Intan payung kami...

Wednesday 17 April 2013

Bab 2 : Terukir Cinta di Bintang.(edited)



Bab 2

~ Khalif Aufa~

Serabut!
Asyik-asyik kahwin yang mama sebut-sebut bila dia muncul di rumah, isu itu juga antara sebab kenapa Khalif sangat malas hendak pulang ke rumah orang tuanya.  Tapi nak tak nak dia terpaksa balik dan tahan telinga. Takkan sebab tak mahu berbincang fasal itu dia abaikan orang tua dia pula, kan?
“Sampai masanya nanti anak mama ni akan kahwin juga.” balas dia acuh tak acuh, menuang jus apple ke dalam cawan. Kotak jus diletak kembali ke dalam peti ais.
“Itu mama tahu, tapi bila? Mama dan papa dah tua sangat-sangat ni. Nak merasa juga tengok cucu masuk sekolah, kalau boleh nak juga lihat wajah cicit,” balas Datin Sofi, menjeling tak puas hati.
“Amboi, sampai cicit pun mama nak tengok? Nanti jangan nak paksa anak K kahwin awal pulak.” Khalif mengekek.
Datin Sofi menjeling.
“Kalau umur 39 tak kahwin lagi, macam mana mama nak paksa anak K kahwin nanti!”
“Alhamdullilah, selamat dia.” Khalif mengaminkan tangan, sengaja mengusik.
“Betul ke K tak ada calon ni?” tanya Datin Sofi masih tak puas hati.
“Tak ada,” balas Khalif acuh tak acuh.  Hati dia masih gerun hendak bercinta. Cukuplah  berkali-kali dia menjadi mangsa wanita pisau cukur yang akhirnya tinggalkan dia demi mendapatkan lelaki yang lebih kaya.
Datin Sofi mengukir senyum.
“Kalau macam tu…” namun belum pun sempat dia habiskan kata-katanya Khalif segera mencelah.
“Jangan! Jangan sesekali mama nak susun jodoh K dengan anak kawan-kawan mama. Sangat klise!” Dia menggeleng kepala.
“Habis tu! Nak suruh mama grab mana-mana budak perempuan kat tepi jalan lepas tu masuk meminang untuk K? Nak macam tu?” Sekali lagi Datin Sofi menjeling.
“Tak payah. K nak tunggu ada perempuan ajak K kahwin, baru K akan kahwin,” jawab Khalif acuh tak acuh.
Gelas minuman dibawa ke sinki. Sempat dia menjeling jam di pergelangan tangan. Haish, dah lewat ni. Tergesa-gesa dia membersihkan gelas.
“Kalau macam itu sampai ke tua pun K tak akan kahwin!” marah Datin Sofi.
Dia tahu anak teruna dia tu cuma bergurau. Mana ada perempuan terdesak sampai nak ajak lelaki kahwin? Zaman sekarang orang perempuan dah mula nak ikut cara barat. Selagi si lelaki tak melutut hulur cincin selagi tu dia orang tak mahu kahwin.
“Mama, jangan pandang anak mama ni sebelah mata. Walau pun muka macam muka orang pecah rumah, tapi masih ramai yang berkenan tau.” Khalif tersengih.
“Hah, ini satu hal.” Puan Sofi bersiap-sedia hendak melancarkan peluru bebelan. “Bila K nak berubah ni? Serabai! Sekali pandang macam peragut! Mama tak suka
semua ni.” Datin Sofi menunding jari pada semak-samun di wajah Khalif.
Khalif mengekek. “Mama… muka macam inilah muka yang akan selamat dari menjadi mangsa peragut cinta di luar sana.” Dia menunding jari ke luar rumah.
“K kecewa lagi ke dengan Natasya?” Tanya Datin Sofi, kali ini suaranya mengendur.
“Cerita lama, jangan nak buka lagi. K dah lama move on.” Khalif bingkas bangun, bersiap sedia ingin keluar.
“K nak pergi mana ni? Mama tak habis cakap lagi.” Datin Sofi mengikut langkah Khalif ke luar rumah.
“K nak jumpa kawan kejap lepas tu nak pergi klinik.”
“K sakit ke?”
“Ni matanya dari tadi merah. Takut ada jangkitan apa-apa nanti.”
“Saja nak cari alasan. Dah baru bangun tidur mestilah mata tu merah.” Datin Sofi menarik wajah sebal.
“Mana ada alasan, memang nak pergi klinik pun tadi, tapi singgah sini dulu minta restu mama.” Balas Khalif mengusik.
“Malam nanti mama sambung cakap ya,” ujarnya sambil mencium pipi mama.
“Jumpa malam nanti,” ucap Khalif ketika membuka pintu kereta.
Tanpa menunggu lebih lama, dia terus memandu kereta. Dia menarik nafas lega kerana berjaya melepaskan diri tanpa perlu bersoal jawab. Pantas dia keluarkan telefon bimbit mencari nombor telefon Anuar. Teman baik yang hampir sepuluh tahun tak jumpa.
“Bro, aku on the way ke Bangsar. Jumpa tempat biasa,” ujarnya sebaik saja panggilan bersambut.
“Aku mungkin lambat sikit,” balas Anuar.
“Tak apa. Aku pun nak hantar kereta ke bengkel ni. Jumpa kau kat kedai mamak.” Talian terus dimatikan.
Dia terus memandu kereta ke bengkel kemudian mengambil teksi menuju ke kedai mamak yang selalu menjadi tempat melepak dia dan teman-temannya satu masa dahulu.
Sepuluh tahun dia meninggalkan Malaysia dan sekarang ini banyak sungguh perubahan yang berlaku. Kedai yang dulu kecik semakin besar. Bangunan dulu yang hanya dua tingkat menjadi lima tingkat. Jalan-jalan pula semakin lebar dan bertingkat-tingkat.
Aney, kasi teh tarik gelas besar satu. Tarik panjang-panjang ya.” Khalif membuat pesanan.
“Makan?” tanya pelayan kedai.
“Nanti, tunggu kawan saya sampai,” balasnya. Pelayan tersebut terus mengangguk kemudian berlalu.
Khalif mencapai surat khabar di meja sebelah. Tidak lama kemudian minuman sampai. Seteguk, dua teguk, teh tarik masuk ke dalam mulut. Perghh…. Baru dia tersedar bertapa dia rindukan teh tarik mamak. Dari Berita Harian ke Metro kemudian ke Utusan. Semua sudah habis dibaca, namun Anuar masih tak muncul-muncul.
Awak, minggu depan Salina bertunang tau.”
“Jadi?”
“Mesti mak akan tanya macam-macam. Saya nak jawab apa nanti.”
Perbualan pasangan yang duduk di meja belakang menarik minatnya yang sedang kebosanan. Namun, dia terus membelek surat khabar, cuba mengalih perhatian dari mendengar perang mulut antara pasangan itu.
Sedang membaca berita di akhbar telefon bimbitnya berbunyi. Pesanan ringkas dari Anuar membuatkan hati dia membara.
Ceh! Tak dapat datang cakaplah awal-awal!
Dia terus menekan huruf di telefon bimbit ingin melepas kemarahannya pada Anuar. Teks berjaya dihantar kepada Anuar. Puas hati!
Kalau awak gatal sangat nak kahwin, awak pergi cari jantan lain yang boleh kahwin dengan awak bila-bila masa!”
Dialog pasangan yang sama menerjah lagi ke telinganya. Wah, ini macam ada kemungkinan perang dunia kesepuluh akan meletus ni! Sebelum kepala aku sesak baik aku blah awal-awal. Mata aku semakin berdenyut ni.
Khalif bingkas bangun, hendak membayar minuman dan kemudian ingin ke klinik yang terletak dihujung bangunan.
Bergegas dia mengeluarkan dompetnya, namun tiba-tiba badannya dilanggar oleh seseorang. Hampir terjatuh dompet di tangannya.
“Awak, nak kahwin dengan saya tak?”
Tiba-tiba dia terdengar gadis itu bertanya. Tidak berkelip dia memandang wajah itu. Terkejut. Bukankah sepatutnya gadis itu minta maaf sebab terlanggar dia? Ini… ajak dia kahwin? Betul ke tak perempuan ni?
Khalif sempat menjeling meja gadis itu. oh, pasangan tadi rupanya! Aduhai! dia nak elak dari perang dunia ke sepuluh alih-alih dia terbabit sama!
Mata gadis tadi terkebil-kebil memandang dia. Melihat isyarat mata itu dia faham sangat. Nak tak nak terpaksa dia mainkan peranan. Apa salahnya bantu wanita yang dalam kesusahan. Lagi pun, biar padan muka lelaki tu. Budak ni punyalah cantik, boleh nak tangguhkan meminang? Kalau dialah… dah lama jadi suami gadis ni. Entah-entah dah beranak-pinak.
Haish, Khalif, apa kau merepek ni!
“O… key. Bila?” tanya Khalif tergagap.
Haruslah tergagap, mahunya mamat tadi belasah dia, tak fasal-fasal masuk hospital. Walaupun badan dia sasa, tapi dia bukannya pandai bergaduh pun. Pandai angkat berat je!
“Bulan depan,” jawab gadis itu dengan senyuman.
Khalif terus terpaku. Comel!
“O… key,” jawabnya lagi, ragu-ragu.
Gadis itu menoleh pada teman lelakinya.
“Awak ingat saya tak berani?”
Glup! Mama! Dah ada orang ajak K kahwin ni, bulan depan mama dapat menantu!
Tiba-tiba gadis itu menarik tangan dia keluar dari kedai. Sempat dia menyerahkan wang lima ringgit kepada juru wang di kaunter sambil membuat isyarat menyuruh juru wang tersebut menyimpan duit baki.
Di luar kedai, gadis tersebut lepaskan tangannya dan terus menonong berjalan ke depan. Khalif yang kebetulan hendak ke klinik di hujung bangunan terpaksa melangkah perlahan di belakang. Namun, langkah kakinya terhenti apabila gadis itu berhenti melangkah kemudian terdengar gadis itu membebel sambil menghemburkan tangisan. Entah kenapa, hatinya tersentuh.
Kesian pula Khalif tengok, budak perempuan tu bukannya buruk sangat rupanya. Manis dan comel orangnya. Sederhana tinggi, air muka pun tak nampak macam perempuan gedik. Kenapa teman lelaki dia tak mahu kahwin dengan dia? Atau perangai dia teruk? Kuat membebel? Kalau nak kata dia ni kaki kikis, tak mungkin.
Beg tangan dia walaupun branded tapi, itu edisi dua tiga tahun lepas. Kasut dia… emmm… tak ada jenama pun. Baju kurung cotton dia tu biasa-biasa aje, tak nampak macam dari butik terkenal pun. Dekat mana silapnya, ya? Melihat gadis itu mundar mandir buat hati dia serba-salah hendak melintas.
“Awak…” panggil Khalif. Sebelum orang ramai sangka gadis tu sedang marahkan dia lebih baik dia bersuara.
Serta-merta gadis itu berhenti melangkah dan membebel. Dari belakang dia dapat lihat gadis itu mengesat air mata. Kemudian gadis itu menoleh, namun sebaik saja melihat wajah dia, mata gadis itu terbuka luas. Tak berkelip.
 “Awak okey?” tanya Khalif, risau.
“Okey,” balas gadis itu, mengesat sisa air mata.
“Nampak macam tak okey je?”
“Of course I’m not!”
Khalif menelan liur. Menyesal pula tanya. Tak fasal-fasal kena tengking.
 “Maaf. Saya saja nak sakitkan hati teman lelaki saya tadi. Sorry.” Kemudian gadis tersebut bergegas pergi.
Khalif terus berdiri di situ memerhati gadis itu pergi. Sayang, muka cantik, tapi teman lelaki tak mahu meminang. Mungkin bukan salah lelaki tu, mungkin lelaki tu tak mahu kahwin sebab perangai gadis itu yang psiko. Kalau dia normal, dia tak akan tarik tangan aku dan ajak aku kahwin. Teka Khalif.
Langkah kaki gadis itu terhenti. Tak sempat dia mengalihkan pandangan, gadis itu sudah pun menoleh ke arahnya.
“Terima kasih,” ucap gadis itu, kemudian bergegas pergi.
Dia terus merenung, menggeleng kepala. Kesian. Langkah diatur menuju ke hujung bangunan untuk ke klinik.

 Bersambung..


9 comments:

Anonymous said...

best cte ni..nk lg leh x?..

cyah said...

Lawak... Tapi mmg bgs pun tndkn amik gmbr ni hehehe nanti leh praktikkn

MizaEija said...

Writer..tolong leraikan tanda tanya saya ni.. saya macam penah baca je tp tak dpt ingt kat mana..huhu =.="

Unknown said...

best.. hari ni ada n3 x?

ZA said...

Anon - boleh.. bolehhh.. hahah.. tunggu ya.

Cyah - heee.. ya cara salah satu kalau kenal org baru... heee.

Miza - hahaha.. cuba ingat balik.. :P

Norana - hari ni tak ada... heee.. minggu depan yaa..

MizaEija said...

ZA - kak jue, jenuh dah perah otak ni.. tak jumpe jawapan pun.. dgn kata lain, tak dapat nak ingat. Hint plishh!!! T____T

Anna Lee said...

Miza - Sblm ni mmg ada post dekat blog ni lah. Guna nama pena lain... haha.. dan ini versi polish :P. Nanti baca bab2 depan Miza akan perasan. Nadia-Imran-Khalish.. remember? Maisara?heee

zara said...

best,gila kentang,now nak ltk u sbg one of my best writer......

Aimi said...

nice storyline... :D