Intan payung kami...

Thursday 22 March 2012

Bab 4 : Cuit-Cuit Cinta

In the cookies of life, sisters are the chocolate chips. Most of the time you love them, sometimes you just don’t. ~ Author Unknown
“Boleh tak berhenti ketawa? Tak letih ke mulut tu?” Marahku. Wajah Nadia ku jeling tajam. Sejak balik dari klinik tadi tak habis-habis dia menggelakkan aku. Ya, aku tahulah aku baru sahaja memalukan diri sendiri di hadapan lelaki pujaan aku tapi adik aku ni tak reti ke nak bersimpati dengan aku yang sedang sakit kepala ni? Walaupun doktor cakap aku tak mengalami apa-apa concussion tapi rasa berdenyut kesan hantukkan dahi aku pada cermin kedai Puan Farisha tadi masih terasa.
“Aku kagumlah dengan kau ni, kak. Imaginasi kau tu betul-betul hebat. Itulah, bila aku cakap kau ni banyak berangan, kau marah. Tapi hari ini dah terbuktikan yang kau ini kuat berangan. Macam manalah kau boleh terfikir pasal pembunuh semua tu? Adoi, memang lawaklah kau ni, kak!” Nadia ketawa lagi. Kali ini lebih kuat dari tadi. Aku pandang mummy, cuba mendapatkan simpati darinya tapi aku lihat mummy sendiri sedang menggigit bibir cuba menahan diri dari ketawa. Melampau suungguh. Mummy pun dah geng dengan Nadia!
“Diamlah. Kepala akak tengah sakit ni tau!” Marah aku lagi. Aku capai patung beruang panda di atas katil aku lalu aku baling ke arah Nadia.
“Woi, apa ni. Main kasar nampak?”
“Yang kau gelakkan akak tu tak kasar?”
“Ah, memang patut pun kena gelak. Bukan aku je yang rasa benda ni kelakar. Itu, Aunty Farisha dan Abang Adam tu pun tadi dok gelakkan kau masa kau masuk bilik doctor tadi.”
Adam Naufal:  Take care
Aku tarik muka masam. Sedih aku bila dengar Nadia cakap macam itu.  Perasaan aku yang berbunga-bunga masa Adam Naufal ucapkan “take care” selepas dapat rawatan di klinik tadi terbang ke udara. Sampai hati Adam Naufal gelakkan aku. Dia tak kasihan ke tengok aku tadi? Lagipun aku jadi macam ini pun sebab dia. Kalau tak sebab takutkan dia tadi, tak ada maknanya aku nak menjerit macam orang kena hysteria tadi. Tiba-tiba rasa macam tak nak suka dia lagi. Benci!
“Sudahlah tu, Nad. Jangan usik kakak lagi. Biar kakak berehat. Lea tidur dulu, ya. Biar sakit kepala tu reda. Jom, Nad. Kita keluar dulu.” Mummy terus tarik tangan Nadia keluar dari bilik. Sempat juga adik aku tu jelir lidah pada aku. Tapi aku tak ada daya nak balas balik. Hati sedang sendu ni, mana ada mood nak buat apa-apa. Saat ini tiba-tiba aku teringatkan abah. Dulu, abahlah tempat aku mengadu kalau hati tengah berduka. Aku memang lebih rapat dengan abah berbanding mummy. Mungkin sebab perangai aku dan abah hampir sama jadi kami lebih serasi berbual berdua. Kalau abah ada, pasti waktu ini abah akan peluk aku dan beritahu aku semuanya akan baik. Tanpa aku sedar air mata aku mengalir perlahan. Air mata sedih sebab mengenangkan apa yang terjadi tadi bercampur dengan kerinduan aku pada abah. Abah, orang rindu!
***
Aku terjaga dari tidur beberapa jam kemudian. Itu pun sebab hidung aku menangkap bau bubur nasi yang harum di dalam bilik aku. Sebaik sahaja mata aku terbuka, aku nampak kelibat Nadia sedang duduk sambil menelaah entah buku apa di meja belajar aku. Di sebelahnya ada sebuah dulang berisi semangkuk bubur nasi dan secawan air.
“Dah bangun?” Tegur Nadia sebaik sahaja aku duduk di birai katil.
“Mummy mana?” Tanya aku tanpa menjawab soalan dia. Dah nampak aku duduk macam ini, dah bangunlah jawapannya kan?
“Mummy tengah siapkan kek untuk Aunty Farisha. Ganti balik kek yang kakak rosakkan tadi.” Jawab Nadia bersahaja.
“Bukannya akak sengaja pun!” Aku cuba membela diri. Geram bila mendengar nada suara Nadia seperti menuduh aku sengaja menyusahkan mummy.
Whatever. Dahlah. Bangun, mandi. Lepas tu makan bubur ni. Dah nak sejuk jadinya. Lepas makan, Nad ada benda nak bincang dengan akak.” Aku mencebik. Patutlah baik benar bahasakan diri dia Nad dan panggil aku kakak. Kalau tidak tu, asyik ber ‘aku’ ‘kau’ saja dengan aku. Ada benda yang dia nak rupanya. Tanpa menghiraukan dia, aku terus bangun menuju ke bilik air. Alhamdulillah, kepala aku dah tak berdenyut lagi.
Seusai mandi kembali mendapatkan Nadia yang masih tekun menelaah pelajaran di meja studi aku. Tekun sungguh budak seorang ini. Baru buka sekolah dah sibuk studi. Aku ni selagi tak mula musim peperiksaan, jangan harap nak hadap buku. Perangai yang tidak sepatutnya ada pada seorang pelajar. Aku terus mendapatkan bubur nasi yang sudah hampir sejuk di atas meja. Tanpa mempelawa Nadia, aku terus suap bubur itu ke dalam mulut. Syurga betul rasanya!
“Tadi kata nak bincang dengan akak. Bincang pasal apa?” Aku terus bertanya pada Nadia sambil mengunyah cebisan ayam di dalam bubur.
 Nadia menutup bukunya sebelum berpusing mengadap aku. “Mummy ada cakap apa-apa pasal abah?” Tanya Nadia.
“Pasal apa? Pasal tiket pergi London tu?” Nadia mengangguk.
“Ada, tadi masa akak balik sekolah dia ada cakap. Kenapa?”
“Mummy cakap akak nak bagi Nad dengan Mummy saja yang pergi. Betul ke?”
            Aku sekadar mengangguk sambil terus menyuap bubur ke dalam mulut. Menanti dengan sabar ke mana hala tuju perbualan kami ini.
            “Nad tak setuju!” Kata-kata Nadia buat aku tersedak. Pantas aku capai mug berisi air masak di atas meja. Dada aku yang perit aku usap perlahan. Aku pandang wajah Nadia dengan rasa tidak puas hati.
            “Apasal pula tak setuju? Takkan kita berdua pula pergi lepas tu tinggal mummy dekat sini?” Tempelak aku geram. Kepala aku baru saja nak elok, ini dia nak tambah dengan sakit dada pulak.
            “Bukan macam itu. Nad tak setuju sebab kenapa akak pula yang nak mengalah. Akak tu yang paling rapat dengan abah, sanggup ke akak tak nak pergi?” Ujar Nadia perlahan.
            Wah, betul ke apa yang aku dengar ini? Adik aku yang selalu cari peluang nak kenakan aku, cuba bertimbangrasa dengan aku? Aku mimpi ke? Ke ada wayar dalam kepala yang shot sebab hantukkan tadi sampai aku rasa budak seorang ini macam baik semacam? Dia sanggup bertukar tempat dengan aku untuk pergi ke London temui abah? Oh, terharu sungguh. Ini yang aku rasa macam nak peluk-peluk saja dia ni. Tiba-tiba aku rasa aku sangat sayangkan dia.
            “Tak payah pandang Nad macam itulah. Bukannya Nad nak tukar tempat dengan akak pun!” Ceh! Terus darjah kesayangan aku pada dia tadi turun kembali ke angka kosong. Kalau dah namanya Nea Nadia tu, memang tak ada maknanya dia nak buat baik dengan aku tanpa sebab. Entah perangai siapalah yang dia ikut.
            “Habis tu? Yang beriya cakap tak setuju tadi kenapa?” Geram sungguh aku dengan budak ini!
            “Yalah, Nad rasa macam tak adil pula macam tu. Jadi, Nad ada rancangan baik punya. Yang adil lagi saksama.” Wajah Nadia nampak berseri-seri. Sangat berseri-seri hingga aku jadi takut dengan dia sebab aku tahu, kalau wajah dia dah jadi macam itu, adalah rancangan gila yang sedang direncana.
            “Rancangan apa, ya?” Tanya aku takut-takut.
            “Kita buat pertaruhan.” Aku telan liur. Kan aku dah cakap. Mesti rancangan dia gila!
            “Pertaruhan apa?” Main bertaruh-taruh pula adik aku ini. Dosa kot!
            Nadia buat gelak jahat dia. Gelak yang selalu buat aku seriau. Gelak yang kalau Pontianak Harum Sundal Malam dengar pun boleh nangis sebab mengalahkan bunyi dia. “Siapa dapat skor tertinggi dalam exam nanti, akan dapat tiket yang satu tu!”
            “Apa?” Aku menjerit tak percaya. Itu dia rancangan terbaik daripada Cik Nadia kita.
            “Ya. Itulah cara yang paling adil dan saksama. Siapa dapat result yang best dalam exam, dapat pergi jumpa abah di London. Dalam kes akak ni, kira keputusan trial SPM lah. Adil kan?”
            Gila! Adil apanya. Nadia ni belajar di sekolah apa agaknya sampai makna adil dia sangat berbeza dengan aku? “Tapi...” Belum sempat aku nak buat ayat, dia potong cakap aku.
            “Tak ada tapi-tapi. Nad dah cakap dengan mummy. Mummy pun dah setuju. Kau pun kena setuju juga sebab mummy cakap, kalau kau tak setuju, seorang pun tak payah pergi. Biar saja tiket tu macam itu. Jadi, demi keadilan untuk semua pihak, kau kena setuju. Ok?”  Ujar Nadia sambil buat senyum jahat dan tanda ‘peace’. Kenapalah adik aku ni kejam macam ini?       v( ‘.’ )v  v( ‘.’ )v

comments are welcome!  ✌.ʕʘ‿ʘʔ.✌

7 comments:

Anonymous said...

hahaha..comel :)
-DYH USEN-

FirasFirzana said...

ok next entry heheheh

Anonymous said...

Next!! yg ni dah baca tahun lepas :P

- aku sahabat ko -

farahanddewi said...

skrg sy dah regular kat redscarf ni...he3...

Unknown said...

next pls....hehehee :))

Farahusain said...

Dyh, Lolozho04, Dewi & tehafatihah - tq. next entry dalam minggu ni, ok.

anon, sahabat aku - next entri pun aku rasa ko dah baca tahun lepas kan? :P

ezz an said...

wohoho...ada adik yang serius brutal lagu ni mau ponin pala maa....