Intan payung kami...

Wednesday 27 March 2013

Bab 9 : Mencari Mr. Charming


Bab 9

From : Indah Water
To : Indah Lara
Sent : Monday, September 10, 11: 01AM
_____________________________________________________________
Cik Indah Lara,
Aku ada intip blog kau. Kau cakap kau mengalu-alukan komen dari pembaca kan? Jadi tak salah kalau aku emailkan komen aku ni pada kau, kan? kan? kan? Aku baru je dipaksa dan terpaksa baca novel ke dua kau berjudul ‘Cinta Si Nelayan.’ Komen aku…
1.           Seperti biasa, walau pun watak kau tu seorang nelayan kau tetap gambarkan dia lelaki romantik. Kau ni kenapa? Kau ingat abang-abang nelayan tu ada masa ke nak beromantik sana-sini? Kau ingat abang-abang nelayan tu pandai ke nak berjiwang macam sasterawan Negara? Masalahnya, sasterawan Negara pun tak macam tu! Abang-abang nelayan ni jenis straight to the point tau!
2.           Tak logik langsung bab abang nelayan tu sediakan tempat candy light dinner. Cara kau gambarkan dalam novel tu macamlah abang nelayan tu pandai sangat nak ber-candy light bagai. Ada masa ke abang nelayan tu nak pergi cari semua lampu lepas tu nak pasang di pantai? Dari mana dia sambung elektrik? Ada duit ke abang nelayan tu nak beli semua benda nak sediakan untuk awek dia tu?
3.           Dinner stik? Wei, agak-agaklah! Abang nelayan masak stik? Kalau kau buat dia masak ikan bakar ke… sotong bakar ke… aku percaya juga.
4.           Kissing? Wei, agak-agaklah! Aku dah keliru sekarang ni. Kau ni penulis Melayu atau penulis barat? Tak cukup-cukup lagi penulis barat tu merosakkan fikiran orang Melayu kau pula nak tambah? Aku baca pun malu tau! Kalau mak ayah, adik kakak, saudara mara kau baca kau tak malu? Tak kisahlah dia orang secara sengaja atau tak sengaja sekali pun, benda tu tak patut ada! Faham? Gatal!
Okey, seperti biasa hanya beberapa komen saja yang aku buat. Kalau aku tulis panjang-panjang nanti kau meraung pulak. Apa pun, aku betul-betul merayu pada kaulah. Boleh tak buat novel yang logik dan beradab sikit!
p/s : Kau nampak tak request friend aku dekat facebook?

Yang Benar
Indah Water.

Tidak! (geram punya pasal rasa nak hantuk kepala aku kat dinding!) Kau memang betul-betul nak kena simbah dengan air jamban ni! Tak habis-habis kononnya dipaksa dan terpaksa, padahal memang kau kaki jiwang, kan?
Hey, kalu dia ada depan aku mahu aku lepuk-lepuk kepala. Kalau tak suka, kalau dipaksa sekali pun, takkan kau tak ada mulut nak tolak! Kalau kau hebat sangat, kenapa tak kau saja yang tulis novel?
Kalau ikut hati aku, memang itulah kata-kata yang aku nak balas dalam email si Indah Water ni. Tapi… pesan mak masih kuat dalam ingatan aku. Jadi, apa lagi yang mampu aku buat selain bersabar. Tengok, bukannya seronok pun jadi penulis ni. Percuma saja kena sembur.
Okey, aku mengaku salah aku. Tapi masa tu aku mentah lagi. Lagi pun aku tengok penulis senior selamba badak sumbu saja buat adegan tu, jadi aku ingat tak ada masalah dan tak salah. Tapi lepas ayah tegur, mak tegur, abang ngah kutuk kaw-kaw… memang aku serik. Dekat dunia muka aku dah tebal 300 inci, dekat akhirat nanti entah macam mana agaknya. Insaf. Huhuhu…
Jadi, sekarang aku dah tak buat dah kissing mulut ni. Paling teruk cium tangan dan dahi. Erkk… peluk-peluk masih ada, cuma bukan peluk berahi. Peluk sedih, peluk gembira dan TER-peluk. Memang masih tak sesuai, terasa macam menghalalkan yang haram, tapi… emmm… mungkin lain kali aku cuba elak lagi. Nak berubah tak boleh secara mendadak, kan? Nanti ada pembaca aku lari.
Buat adegan macam itu pun dah ada pembaca komen kurang romantik. Aku pun tak tahu macam mana nak buat lagi supaya dia orang terasa romantik. Katanya buku pertama aku lagi romantik, adakah kerana ada adegan kissing dan sedikit hot? Adakah adegan itu adalah romantik yang pembaca zaman sekarang cari? Kalau nak macam tu, lebih baik baca novel porn, macam-macam adegan ada. Heeee… maaf, sarkastik. Jangan baca porn, nanti otak kau orang rosak.
Dalam masa seminggu ni, sudah dua email aku terima dari makhluk bernama Indah Water (Percayalah, kalau jumpa berdepan mesti dia ni busuk gila!). Aku tak faham kenapa dia tak puas hati sangat. Aku guna bahasa yang indah-indah pun salah. Aku gambarkan lelaki itu sempurna pun salah.
Habis dia nak aku buat apa lagi? Apa yang aku gambarkan tak logik ke? Lainlah kalau aku buat cerita fantasi yang boleh terbang dekat langit atau… tiba-tiba watak aku tu ada super power? Tak adalah aku nak marah sangat kalau dia cakap tak logik.
Jadi, apa yang perlu aku buat sekarang ni? Buat tak tahu seperti mana email pertama dulu atau aku balas?
Setelah setengah jam aku taip dan padam, aku fikir lebih baik aku abaikan saja email ni. Kalau aku balas mesti akan tercetus perang nanti. Tangan aku ni kadang-kadang tak boleh percaya sangat. Lain yang aku karang dalam otak, lain pulak yang ditaip.
Jadi, lebih baik aku bawa bertenang dulu. Balas email dalam keadaan marah memang akan merosakan masa depan aku nanti. Maklumlah, reader is always right!

***

“Kak!” Terdengar suara Tania memanggil.
Selepas makan tadi, dia terus terlena atas sofa. Seronok betul dia boleh makan mee segera sehinggakan makan malam pun dia merenggek minta aku masakan mee segera. Tapi jangan harap aku layan. Mati aku kalau Mr. Sam tahu aku sumbat anak dia dengan makanan yang ‘diharamkan’ dalam kehidupan dia orang.
Pintu bilik terkuak. “Lar, kat sini rupanya.”
Tak sempat nak pelawa dia masuk, dia mendarat atas katil. Meniarap memandang aku yang sedang menutup email yang menyakitkan hati tadi.
“Kenapa duduk dalam bilik ni? Cepat ambil semua barang akak, duduk dalam bilik satu lagi. Besar sikit.” Dia bingkas bangun.
Aku menoleh. “Bilik mana?” Dalam kepala aku sudah terbayang bilik yang amat luas tu.
“Sebelah ni.” Dia melangkah ke almari.
Angan aku jatuh merundum. Okey, bukan bilik besar tu. Tapi bilik satu lagi yang boleh tahan besar dan cantik. Tanpa menunggu persetujuan aku, dia terus membuka pintu almari dan memunggah barang-barang aku. Budak ni memang sesuka hati je.
“Nia… boleh akak tanya sikit?” Soal aku ketika kami sedang menyusun barang-barang dalam bilik baru.
“Tanya ajelah. Sampai nak minta izin segala.” Dia mengekek.
“Akak tak nampak pun gambar ibu Nia, semuanya gambar Nia dan Mr. Sam.”
Dia tersenyum. “Papa dan mama dah bercerai. Mama sekarang dah ada keluarga baru, tinggal dekat Australia.”
Sorry.”
“Alah, tak apa. Nia pun tak kisah. Mereka bercerai masa Nia kecil. Mama tinggal Nia dengan papa sebab dia benci Nia.” Balasnya bersahaja. Aku tersentak. Kisah punyalah sedih, boleh pula dia relax dan senyum?
“Mana ada ibu tak sayang anak. Mesti mama sayangkan Nia.” Aku cuba memujuk. Mungkin dia merajuk.
Dia mencemik. Menaikkan kedua bahunya. “Kalau sayang kenapa tak pernah datang jumpa pun? Nia tak pernah kenal pun muka dia macam mana. Puas Nia minta gambar mama dengan papa, tapi papa cakap dia tak simpan. Pernah juga Nia selongkar barang papa, memang tak jumpa.” Cerita Tania dengan wajah sayu. Dia melangkah ke arah katil. Merebahkan diri di situ.
“Mungkin ada sebab kenapa dia tak datang jenguk.” Pujuk aku lagi.
Alasan seorang ibu tak sayang anak sendiri memang payah nak di terima. Walau pun aku tak pernah ada anak. Tapi, logiknya memang begitu, kan?
Tapi, mungkin juga betul kata Tania. Kalau tak mana mungkin ada kes buang bayi? Campak bayi ke luar tingkap, bangunan? Kalau betul, memang emak dia seorang yang rugi. Sikit punya comel budak Tania ni. Kalau aku ada anak macam ni, memang aku bangga! Maunya aku tayang satu dunia. Mana nak tumpah kuah kalau tak pada nasi, kan? Tapi… itu angan aku saja.
“Wahh.. banyaknya novel!” Tiba-tiba dia menjerit teruja, mencapai beberapa novel yang aku susun di meja sebelah katil.
“Nia suka baca novel ke?”
“Mestilah. Bukan suka, tapi gila!” Ujarnya dengan wajah teruja sambil membelek novel setebal batu-bata itu. Mujur itu bukan novel aku. Memang aku tak pernah bawa novel aku kemana-mana.
“Tapi… tebal sangatlah. Lenguh.” Dia letak kembali novel tersebut.
Aku tersenyum kecil. Memang pun, jenuh jugalah nak mengusung novel tu. Memang aku tak pernah letak dalam beg atau bawa kemana-mana pun. Mau rabak beg tangan aku nanti.
“Esok sekolah, kan? Tak ada kerja sekolah ke?” Sebenarnya soalan tu bertujuan hendak halau dia keluar. Tapi bukan sebab aku tak suka dia.
Mujur juga dia bukan jenis budak yang banyak songeh atau berlagak. Cuma, aku nak siapkan manuskrip aku yang tertangguh. Aku dah letak tarikh, kalau tak siap pada tarikh yang ditetapkan oleh aku sendiri, seperti aku tidak jujur pada diri sendiri pula.
Dia mendengus perlahan. “Ada. Nanti malam lah.” Dia terus bergolek-golek di atas katil ku (erkk… secara teknikalnya).
“Akak tahu tak, Nia dah lama teringin nak ada kakak. Kadang-kadang cemburu tengok kawan-kawan asyik bercerita fasal kakak dia orang.” Terdengar dia berdesit perlahan. “Nia pernah minta dengan papa nak kakak. Dia suruh Kak Shida jadi kakak Nia, tapi tak seronoklah kak Shida tu. Asyik ya membuta tuli. Bosan.”
Sekali lagi kening aku sebelah kiri terjungkit. “Minta kakak? Kalau minta adik ke, pernah akak dengar. Sekurang-kurangnya boleh juga papa Nia kahwin dan bagi adik. Ini kakak?”
Dia tergelak kecik, meniarap mengadap aku yang sedang menyusun kain baju ke dalam almari.
“Adik leceh, tak boleh nak ajak berbual. Bila dia besar Nia dah tua. Mesti dah tak masuk geng. Tapi kalau dapat kakak macam sebaya akak boleh kita masuk geng.” Ujarnya dengan wajah kelihatan tulus.
Alahai, meleset sungguh fomula yang aku bentangkan pada Ayun semalam. Tak sangka pula, budak Tania ni terlalu jujur dan… manja. Kekurangan kasih sayang agaknya. Kesian.
“Tapi…” aku terdiam seketika. “Shida tu… kerek kan?” Sudah, aku dah mula nak bergosip. Ini padahnya kalau aku cepat mesra dengan seseorang, sesuka hati saja mulut aku ni nak bercakap.
Tiba-tiba Tania tergelak kecil. “Haruslah. Kalau akak nak tahu. Dalam diam dia tu ada hati dengan papa tau.” Balas Tania berbisik. Macamlah ada orang lain dalam bilik ni.
Aku berhenti seketika, menoleh sambil mulut terganga pada Tania. “Seriously?” Sekali lagi kening aku terangkat. Ada hati dekat bos sendiri? Geli! Eh, kejap. Aku pun sama daa! Tarik balik!
Dia mengangguk. Menahan senyum.
“Habis, papa Nia tak suka dia ke? Cantik juga Shida tu, cuma… kalau lembut sikit, lagi cantik kot.” Komen aku mengundang tawa Tania.
“Euwww! Tak nak lah. Tak ada tokoh langsung!”
“Habis tu… tokoh macam mana yang Tania cari?” Cewah, soalan provokasi ni. Mana tahu, kalau-kalau aku ada peluang. Heee…
“Dia mesti, baik…” Dia termenung seketika.
Baik? Aku baik, check!
“Mesti cantik…”
Cantikah aku?
“Mesti pandai masak…”
Yang ni aku ada. Aku pandai masak!
“Cerdik…”
Okey, aku ada ijazah, kira cerdik lah tu.
“Yang penting, dia mesti sayang Nia dulu baru sayang papa. Emmm…” belum pun sempat dia tambah ciri-ciri bakal calon ibu tirinya aku terus mencelah.
“Emmm… patutlah sampai sudah papa awak tu tak kahwin.” Aku tersenyum kecil. Menggeleng kepala.
Dia tersengih. “The truth is… Nia pun tak tahu perempuan macam mana yang papa cari.” Dia mendengus kasar.
“Sebelum ni papa tak pernah ada teman wanita ke?”
“Ada, tapi, kejap ada, kejap tak ada. Kadang-kadang naik bosan tengok perempuan yang papa bawa jumpa Nia. Bila Nia mula rapat je, alih-alih tak jadi. Entah puteri bunian mana agaknya papa nak.” Terdengar dia mengeluh perlahan.
Aku menguntum senyum. Maknanya, Mr. Sam tak berpunya lah sekarang ni? Aha… ini berita baik ni.
“Alah, Nia pun kena faham. Papa awak tu pernah kecewa. Mungkin dia dah fobia, sebab tu dia berhati-hati memilih. Lagi pun dia ada Nia, tentu dia nak yang terbaik untuk anak dia juga.” Cewah, ayat, untung juga jadi novelis ni banyak ayat-ayat bagus yang boleh diaplikasikan dalam kehidupan.
Dia tersenyum. Termakan juga dengan kata-kata manis aku yang ikhlas itu.
“Tapi, Nia rasa papa tu yang cerewet. Sebelum ni semua yang papa bawa baik-baik belaka. Kerap ajak Nia jalan-jalan. Kami pergi shopping. Seronok tau.” Ujarnya dengan muncung di bibir.
“Yalah, baik di mata Nia tapi belum tentu baik di mata papa.”
“Emm… mungkin. Nia pun pelik dengan orang dewasa ni. Semua dah cukup lengkap, cantik. Pandai. Bergaya. Pandai masak, tapi masih tak suka.” Dia menggeleng kepala beberapa kali. Aku tersenyum kecil.
“Sebab itu sekarang bukan masanya Nia baca novel-novel dewasa tu.” Balas aku tersenyum.
Budak-budak apa tahu. Apa yang dia nampak, itulah hakikatnya. Sedangkan, untuk mencari pasangan bukannya perkara mudah. Lebih di luar tidak bermakna lebih juga di dalamnya.
Seperti aku, bukannya tak ada lelaki yang cukup sifatnya hendak mencuri hati aku ni. Tapi… bila kenal sikit ada sahaja yang aku tak berkenan. Mak aku kata…
“Kamu ni kena pergi mandi bunga. Sekali tak cukup kena berkali-kali agaknya.”
“Alah mak, zaman dulu boleh lah suruh mandi bunga. Zaman sekarang ni orang mandi susu, atau pun pergi sauna macam-macam rawatan ada. Mandi madu, scrub badan. Lagi bagus, kulit lebih lembut, gebu.”
Bila aku dah cakap macam tu, emak apa lagi makin panjanglah bebelan dia, heee…
Apa relevennya mandi bunga dengan jodoh ya? Ada orang kata supaya naik seri atau pun bau wangi.
Tapi kalau itulah alasannya, baik aku pergi salon tiap-tiap hari atau pun bermekap tebal memang berseri-seri wajah aku. Kalau nak wangi, baik aku pakai perfume habis satu botol, atau pun scrub badan tiap-tiap hari, atau pakai deodrant, mesti wangi!

***
Indah Lara
1 minutes ago
Kenapa bila berkait dengan jodoh kita disarankan mandi bunga? Kalau mandi susu atau mandi wap tak boleh ke?


BERSAMBUNGGG....

1 comment:

bz the witch said...

p/s:kau nampak tak request friend aku dekat facebook?

hahaha...lawak betol la si indah water tu...hihihi