Intan payung kami...

Friday 4 May 2012

Bab 9 : Cuit-Cuit Cinta


Love is the key-note of the universe, the theme, the melody - Henry Abbey
Jumaat. Hari yang sangat dinanti-nantikan oleh pelajar sekolah seperti aku ini. Bila aku cakap seperti aku, maknanya kumpulan yang tidak suka mengadap cikgu, bilik darjah, bau marker pen dan apa-apa sahaja yang ada kaitan dengan sesi pembelajaran. Senang cakap, yang jenis malas belajar. Jenis yang datang sekolah hanya sebab hendak berjumpa dengan rakan-rakan. Dan kalau ada pun kelas yang aku suka, hanyalah kelas PJK. Buat aktiviti atas padang, siapa tidak suka kan? Macam manalah hendak pandai kalau perangai macam ini.
Sepuluh minit lagi loceng akhir hendak berbunyi, aku sudah siap-siap kemas beg. Bukan aku sahaja, hampir seluruh kelas pun macam itu. Cikgu Saadiah, guru Bahasa Melayu aku pun dah kemas barang atas meja dia. Dia sedang sibuk berbual-bual dengan pelajar kesayangan dia yang duduk di meja hadapan. Hendak dapat title pelajar cikgu kesayangan ni senang saja. Pastikan kau dapat markah tertinggi dalam kelas untuk subjek mereka, automatic nama kau terpahat dalam hati cikgu. Kalau spesis macam aku ini, memang tak dapatlah.
Sementara menunggu loceng berbunyi, aku berbual-bula dengan Nani. Sekarang ini aku dah duduk dekat dengan Nani. Aku minta Syah tukar tempat dengan aku. Tidak sanggup rasanya mengadap muka Adilia sampai akhir tahun nanti. Boleh bertambah power cermin mata aku kalau hari-hari melihat perangai gedik dia. Jaja pun dah duduk berdekatan kami. Hubungan aku dengan Jaja pun sudah kembali pulih. Bukan boleh perang lama-lama kami ini. Lagipun bila fikir-fikir balik, macam bodoh saja rasanya bermasam muka sebab perempuan itu. Perempuan itu pun semenjak dua menjak ini dah kurang sikit nak mengendeng dengan Jaja. Agaknya dia sudah nampak tali persahabatan yang terikat kuat antara kami. Ini ikat pakai tali jenis Kernmantle tahu! Memang tidak boleh putus kalau setakat hendak pakai pisau lipat itu.
“Beb, balik nanti singgah kedai Auty Maryam? Dah lama tak makan ice snow.” Ajak Nani. Jaja di hadapan kami mengangguk setuju.
“Boleh tu boleh, tapi engkau orang pergi dululah. Aku pergi kemudian.”
“Kenapa pulak?”
Aku keluarkan secebis kertas dari poket baju kurung aku lalu aku serahkan kepada Nani.
“Lepas sekolah. Taman Riadah. Jangan lambat. P/S: Kali ni jangan lambat tu maksudnya lepas loceng bunyi kau kena ada di situ. Hari ni Jumaat, aku kena pergi solat Jumaat! Johan.” Nani membaca nota di tangannya. Kemudian dia dan Jaja mulakan sesi menggelakkan aku.
“Amboi, sekarang ni bukan main lagi ya? Main-main nota...” Usik Nani.
“Tolonglah! Dia yang mengada-ngada bagi nota semua bagai ok. Macamlah tak boleh datang jumpa aku bercakap sendiri.”
“Laa...kau ni. Macam manalah dia nak datang jumpa kalau setiap kali kau nampak kelibat dia, kau pusing ke tempat lain?” Nani angkat kening sebelah.
Aku sengih tayang gigi. Kantoilah pula. Tidak sangka Nani perasan apa yang aku buat. Memang sejak kejadian pinky promise tempoh hari aku mengelak dari terserempak dengan Johan. Nampak sahaja kelibat dia, aku menyorok. Sampai aku sangguplah ikut tangga yang jauh dari kelas semata-mata tidak mahu lalu depan kelas Johan. Bukan apa, aku jadi segan pula bila mengenangkan peristiwa itu. Terasa macam aku ini mengada-ngada pula berjanji macam itu. Yang paling tidak boleh aku lupakan ialah perangai aku membahasakan diri aku Lea dan jelir lidah pada Johan. Malu sungguh! Namun disebabkan hal itu juga, aku tidak dapat melihat wajah Adam Naufal memandangkan Johan selalu ada bersama Adam. Rindu juga hendak melihat senyuman manis Adam Naufal sebenarnya.
Tetapi hari ini aku sudah tidak boleh mengelak lagi. Mahu tidak mahu, kena jugalah berjumpa dengan Johan. Hendak tipu kata aku tidak dapat nota dia adalah sangat mustahil sebab Naqib yang serahkan pada aku waktu rehat tadi. Lagipun, Johan itu bakal mentor aku. Antara kami ada perjanjian. Manalah tahu kalau aku buat perangai, dia akan batalkan perjanjian itu. Aku juga yang melepas nanti.
Loceng akhir akhirnya berbunyi. Selepas berjanji dengan Nani dan Jaja untuk bertemu di kedai Aunty Maryam, aku terus ke Taman Riadah. Tidak mahu terlewat seminit pun. Tuhan sahaja yang tahu bertapa berdebarnya hati. Tawakal sahajalah Lea. Harap-harap Johan sudah lupakan hal kau mengedik-gedik depan dia hari itu.
***
Debaran di dada aku masih belum hilang. Makin kencang lagi adalah. Tapi bukan sebab takut hendak face-to-face dengan Johan. Sebabnya aku tengah menahan rasa geram yang teramatlah sangat! Bayangkan, sudah hampir 15 minit aku terpacak macam tiang lampu di taman ini tapi batang hidung dia pun aku tak nampak. Bukan main lagi tulis nota suruh aku jangan lambat tapi sekarang ini siapa yang lambat? Sudah dua kali dia buat macam ini. Lepas ini kalau dia suruh aku cepat memang aku takkan ikut lagi. Biar dia pula yang menunggu.
“Cupcake!” Dari jauh aku terdengar nama samaran aku dipanggil (eh..sejak bila pula aku dah iktiraf gelaran tu?). Aku pusing mencari gerangan yang memanggil. Makin membara hati dibuatnya bila dia boleh tersengeh-sengeh berlari ke arah aku.
“Lama tunggu?” Tanya Johan selamba.
Aku mendengus kasar. “Awak tahu tak, dah 15 minit saya terpacak dekat sini? Awak rasa itu lama ke sekejap?”
Dia tersenyum (senyuman cari makan dia tulah, tapi tak ada maknanya aku nak tergoda!). Tiba-tiba dia pijak kaki aku. Kuat sangat sampai aku terlompat aku sedikit.
“Apa main pijak-pijak ni? Tanah kat sini dah tak cukup sampai kaki saya pun awak nak pijak?” Marahku.
Johan angkat bahu sebelum duduk di kerusi berdekatan kami. “Aku nak test je.” Balas Johan selamba.
“Test apa?”
“Kau boleh bergerak ke tidak.”
“Hah?”
Dia sengeh lagi. “Yalah, dah kau cakap dah 15 minit kau terpacak kat situ. Aku ingat kaki kau dah melekat kat tanah tu sampai tak reti-reti nak bergerak. Punyalah banyak kerusi kat sini, kau tak reti nak duduk ke?” Dia angkat kening sebelah.
Eiiii! Geramnya aku! Loyar buruk sungguh dia ini. Dia tak faham ke itu cuma form of expression? Benci. Benci. Benci dengan Johan Akil! Ya Allah Ya Tuhanku, kau sabarkanlah hati aku ini.
“Dahlah tu Cik Lea. Jangan nak benci-benci aku sangat. Nanti jatuh cinta pulak.” Dia ketawa jahat. Huh! Macam tahu-tahu saja apa yang ada dalam hati aku ini.
“Cepatlah. Awak nak apa jumpa saya ni? Saya banyak urusan lagilah.” Lagi cepat dia cakap, lagi cepat aku boleh pergi. Kalau lama lagi dengan Johan ini, mahu lemah jantung aku dibuatnya.
“Duduk dulu.”
“Tak payah. Saya selesa berdiri. Cepatlah cakap!”
“Kau ni degil betullah. Aku kata duduk, duduklah. Nanti kalau kaki tu sakit ke, tercabut ke, salahkan aku pulak. Duduk sana!” Dia menunjuk ke arah kerusi di hadapannya. Air muka jangan cakaplah. Dah serius tahap hendak buat mesyuarat Bangsa-Bangsa Bersatu rupanya.
First of all, aku minta maaf sebab lambat. Aku ada hal sikit kat koperasi tadi. Tak sangkalah pula hari ni ramai sangat orang nak beli barang kat situ.” Ujar Johan.
Aku hanya mencebik. Malas nak menjawab. Lagipun hati ini tawar hendak menerima maaf dia tu. Kalau dari tadi sebelum dia buat loyar buruk dia tu, lembut jugaklah hati aku ini nak memaafkan. Tapi sekarang dah terlewat. Tiada maaf bagimu! (eceh...drama queen sungguh kau ni Lea.)
Second of all, aku nak jumpa kau sebab ini. Dan sebab ini jugalah aku lambat tadi. Ramai sangat orang pakai binding machine di koperasi tadi.” Dia hulurkan senaskah buku ke arah aku.
“Apa ni?”
Homework. Next week we go through soalan ni sama-sama.”
“Hah?” Mata aku dah bulat macam bola memandang kertas A4 yang boleh tahan tebalnya yang sudah cantik dijilid menjadi buku latihan oleh Johan. Melihatkan perkataan Matematik di muka depan buku buatan sendiri itu, aku dah menggelabah. Dalam banyak-banyak subjek di sekolah, matematiklah yang aku paling lemah. Aku dan matematik tidak pernah ada kesudahan yang baik!
“Aku dah periksa jadual kau tadi. Minggu ni kau cuma ada homework untuk BM dan Sejarah. Jadi masa-masa yang lain, aku hendak kau siapkan latihan ini. Isnin pagi aku nak tengok siap!” Itu diaaa, dah macam jeneral bagi arahan. Mengalahkan Cikgu Nasir lagaknya.
“Mana sempat, Johan. Banyak ni!” Aku membelek-belek buku di tangan. Melihat angka-angka yang tertera, mata aku berpinar-pinar jadinya. Nafas pun macam nak putus. Ini dah macam kes hendak mendera aku ni.
“Soalan mudah saja pun. Ini semua soalan-soalan ikut silibus Form 4. Come on, Lea. Takkan ini pun tak boleh buat?” Soal Johan.
LEA + MATH = DIE!!!
Aku tunduk pandang permukaan meja. Kalau soalan 1+1 atau 5÷5 ke, bolehlah aku buat. Tapi kalau dah masuk bab-bab garis dan satah, trigonometri, persamaan selari, statistic, matrix dan kebarangkalian semua itu memang aku tidak mampu. Kalau aku faham benda-benda itu semua, takkanlah setiap kali ujian aku dapat 9G kan? Aku sudah cuba berkali-kali tetapi masih juga tidak mampu. Bila aku jumpa secara peribadi dan tanya cikgu Matematik, dia terangkan benda yang sama macam yang dia terangkan dalam kelas (yang dah terang-terang aku tak faham). Bila aku buat muka blur, dia mengeluh. Dia terangkan sekali lagi. Masuk kali kelima dia terangkan benda yang sama dan aku masih juga tidak faham, cikgu pun macam dah berputus asa. Sudahnya dia suruh aku banyakkan latihan. Masalahnya, aku tidak faham satu apa pun. Jadi hendak banyakkan latihan macam mana?
“Lea?” Panggil Johan.
Aku angkat kepala memandangnya. Muka aku dah monyok macam tikus mondok. Malu dan sedih bercampur baur.
“Serius kau tak tahu langsung?” Tanya Johan tidak percaya.
Aku menggeleng perlahan. Johan aku lihat sudah menggosok dahi. Mesti dia menyesal menjadi mentor aku. Siapa pun di tempat dia mesti akan rasa perkara yang sama. Dapat mentee yang lembap macam aku ini, siapalah yang ingin, bukan? Lebih-lebih lagi  orang macam Johan. Yang serba serbi sempurna. Boleh jatuh reputasi dia kalau aku terus jadi mentee dia. Jadi, sebelum perkara ini belum betul-betul serius, baiklah aku akhiri semuanya. Nampak gaya, tidak dapatlah aku tahu rahsia hati Adam itu. Tak apalah Lea. Memang bukan jodoh kau dengan Adam Naufal agaknya. Takkanlah aku hendak kejam sangat pada Johan semata-mata hendak puaskan hati sendiri kan? Ya, Johan itu menjengkelkan tetapi tidak sampai hati rasanya aku hendak susahkan diri dia.
“Awak mesti menyesal, bukan?” Tanya aku perlahan.
“Menyesal kenapa pulak?”
“Dapat mentee lembab macam saya. Cikgu pun kadang-kadang give-up dengan saya. Saya tak salahkan awak kalau awak nak tarik diri. Sementara kita belum mula secara rasmi ni, baik kita akhiri semuanya. Nanti saya beritahu dengan Cikgu Nasir yang saya nak tarik diri dari program ni. Jangan risau, saya takkan menyusahkan awak.” Aku cuba yakinkan Johan apabila aku lihat air mukannya berubah. Mungkin dia risau Cikgu Nasir akan anggap dia yang tidak mahu membantu aku.
Keadaan jadi senyap sunyi antara kami. Aku pandang muka Johan yang dari tadi tidak berkelip-kelip memandang aku. Riak wajah dia tidak dapat aku tebak. Macam orang marah pun ada. Dalam masa yang sama nampak macam orang tengah rungsing. Dan entah kenapa, jantung aku mula berubah rentak bila pandangan kami bersatu. Apasal pula ini? Malas hendak menafsir hati sendiri, aku larikan pandangan ke sekeliling kami berdua. Hanya tinggal beberapa orang pelajar yang berada di Taman Riadah itu. Masing-masing sibuk dengan hal sendiri. Kawasan sekolah pun dah sunyi sebab sesi petang hanya akan bermula pukul 2.30 petang nanti.
            Satu minit, dua minit, tiga minit atau sudah lebih dari itu kami berdua terus-terusan berdiam diri? Berapa lama lagi Johan nak tenung muka aku ini? Walaupun aku tidak memandang ke arah dia, aku yakin sangat mata dia belum beralih dari wajah aku. Sebabnya rentak jantung aku ini masih mendendangkan lagu yang sama seperti saat kami bertentangan mata tadi. Aduh, lama lagi macam ini, boleh pecah dada dibuatnya.
            “Err, saya balik dulu ya? Hal tarik diri tu, biar saya yang selesaikan. Bye.” Aku terus capai beg aku di atas meja. Buku yang dijilid Johan itu aku ambil sekali. Walaupun kami tidak dapat meneruskan program mentor-mentee itu, tapi sebagai tanda aku menghargai niat baik dia, biarlah aku simpan buku latihan ini sebagai kenangan. Alahai, mulalah hendak sendu ni!
            Sedang aku sibuk hendak masukkan buku ke dalam beg, tiba-tiba Johan berdiri sambil merampas buku di tangan aku.
            “Apa hal awak ni?” Tanya aku sedikit kasar. Terperanjat punya pasal. Rasa hendak marah pun ada. Main rampas-rampas pula. Kalau ya pun tidak hendak beri pada aku buku tu, minta elok-elok tak boleh ke?
            “Mata kau cantik...” Ucap Johan perlahan. Antara dengar tidak dengar saja nadanya.
            “Hah?” Rahang macam hendak jatuh ke bawah. Ini betul-betul terperanjat! Aku dah melopong pandang Johan.  Aku silap dengarkah? Betul ke, Johan cakap mata aku cantik? Oh, telinga janganlah buat hal!
 “A...a...apa awak cakap?” Suara dah terketar-ketar minta kepastian
            Air muka Johan tiba-tiba bertukar kelat. “Aku cakap, ada aku suruh kau balik?” Balas dia dengan ton menyakitkan hati dia itu.
Oh...betullah aku silap dengar. Telinga aku masih sihat lagi. Tidak mungkin sama sekali lelaki macam Johan ini hendak memuji aku. Sangat pelik kalau perkara itu berlaku. Mahu hujan tujuh hari tujuh malam!
            “Dan siapa beri kau kebenaran buat keputusan tanpa bincang dengan aku dulu? Ada aku kata aku tak nak jadi mentor kau? Ada aku kata kau lembap? Ada aku kata kau menyusahkan? Ada?” Bentak Johan.
            Aku dah teguk air liur. Marah betul dia ni. Setahu akulah, aku tidak pernah tengok Johan marah macam ini. Kalau kalah main rugby pun dia tak pernah naik angin macam ini. Jangan kata main rugby, kalau dia masuk tournament tae-kwan do pun tak pernah dia angin macam ini. Erk, apa kau dah buat ni Lea?
            “Dengar sini baik-baik Nea Azalea Hakim. Selagi aku tak cakap apa-apa pasal hubungan kita ini, kau jangan nak memandai-mandai beri kata putus. Aku, Johan Akil Arifin akan pastikan apa yang aku idamkan selama ini jadi kenyataan. Faham?” Mata dia mencerlung memandang aku.
“Faham tak?” Soalnya sekali lagi. Aku mengangguk laju. Lidah dah kelu hendak berkata-kata (yang benarnya aku tengah seriau tengok Johan yang dah jadi hijau!)
Johan bergerak tinggalkan aku. Aku tarik nafas lega. Tapi tidak lama sebab baru beberapa langkah dia bergerak, dia berpusing kembali mendapatkan aku. Tangan aku ditarik lalu ditelakkan buku latihannya tadi ke atas tapak tangan aku kasar.
“Esok, 2.00 petang, kedai Aunty Mariam. Jangan lewat.” Beritahu Johan sebelum berjalan meninggalkan aku. Aku terkebil-kebil seorang diri memandanng buku di tangan. Lama aku berdiri dengan muka terpinga-pinga hinggalah aku mendengar suara garau Johan menyebut perkataan cupcake. Cepat aku mencari arah datangnya suara itu. Pandangan aku terhenti di koridor yang terletak di antara Taman Riadah dan Blok D. Wajah Johan yang sedang tersenyum-senyum aku pandang hairan.
“Makan dulu sebelum datang, tahu?” Pesan Johan sambil mengenyitkan matanya yang sedikit sepet itu. Aku terus terduduk. Apakah? Tadi bukan main marah. Bagi arahan pada aku macamlah dia panglima ATM. Lepas itu dia boleh senyum-senyum pula. Siap kenyit mata lagi! Angin lelaki ini cepat betul berubahnya. Ke Johan ni tengah PMS? Erk...
bersambung.... ^_^
****
Nota: Sebelum ada orang tanya, ada ke orang yang tak reti-reti math walaupun dah berkali-kali ajar? Jawapannya ada. Dan orang itu adalah saya. hehehe... dulu masa sekolah saya selalu fail subjek ni. Saya susah nak faham apa yang cikgu ajar. Hinggalah ada seorang cikgu paksa saya masuk kelas pemulihan. Dan alhamdulillah, untuk SPM  saya dapat C3, sesuatu yang saya banggakan sebab sejak form 1, saya selalu dapat F9 & 8D untuk subjek math. heheheh... Math ni seronok sebenarnya, once kita faham jalan kerjanya. Jadi, belajarlah mencintai math..macam yang akan Lea lalui nanti... *peace*

11 comments:

pena tumpoi said...

saya percaya Farah Yuhana.Sbb dulu saya pon tergolong dlm org2 mcm Lea ni.
Mujur guru nya tidak berputus asa.Mahu bantu pelajar2 nya.
Alhamdulillah Math dpt kepujian (wlu dulu sering gagal) :)

p/s : Amboi. Jantung sudah bertukar rentak ye Lea ^^

sweetrose maria said...

tiap kali baca part Johan dengan Lea, mesti saya tersengih-sengih...kelakar je diorang ni..dahlah Johan ni suka kenakan Lea ..sabar ya Lea..hehehe....^_^

syira destroyer said...

jgn isau writer....

dolu2 mse skolah mmg muke ni je kene cmpk buku dgn cikgu sbb syik failed maths -_____-"

tp skg dh grad dgn jaya nye :)

sakura said...

farah yuhana, johan ni ada hati kat lea kan..kan... hahaha...

erm, pernah rasa cam lea, terang byk kali tak faham2... kalo faham pun, tetap tak boleh nak buat latihan. tgk soalan, blurr semacam jer.. tapi my problema bukan dgn math, tapi adik tiri dia, add math..

NurAtiZa said...

Rasenye johan ni dah angau kt Lea kot...
Sampai Lea pulak yg pelik tengok cara johan layan Lea....

Farahusain said...

Alhamdulillah... :)

P/S: Lea tgh cari tune yg betul.. :P

Farahusain said...

sweetrose maria, terima kasih kerana sudi sengih. heheh.. Johan ni jenis tak reti nak tunjuk dia suka, so dia guna cari mengenakan orang lah..

Farahusain said...

alhamdulillah...

nasib kita semua serupa. tapi akhirnya berjaya jugak kan? hehhe

Farahusain said...

sakura, lea ni je yg tak de hati kat dia...hahah

adik tiri math tu pun masalah besar saya. tapi syukur sangat lulus masam SPM.

Farahusain said...

Lea tu mmg pelik semedang. minah blur!

Mrs J said...

Johan! Lea! Johan! Lea! :P