Intan payung kami...

Wednesday 27 March 2013

Bab 7 : Mencari Mr. Charming


Bab 7

Indah Lara
5 minutes ago
Bakal memasuki almari menuju ke dunia Narnia! Nanti boleh jumpa prince kesepian (caspian :P).
***
Tepat pukul sembilan pagi, aku sudah pun berada di depan Kondominium Iva. Kedatanganku disambut mesra oleh Pak Daniel, kebetulan pula giliran dia bertugas pagi. Hati yang resah sedikit terubat.
Ketika aku sampai setiausaha Mr. Sam sedang menanti aku di lobi. Shida nama dia. Orangnya tinggi lampai. Kulit putih melepak. Cantik, sekali pandang mungkin aku fikir dia ni model. Tapi sayang, walau pun muka cantik tapi tak pandai nak senyum tak guna juga!
Dengan bantuan Ayun, beberapa biji beg aku sudah selamat sampai ke rumah Mr. Sam. Shida menyerahkan kunci rumah kepada aku.
Your face, doesn’t look familiar?” Ayat pertama yang terkeluar dari mulut Shida apabila aku memperkenalkan diri. Dahinya berkerut-kerut seperti sedang memikirkan sesuatu.
“Mestilah, saya bukannya artis.” Balas aku sekadar ingin bergurau. Nak tengok juga senyuman mahal dia manis ke tidak. Tapi sudahnya bukan senyuman manis, tapi jelingan maut yang dia hadiahkan pada aku.
I know, muka awak bukannya layak jadi artis pun.” Dia mencemik. “Tak pernah pula nampak muka awak dalam senarai resume yang ada dalam tangan saya.” Dia kelihatan masih berfikir.
Mata aku yang sedang ralit memerhati keadaan rumah itu menoleh ke arah dia untuk seketika. “Mestilah… sebab saya tak letak gambar pun.” Balas aku berdalih. Tapi dia masih kelihatan ragu-ragu.
“Wah! Cantiknya pemandangan dari sini!” Jerit Ayun dengan wajah ceria. Mengenyitkan matanya pada aku. Aku tahu, dia cuba nak alih perhatian Shida. Dari jauh aku membuka mulut, ‘Thank you.’ Ayun mengangguk.
“Kann… tak sangka besar rumah ni.” Balas aku lalu meninjau-ninjau keadaan rumah, cuma mengalih tumpuan Shida. “Tengok lukisan ni, cantik!” Aku menyentuh lukisan itu.
“Erkkk… tangan tu jaga. Lukisan tu mahal.” Tegur Shida mencerlung.
Aku tersenyum. Segera melarikan tangan aku dari lukisan itu. “Selalunya Tania balik sekolah pukul berapa?”
“Hari isnin Tania balik dalam pukul dua.” Ujar Shida lantas membuka diari hitam di tangannya.
“Saya perlu jemput dia ke?”
“Tak, dia balik dengan bas sekolah yang ditempah khas.” Balas Shida tanpa memandang wajah aku.
“Saya kena tunggu depan pagar kondo?” Tanya aku lagi meminta kepastian.
“Dia lima belas tahun.” Kening Shida terangkat. Memandang sinis pada aku.
Aku mengangguk, memahami maksud jelingan dia. Mana aku pandai kerja pengasuh ni. Aku kena tanya semuanya. Sejurus itu dia menerangkan jadual harian Tania. Tergopoh-gapah juga aku hendak mencatat semuanya. Dia pula bercakap laju macam kereta api! Kereta api pun tak selaju dia.
“Ada apa soalan lagi?” Dia bertanya dengan wajah serius.
“Tania anak tunggal?”
 Dia angguk.
“Isteri encik Sam mana?”
“Bercerai.” Balasnya acuh tak acuh sambil membetulkan bantal kecil di sofa.
“Oh, dah lama ke?” Soal aku cuba mengawal wajah aku yang teruja.
Dia menjeling. “Saya dah lambat. Kalau ada apa-apa masalah berkaitan Tania telefon saya di nombor ni.” Dia menghulurkan kad namanya, masih dengan wajah kelat yang ketat.
 Wah, sombong sungguh!
“Telefon bila ada masalah saja.” Tegasnya sebaik sahaja kad itu bertukar tangan. Sempat aku mengerling pada dia.
“Ini duit elaun makan untuk bulan ni.” Sehelai sampul surat diserahkan pada aku. Wah, hari pertama kerja dah dapat elaun. Syoknya!
“Beb, berapa elaun?” Tanya Ayun sebaik sahaja Shida keluar. Lantas tangan aku membelek isi kandungan sampul itu.
“Enam ratus.” Balasku tersengih.
“Nanti belanja aku makan pizza. Penat tau angkat beg kau ni.” Ayun tersengih-sengih.
“Setakat pizza tak payah tunggu duit ni. Aku masih mampu nak belanja.” Aku tersenyum senang. Untuk tempoh tiga bulan ni tak perlu lah aku risau tentang makanan dan sewa rumah.
“Beb, boleh tahan berlagak Shida tu eh. Macam dia bos.” Ayun mencemik. Aku mengangguk setuju.
“Biasalah, orang berpangkat memang macam tu.”
“Alah, setiausaha je kot. Takkan dah nak berlagak.” Ujar Ayun mencemuh. “Eh, cepatlah, aku dah lewat ni.” Ayun bingkas bangun.
“Lar, lepak lah lama lagi. Budak tu lambat lagi balik. Sementara tu boleh kita bersuka-ria kat rumah mewah ni. Kau tak mahu merasa aku bancuh air kat bar ke?” Aku memuncungkan bibir ke arah mini bar yang ada tidak jauh dari ruang tamu. Tapi bar dalam rumah ni tak ada minuman haram. Cuma ada gelas-gelas yang sekali pandang sudah tahu harganya semahal gelang tangan aku yang nipis ni.
Ayun tergelak kecil. “Eleh, kau nak bancuh air apa? Air mineral?” Aku tergelak kecil.
“Alah jangan balik lagi.” Pujukku.
“Beb, aku bukan macam kau. Kerja senang lenang.”
“Kau kan half day?”
“Sebab half day aku nak cepat ni. Nanti jalan jem, kalau masuk lambat kena potong gaji pula.”
“Tulah, aku suruh ambil cuti tak nak.” Aku mencemik.
“Alah, setakat hantar kau pindah sini buat apa nak cuti. Lain lah kalau kau pindah kat London ke… boleh juga aku ikut ke sana.” Ayun tersengih. “Jom teman aku turun.” Ajak Ayun.

***

Selepas berpeluk cium pipi dengan Ayun akhirnya aku melambai sayu. Kali ini merupakan kali pertama aku berpisah dengan Ayun.
Aku melangkah longlai ke lobi. Suasana lobi agak sunyi dan tenang. Angin bersepoi bahasa. Terdengar bunyi air pancur menambah ketenangan di hati. Setelah puas menghayati ketenangan itu, aku segera melangkah ke arah lif. Setibanya aku di situ pintu lif hampir tertutup.
“Hey, kejap-kejap saya nak masuk.” Jerit aku segera menahan dengan tangan agar pintu kembali terbuka.
Mujur penumpang lif itu agak berhemah, pintu lif kembali terbuka. Aku segera melompat masuk. Namun sebaik sahaja aku menoleh ke belakang tiba-tiba sahaja hati aku berdegup pantas. Segera aku mengalih pandangan aku. Memandang pintu lif yang tertutup kemas. Adakah aku bermimpi?
“Cik, tingkat berapa?” Terdengar suara bertanya.
Segera aku menjeling pada butang lif. Aku menarik nafas lega. Mujur sama tingkat.
“Dua puluh.” Jawab aku sepatah. Entah kenapa tiba-tiba sahaja lidah aku terasa kelu. Bibir aku terasa seperti dijahit dengan dawai!
Suasana sepi. Hanya kedengaran bunyi penghawa dingin dan bunyi lif bergerak menuju ke tingkat atas. Sebaik saja tiba di tingkat 20, pintu lif terbuka. Lelaki di belakang aku tadi bergegas keluar. Aku memberi ruang kepada dia keluar dulu, dia patut didahulukan.
Aku terus melangkah. Seperti dipukau, aku terus mengekori langkah lelaki itu dalam masa yang sama mata aku tidak berkelip memandang belakangnya. Entah kenapa, tiba-tiba aku terasa seperti diawang-awangan. Sesuatu yang sangat-sangat-tidak-terduga terjadi pada hari ini!
‘Aku-terserempak-dengan-Fazrin-Adam! Pelakon pojaan hati aku!
Sedang aku syok melayan perasaan. Memasang angan-angan. Tersenyum sampai ke telinga, tiba-tiba saja dia menoleh. Lekas-lekas aku buat muka serius. Memandang dinding, membelek kuku tangan yang sememangnya dah pendek.
“Cik, nak intip saya ke?” Dia berhenti melangkah. Memandang tajam.
Aku segera mengunakan brek kecemasan. Mujur tak rosak. Hampir-hampir terlanggar dia yang sedang merenung tajam.
“Dari majalah mana ni?” Kedua matanya mengecil.
“Tak. Kenapa saya nak intip pulak? Dah tak ada kerja sangat?” Hesy, mulut. Kenapa kasar sangat ni? Itu Fazrin Adam tau! Lelaki pujaan yang kau asyik puja siang dan malam. Hormat sikit!
“Habis tu, dari tadi awak berjalan belakang saya. Kalau ya pun nak intip, jalan lah jauh-jauh sikit!” Nada suaranya agak tinggi.
Dahi aku berkerut. Rasanya mulut aku tak salah. Mulut aku hanya bertindak secara automatik pada mana-mana mulut yang kurang ajar. Dia ni memang betul kurang ajar atau sebab dia ingat aku ni wartawan tabloid sebab tu dia nak marah-marah?
“Awak ni siapa sampai saya nak intip awak?” Soal aku geram. Mengangkat wajah dengan penuh angkuhnya.
Tiba-tiba wajah dia berubah kelat. Dalam hati aku sudah bersorak gembira. Tahu pun tersentap. Lain kali cakap elok-elok sikit. Sudahlah aku ni peminat nombor satu kau.
“Awak tak kenal saya?” Dia memandang curiga.
Lekas-lekas aku menggeleng. Tak semerna-merna wajah dia berkerut. Merah padam. Hah, padan muka! Biar dia malu.
“Awak, siapa?” Tanya aku sengaja pura-pura tak kenal.
Dia terus merenung aku. Alahai, dia memang kacak! Kalau dalam tv sudah kacak,  dekat luar tv berganda-ganda kacak! Bentuk wajah square milik dia menambahkan lagi ciri-ciri maco. Alis matanya agak lebat mengalahkan alis mata aku. Hidungnya mancung. Rambutnya seperti biasa pendek dan kemas.
“Rumah awak mana?” Nada suaranya kedengaran agak dingin.
Aku segera meninjau nombor rumah tempat kami berhenti. “201.” Jawab aku, mujur aku ingat nombor rumah Mr. Sam.
Tiba-tiba air muka dia berubah. Kemudian dia terus berpusing dan terus melangkah. Mujur juga aku tak salah ambil lorong, kalau tidak malu! Memang aku berniat nak mengintip dia pun. Aku nak tahu juga rumah lelaki pujaan hati aku ni dekat mana.
Dia berhenti di rumah nombor 203, aku terus melangkah ke depan mencari dengan penuh yakinnya rumah nombor 201. Tiba di muka pintu rumah nombor  201 aku menarik nafas lega.
“Baru pindah?” Dia bertanya.
Kali ini suara dia kedengaran sedikit lembut berbanding tadi. Suara yang mampu buat aku tersengih-sengih depan tv. Haish… kalau ikut hati aku nak pergi peluk dia lepas tu bergambar. Tapi… tahan diri Lara. Dia jiran kau kot, esok lusa kau boleh bergambar dengan dia. Sekarang ni jaga maruah kau!
Aku hanya mengangguk. Kira macam baru pindah jugalah walau hakikatnya rumah ni tempat aku mencari rezeki. Aduhai! Tak terniat pun nak tipu tapi TER-tidak sengaja mengangguk. Mulut aku bagaikan terkunci saat bertentang mata dengannya tadi.
“Dari mana?” Tanya dia lagi.
Aku memandang dia seketika. Lirikan matanya yang tajam terasa seperti menikam-nikam jantung aku. Boleh buat hati wanita lemah seperti aku cair bagaikan air terjun Niagara! Serta merta aku hilang arah. Cari kunci dalam poket seluar pun sudah tak jumpa. Dia terus memandang. Aku mula gelabah. Mana kunci ni!
“UK.” Aku menelan air liur. Gugup.
Akhirnya jumpa juga kunci rumah. Dua patah perkataan itu sudah cukup susah untuk aku luahkan. Tapi sebaik saja melihat dia terangguk-angguk kemudian melemparkan senyuman manis pada aku, serta-merta hati aku rasa semacam. Jangan dia fikir United Kingdom sudah lah! Aku bukan nak tipu dia pun, dah terbiasa jawab macam tu.
Nice to meet you.” Ucap dia saat mangga pintu gril terbuka.
Habis! Mesti dia fikir aku baru balik dari United Kingdom dan sebab tu aku tak kenal dia tadi. Alahai, aku dari Ulu Klang lah cik abang! Aku mengaru kepala yang tak berapa nak gatal.
I need you favor.” Ujarnya sambil mengunci pintu gril.
Aku menoleh. “Yes?” Jawab aku memandang kehairanan. Dalam masa yang sama hati aku diserbu pelbagai perasaan. Kalau ikutkan hati mahu saja aku buat tarian zapin tapi, kawal diri Lara… kawal diri.
“Anggap, awak tak pernah nampak saya tinggal kat sini.” Dia terus merenung aku, seperti merayu.
“Maksud awak?” Terpinga-pinga aku memandang dia. Kening aku terangkat. Macam mana tak pernah nampak kalau sekarang ni pun aku tengah bercakap dengan dia? Mengaru kepala keliru.
I mean, jangan bagi tahu sesiapa saya tinggal dekat sini.” Balas dia seperti memohon simpati.
Kedua kening aku terangkat. Aku baru faham. “Okey, no problem.” Aku tersenyum kecil, membuat isyarat menzip mulut. “And you too, jangan bagi tahu sesiapa saya tinggal di sini.” Balas aku sekadar bergurau.
“Kenapa?” Dia memandang hairan.
“Sebab, saya puteri raja yang lari dari istana.” Balas aku berbisik, namun aku yakin dia dapat mendengarnya.
Kening dia berkerut. “Seriously?” Bulat mata dia memandang aku.
Aku cuba menahan tawa. Kalau tengok dari air muka dia, aku yakin dia percaya. Aku mengangguk. “Serius saya tipu je.” Terlepas tawa kecil dari bibir aku.
“Okey, saya faham. Awak perli.” Dia mengangguk. Tersenyum kambing. Dia terus menutup pintu gril. Kemudian terus membuka pintu rumah.
Aik, marah ke? Aku bergurau je kot? Emmm… tak apalah. Salah aku juga. Orang seni ni sensitif. Aku terus memasukkan kunci membuka pintu rumah baru aku. (Rumah baru lah sangat!)
Apa pun aku seronok gila sekarang ni. Berjiran dengan Fazrin Adam! Tak pernah terlintas pun aku akan jadi jiran dia. Perghh… boleh tahan kaya juga Fazrin ni. Rumah dekat sini mahunya mencecah jutaan. Kagum. Kagum.
Tanpa menunggu lama aku terus mengeluarkan telefon bimbit, menaip status baru…

***

Indah Lara
1 hours ago
Bakal memasuki almari menuju ke dunia Narnia! Nanti boleh jumpa prince kesepian (caspian :P).
Like. Comment.
Mia Maya – Almari Narnia? Nak ikut!!
Kak Izz – Indah, kau larikan diri ke mana?
Ara Raihana – Kirim salam kat prince Peter!
Lily – Nak ikut juga!
Anuar Manaf – Dah jumpa rumah sewa baru? Alhamdullilah.

***

Indah Lara
30 minutes ago
Omo… omo! Two prince charming dalam masa beberapa hari? I’m the lucky one!
Like. Comment. Promote
My Name TR – Bertuahnya! Nak satu  boleh? J
Dya Hanna – Hari tu janji nak share ciri-ciri prince charming, mananya?
Ratu Cheese – Cemburu!!
Anisah Klang – ini cerita betul atau kisah novel akan datang?
Indah Lara – Nana Ijam, okey nanti akak forward by email :P, Dya Hanna – alamak! Lupa, nanti ya, ada masa akak update dekat blog dan link kat sini. Ratu Cheese-hehe.. tak dapat nak tolong. Kak Anisah Klang – real story! Hehehe… tapi dia orang bukan saya punyalah! Hahaha..

 BERSAMBUNGGGG...

No comments: