Intan payung kami...

Friday 26 July 2013

Bab 13 : Terukir Cinta a.k.a TCDB


Bab 13

“AIK.. itu bukan mamat semalam?” tanya Yatie sebaik saja aku menghampiri
 “Terserempak kat atas tadi,” jawab aku.
“Kecil rupanya dunia ni,” sampuk Hara.
“Entah-entah dia intip kau?” Yatie memandang curiga.
“Tak lah. Memang dia biasa datang joging dekat sini,”jawab aku jujur. Tak tahu kenapa aku percayakan cakap dia tu. Lagi pun dari perbualan tadi, aku yakin dia bukan orang jahat.
“Boleh percaya ke? Tak sampai tempoh 48 jam kau orang boleh terserempak balik dekat sini. I’m smell something fishy.” Dahi Hara berkerut-kerut.
“Entah-entah dia anggap serius lamaran kau semalam?” sampuk Yatie dengan mata membulat memandanga aku. Serentak itu aku tertawa kecil.
Hello, bila pula aku lamar dia.” Aku menjegilkan mata pada Yatie.
“Kau ajak dia kahwin, kira melamar lah tu,” balas Yatie.
“Dia dah tahu aku saja nak sakitkan hati Imran,” jawab aku acuh tak acuh.
“Kalau dah biasa berjoging dekat sini kenapa sebelum ni kita tak pernah nampak muka berjambang tu?” tanya Hara, mengangkat bahu pada aku.
“Selain muka kacak kita mudah cam, muka serabai macam tu pun mesti kita cepat cam juga.”
“Dah dua tahun dia tak datang sini sebab pindah. Sekarang ni dia pindah sini balik,” jelas aku dengan harapan dapat menghapus rasa curiga di hati Hara.
“Kau tak tanya pindah dekat mana? Kalau dekat-dekat sini rumah orang kaya.” Hara menaikkan kening dia.
“Emmm… dia kata bukan dekat, tapi dekat lah juga.” Aku termenung seketika.
“Atau… mungkin dia pindah rumah kawan dia yang kaya tu?”
“Kalau macam tu. Kau memang kena ambil nombor telefon dia lepas tu kau minta dia susun date aku dengan kawan dia tu,” ujar Hara tersengih-sengih.
“Alamak!” Sekali lagi aku menepuk dahi. “Lupa nak tanya nama!”
Bercakap bukan main tadi alih-alih lupa pula nak tanya nama. Dia pun satu, dari tadi kata nak berkenalan tapi tak hulur salam perkenalan pun. Takkan aku pula yang nak tanya nama dan minta nombor telefon dia.
“Eh, apa pasal nak tanya nama? Tak payah. Bahaya!” Yatie mencerlung.
“Entah-entah dia memang stalker kau.”
“Alah, mentang-mentang dia selekeh kau cakap dia stalker aku. Kalau kacak, kaya, baru kau suruh aku terhegeh-hegeh minta nombor.” Aku menjeling pada Yatie kemudian pada Hara.
“Haruslah!” balas Hara tersengih.
“Kau minta nombor kawan dia cukuplah.”
“Tapi aku tak fikir dia orang jahat,” ujar aku.
“Lepas berbual dengan dia tadi aku yakin dia ni orang baik. Bukan penjenayah. Percayalah.”
“Yang kau beria-ia nak bela dia ni kenapa? Baru beberapa jam kenal dah tak nak dengar nasihat kawan.” Yatie menyindir sambil mengesat peluh di wajah.
Aku menarik nafas dalam. “Entah.”
“Lain macam je bunyi ni.” Hara menjeling.
“Hati aku kuat mengatakan yang dia orang baik. Kalau dia jahat takkan dia nak hantar aku semalam.”
Please. Kita orang tak suka Imran jangan kau pilih lelaki baru yang lagi teruk dari Imran. Okey?” Hara menggeleng kepala.
“Kau orang ni memang! Semua pilihan aku, kau orang tak berkenan.” Aku mencemik.
“Memanglah. Kau ni main rembat je. Siapa saja yang lalu depan mata kau lepas tu buat baik sikit mudah je percaya.” Yatie membebel.
“Buat baik mestilah percaya,” tempelak aku.
“Dah, dah. Jom kita makan!” Hara mencelah.
“Makan? Kau orang lari berapa pusingan?” Aku memandang Yatie dan Hara bersilih ganti.
“Lima,” jawab Hara tersengih.
“Tipu! Jom satu pusingan lagi. Lepas tu baru kita pergi makan.” Aku bingkas bangun. Mana tahu masa berjoging nanti terserempak dengan dia, boleh aku tanya nama dia.
Namun setelah habis satu pusingan setelah puas aku mengintai sana-sini tapi wajah dia langsung tak kelihatan. Amboi, cepatnya dia siap?
“Kau cari siapa ni?” tegur Yatie turut sama memandang ke depan.
“Cari dia lah. Aku nak tahu nama dia,” jawab aku jujur.
“Alah, minggu depan datang lagi. Kalau dah jodoh tak akan kemana.” Hara mencelah.
Betul juga kata Hara. Tapi jangan fikir aku cintakan dia pula, cuma aku nak tahu nama dia saja. Bukan kecil pertolongan dia semalam. Boleh tahan besar juga. Kalau dia tak patah balik semalam entah apa jadi dengan aku. Kalau dia tak berkeras nak hantar aku semalam, entah pukul berapa aku sampai rumah.
“Jom makan!” ajak Yatie.
Dalam kepala aku mula terbayang lontong negeri Sembilan yang ada di jual dekat pasar tani dekat jalan balik menghala ke jalan Sungai Penchala.
Tanpa banyak soal, terus saja aku setuju. Dah joging untuk kurangkan lemak, tapi balik joging tambah balik lemak. Sama saja!
Tak sampai sepuluh minit kami sampai di tempat yang dituju. Seperti biasa, awal pagi begini memang ramai pengunjung datang ke pasar tani ini untuk membeli barang keperluan harian.
“Kak bagi tiga bungkus.” Terus aku minta lontong sambil membelek duit di dalam dompet sebaik tiba digerai tersebut.
“Takkan nak makan lontong je?” tanya Yatie dengan mata meninjau-ninjau makanan lain yang ada digerai  itu.
“Nanti kita pergi beli kuih dekat sana pula,” ujar Hara.
“Tak payahlah. Nanti kita singgah minum dekat warung tepi jalan. Boleh kita melantak lontong ni. Kalau lapar lagi kita makanlah apa yang ada dekat kedai tu.” Aku memberi cadangan.
“Okey. Setuju. Warung dekat bawah jambatan la. Nak? Hari tu aku tengok ramai orang makan kat situ. Jom kita cuba.” Yatie teruja.
Antara pantang Yatie yang menakutkan aku, pantang jumpa gerai yang ramai orang! Mesti dia akan paksa kita orang singgah.
Aku dan Hara saling berpandangan. Nak tak nak terpaksa setuju. Selepas membayar lontong kita orang terus bergerak ke arah warung yang dikatakan Yatie tadi. Memang ramai pun, mujur masih ada meja yang kosong.
“Eh, cuba tengok meja belah kiri dua paling hujung,” bisik Hara ketika kami menapak ke arah meja kosong.
Aku segera menoleh ke arah yang dimaksudkan Hara tadi. Sebaik sahaja melihat meja itu aku tergamam. Dia lagi? Kenapa dunia aku dan dia sangat kecil? Belum sempat aku alih pandangan dia memandang aku lantas dia melambai tangan. Nak tak nak terpaksa aku singgah di meja dia yang cuma selang dua meja dari meja kosong tadi.
“Jumpa lagi?” Aku menegur.
“Kecil betul dunia kita ni ya.” Dia tersengih.
“Kenalkan, my dad.” Dia memperkenalkan lelaki yang duduk di sebelahnya.
“Oh, apa khabar pak cik.” Aku menghulur tangan.
Tak perasan pula ada orang lain selain dia di meja tu. Dari tadi mata aku asyik melekat dekat dia je. Tak tahu kenapa semakin aku pandang wajah berserabai tu semakin maco pula dia di mata aku. Emmm… atau tahap rabun mata aku ni makin tinggi?
“Alhamdullilah. Sihat. Kawan ke?” Lelaki yang diperkenalkan sebagai ayahnya itu menoleh pada dia dan kelihatan dia mengangguk.
“Duduklah, minum sama,” ajak si ayah.
“Tak apalah pak cik. Saya datang dengan kawan saya tu.” Aku memuncungkan bibir ke arah Hara dan Yatie.
Ayah dia mengangguk-angguk kepala.
“Okey, saya pergi dulu.” Aku meminta diri, segan pula nak berbual lama depan ayah dia.
“Siapa sebelah dia tu?” soal Yatie.
“Ayah dia.”
“Risau betul aku,” keluh Hara.
“Kenapa?” Aku memandang pelik.
“Asyik terserempak je. Kuat betul jodoh kau orang berdua,” balas Hara dengan riak wajah seperti menyampah.
“Ayah dia tu macam something je.” Wajah Yatie berkerut sambil mengintai-intai lelaki itu.
Something? Tak baik tau. Dia baik, okey. Siap ajak aku makan semeja lagi tapi takkan nak tinggalkan kau orang makan berdua pula.”
“Maksud aku… macam somebody. Cuba kau tengok gaya dia tu. Tak macam anak dia yang selekeh tu. Dia macam… ada karisma!” Yatie kembali memandang aku dan Hara.
“Karisma Kapoor ke?” Sengaja aku mengusik dan tergelak kecil. Hara juga tumpang ketawa.
“Aku serius ni, main-main pula,” marah Yatie.
Serentak aku dan Hara mengintai ke arah meja dia. Lama aku memerhati. Melihat cara dia berbual dengan ayah dia seperti bukan berbual dengan ayah tapi macam berbual dengan orang asing! Dari tadi asyik angguk-angguk. Selebihnya ayah dia yang banyak bercakap.
“Biasalah. Ayah, mesti ada karisma. Takkan nak hoha-hoha macam budak muda pula.” Hara bersuara segera mengacau minuman yang baru sampai di meja.
Aku terus memerhati dia. Entah kenapa seperti ada sesuatu yang pelik pula melihat dua beranak itu berbual. Dia kerap tertunduk kemudian mengangguk. Ayah dia garang ke? Takkan tua-tua nak garang lagi?
Kalau tengok dari wajah mungkin ayah dia berumur 70 tahun. Kepala dia dipenuhi dengan rambut uban. Berbadan sedikit kurus namun air muka dia tak kelihatan seperti seorang ayah yang garang.
Cuma, mungkin dia seorang yang tegas. Garis di dahi jelas kelihatan. Orang kata kalau dahi bergaris ketara itu bermakna tanda kuat berfikir. Tapi kalau dah tua macam tu sah-sah patut bergaris, lainlah kalau orang muda macam aku ni baru boleh anggap kuat berfikir.
“Kau tak tanya nama tadi?” Tanya Yatie mengejutkan aku dari lamunan.
“Gila kau. Ayah ada dekat sebelah tu. Kalau kau berani kau pergilah tanya.” Aku mencabar.
“Kalau dia ada dua K memang aku dah pergi dah,” jawab Yatie tersengih.
“Dua K apa?” tanya aku hairan.
“Kacak dan kaya!” balas Yatie, terkekeh ketawa.
“Ceh! Mata duitan sungguh kawan-kawan aku ni!” Aku mencemik menyampah.
“Beb, sekarang zaman semuanya duit okey. Tak salah kalau kita materialistic sikit.” sampuk Hara. Yatie pula mengangguk bangga apabila perinsip dia disokong Hara.
“Duit bukan segala-galanya.” Aku membantah. Kena cuci sikit otak budak berdua ni. Haish, bukan saja otak. Mata dia orang pun kena bawa pergi laser supaya dapat tanggalkan lambang RM yang melekat retina mata dia orang.
“Tapi segala-galanya memerlukan duit, these day.” Hara beria-ia nak bela Yatie. Menyampah!
Okey fine! Tapi kalau boleh biarlah kaya tapi bermaruah dan merendah diri. Ini tidak, semakin kaya semakin menyombong.” Akhirnya aku terpaksa mengalah. Dua lawan satu kut, harus dua menang.
Lagi pun kata-kata dia orang ada betulnya. Tanpa kita sedar zaman batu dan logam kembali lagi tapi dalam bentuk yang lebih bernilai. Zaman batu, siapa yang memiliki rumah besar macam istana maka dialah orang kaya. Zaman logam, siapa yang memiliki kereta besar gedabak (yang berjenamalah) dialah yang paling kaya.
“Bila kaya tak diiringi dengan iman sebab tu boleh jadi macam tu,” ujar Yatie, menutup sesi debat kami.
Sebaik saja mangkuk kosong sampai kita orang terus melantak lontong yang dibeli di pasar tadi. Perghh… sedap gila! Kuah lontong ni pekat, likat, lemak! Terasa semua rempah-rempahnya. Tapi, pedas tak ingat! Lontong orang Nogori kot. Hah! kalau nak normal style pergi cari dekat pasar seksyen 14 Petaling Jaya. Lontong dia orang memang beracun! Sekali terkena memang sampai bila-bila tak lupa. Opss… ada satu lagi, dekat restoran di Taman Tun, itu memang tahap superb punya lontong.
“Memang terbaik! Aku ingat nanti aku nak email kat rancangan best in the world lah. Suruh dia orang cuba rasa lontong ni pula. Mesti mata si Razif tertonjol keluar.” Ujar Yatie menggeleng-geleng kepala menikmati keenakkan lontong.
Aku tersengih. Yatie memang peminat nombor satu rancangan tu. Setiap malam rabu jangan sesiapa berani tukar siaran tv lain, kalau berani juga harus kena belasah dengan Yatie. Lepas tengok, dia mesti akan google tempat tu dan esok atau lusa atau hujung minggu mesti dia akan paksa aku dan Hara makan dekat situ (kalau di lembah klang). Tapi yang buat aku cemburu dengan Yatie ni, walau pun dia ni food hunting atau nama timbangan lain yang sering kita orang pakai Miss food addiction tapi badan dia tak pernah naik!
“Eh, mamat tu dah balik lah.” Hara mencuit aku. Aku mendongak. Terlihat meja tadi diduduki oleh pelanggan lain.
“Lar, bila dia balik?” Aku meninjau-ninjau ke arah jalan. Kecewa sungguh.
“Makan tak ingat dunia.” Hara mengutuk.
“Kau kenapa?” tanya Yatie.
“Saja nak tengok dia naik kereta apa. Takkan pakai kereta pinjam bawa ayah dia keluar joging,” keluh aku.
“Tak boleh ke pakai kereta pinjam?” soal Yatie lagi, terpinga-pinga.
Aku menjeling. “Memanglah boleh. Tapi mana tahu dia bawa kereta ayah dia pagi ni.”
“Kalau dia pakai kereta ayah dia?” tanya Yatie lagi.
“Aku nak tengoklah kereta jenis apa,” balas aku sebal.
“Kenapa?”
“Kau ni slow lah!” Hara  menyampuk dan mengeleng kepala pada Yatie.
“Kalau ayah dia pakai kereta mahal itu maknanya dia dari keluarga berada sebab tu dia boleh selamba badak menganggur,” jelas aku sambil mencemik pada Yatie.
“Oh, kenapa aku tak terfikir sampai ke situ, eh?” Yatie mengaru kepala.
Aku dan Hara menghela nafas berat.


BERSAMBUNG

1 comment:

www.muliagold.com said...

http://2.gp/spzM
http://x.vu/VVoVco
http://to.ly/pW5K
http://➡.ws/jasaseo