Intan payung kami...

Friday 11 May 2012

Bab 10: Cuit-Cuit Cinta


Whether you think you can or think you can’t – you are right ~Henry Ford~
Aku kesat peluh di dahi dengan belakang tangan. Dengan nafas tercungap-cungap aku berlari masuk ke Kedai Aunty Maryam. Bahu dah senget rasanya dengan beg yang penuh dengan segala macam buku rujukan. Jam di tangan aku kerling dengan ekor mata. Sudah 15 minit selepas pukul dua. Maknanya aku sudah lewat 15 minit dari masa yang dijanjikan dengan Johan. Harap-harap Johan tidak sampai lagi. Kalau tengok dari rekod pertemuan kami sebelum ini, memang dia selalu lambat. Jadi harapnya hari ini pun macam hari-hari sebelumnya. Kalau tidak, mahu bernanah telinga aku dengar perlian dia.
Aku mencari-cari wajah Johan di dalam kedai. Dalm hati tertanya-tanya juga macam manalah kami hendak belajar dengan suasana yang bising macam ini. Kedai Aunty Maryam ini sangatlah tidak sesuai dijadikan termpat belajar atau mengulangkaji. Tempat hendak bergossip bolehlah.
“Lea!” Aku terdengar nama aku dipanggil kuat oleh Abang Kamal. Pantas aku mengatur langkah ke arah Abang Kamal yang sedang melambai-lambai.
“Dah sampai?” Tanya Abang Kamal.
“Taklah, ini bayangan Lea saja.” Jawab aku sarkastik. Inilah dia orang kita, benda yang dah terang-terang depan mata lagi mahu tanya. Aku sudahlah kepenatan. Dia boleh pula tanya soalan mencabar kesabaran.
Abang Kamal hanya ketawa. “Yang Lea berpeluh-peluh ni kenapa? Lea berlari ke sini kah?”
Aku mengeluh kuat. “Haah. Skuter Lea buat hal pulak dia hari ni, tak nak start. Geram betul!”
“Laa, kenapa tak call abang? Boleh abang tolong tengokkan.”
“Nak call juga tapi handphone habis kredit. Nak pinjam handphone mummy dan Nadia, mereka tak ada di rumah pula hari ni. Nak tak hendak, terpaksalah menapak ke sini.” Aku sengeh tayang gigi.
“Itulah Lea. Abang selalu pesan supaya pastikan telefon tu selalu ada kredit. Kalau emergency macam ini kan dah susah.”
“Alah, tak adalah emergency sangat pun. Kalau betul-betul emergency tadi, Lea dah panjat dah pagar jiran sebelah, pinjam telefon mereka.” Balas aku bersahaja.
“Ada je jawapannya!” Abang Kamal berpura-pura marah sambil ketawa. Hidung aku dipicit perlahan, seperti yang selalu dia lakukan jika aku menjawab.
“Amboi, mesranya? Yang aku ni punyalah tunggu dia kat dalam tu sampai nak kematu punggung, dia boleh pula bergelak-gelak dekat sini?” Suara Johan tiba-tiba kedengaran di belakang aku. Automatik ketawa aku dan Abang Kamal berhenti. Aku pusing ke belakang. Amboi, muka bukan main merah menyala. Marah sangat nampaknya.
“Saya suruh abang hantar dia ke belakang. Bukannya main picit-picit hidung.” Ujar Johan pada Abang Kamal. Abang Kamal boleh pula tersengeh-sengeh pandang kami berdua.
“Relaks lah, Joe. Memang abang nak bagitau dia tadi, tapi kesian pulak tengok dia berpeluh-peluh. Itu yang tergendala niat asal tu.”
“Bagitahu apa?”
“Apasal dia berpeluh-peluh?”
Soalan aku dan Johan keluar serentak. Entah kenapa, Abang Kamal rasa perkara itu kelakar sebab dia ketawa kuat.
“Engkau orang berdua ni, memang sepadan.”
“Apa Abang Kamal ni!” Marah aku. Tak suka pulak kena usik macam itu. Kalau dengan Adam Naufal lain ceritalah.
“Entahnya. Dah lama tak makan buku lima ke, bang?” Tanya Johan sinis.
Abang Kamal angkat tangan. Tawanya masih bersisa. “Ok...ok. Sorry. Si Lea ni tadi , skuternya rosak. Jadi terpaksalah dia menapak ke sini. Dan Lea, Johan ada cakap dengan abang engkau orang berdua hendak belajar kan? Jadi abang berilah keizinan pada engkau orang belajar kat pejabat kecil abang kat belakang tu. Selesa sikit. Jauh dari keriuhan kedai ni. Dah, apa tunggu lagi? Pergilah study!” Abang Kamal tolak kami berdua.
Aku pandang muka Johan. Belum sempat hendak buka mulut, dia dah berjalan ke arah bilik yang dimaksudkan Abang Kamal. Muka dia sudah tidak setegang tadi tetapi masih lagi dalam rupa tidak sedap mata memandang. Mujurlah hensem, kalau tidak harus juga aku hempuk dengan beg berat aku ini. Hendak buat perangai pula. Memang sebiji macam perempuan datang bulan. Aku bukan sengaja hendak lewat. Apa kes hendak marah-marah?
“Dia cemburulah tu.” Bisik Abang Kamal perlahan.
“Nak cemburu apa?” Tanya aku hairan. Abang Kamal senyum segaris.
“Dahlah, pergi cepat. Nanti lambat pula mulanya.” Abang Kamal terus tinggalkan aku tanpa menjawab soalan aku.
Aku melepaskan keluhan panjang. Langkah di atur ke bilik pejabat Abang Kamal dengan hati yang sebal. Agak-agak, macam manalah sesi pembelajaran aku dengan Johan yang tengah datang bulan tu agaknya ya? Ya Allah, kau jauhkanlah aku dari amarah dia.
***
Aku alihkan beg galas aku ke bahu kanan sebab bahu kiri sudah lenguh sangat. Aku pandang wajah Johan yang sedang tekun menekur jalanraya. Riak kepenatan jelas kelihatan di wajahnya. Macam mana tak penat. Hampir empat jam dia mengajar aku yang lembab ni. Kasihan juga aku tengok si hensem ini tadi. Kami mulakan sesi kami tadi dengan perkara-perkaa asas Matematik. Kata Johan, bila aku dah mula faham yang asas, yang alain akan menjai lebih mudah. Bersungguh-sungguh dia terangkan pada aku. Aku rasa cikgu kat sekolah pun kalah. Hari ini aku melihat sisi Johan Akil yang sangat berbeza. Kalau tengok kesungguhan dia tadi, aku rasa semua orang boleh jadi terharu. Aku tidak sangka, dia ini sebenarnya sebaik itu. Eh, Lea sempat lagi kau hendak memuji ya? Aku ketuk kepala sendiri.
“Kenapa?” Tanya Johan bila melihat aku memukul-mukul kepala sendiri.
“Err...tak ada apa-apa.” Jawab aku perlahan. Takkan nak bagitau aku pukul diri sendiri sebab baru sedar aku tengah memuji dia kan? Mahu tujuh hari tujuh malam dia berbangga diri.
           
“Jangan pukul kepala selalu. Kat situ kan letaknya otak kita. Tak elok.” Tegur dia lembut. Meremang bulu roma dengar suara dia yang nada begini. Jantung ini pula dah mula nak main lagu balada pulak waktu hampir maghrib macam ini. Tak boleh jadi ni. Kena melarikan diri cepat!
“Eh, awak. Tak perlulah hantar saya sampai rumah. Saya boleh jalan sendiri. Bukan jauh sangat pun.” Aku cuba cipta alasan untuk menjauhkan diri dari Johan.
“Kita nak mulakan sekali lagi ke? Kan aku dah cakap tadi, aku akan hantar kau sampai depan pagar!” Tegas Johan. Aku mengeluh perlahan. Tadi, sebaik sahaja sesi kami tamat, aku dan Johan bertekak sedikit. Bukan hal besar pun. Hal aku hendak balik macam mana saja. Dia bersungguh hendak hantar aku dengan motor. Aku bersungguh tak hendak. Memang sengaja cari pasal dengan mummylah jawabnya membonceng motor budak lelaki. Sudahnya dia berkeras hendak teman aku jalan kaki. Puas aku menolak tapi dia bagi alasa, dah masuk senja. Bahaya kalau aku berjalan seorang diri. Aduhai. Rumah aku dengan kedai Aunty Maryam ini tak sampai 100 meter pun!
“Jadi, macam mana? Kau faham apa yang aku ajar tadi?” Soalan Johan selepas keadaan menjadi sunyi antara kami beberapa ketika tadi.
“Faham tu memanglah saya faham sebab awak ada kat sebelah. Tapi kalau suruh buat sendiri, tak tahulah boleh buat ke tak.” Jawab aku. Ton suara sangatlah tidak bermaya. Sebab aku memang sangat tidak yakin dengan keupayaan aku.
“Kat sekolah pun, bila cikgu ajar saya rasa saya faham. Tapi bila saya cuba buat sendiri, semuanya salah.” Sambung aku lagi.
“Betul ke kau cuba?”
“Saya dah cuba! Puas dah saya paksa otak saya cerna semua yang saya belajar tapi entahlah. Selalu sangat gagalnya!”
“Berapa lama kau cuba? Satu jam? Dua jam? Lepas tu kau give up? Lea, proses pembelajaran bukan setakat untuk satu dua jam atau satu dua hari. It takes longer than that. Kau ingat, aku ni jadi pandai dalam sekelip mata saja ke?” Soal Johan sinis. Aku mencebik. Ceh! Sempat lagi puji diri sendiri tu.
 Tiba-tiba Johan berhenti berjalan lalu berdiri di hadapan aku.  Dia pandang tepat ke dalam mata aku. Kalau dalam drama Korea yang aku suka tengok tu, bila tiba scene macam ini, mesti hero itu hendak ‘ehem’ si heroine (faham sendirilah ya?) Isyh... Johan, janganlah hendak buat bukan-bukan. Walaupun aku ini tidak pandai ber tae-kwan do macam dia, tapi setakat gerak-gerak asas mempertahankan diri itu, aku tahulah juga. Nani pernah ajar dulu.
Johan makin mendekat. Aku berundur setapak. Setapak aku ke belakang, setapak dia maju ke hadapan. Oh Tuhan, ada juga yang makan kasut nanti ni!
“Apa ni?” Tanya aku dengan suara yang dibuat-buat berani. Dalam hati, Tuhan sahaja yang tahu betapa aku tengah menggelabah.
“Kita dah sampai.” Johan tersenyum nakal. Dia beralih semula ke sisi aku.
Hah? Aku pandang ke tepi. Laa, dah sampai depan rumah aku rupanya. Tak senonoh betul Johan ini. Kalau sehari tak mengenakan aku, tak sah hidup dia agaknya.
Aku melangkah ke arah pintu pagar. Sebaik sahaja pintu pagar di buka, aku menoleh ke arah Johan yang masih lagi tersenyum-senyum memandang aku.
Ok, bye. Jumpa kat sekolah nanti.” Cepat-cepat aku masuk dan tutup pintu pagar. Bukan apa, jantung aku dah mula main lagu balada sekali lagi. Semuanya gara-gara senyuman Johan. Oh, hati! Janganlah curang dengan Adam Naufal.

“Eh, Lea. Tunggu sekejap!” Johan menghampiri pintu pagar. Haversack yang diselempang di bahu dibuka. Sekeping CD dihulurkan kepada aku.
            “What’s this?” Tanya aku sambil membelek CD yang tertulis perkataan The Middle itu. Aku pandang muka Johan yang dah merona kemerahan. Aduhai, tadi senyum. Sekarang dia buat muka malu-malu comel dia itu pula. Macam manalah jantung aku ini tidak berbalada?
            “Err...kau dengar sajalah.” Balas Johan sebelum beredar dari depan pntu pagar. Namun tidak sampai lima langkah, dia berhenti lalu berpusing semula ke arah aku.
            “Cupcakes...” Panggil dia lembut. Alalalala...jantungku, sabarlah!
            Aku hanya diam menanti butir bicaranya.
            “Just try your best, try everything you can. Kalau kau tak cuba sedaya upaya, kau tak akan tahu kemampuan kau. I belive in you. Kau kena ingat itu!” Kemudian dia terus berlari pergi meninggalkan aku yang dah terkedu.
            “I belive in you.” Wah...kenapa rasa nak terharu ni?
***
            Selesai solat Isyak, aku memerap di dalam bilik. Sesuatu yang sangat jarang aku lakukan pada malam minggu macam ini. Selalunya aku akan duduk depan tv, menonton DVD drama korea milik Jaja yang ada sebeban dalam kabinet. Sebab takut ibu dia membebel asyik beli DVD Korea saja, Jaja jadikan rumah aku port untuk dia sembunyikan semua DVD dia. Yang untungnya, akulah. Tidak perlu keluar duit, tapi dapat hiburan percuma.
            Aku hidupkan PC di atas meja. Niat hati hendak melayari dulu laman sosial terhangat seantero dunia, Facebook sebelum aku mula ulangkaji atau lebih tepat lagi menyudahkan kerja latih tubi yang Johan berikan tadi. Malas aku hendak dengar dia bagi syarahan percuma pagi Isnin lagi. Sejak aku mula berkenal-kenalan secara rapat dengan Johan ni, aku perasan yang dia ini pun boleh tahan kuat membebelnya. Mujurlah telinga aku ni dah mangli dengan bebelan (kalau ikut bahasa sopan, nasihat) dari mummy dan Nadia. Jadi bila sahaja Johan mulakan sesi membebel dia, aku buat muka stone saja.
            Sebaik sahaja laman warna biru putih itu muncul di atas skrin, aku terus klik ikon notifikasi di sebelah kiri. Orang tidak popular macam aku ini notifikasinya penuh dengan ajakan main game sajalah. Yang add aku ini pun kebanyakkannya pekebun-pekebun dan perancang bandar berjaya Farmville dan Cityville. Kalau hendak diikutkan jumlah mereka yang benar-benar kawan aku, tak sampai 1/3 pun dari jumlah rakan-rakan Facebook aku itu.
            Selesai urusan ‘hantar-terima’ permintaan segala jenis barangan untuk Farmville dan Cityville, aku terus update status. Walaupun jarang-jarang orang hendak ambil tahu (kecuali Nani dan Jaja) aku tetap update juga. Dinding aku kan? Tak suka, tak perlu baca.
‘Study sampai lebam! T_T
            Aku tunggu dalam dua tiga minit, tetapi tiada apa-apa notifikasi yang masuk. Nampak sangat memang orang tak ambil tahu pasal aku ini. Aku halakan cursor ke arah tanda ‘X’ di skrin. Belum sempat aku hendak klik, tiba-tiba ada 2 tanda merah di bahagian atas skrin Facebook aku. Satu di bahagian friend’s request dan satu lagi di bahagian notification. Ini tidak ada lain, mesti orang hendak tambah bilangan jiran di Farmville atau Cityville. Malas hendak melayan, aku klik bahagian notification. ‘Mr Cupcake likes your status’. Siapa pula Mr Cupcake ni? Aku klik nama Mr Cupcake. Harap-harap dia juga macam aku, tidak privatekan akaun untuk orang-orang tertentu sahaja. Sebaik sahaja aku tiba di dinding Mr Cupcake, rahang aku jatuh ke bawah. Mata membulat melihat gambar profil si pemilik nama. Biar benar? Satu lagi notifikasi masuk dan cepat-cepat aku klik.
‘Kau study dengan cik ponti ke sampai lebam-lebam? >:)
Aku telan liur. Sejak bila pula Johan ada dalam senarai rakan-rakan aku ni? Beberapa saat kemudian, icon private message pula menyala. Entah kenapa, hati aku kuat mengatakan ia daripada Johan.
                             ‘Acceptlah request aku tu.’
Kan betul aku cakap. Daripada Johan Akil atau Mr Cupcake juga private message itu. Hee! Ini apa kes nak pakai nickname macam itu? Tak cukup lagi ke dia asyik hendak usik aku dengan nama Cupcake sampaikan nama dalam Facebook dia pun nak guna nama itu juga? Lepas itu ada hati lagi hendak add aku?  Sebuah lagi private message masuk. Hati aku sudah berbolak-balik. Hendak baca ke tidak. Mengenali Johan, aku tahu sangat dia mesti ada akal hendak mengenakan aku. Jadi aku memilih untuk tidak melayan pesanan terbaru dia. Terus aku putuskan talian internet, padamkan PC dan capai buku dari dalam beg. Sekeping CD jatuh ke lantai ketika aku keluarkan buku.
Aku belek CD di tangan. Blur sekejap otak bila aku melihat perkataan The Middle di atas CD tersebut. Laa...ini CD yang Johan beri tadi rupanya. Aku ketuk dahi. Belum tua dah pelupa. Sebab itulah agaknya tidak pandai-pandai. Perasaan ingin tahu membuatkan aku terus hidupkan kembali PC. CD tersebut aku mainkan sebaik sahaja PC terpasang.
Dua minit berlalu tetapi tiada apa-apa bunyi yang keluar. Johan ini sah hendak mainkan aku sekali lagi. Benci betul! Tangan aku cepat sahaja menghalakan tetikus ke arah ikon ‘stop’. Namun belum sempat jari aku hendak menekan tetikus di tangan, aku dengar suara orang berdehem.
“Ehem...testing. Testing. One..two..three.” Suara garau seorang lelaki berbunyi dari speaker. Aku kerut dahi. Macam pernah ku dengar sahaja suara lelaki ini.
“So, Miss Cupcake. Aku rasa kau mesti tahu siapa aku kan? Kalau tak kenal itu something is seriously wrong with you somewhere.”
Aku buat muka sambil aku suakan penumbuk ke arah skrin computer.  Kalau ada depan aku ini, memang aku pelangkung mamat sengal ni!
“Eh...tak payah nak tumbuk skrin kau pulak. Nanti pecah, aku jugak yang salah.” Erk... dia ni pasang kamera tersembunyi dalam bilik aku ke apa? Mata aku melilau padang sekeliling bilik.
“Jangan risaulah. Aku tak pasang kamera pun dalam bilik kau. Nak masuk rumah kau pun tak pernah, inikan pulak bilik kan? Aku cukup kenal kau, Cupcake. So, I can anticipate every move yang kau hendak buat. Hebatkan aku?” Ujar Johan sambil ketawa.
“Kenal sangatlah! Bercakap dengan aku pun baru sekarang, tak malu mengaku kenal.” Ngomel aku seorang diri.
“Disebabkan aku kenal kaulah, maka aku tahu yang kau bukan selemah yang kau sangka. Mungkin kau tidak sebijak aku atau adik kau yang genius itu, tapi kau taklah lemah sangat. Cuma kau ini jenis yang cepat berputus asa sahaja.Sekali kau gagal, kau anggap kau akan gagal selama-lamanya. That is not a good attitude, Lea. We’re still young. We make mistake. And we learn form it. Bukannya terus berputus asa. Dan aku bercakap ni, bukan setakat dalam hal pelajaran tapi dalam semua hal dalam hidup kita, Cupcake. As long as we’re willing to take the challenge and overcome every obstacle in our life, everything will be allright.
Lea, believe in yourself. Pedulikan persepsi orang lain. Selagi kau yakin dengan keupayaan diri sendiri, Insya-Allah kau akan berjaya. Aku cuma boleh bantu dari sisi. The rest is up to you. Just try your best, try everything you can. Kalau kau tak cuba sedaya upaya, kau tak akan tahu kemampuan kau. I believe in you. Kau kena ingat itu.”
Tubir mata aku tiba-tiba rasa panas. Dada rasa macam hendak pecah sebab sarat sangat dengan perasaan. Sedalam itukah keyakinan Johan pada aku? I believe in you. Sebaris ayat itu benar-benar buat aku terharu. Tak ada siapa lagi yang pernah bercakap begitu dengan aku. Kawan-kawan baik aku pun tak pernah ucapkan ayat itu. Tapi sekarang, lelaki yang aku panggil sengal dan yang selalu aku persoalkan motif kebaikkan dia, bercakap begitu dengan aku. Siapa yang tak terharu? Semua ini buat aku tertanya-tanya, adakah ini Johan Akil yang aku kenali?
This song is for you. Sorry eh kalau tak auto-tune macam suara kumpulan Superjunior kau tu. Tapi suara aku lagi ok tahu. Live lagi!”
Aku ketawa perlahan. Ini baru Johan yang aku kenal. Perasan bagus (walaupun dia memang bagus) dan sengal! Dan saat dia melantunkun suara menyanyikan lagu berjudul The Middle itu, air mata yang bergenang tadi mengalir perlahan. Lagu tu bukanlah lagu sedih, tapi hati aku ini terharu sangat. Suara Johan ni pun boleh tahan jugak sebenarnya. Namun hati nakal aku sempat berbisik, kalaulah Johan itu Adam....
Hey, don't write yourself off yet
It's only in your head you feel left out or looked down on.
Just try your best, try everything you can.
And don't you worry what they tell themselves when you're away.
It just takes some time, little girl you're in the middle of the ride.
Everything (everything) will be just fine,
Everything (everything) will be alright (alright).
Hey, you know they're all the same.
You know you're doing better on your own, so don't buy in.
Live right now.
Yeah, just be yourself.
It doesn't matter if it's good enough for someone else.
Hey, don't write yourself off yet.
It's only in your head you feel left out or looked down on.
Just do your best, do everything you can.
And don't you worry what the bitter hearts are gonna say.

Kredit lagu dinyanyikan Johan:
Judul:  The Middle oleh band Jimmy Eats World, Album: Bleed American, 2001

11 comments:

Farah said...
This comment has been removed by a blog administrator.
NurAtiZa said...

Sudah...Lea dah asyik sebut Johan je...
Mana Adam Naufal ni???

hidayahusin said...

Oh hati! Jangan lah curang dengan Adam Naufal.hahaha
Kalau ikut irama balada tu macam-macam dah curang Cik Lea oit.LOL

yasminisma said...

oh sweetnye~~~
hati dh beralih ke johan!! yay!!
XD

sweetrose maria said...

Amboi Johan, dengan Abang Kamal pun nak jealous kan..tapi haruslah jealous kan siap picit-picit hidung lagi tu..hehehe
makin sukalah dengan Johan ni..walaupun dia garang tapi dia sangat caring pasal Lea kan..siap bagi CD lagi tu..ingatkan Johan luahkan perasaan kat Lea, rupa-rupanya bagi kata-kata semangat kat Lea..wah,beruntungnya Lea dapat metor macam Johan..hehehe

Mrs J said...

Johan, makin nakal ya!! btw.. meremang jap baca part Johan yg ambil berat tu.. Sweet.. Mr Cupcake aku ni :P!! - Sampai skrg pun tak percaya, boleh pun ko tulis citer cinta!! :P

farah said...

Tungguuu...Adam Naufal akan keluar Bab 11 nanti

farah said...

Bak kata awak, kapal terbang pun orang boleh hijacked kan? hehehe

farah said...

oh itu baru intro je...nanti tgk lagi sweet mamat ni...jangan sampai kena kencing manis sudah..

farah said...

sweetrose maria

tapi si lea tak sedar2 gak lagi dia beruntung. heheh

farah said...

percayalahhhh..nak cari makan punya pasal. hahah