Intan payung kami...

Friday 23 March 2012

Handbag oh! handbag...

Ni antara handbag yang Red tergila-gilakan - tak berjenama punnn (-.-)

Hari ni turn Red pula membebel kat sini. Puas Red fikir nak membebel pasal apa kat sini, adalah beberapa isu yang Red terlintas nak share dengan uols kat sini, tapi disebabkan Red masih in mood shopping jadi Red kongsi cerita pasal handbeg, boleh??

minggu lepas 'shopping time' haha... (the best moment in my life!) Red jalan-jalan dengan kakak, sebab dia nak shopping bag. Jalan-punya-jalan mata Red dah berpinar-pinar, rata-rata tempat Red nampak 'shining handbag' seakan-akan menarik-narik kaki-tangan-kepala-badan Red masuk ke dalam kedai. Di sebabkan iman Red tak kuat jadinya Red belasah beli 3 biji beg! (Mrs J dan Ms FY jangan jealous! - ajak shopping jual mahal! - kalau korang berdua nak shopping handbag yang mampu milik tapi cantik nanti Red bagi tahu di mana.)

uols jangan ingat Red nak menunjuk-nunjuk beli 3 handbag kat pulak. Apa yang Red nak bagi tahu, pertama : perempuan memang tak boleh lari dari gilakan handbag. Memanglah kat mulut cakap, alah tak kisah pakai satu bag je... tapi hakikatnya, kalau dah jumpa 'dream handbag' pulak dengan harga uols mampu bayar, agak-agak uols beli tak??

Kedua : Apa yg Red nak bagi tahu, tak usahlah terlampau gilakan jenama. Itu cara barat nak perdayakan uols je :-Þ  - Maksud Red, pernah tak korang tengok kawan2/adik/kakak/atau diri sendiri tergilakan beg berjenama sehingga sanggup berhutang/ikat perut/tak makan dan tak minum semata-mata nak beli handbeg berjenama?? (kalau mampu beli tak timbul isu ni Red nak pesan pada yang tak mampu)

Red tahu, sesetengah orang pentingkan jenama. poket kosong dia tak kisah janji orang tengok dia bawa barang berjenama, kan? Tapi bagi Red semua tu not a big deal, kenapa Red bagi tahu Red beli 3 handbag? Sebab semuanya tak berjenama!! tapi sangat comel!

Tapi, cuba uols fikir... handbeg ni, sangat cepat bertukar-tukar fesyen. Sekelip mata je sekarang dah bertukar jenis fesyen lain. Kalau korang yg jenis follow trend pulak yang berjenama, jenuh nak beli silap-silap tak hutang handbag dulu tak lepas dah tiba fesyen baru pulak. Kan masalah tu??

Jadi, Pesan Red pada korang yang gila brand tapi hanya mampu beli sekali sekala choose a handbag that has proved to be a classic. Jadi bila korang pakai tak adalah org cakap korang terlepas zaman..hehe.. dan sebagai basahan atau kalau nak ikut trend semasa, beli je yang korang mampu.

Red sangat suka trend Korea handbag, selain comel-comel-warna-warni bag dari sana murah!! ahaksss. Kat atas tu Red campur handbag from korea and from 'jenama' yang mana satu korang suka??

Akhir bebel, pandai-pandailah uols berbelanja. Korang cari duit korang fikirlah sendiri macam mana nak guna dengan bijak.

P/s :  Ada antara beg dalam gambar tu dah berjaya jadi milik Red. Ahaks. Murah dan cantik.

No comments: