Intan payung kami...

Tuesday, 16 April 2013

Bab 16 : Mencari Mr. Charming.






Selepas solat maghrib aku terima panggilan dari Ayun. Kalau nak bergosip laju aje dia telefon. Tapi kalau bab teman aku berborak, jangan harap! Bertuah sungguh! Nak tak nak, tanpa buang masa, aku pun berceritalah dengan panjang lebarnya.
“Wah! Nanti mesti kau jadi popular sebab dapat kawan dengan artis.” Suara Ayun kedengaran teruja.
“Tak ada makna. Lepas terserempak dengan wartawan tu perangai dia lain macam je. Entah-entah dia nak marah aku. Kalau aku mengaku tak pandai masak tentu dia tak payah keluar dengan aku dan tak terserempak dengan wartawan tu.”
“Alah, kau pun cakap Nia boleh jadi saksi, kan?” Ayun cuba memujuk.
“Itulah. Sepatutnya dia tak perlu risau sangat. Atau… mungkin Syikin tu kuat cemburu? Atau minah psiko?” Hati aku mula resah.
“Kalau Syikin cemburu memang dia tak pakai otak lah tu. Nak cemburukan kau buat apa.”
“Amboi, kenapa, kau nak cakap aku ni tak lawa dan tak sesuai untuk Fazrin?” Aku mencemik. Terdengar Ayun ketawa di hujung talian.
“Kau yang cakap. Bukan aku.” Ayun terus ketawa. Kurang asam sungguh!
“Lepas ni aku dah tak mahu rapat dengan teman lelaki orang lah. Bahaya.” Keluh aku perlahan.
“Alah, jangan merajuk lagi aku tak sempat nak jumpa dia lagi. Kasi chance aku jumpa dia dulu, lepas tu kau orang nak berperang pun perang lah.”
“Tak boleh harap betul lah kau ni!” Geram sungguh aku. Orang tengah susah hati boleh pula dia fikir kepentingan dia pula. Terdengar Ayun mengekek di hujung talian.
“Jangan risaulah. Dia tak salahkan kau punya. Aku berani jamin.” Pujuk Ayun lagi. “So… dia charming tak?” Tanya Ayun lagi.
“Mana aku tahu. Baru kenal sehari kot!” Balas aku mencemik.
“Memanglah, tapi takkan kau tak dapat hidu ciri-ciri charming dia tu.”
Haish… Kalau aku berterus-terang tentang sikap sebenar Fazrin pada Ayun mesti dia akan ketawa tergolek-golek! Jadi, demi keamanan sejagat, lebih aku simpan dulu dark secret Fazrin.
“Hidung aku tak berapa kuat lah. Kalau bau perfume dia memang boleh buat aku cair lah.” Kali ini aku jujur.
“Ceh! Itu aku tak hairan pun. Tapi aku tetap kata dia tu bukan lelaki charming.” Ujar Ayun.
“Okey, kita tunggu dan lihat.” Suara aku sedikit goyah.
“Eh, kejap… aku nak bagi tahu kau ni. Kawan tunang aku tu tak jadi nak kenal dengan kau.” Terdengar suara Ayun tenggelam timbul.
“Alah aku tak hairan. Dia tak jadi aku tak hingin!” Balas aku geram.
“Kau marah ke beb?”
“Tak kuasa aku nak marah. Aku tak terdesak lagi lah.”
“Yalah, kau pun dah ada Mr Sam dan Fazrin, kan?” Balas Ayun seperti menyindir.
“Aha, ya.” Balas aku malas. “Okeylah lain kali sambung ya.” Tambah aku lagi.
“Okey. Bye. Nanti aku nak set date kita jumpa. Aku nak dengar semuanya! Faham?”
“Ya puan, faham.” Balas aku malas. Lantas mematikan panggilan itu.
Namun tidak lama kemudian sekali lagi telefon aku berbunyi. Haish, siapa pula ni.
Hello.” Ucap aku, malas.
“Kau kat mana?” Tiba-tiba terdengar suara bertanya.
“Kau siapa?” Tanya aku hairan. Salam apa pun tak bagi tiba-tiba tanya aku dekat mana. Aku tengok skrin telefon. Private Number? Takkan Mr Sam kot?
“Aku lah. Aku minta nombor dengan Tania tadi.”
“Fazrin?” Dahi aku berkerut, sempat mengerling pada jam di laptop. “Apa hal kau telefon aku?”
“Datang rumah aku kejap.”
“Hah? Nak buat apa?” Glup! Syikin mengamuk pasal petang tadi ke? Cepatnya berita tersebar.
“Datanglah! Urgent ni!”
“Nak buat apa? Tak mahulah. Kata nak beromantik dengan Syikin apa hal pulak aku kena menyibuk ni?”
“Kau ni banyak soal sungguh. Datang je lah. Cepat!” Lantas talian terputus. Aku terpinga. Merenung kosong telefon bimbit di tangan. Dia serius ke nak suruh aku datang? Syikin tengah mengamuk ke? Kalau betul memang psiko lah minah tu. Aku bergegas keluar.
“Kak, tadi abang Faz call tak?” Tegur Tania sebaik sahaja aku melintas ruang tamu. Aku berhenti melangkah.
“Ada. Dia suruh akak ke rumah dia.” Balas aku cemas. “Jom teman akak.”
Sorry kak, Nia nak kena siapkan kerja sekolah ni. Tapi kenapa dia nak ajak ke sana pulak?” Tanya Tania.
“Itu yang akak pelik tu. Takkan Syikin mengamuk pasal petang tadi kot?” Aku dah cerita segalanya pada Tania mengenai wartawan yang kaki kepoh petang tadi.
“Tak mungkin lah kak. Kak Syikin tu memang sporting. Dia tak cemburu buta.” Balas Tania bersandar di sofa. Aku menarik nafas lega.
“Habis kenapa dia panggil akak ke sana?” Aku mengaru kepala.
“Pergi je lah. Mungkin, dia nak suruh akak ambil gambar?” Balas Tania mengadap buku latihannya.
“Okey, akak keluar dulu. Anything call akak nanti ya.” Pesan aku sebelum beredar.

***

Aku tekan loceng rumah. Tak sampai lima saat dia muncul depan pintu. Aku tergamam melihat dia segak berpakaian business casual. Berkemeja berwarna cerah di dalam dan mengenakan sports coat’s berwarna coklat di luar. Kalau pakai seluar apek pun aku dah tergamam, kalau pakai macam ni apa nak hairan. Hai, beruntung sungguh jadi orang lawa ni.
“Masuklah.” Dia buka pintu lebih luas.
Keadaan rumah agak suram, hanya disimbahi lampu berwarna kuning dan cahaya lilin yang memenuhi ruang tamu itu. Meja bulat terhias cantik di tengah ruang antara ruang tamu dan ruang makan. Pandai juga Tania hias ruang makan ni. Mana dia dapat semua hiasan ni?
“Mana Syikin?” Aku tercari-cari wajah Syikin.
“Dia tak dapat datang. Shooting sampai pagi.” Dia menarik kerusi membuat isyarat agar aku segera duduk.
“Jadi?” Aku mula keliru. Apa kena mengena dengan aku pula?
“Temankan aku makan.” Dia bergerak ke kerusi sebelah. Dengan wajah sugul dia melabuhkan punggung di kerusi.
“Lar, dah tak ada orang lain yang boleh teman kau ke? Takkan awek Syikin seorang je?” Ujar aku sambil menarik kerusi. Dia menjeling tajam. Okey Lara, jangan nak sarkastik masa ni ya! Karang ada yang kena tembak.
 “Dia tahu tak kau buat semua ni?” Tanya aku untuk hilangkan rasa bersalah menyindir tadi.
“Dia tahu. Tapi nak buat macam mana. Shooting lebih penting.” Balas dia acuh tak acuh sambil potong daging di pinggan.
Aku meneguk minuman. Berdebar juga bila duduk berdua dalam cahaya remang ni. Haish… kalau ya pun, cerahkan sikit cahaya ni.
“Kau pun kena faham. Dah kerja dia macam tu. Kau orang berdua kan dari bidang yang sama kenalah bertolak ansur.” Ujar aku cuba memujuk.
“Tengah cuba memahami lah ni.” Dia mengeluh perlahan. “Kau tak nak makan ke?” Dia pandang pinggan aku yang tak terusik.
“Makan yang tadi pun tak habis proses lagi ni.” Balas aku tersengih. Mengambil sebatang kentang goreng suap ke mulut. “Jadi, macam mana kau orang boleh kenal dan bercinta?” Inilah masanya aku boleh korek rahsia dia. Kisah sensasi yang tak mungkin wartawan boleh korek selain aku.
“Tahun lepas. Aku berlakon drama sama dengan dia.”
“Drama mana?” Aku cuba mencari drama yang pernah mereka berdua berlakon bersama.
“Cinta Hantu tu.” Balas dia acuh tak acuh.
“Masa tu bukan ke, Fasha Sanda watak utama?” Soal aku hairan.
“Yalah. Kan masa tu Syikin masih baru. Dia jadi extra je. Adalah dalam empat lima scene dia berlakon.”
“Oh, aku ingat.” Aku mengangguk-angguk. “Kenapa kau boleh suka kat dia?” soalan aku itu membuatkan dia termenung seketika.
“Mungkin sebab dia fun.” Wajah dia berkerut seperti memikirkan sesuatu.
And?” Aku mengharapkan dia sambung. Namun sebaliknya dia menaikkan kedua bahunya.
“Ramah. Baik hati dan sporting.” Sambung dia lagi.
Aku menaikkan kedua kening. “So what next? Bila nak bertunang dan kahwin?”
Dia ketawa terkekeh. “Too soon.” Balas dia sambil mengunyah.
“Apa pula yang awal. Kau kan dah tua.” Aku sengaja membuat tanda koma pada perkataan tua.
“Hey, lelaki kalau 30 tahun masih muda okey. Aku kan awet muda.” Jawab dia bersahaja.
“Macam mana kau boleh sedar kau cintakan dia? Macam mana kau tahu itu adalah cinta? Dan macam mana kita nak bezakan perasaan suka dan cinta?” Tanya aku.
Dia berhenti mengunyah. Merenung wajah aku untuk seketika. Seperti sedang mencari jawapan di situ. Agaknyalah.
“Kau tak pernah bercinta?” Mata dia terus merenung aku.
Ceh! Itu ke yang dia tengah fikir tadi? “Well… emmm… pernah.” Balas aku teragak-agak. Cinta monyet kira cinta juga, kan?
“Jadi sepatutnya kau tahulah apa jawapannya.” Balas dia tersenyum mengejek lantas kembali memotong steak.
Fine! Aku bercinta masa sekolah je!” Terpaksa berterus terang.
Dia mengangkat wajah, terus merenung aku. Perlahan-lahan bibir dia mengukir senyum. Meletakkan kedua pisau dan garfu di pinggan. Sudah, nak kutuk aku lah tu!
“Bila kau cintakan seseorang kau tak tahu hendak gambarkan bagaimana. Hati kau akan sentiasa berdegup tak tentu arah bila bersama dia, apa sahaja tentang dia kau suka. Senyuman dia. Lirikan mata dia.” Balas dia separuh berbisik. Dia bingkas bangun menghampiri aku. Merenung ke dalam mata aku.
“Setiap sentuhan dia, kau dapat rasakan getarannya…” lantas jari telunjuknya menyentuh tangan aku, diseret sehingga ke siku. Glup!
“Setiap bisikannya… mendebarkan hati.” Dia berbisik di telinga aku. Terasa panas nafasnya mengetar jantung. “Harumannya… tiada tandingan.” Dia mencium lembut rambut aku. Oh, my!
Tiba-tiba tekak terasa kering. Beberapa kali aku menelan air liur. Tulang-temulang dah terasa lembik. Ini mesti syaitan tengah bersuka-ria sebab berjaya buat hati aku tak tentu arah.
“Kau berdebar tak?” Bisik dia merenung wajah aku.
Bau perfume dia mengetar hati. Haish, kalau aku bergerak sikit saja lagi ni sah-sah secara percuma hidung aku bertepek dekat muka dia! Aura elektrik dah mula terasa. Kalau tersentuh ni sah-sah boleh terbakar hati aku! Oh, my… Macam mana ni? Patutkah aku bergerak? Aku mengigit bibir, tak berkelip membalas renungan dia. Untuk seketika kami saling berpandangan. Tiba-tiba aku terasa seperti berada di tempat asing. Seperti terawang-awang, kaki tak berpijak di bumi.
Walawehhh, Lara, kau dah boleh terbang!
“Tak berdebar, kan?” Tiba-tiba dia bersuara, melarikan wajah.
Serta-merta terasa seperti badan terhempas dekat lantai. Huh, baru aku nak merasa terbang di angkasa. Potong betul! Aku berdeham, menarik nafas dalam. Meneguk air hampir segelas. Fuhh… tak pernah-pernah aku berdebar macam ni. Boleh tahan aura Fazrin ni. Oh, pelakon, mestilah pandai mainkan peranan. Haish!
“Nanti bila Mr. Sam dah balik, kau cuba buat macam tu. Kalau kau berdebar, itu maknanya kau cintakan dia.” Dia tersenyum kecil.
“Aku kena buat macam tu?” Bulat mata aku pandang wajah dia, terkejut, tapi bukan sebab permintaan dia tu, terkejut dengan apa yang dia dah buat tadi.
“Yalah. Kalau tak kau tak tahu.” Balas dia.
 “Haish, tak kuasa aku.” Aku berdeham perlahan, cuba mengembalikan rentak jantung.
“Apa salahnya. Memang kerja perempuan mengoda lelaki yang dia suka. Kalau tak buat macam tu sampai bila-bila lah kau tak kahwin.” Dia mengunyah perlahan.
“Euww… biarlah lelaki yang mulakan.” Aku menggeleng tak setuju.
“Kau ni, benda macam tu pun tak nak buat. Patutlah bercinta masa zaman sekolah je.” Dia tersenyum sinis.
“Tak nak lah! Perigi cari timba. Malu!”
“Cik kak, zaman sekarang ni tak ada isu perigi cari timba atau timba terjun perigi. Kalau kau suka seseorang tu kau kena cepat bertindak. Kalau tidak kau gigit jari.” Dia meneguk minuman.
“Lebih-lebih lagi lelaki macam Mr. Sam tu. Bukan senang nak dapat. Dulu pun Syikin tergilakan dia.”
Serentak itu sebelah kening aku terangkat. “Oh, sebab tu kau stalker Mr Sam? Sebab kau cemburu, eh?” Aku menaik-naikkan kening pada dia.
“Saja, aku nak tengok apa kelebihan pesaing aku. Tapi biasalah, at the end of the game… best man win.” Balas dia dengan wajah berlagak.
“Betul ke best man win? Atau Sam tak layan Syikin?” Aku memandang curiga.
Dia berdeham kecil. “Syikin dah terkena jerat aku, sekelip mata saja dia lupakan keinginan dia nak dapatkan Sam. Jadi itu tandanya ‘Best man win’.” Balas dia dengan wajah seperti tak yakin dengan kata-kata sendiri.
Aku tersenyum kecil. Belum pun sempat aku membalas tiba-tiba telefon aku berbunyi. Sebaik sahaja melihat nama si pemanggil tiba-tiba hati aku bergemuruh. Ini baru tengok nama dia naik dekat skrin telefon, kalau aku buat macam Fazrin suruh tu? Mahu tercabut jantung aku. Silap-silap tak sempat nak goda aku dah jatuh pengsan dulu.
“Siapa?” Tanya Fazrin.
“Mr Sam.” Aku menelan air liur.
“Angkat lah!” Gesa dia. Tanpa tunggu lama aku terus tekan ‘answer’
 “Lara, awak busy ke?” Terdengar suara husky di hujung talian.
“Tak, kenapa encik Sam?”
Please, jangan panggil saya encik… pelik jadinya.  Just call me Sam?”
Aku terkedu seketika. “Erkk… oo.. key. Sam.” Aku menelan air liur. Pelik pula bunyinya.
“Awak sibuk ke?”
“Tak.” Aku berdeham perlahan, sempat menjeling pada Fazrin yang asyik mengunyah steak.
“Macam mana Nia hari ni. Dia ada buat hal?”
“Dia okey. Jangan risau.” Aku menjeling pada Fazrin. Dia bingkas bangun ke dapur mengambil minuman.
“Baguslah kalau macam tu. Saya nak bagi tahu awak, esok saya balik ada problem pula kat KL.”
Oh my, Mr Sam balik esok! Yeh, dia balik! Okey, Lara kawal hati. Nanti Fazrin nampak habis kau!
“Oh, saya ingat minggu depan encik… erkk… awak balik.” Dahi aku berkerut. Terpaksa mengunakan bahasa kasual. Fazrin membeliakkan matanya, mulutnya terbuka luas. Kemudian tersenyum mengejek.
Nope. Tiba-tiba Shida call cakap ada hal penting saya kena ada dekat sana petang esok.” Suara Mr. Sam kedengaran sedikit ceria. Tidak kaku seperti tadi.
“Okey, jadi awak nak saya sediakan apa-apa?” Alamak, tak ada soalan lain ke? Kau bukan isteri dia pun! Aku menepuk dahi. Berkerut dahi Fazrin memandang aku.
“Oh ya, nasib baik awak tanya. Saya mungkin sampai rumah pukul 11 pagi dan akan singgah rumah tukar baju. Tolong sediakan baju untuk saya meeting esok. Boleh?”
“Boleh.” Takkan aku nak cakap tak boleh pula?
Sorry kalau menyusahkan awak. Saya tahu awak cuma pengasuh Tania bukannya saya.” Dia ketawa di hujung talian.
Dengar dia ketawa aje hati aku dah tenang. Tiba-tiba hati aku terasa berbunga-bunga. Wahh.. sediakan baju untuk lelaki seperti Sam, bahagianya!
“Tak apa. Saya pun tak ada nak buat apa malam ni. Nanti saya cari baju tu.” Ujar aku, tiba-tiba pula suara jadi lembik semacam. Bibir dah meleret sampai ke telinga dah ni. Fazrin buat mimik muka mengejek. Aku menjegilkan mata pada dia.
So, see you tomorrow.”
“Ya, ok. Night.” Balas aku mengulum senyum. Kalau Fazrin tak ada dekat depan ni… mahunya aku dah buat lompat bintang atau pun menari zapin. Control Lara… cool.
“Wahh… dah macam suami isteri pula. Sediakan baju.” Dia mengejek.
Aku tersenyum kecil. “Majikan minta tolong. Takkan nak cakap tak boleh pulak!” Aku menahan senyum.
So…” Dia merapatkan wajahnya ke tengah meja. “Berdebar tak?” Dia menaikkan keningnya. Tersenyum nakal.
Kawal diri Lara. Mana boleh dia tahu tentang hati kau. Malu kalau nanti Mr. Sam tolak cinta kau. “Tak. Biasa je.” Balas aku sedaya upaya menyembunyikan riak gembira.
Dia berdesit perlahan. Bersandar pada kerusi. “Jangan nak bohong. Tengok muka kau berseri semacam tu pun aku dah tahu.” Dia memandang sinis.
“Jangan nak buat spekulasi okey!” Marah aku sekali lagi meneguk minuman di sebelah. “By the way, berapa umur Mr. Sam tu?” Aku memandang Fazrin.
What? Itu pun kau tak tahu?” Dia menggeleng beberapa kali. “39.” Jawab dia acuh tak acuh.
“Hah? Serius?” Mulut aku ternganga.
“Dia nampak muda, kan?”
Aku mengangguk laju. “Aku ingatkan dia 36 atau 37.”
“Bagus apa lelaki matang ni. Stabil, tahu melayan hati wanita.” Tambah dia meneguk minuman.
“Okey, aku nak balik.” Sebelum dia merepek lebih jauh, lebih baik aku blah. Aku menolak kerusi.
“Amboi cepatnya!” Dia memandang hairan.
“Bahaya tau duduk berdua dalam rumah ni. Pulak tu dalam cahaya malap macam ni. Kalau kena tangkap basah nanti kau juga yang meraung!” Aku bingkas bangun.
“Aku ke… kau yang meraung?” Dia menghantar aku ke muka pintu.
“Dua-dua meraung.” Balas aku.
“Kau tu yang meraung lebih sebab tak berpeluang dapatkan Mr. Sam.”
“Habis kau? Tak meraung bila kena sembur dengan Syikin?”
“Mesti tak sabar-sabar nak gosok baju Mr. Sam tu.” Laung Fazrin bila aku sampai di muka pintu rumah.
Shut up!” Jerit aku tersengih.
Terdengar suara dia mengekek.
***
“Kak!” Panggil Tania sebaik sahaja aku melangkah masuk.
“Tak tidur lagi?” Aku menjeling jam di dinding, merebahkan diri di sofa. Menghela nafas perlahan.
“Baru nak masuk tidur, dengar pintu terbuka.” Dia menghampiri aku. “So, kenapa abang Faz panggil akak? Ada masalah ke?” Wajah dia kelihatan begitu berminat ingin tahu.
Aku menghela nafas perlahan. “Alah, dia suruh akak teman dia makan je. Syikin tak dapat datang ada shooting.” Balas aku acuh tak acuh.
Tiba-tiba wajah Tania berubah merah. “Wahh.. jadi akak candy light dinner dengan abang Faz lah ya?” Dia tersenyum-senyum.
“Hey, jangan nak gembira sangat. Akak teman dia makan je.”
“Memanglah teman. Tapi… takkan akak tak suka dengan dia?” Dia tersengih-sengih, menaik-naikkan keningnya.
“Jangan mengarut boleh tak? Dengar dengan Syikin habis akak.”
“Alah, apa salahnya mencuba. Akak dengan dia pun nampak sepadan je.” Tania terus tersengih-sengih.
Haish budak ni, macam nak bagi isyarat yang aku ni tak sesuai jadi mak tiri dialah tu!
“Emm.. tadi papa call. Esok papa balik.” Balas Tania turut sama merebahkan diri di sofa.
Aku mengangguk. “Papa cakap apa lagi?” Janganlah budak Tania ni bagi tahu papa dia aku dengan Fazrin tadi. Nanti tak fasal-fasal dia ingat aku tak jaga anak dia.
“Tak ada apa. Dia tanya Nia buat apa, akak buat apa.” Balas Tania acuh tak acuh.
“Habis, Nia cakap akak buat apa?” Aku memandang dengan penuh resah.
“Jangan risau, Nia cakap akak pergi gim tadi.” Dia tersengih.
“Pandai pun. Lain kali jangan bagi tahu apa-apa fasal akak pergi jumpa abang Faz tau. Nanti papa anggap akak tak jadi Nia pula.” Pada hal takut terlepas peluang pancing hati Mr. Sam.. heee.
“Ya, Nia tahulah. Akak tak payah pesan.” Balas Tania. “So, macam mana dating dengan abang Faz? Mesti seronok dapat tengok muka abang Fazrin yang kacak tu.” Dia menjeling.
“Nia cemburu ke?” Tanya aku sekadar mengusik.
“Tak ada makna nak cemburu. Abang Faz tu dah tua!”
“Hey, okey apa lelaki tua. Dia matang, caring…” usik aku lagi. Budak-budak sekarang bukan boleh percaya sangat. Mahunya dalam dia minat Fazrin tak pasal-pasal dia benci aku nanti.
So, akak suka lelaki matang lah ya?” Dia bingkas bangun.
“Tanya akak pula. Nia tu. Ada hati dengan abang Faz ke? Kalau ada nanti boleh akak tolong adjust kan.” Usik aku lagi.
“Euww!” Dia membaling bantal pada aku. “Akak ambil jelah. Tak kuasa!” Dia mencemik.
“Akak pun tak kuasa.”
“Betul ke?” Bulat mata Tania pandang aku. Haish, budak ni tak habis-habis nak menduga. Aku mengangguk.
“Akak dah ada teman lelaki?” Dia tersenyum-senyum.
“Tak.” Balas aku dengan penuh yakin.
“Pernah bercinta?”
Aku menoleh kemudian mengangguk. “Tapi tak lama. Akak bosan dengan dia.”
“Kenapa?” Dia kelihatan berminat. Membetulkan duduknya betul-betul mengadap aku.
“Sebab dia tak romantik.” Balas aku acuh tak acuh.
“Romantik tu apa ya?” Wajah dia kelihatan serius. Aku terdiam seketika. Ya, romantik tu apa?
“Eh, dah lewat ni. Cepat masuk tidur.” Aku bingkas bangun, menghampirinya menarik lengan dia.
“Alah akak ni, tak sporting langsung. Orang baru nak belajar pasal cinta.” Dia mencemik.
“Tak perlu berlajar. Bila tiba masanya nanti baru tahu.” Aku terus menolak tubuhnya ke bilik tidur. Kami berjalan menuju ke bilik.
“Kak…” panggil Nia.
“Yup.”
“Betul ke akak suka lelaki matang?” Tanya Tania.
“Yup.”
“Kalau macam tu akak mesti suka papa.”
“Yup… erkkk… apa suka?” Tiba-tiba kulit muka aku terasa tebal seratus inci. Tania mengekek kemudian meluru ke biliknya.
 “Nia, akak tak dengar, awak tanya apa tadi?”
Terdengar dia ketawa. “Night kak!” kemudian mengunci pintu bilik.
Shoot! Mulut ni! Kawal sikit!



BERSAMBUNG...
~XOXO~

12 comments:

MizaEija said...

waaahhh... nia gaya nak bagi green light kat Lara ngan papa dia je tu...
next...next... =p

Norana Said said...

x sabar nak tunggu mr sam balik... hihi

eija said...

hihihi suka dg mr sam...lalala

Red Scarf Novel said...

Miza - haha... percaya ke ngn si Tania tuuu?? haha

Norana - kannn... hahaha... saya pun tak sabar nk cerita apa jadi nanti bila Mr Husky bertemu ngn Lara.. :P

Eija - Alaaaa. cian Fazrin... hahaha.

anon-azri punye SA nih.. said...

..oh papa sam,cpt lar balik!!..hishh,noti tol si fazrin tu,xsuke!

NurAtiZa said...

Tania pandai betul nak korek isi hati Lara... hehehe #^_^

zie omar said...

ehhhhh tak sabar pulak rasanya nak tunggu mr. sam balik. serammmm nih..hahaha

hk said...

Niaaa...toooolonglah jadi matchmaker :)

aisyah said...

Amboi nia..dia plak terlebih suka

cik baba said...

Erm...nia pun nampaknya suka dgn Lara...that mean ni kira green light utk Lara jd mama Nia.ekekekekeke...

Anonymous said...

bnyk sgt salah ejaan dri bab 1 lg....lpas tu ada sesetengah ayat tu perlu double kn 'g' tp jd single jer...bkn skali sy jmpa tau..lpas tu,lara tuh mcm x jga pergaulan ng laki...dia x mrah pon klau org pgang dia...kiata sbagai perempuan spatutnya kna jga maruah...harap bleh diperbaiki lg...apapun, nov nie best sgt...lawak dia bleh buat sy ska sorang2 mcm org gila...terbaik arh...

Anonymous said...

bnyk sgt salah ejaan dri bab 1 lg....lpas tu ada sesetengah ayat tu perlu double kn 'g' tp jd single jer...bkn skali sy jmpa tau..lpas tu,lara tuh mcm x jga pergaulan ng laki...dia x mrah pon klau org pgang dia...kita sbagai perempuan spatutnya kna jga maruah...harap bleh diperbaiki lg...apapun, nov nie best sgt...lawak dia bleh buat sy ska sorang2 mcm org gila...terbaik arh...