!!!