Intan payung kami...

Monday 8 April 2013

Bab 14 : Aku dan Dia, Pinky Promise.


Ketika menunggu bas tiba, aku membelek nota di tangan. Hanim dan Lina begitu asyik berbual dan yang pastinya tentu soal secret admire masing-masing. 

Aku tersenyum kecil, lucu mendengar perbualan budak-budak remaja. Budak lelaki jeling sikit pun dah seronok macam dunia dia yang punya. Itu tak kira jika bersilih bahu mahu pengsan. Dulu, mungkin aku macam dia orang tetapi sekarang tidak lagi. Semua itu seakan meloyakan pula. Langsung tak berfaedah. Cinta di alam persekolahan tidak akan kemana pun.

“Siti Saleha, kenapa kau diam je ni. tak syoklah.” Tiba-tiba Hanim bertanya, menepuk bahu aku.

“Entahlah kau ni. Sejak tukar kelas ni, kau lain macam saja. Macam tak seronok kawan dengan kita orang je.” Sampuk Lina pula menarik wajah masam.

Aku menghela nafas perlahan. Menutup buku nota. Memandang kedua teman rapat aku itu, “FYI… aku kan baru tukar aliran. Banyak benda yang aku nak kena baca. So, PDDM okey.” Aku kembali menatap buku di tangan. 

Tiba-tiba aku teringat sesuatu. Aku mengangkat wajah. Keduanya kelihatan tercengang memandang ke arah aku. “Opss, Sorry!” Ujar aku mengigit perlahan bibir bawah.

“Sejak bila kita orang jadi alien ni?” Soal Hanim merenung wajah aku dengan dahi berkerut-kerut.

“Sorry aku lupa.” Aku menggeleng-geleng kepala. Kali ni entah kali keberapa aku terbawa-bawa perangai buruk aku pada abad ke-20. 

Terpengaruh dengan bahasa singkat. Walau pun di sana sini ramai pihak yang membangkang pengunaan perkataan singkat itu, namun aku tetap guna. Bukan kerana mahu menyakitkan hati para pakar bahasa, tapi pengaruh sekeliling aku sangat kuat. Walau pun aku sudah cuba untuk mengurangkan pengunaan perkataan itu tetapi apakan daya.

“FYI tu apa?” Wajah Lina berkerut seribu memandang aku.

Aku tersengih. Apa salahnya kalau aku ajar dia orang, kan? Tentu dia orang akan anggap aku pencetus fenomena bahasa singkat. Aku tersenyum. “Kalau kau orang nak tahu. FYI maksudnya For your information.”

“Oh, aku ingatkan kau hafal fomula apa tadi.” Hanim mengangguk-angguk kepalanya.

“Eh, macam menarik pula.” Balas Lina kelihatan termenung seketika. “BKDS!” Jerit Lina. Serentak aku dan Hanim memandang ke arahnya.

“Bas kita dah sampai…” Ujar Lina tersengih menunding jari ke arah jalan.

“Y!” Jerit Hanim pula.

Aku menaikkan kening, memandang sebal pada Hanim. 

“ Y sama dengan, yeh!” Jelas Hanim tergelak kecil.

“Lepas ni kalau kau orang sesuka hati nak cakap perkataan singkat macam ni, aku belasah kau orang!” Balas aku mencemik. 

Menyesal pula ajar perkara yang tak berfaedah pada budak berdua ni. Tak fasal-fasal nanti aku akan dipersalahkan kerana menjadi punca merebaknya virus perosak bahasa!

***

Bas sekolah terus meluncur laju. Suasana agak sunyi, mungkin masing-masing sedang berperang dengan perasaan masing-masing, malas ke sekolah!

“Eh, Sal, kau tak bawa nasi lemak untuk teman lelaki kau ke?” Lina tersengih-sengih menaikkan kedua keningnya. 

Aku menjeling sebal lalu mengambil tempat duduk di sebelah Hanim di sebelah tingkap. “Tak kuasa aku!” Aku mencemik.

“Sejak dua menjak ni kau macam benci pada Asnan je. Kenapa?” Hanim menoleh pada aku. 
Aku menaikkan kedua bahu aku. “Tak ada apa.” Balas aku acuh tak acuh.

“Bukan senang tau nak curi hati lelaki kacak macam Asnan tu.” Sampuk Lina pula menjenguk dari tempat duduk depan merenung wajah aku. Hanim turut sama menoleh menantikan komen dari aku. 

“Entah kau ni.” Hanim menyiku lengan aku. “Satu sekolah tergila kan dia, tapi dia pilih kau.”

Aku tersenyum hambar. Takkan aku nak cerita tentang keadaan Asnan selepas 14 tahun yang mana membuatkan hati aku langsung tidak terpaut?

“Aku tak ada masa nak bercinta.” Balas aku acuh tak acuh. Mesti dia orang tak puas hati dengan jawapan aku itu.

“Apa?” Bulat mata Lina memandang aku.

“You hear me.” Balas aku sebal.

Aku dapat menangkap jelingan Lina pada Hanim. Namun keduanya hanya berdiam diri. Lina kembali duduk di kerusinya. Hanim melayan budak lelaki di sebelah yang dari tadi terjenguk-jenguk mahu berborak dengan Hanim. 

Aku, terus menikmati keindahan kawasan perumahan kami yang masih dipenuhi dengan pokok-pokok yang menghijau. Tiba-tiba tergiang-giang lagu Adele berjudul Hometown Glory dan tiba-tiba juga hati aku rindukan lagu-lagu di masa depan. Rindu mahu dengar lagu-lagu hot Adele, Tylor Swift, Yuna, Aizat. Haish... kalau senarai memang ramai lagu penyanyi yang aku rindu.

Agaknya, apa dia orang sedang buat pada zaman ni, ya? Apa kata aku cipta lagu-lagu Yuna yang hits tu atau pun cipta lagu Adele, mesti lepas tu aku boleh rehat seumur hidup. Tak payah kerja, makan duit royalti saja. 

Fuhh... memang seronok! 

***

Sudah satu kelas tamat. Tapi batang hidung dia masih tak kelihatan. Mesti ponteng kelas lagi! Bila agaknya dia nak insaf. Kalau macam ni entah apa nasib dia di masa depan. Bercakap soal masa depan dari semalam aku cuba imbas kembali ingatan aku tapi tak pernah pula nama dan wajah dia terlintas dalam fikiran aku.

Dalam facebook pun aku tak pernah nampak nama dia. Dalam group bekas pelajar sekolah pun aku tak nampak akaun dia. Masa jemputan reunion pun nama dia tak ada dalam senarai! Mana dia selepas lima belas tahun akan datang?

“Hey, kenapa muka kau ni? Dari tadi berkerut-kerut.” Tegur Hajar. 

Aku tersentak, tersenyum kecil. “Aku nak ke tandas dulu lah.” Aku bingkas bangun.

“Patulah.” Dia menggeleng kepala.

Aku terus melangkah keluar. Ketika kaki menapak ke arah tandas yang terletak di tingkat bawah tiba-tiba beberapa orang pengawas berlari-lari seperti sedang mengejar sesuatu.

“Kenapa tu?” Tanya aku pada seorang pelajar lelaki yang kebetulan lalu di depan aku. 

“Biasalah. Kejar budak ponteng lah tu.” Balas dia mencemik kemudian terus berlalu. Aku menggeleng kepala. Ingatkan ada kecemasan apa tadi. 

Aku terus mengatur langkah sambil menikmati suasana persekolahan. Terdengar hinggar-binggar kelas. Terlihat beberapa orang pelajar melepak di kaki lima. Tak sangka, aku boleh nikmati sekali lagi suasana yang amat aku rindui selama ini.

Sedang aku memilih tandas mana nak masuk (biasalah tandas sekolah ni kadang-kadang menakutkan) tiba-tiba pintu masuk tandas dibuka dan terlihat seorang pelajar lelaki meluru masuk.

“Kau…” belum pun sempat aku menjerit dia segera menghampiri aku dan menutup mulut aku dengan tangannya.

“Diam!” Wajah dia kelihatan cemas. 

Aku meronta-ronta minta lepaskan tangan yang melekat pada mulut aku. 

“Kalau aku lepaskan tangan ni kau kena diam! Setuju?” Tanya dia berbisik.

Aku mengangguk. Kemudian dia melepaskan tangannya. 

“Kau ponteng!” Bulat mata aku merenung wajah dia.

“Diam!” Dia terus tarik tangan aku masuk ke dalam salah satu tandas.

“Kau nak buat apa…” tak sempat aku bersuara sekali lagi dia menekup mulut aku. Tergesa-gesa dia menutup dan mengunci pintu. Aku terus meronta-ronta.

“Kalau aku lepaskan tangan, kau perlahankan suara!” Pesan dia.

Aku mengangguk. Perlahan-lahan dia lepaskan tangannya. Kemudian dia menurunkan penutup mangkuk tandas lalu duduk bertinggung mengadap aku.

“Kau gila! Kalau dia orang jumpa kau dalam tandas ni dengan aku pun terheret sama!” Aku berbisik cemas.

“Kalau kau diam dia orang tak akan jumpa!” Jawab dia berbisik. “Lagi pun ni tandas perempuan, takkan dia nak cari aku sampai dalam tandas ni.” Dia menjeling kemudian kembali merenung pintu tandas.

“Kau memang gila tahu tak! Aku tak nak subahat!” Aku ingin buka pintu tapi lekas-lekas dia menarik lengan aku.

“Kau nak buat apa?” Dia mencerlung. Bingkas bangun.

“Aku nak lapor dekat cikgu yang kau menyorok dalam tandas perempuan!” Balas aku geram.

“Kau jangan buat aku naik angin!” Bulat mata dia, seakan mahu telan aku.

“Aku yang sepatutnya naik taufan!” Aku cuba menepis genggaman tangan dia.

Tiba-tiba terdengar bising suara pengawas di luar tandas… 

“Tak ada cikgu.” Terdengar suara pengawas lelaki memberi laporan.

Dia bingkas bangun membuat isyarat agar aku diam. Tangan dia terus mencengkam lengan aku. Dia melekatkan telinga pada pintu tandas, ingin mencuri dengar perbualan pengawas yang bertugas. 

Aku terkedu seketika. Mata aku terus ralit meneliti wajah dia. Semakin lama aku pandang, wajah dia semakin nampak manis. Mungkin ini yang Hanim nampak. Rambutnya yang lurus tersisir kemas. Berkulit sedikit gelap dari warna kulit aku. Bila berdiri bersebelahan baru aku sedar ketinggian aku hanya separas bahu dia saja. Dia menoleh, lekas-lekas aku memandang ke arah siling. Tangan dia terus mencengkam kuat di lengan aku.

“Awak dah buka semua pintu? Mana tahu dia orang menyorok dalam bilik tandas.” Terdengar suara cikgu Zul. Guru disiplin yang sangat digeruni oleh semua pelajar sekolah. Suara dia sudah cukup mengambarkan betapa garangnya dia.

“Dah. Semua dah buka. Memang tak ada orang pun.” Terdengar suara pengawas yang bertugas.

“Saya nampak dia orang lari masuk sini tadi.” Terdengar suara cikgu Zul. 

Aku menjeling pada Azri. Dia membuat isyarat agar diam. Dia kembali duduk bertinggung di atas mangkuk tandas. Dia menarik aku menghampirinya.

“Tak nak!” Aku menepis tangan dia.

“Diamlah! Nanti dia orang dengar!” Bisik dia mencerlung.

“Biar dia orang tahu.” Balas aku aku geram.

“Kalau dia orang tahu siap kau!” Dia mengugut. Dia terus memeluk sketch book seperti peluk harta karun!

Jantung aku berdegup laju. Aku risau ni, kalau dia orang jumpa aku dan dia dalam tandas ni tak fasal-fasal aku pun kena denda. Nanti musnah segala azam aku tak mahu jadi pelajar.

“Masuk dalam tandas perempuan. Entah-entah dia orang masuk ke situ.” Terdengar cikgu Zul memberi arahan. 

Serentak itu darah aku bergemuruh. Peluh kecil merecit di dahi. Dia juga kelihatan cemas. Dia tarik tangan aku minta aku berdiri di depan supaya bila dia orang mengintai keadaan kaki aku mengadap ke pintu.

“Kalau kau tolong aku kali ni, aku tak akan kacau kau lepas ni.” Dia berbisik di telinga aku. 

“Betul?” Soal aku seakan tidak percaya. Dia mengangguk.

“Maksud kau kita jadi kawan?” Aku tersenyum-senyum menaikkan kening. Kalau dia jadi kawan mungkin dia boleh selamatkan aku kalau Suffian cuba usik. Dia mendesit, menjeling sebal.

“Janji kau jadi kawan aku. Kau akan lindungi aku dari budak nakal dalam dalam kelas kita.” Ujar aku terus menyuakan jari kelengkeng pada dia. Dia melopong, aku terus menanti.

“Cepat kalau tak aku jerit!” Aku mengugut setelah melihat dia seperti berat hati hendak setuju.

“Nak buat apa?” Dia memandang aku kemudian memandang jari kelengkeng aku yang bersiap-sedia  ingin memaut jari kelengkeng dia.

“Pinky Promise.” Jawab aku menaikkan kening.

  “Apa promise?” Dahi dia berkerut.

“Haish, pinky promise... macam ni.” Lantas kedua jari kelengkeng aku saling bertaut.

“Kenapa buat macam tu?” Tanya dia dengan wajah berkerut.

“Sebagai tanda sebuah perjanjian sudah ditermeterai. Faham?” Aku mencemik sebal. “Cepat.” Jari kelengkeng aku terus menanti.

“Kejap.” Dia mengangkat kedua tangannya. “Kenapa aku kena jadi pelindung kau pulak?” Dia berbisik, matanya terbeliak memandang aku.

“Suffian kan anak didik kau. Jadi kalau kau jadi guardian angel aku mesti dia takut nak mengutuk aku. Lagi pun, kau punya fasal lah semua budak kelas kita layan aku acuh tak acuh. Masing-masing macam tak nak kawan dengan aku. Cuma Hajar je yang sudi kawan dengan aku” Jelas aku berbisik. 

“Guardian angel?” Tanya dia dengan wajah sinis.

Aku mengangguk tersengih, terus menyuakan jari kelengkeng pada dia. 

“Cikgu, betul ke nak periksa dalam tandas perempuan?” Terdengar suara pengawas bertugas bertanya pada cikgu Zul.

“Yalah. Cepat periksa.” Terdengar cikgu Zul memberi arahan dari luar.

Bulat mata aku memandang Azri. Aku terus menanti dia bersetuju dengan cadangan aku tadi. Tidak lama kemudian terdengar pintu tandas dibuka satu persatu. Jari kelengkeng aku masih tak bersambut.

‘Cepat!’ Gesa aku tanpa mengeluarkan suara. Terjegil mata aku memandang dia.

‘Okey!’ balas dia tanpa mengeluarkan suara sambil mencemik memandang aku.

Lantas aku menarik tangan dia, jari kelengkeng aku memaut jari kelengkeng dia. Akhirnya pinky promise termeterai antara kita orang. 

“You’re my guardian angel now.” Bisik aku tersengih.

“Siapa di dalam?” Tiba-tiba pintu tandas tempat persembunyian kita orang diketuk berkali-kali. 

“Hey! Kau orang buat apa dalam tandas perempuan ni! Kau orang mengintai, eh!” Jerit aku cuba mengawal suara agar tidak kedengaran cemas.

“Oh… maaf… kita orang cari budak ponteng.” Terdengar suara pelajar lelaki tadi tergagap.

“Gila ke apa! Mana ada orang ponteng dalam tandas! Cepat keluar!” Jerit aku menutup mulut menahan tawa. 

“Jom keluar. Tak adalah.” Terdengar suara pengawas lain. 

Kemudian terdengar derapan kaki keluar dari tandas. Aku menarik nafas lega. Cengkaman tangan dia semakin mengendur. Lekas-lekas aku menepis. Menjarakkan diri dari dia.

“Ingat janji kau!” Pesan aku. Dia mengangguk.“Dah, keluar sekarang.” Minta aku, lemas pula berdua dalam tandas yang agak berbau ni.

“Kau keluar dulu. Tengok dia orang ada dekat luar ke tak.” Minta dia lantas menolak tubuh aku keluar.

“Haish! Menyusahkan sungguh!” Aku menepis cengkaman tangan dia, bergegas keluar. 

Tiba di luar tandas aku menoleh ke kiri dan kanan, tidak ada seorang pelajar pun di kiri kanan kaki lima. Setelah puas hati aku menjerit. “Okey, line clear!” Sambil mata terus memerhati keadaan sekeliling. Mana tahu kalau-kalau ada pelajar perempuan hendak ke tandas, tak fasal-fasal nanti aku kantoi!

“Thanks.” Ucap dia terus bergegas keluar. 

Aku menarik nafas lega. Niat untuk membuang air kecil terbantut.


BERSAMBUNG... XOXO.




9 comments:

Anonymous said...

Pinky promise. Fewittt. Kiut

-Dyh Usen-

MizaEija said...

akhirnya termeterailah pinky promise antara mereka... so sweet walaupun perjanjian berlangsung dlm tandas.. hahaha..

strawberry.chocolate81 said...

huhhhh...betul ke 2 dah selamat....x terkantoi ngan cikgu disiplin ke????? rasa cam x selamat je...tp pinky promis dah termeterai 2...hmmmmmm...nak mintak lagi rasanya dah di gitau cukup dulu walaupun pendek...huhhhhh....bertabah je laaaaa

Unknown said...

Dyh!! hang rupanya cik Anon kita yaaa... ni kena kejar ni.. hahaha.

Miza - hahaha... acara rasmi dlm tandas tu, mana nk dapat...haha.

Maya a.k.a Strawberry - disebabkan bab ini panjang... ai akan tambah bab sambungan hari ni jgk... :P mungkin ptg sikit... heee...

Anonymous said...

alamak,best giler lar n3 arini!!..xsia2 org tggu 2 ari nih,suke sgt2!..syg awak byk2,cik writer!tq muah2..org S.A kat Azri sbnar nye nih(sengih yg sengal2)..

eija said...

hahaha pinky promise dlm tandas...aduii leh pegsan duk dlm tdas skolah lama2..

ZA said...

Anonymous - siapakah awak, letakla nama... hahaha... saya dah ingat awak cik Dyh kita tu... nak suh saya sampaikan salam ka Azri ke? heeee.

Eija - kannnn... tandas sekolah mmg nazak! hahha.

AsHu ManCis :) said...

sambung laa..sambung laa cepat..tak sabar pulak ...

Unknown said...

bebes jugak jalan cerita tuk jugak❤❤