Intan payung kami...

Wednesday, 25 April 2012

Bab 8 : Cuit-Cuit Cinta


The secret to friendship is being a good listener – Unknown
“Dahlah, Lea. Janganlah nangis lagi. Pilu hati aku ni.” Pujuk Nani untuk kali yang aku sendiri tidak ingat berapa. Sudah hampir satu jam aku melepak dan menangis dalam bilik Nani. Sampai sahaja di rumah dia tadi, terus aku meraung dekat bahu dia. Habis aku ceritakan apa yang berlaku pada dia. Mulanya payah juga Nani hendak faham sebab sesi bercerita aku terganggu dengan sesi menangis aku. Jenuhlah dia pujuk aku berhenti menangis sekejap dan cerita elok-elok. Selesai bercerita, aku sambung balik menangis. Kalau ada anugerah untuk Pelakon Air Mata Terbaik 2012, sah-sah aku menang!
“Sampai hati Jaja tak datang sini dengan aku Nani. Sanggup dia temankan perempuan gedik tu!”
“Ala, mungkin dia tak tahu macam mana nak tolak kot. Budak tu minta tolong dia kan?  Kau bukan tak tahu Jaja tu, tak pandai nak cakap tidak kalau orang minta tolong. Kejap lagi dia datanglah tu. Janganlah sedih sangat.”
Bila Nani suruh jangan sedih, lagilah aku sedih. Jaja tu kawan baik kami kot. Bila kawan baik kita sanggup belakangkan kita demi musuh kita (ya, Adilia dah naik taraf jadi musuh aku) mestilah kita sedih, kan? Orang yang tidak ada hati dan perasaan sahaja yang tidak bersedih.
“Tapi kan, aku rasa aku yang patut lagi sedih.” Ujar Nani dengan suara dia yang sedikit serak.
Aku pandang muka Nani hairan. Cermin mata yang berwap sebab lembapan dari air mata dan penghawa dingin bilik Nani aku buka lalu aku letak di atas katil.
“Kenapa pula kau yang sedih?”
Nani senyum tayang gigi. “Yalah, jejaka idaman aku jadi mentor kau. Mahu aku tak sedih? Aku pula kena belajar dengan mamat sotong tu. Isyh...tak sanggup mak!” Balas Nani sambil buat aksi tangan meliuk lentok. Pecah ketawa aku sebentar.
“Ha...macam itulah. Ketawa, bukan asyik nak menangis saja. Kau tahu, otot muka kau tu lebih penat masa kau menangis berbanding sewaktu kau ketawa.”
Aku kesat air mata. Betul juga apa kata Nani itu. Penat juga asyik menangis saja. Kalau ikutkan, sejak buka sekolah ini dah banyak kali juga aku menangis. Tidak tahulah kenapa, aku rasa akhir-akhir ini aku sudah menjadi manusia yang cengeng. Memanglah aku ini jenis yang suka ikut perasaan tapi seingat aku bukanlah jenis yang suka mengalirkan air mata. Ini semua salah Johan Akil! Mood aku dari pagi tadi rosak sebab dia.
“Nani, kau marah ke aku jadi mentee Johan?”
“Kalau aku marah, kau boleh buat apa?” Tanya Nani dengan wajah serius.
            “Aku sanggup minta tukar. Nanti aku cakap dengan Cikgu Nasir, ya?” Aku genggam tangan Nani kuat. Risau pula hati kalau Nani berkecil hati dengan aku. Dahlah tadi kawan baik aku ini sedikit tersentap bila aku tuduh dia bercerita tentang perasaan aku untuk Adam Naufal pada Johan. Tak baik sungguh aku. Patutnya aku kena percayakan kawan baik aku sendiri.
            Nani padang muka aku lama. Muka dia nampak sedang memikirkan sesuatu. Alamak, tersentap lagi ke perempuan ini?
            “Nani, sungguh. Kalau kau tak suka, aku beritahu cikgu aku nak tukar ya?” Aku sudah kalut. Rasa hendak menangis itu datang semula.
            Tiba-tiba Nani ketawa kuat. Siap terbaring-baring atas katil lagi. Dah macam orang kena sampuk pula aku tengok. Orang yang badan tengah lemah ini bukan boleh percaya sangat. Mudah saja benda-benda mengarut ini nak ‘masuk’. Seram sejuk pula aku tiba-tiba.
            “Weh, kau ni kenapa?” Tanya aku risau. Makin menjadi-jadi pula gelaknya.
            “Kau ni kelakarlah, Lea.” Ujar Nani sebaik sahaja ketawa dia reda.
            “Aku ada buat lawak ke?’ Tanya aku lurus. Serius, aku tak tahu pula aku tengah buat lawak.
            “Yang kau kalut sangat tu kenapa? Apasal lah yang aku nak marah pula kau jadi mentee Johan tu?”
            Aku garu kepala. “Yalah, kau kan minat kat dia. Manalah tahu kalau-kalau kau tak selesa ke aku belajar dengan dia.” Jawab aku sambil merebahkan badan di samping Nani.
            Nani geleng kepala. “Beb, aku minat sahaja. Bukanlah sampai tahap nak bercinta pun. Tapi kalau dia nak bercinta aku ‘on’ je. Dan kebenarannya bukan aku seorang saja yang minat kat dia tu. Rasanya separuh dari sekolah tu suka kat Johan. Jadi perasaan nak marah atau cemburu itu tak ada langsung dalam hati aku. Lainlah kalau aku ni betul-betul awek dia, which is never going to happen, I tell you.”
            “Isyhh kau ni. Hari tu bukan main lagi suruh aku, go for it dengan Adam. Ini kau pulak nak give up?” Marah aku.
            Nani ketawa kecil. “Aku cuma bersikap realistic, Lea. Secara logiknya, orang macam aku yang dah dapat title bini popeye ni tak akan ada peluang jadi girlfriend Johan yang hensem tak ingat tu. Aku cuma boleh memuja dari jauh saja.”
            Aku tersentak. Macam dikejutkan dari mimpi saja perasaannya. Kata-kata Nani membuatkan hati aku mula rasa pelik. Adakah kata-kata itu ditujukan kepada aku juga?
            “Maknanya aku pun kena jadi realistik jugalah, kan? Aku dengan dia tu?” Tanya aku perlahan. Siapa lagi dia yang aku maksudkan. Adam Naufal lah.
            Nani terus bangun lalu duduk bersila mengadap aku. Tangan aku ditarik agar aku juga bangun dan duduk sepertinya. Sekali lagi wajah aku dipandang lama. Cuma kali ini dia tersenyum, menampakkan sepasang lesung pipit di pipinya. Bini popeye pun, dia masih nampak manis lagi tahu!
            “Kes kau lain. Kau dengan dia ada sesuatu. Jadi kau tak boleh berputus asa.”
            Aku mendengus perlahan. “Sesuatu? Lepas kejadian hari ni, kau rasa masih ada wujud sesuatu ke antara kami?”
            Nani mengangguk laju. “Lepas apa yang terjadi hari ini, lagilah aku yakin ada sesuatu antara engkau orang berdua. Sebelum ni aku main agak-agak saja.”
            “Mengarutlah Nani. Jangan bagi aku mengharap lagilah Nani. Aku dah malas dah nak fikir pasal dia.”
            “Mengarut apanya? Weh, kita ni kawan baik tau. Sebagai kawan baik, aku tak akan sanggup bagi harapan palsu pada kau. Sebenarnya dari tahun lepas lagi aku dah nampak. Cuma aku tak berani nak beritahu kau. Yalah, aku main agak-agak sahaja. Tapi lepas apa yang kau cerita tadi, aku rasa apa yang aku agak tu betul. Kau dengan dia akan ada sesuatu.” Nani buat sengih jahatnya.
            Makin pelik kawan aku ini. Entah apa-apa yang dicakapkannya. Tahun lepas dah nampaklah, main agak-agaklah, ada sesuatulah. Aku raba dahi dia. Panas. Patutlah cakap merepek-repek. Kesan demam yang sedang dialami rupanya.
            “Kau demam lagi ni. Rehatlah eh. Nanti makin merepek-repek kau cakap.”
            Nani tepis tangan aku perlahan. “Aku seriuslah! Kau tak percaya aku ke?”
            “Percaya. Aku percaya sangat kat kau.” Balas aku. Ayat sekadar hendak ambil hati dia dan hendak suruh dia tutup topic itu.
            “Jadi kau kena yakin dan jangan putus asa. Aku dapat rasakan, tahun ni adalah tahun terindah dalam hidup kau, Lea.”
            “Apa-apalah Nani. Cuma aku nak pesan, jangan berharap sangat. Antara aku dah Adam tak mungkin akan ada apa-apa.” Balas aku tegas.
            Nani ketawa kuat. “Aku tahu. Dan tak berharap sangat pun.”
            Aku pandang muka Nani pelik. Ok, aku betul-betul dah keliru. Tadi bukan main lagi dengan ayat ‘tahun-ini-adalah-tahun-terindah-dalam-hidup-kau’. Ini dah buat ayat lain pula. Sah lagi sahih, kawan aku ni demamnya dah kronik!
***
Keesokkan hari, di sekolah. Mood aku belum baik 100%. Sebab utama, perempuan gedik yang duduk kat depan aku ini. Rupanya kereta besar yang hampir hendak langgar aku semalam adalah kereta dia atau lebih tepat lagi kereta keluarga dia. Aku dapat tahu pun sebab pagi tadi sekali lagi kejadian yang sama berlaku. Cuma bukan pada akulah. Pada orang lain. Mujurlah budak kelas sains tu tak apa-apa. Aku dengar, budak tu mengadu pada Cikgu Nasir. Bawa kenderaan masuk hingga ke dalam kawasan sekolah adalah satu kesalahan melainkan ada sebab-sebab yang kukuh. Tapi hingga sudah hendak masuk waktu rehat ni, tidak nampak pun apa-apa tindakan dikenakan pada Adilia.
Sebab lain, ialah nota yang aku temui dalam laci meja aku pagi tadi.
WAKTU REHAT. TAMAN RIADAH. JANGAN LEWAT. –JOHAN-
Bukan main lagi dia tinggal nota macam itu pada aku. Siap tulis dengan capital letter lagi tu. Konon hendak menekankan betapa pentingnya arahanan dia tu lah agaknya. Dia fikir dia siapa? Baru jadi mentor saja pun. Nani dan Jaja dah gelak-gelak kesukaan bila dia nampak nota itu pagi tadi. Cuma Jaja tidak berani hendak gelak lebih-lebih sebab tahu aku masih terasa dengan dia.
Tatkala loceng waktu rehat berbunyi, aku terus mendapatkan Nani.
“Jom, pergi kantin?” Ajakku.
“Kantin? Kau jangan nak mengada. Johan nak jumpa kan?”
“Dia yang nak jumpa aku. Bukan aku nak jumpa dia.” Jawab aku selamba.
Nani cubit lengan aku. “Auw...sakitlah!”
“Padan muka. Kau ni, belum apa-apa nak ingkar cakap cikgu. Berdosa tahu?”
“Ek eleh. Bila masa pula dia tu jadi cikgu aku?”
“Dia akan jadi mentor kau kan? Walaupun taklah setinggi darjat seorang guru, tapi tugas dia nanti lebih kurang cikgu juga. Pergi sajalah!”
“Malaslah. Program itu mula minggu depan. Minggu depanlah aku jumpa. Lagipun aku lapar ni. Nak makan.”
“Tak ada. Tak ada. Kau kena pergi juga. Biar aku belikan apa-apa untuk kau nanti.” Nani berjalan mendapatkan Jaja yang berdiri di muka pintu.
“Pergi, Lea. Kalau tidak, tahulah apa aku nak buat nanti!” Ugut Nani sebelum berlalu meninggalkan aku seorang diri. Bertuah punya kawan!
Dengan langkah malas (dan terkesan dengan ugutan Nani juga) aku pergi juga ke Taman Riadah. Tapi bayang orang yang konon hendak berjumpa dengan aku itu, langsung tak kelihatan. Kurang asam betul! Dia suruh orang datang tepat pada waktunya, tapi dia pula yang langgar kata. Tidak ada tokoh jadi guru langsung.
“Nah!” Sebungkus nasi lemak di suakan ke arah aku. Aku pandang wajah si pemberi dengan perasaan bengang.
“Kenapa lambat?”
“Lambat? Bila masa pula aku lambat?” Jawab Johan selamba sambil duduk di sebuah bangku berhampiran kami.
“Awak bagi nota pada saya jangan lewat. Tapi awak yang lewat!” Ton aku dah naik satu oktaf.
Johan ketawa kecil. “Ada ke kat situ aku suruh kau datang betul-betul lepas loceng bunyi? Kau tak reti nak pergi makan dulu ke apa? Jangan lewat tu maksud aku, jangan sampai waktu rehat habis. Isyhh...aku tahulah kau lemah dalam studi. Tapi takkan lah selembab ini?” Johan mengeluh kecil.
Aku mengetap gigi kegeraman. Mulut mamat ini memang celupar. Benci! Malas hendak melihat muka Johan, aku berpusing untuk pergi. Kalau lama duduk di sini, mahu meletup aku dibuatnya.
“Eh, nak ke mana pulak tu? Aku belum habis cakap lagi!”
“Cakap seorang-seorang kat situ. Saya malas nak dengar!”
“Nani pesan, kalau kau blah sebelum dengar apa yang aku nak cakap, dia tak akan bercakap dengan kau lagi.”
Apa? Melampau sungguh kawan aku ini. Pembelot. Sanggup dia lebihkan Johan daripada aku?
“Dahlah tu. Tak payah nak merajuk segala. Tak ada maknanya aku nak pujuk. Duduk sini, makan dulu. Nanti kebuluran, aku juga yang salah. Ada hal sikit aku nak bincang pasal hal mentor-mentee ni.”
Aku duduk di kerusi bertentangan dengan dia. Dia hulurkan nasi lemak tadi ke arah aku tapi aku buat tak tahu sahaja. Nak proteslah konon. Dia tarik semula nasi lemak tu lalu dibuka. Kemudian diletakkan sudu plastik dan dihalakan semula ke arah aku.
“Makan!” Tegas Johan. “Kalau kau tak makan, aku beritahu Adam kau suka dia!”
Zup. Sepantas kilat tangan aku mencapai sudu nasi lemak di atas meja. Main ugut-ugut pulak dia ni. Yang aku ni pun, kalau hal ada sangkut paut dengan Adam cepat benar bereaksi.
Keadaan sunyi sepi antara kami. Walaupun tekak tak berapa nak terima nasi lemak tu, aku gagahkan juga menelannya. Sambil menyuap, aku mengerling ke arah Johan yang khusyuk membaca sebuah buku nipis berwarna biru. Aku cuba curi pandang buku di tangannya. Laporan Kemajuan Pelajar. Nea Azalea Hakim.
Bulat mata aku memandang nama aku di hadapan kulit buku itu. Bungkusan nasi lemak yang belum habis aku masukkan semula ke dalam plastic sebelum aku cuba merampas laporan kemajuan aku di tangan Johan. Tapi dia lebih tangkas dari aku. Laporan kemajuan itu ditutup lalu dipeluk ke dada.
“Lemah sungguh kau ni. Mencabar juga nak tolong ni.” Ujar Johan.
“Saya tak minta pun awak jadi mentor saya, ok. Kalau tak nak ajar, drop out lah dari program ni.” Tempelak aku. Tahulah aku ni tak pandai. Tapi tak perlulah nak kata depan-depan. Jatuh air muka dibuatnya.
Johan tersenyum. Senyuman yang selalu buat Nani penasaran tapi bagi aku, senyuman itu sangat menjengkelkan.
No way. Aku bukan jenis yang lari dari cabaran. And you, my dear cupcake, are a challenge.”
“Boleh tak jangan panggil saya cupcake? Saya tak suka tahu!” Bentak aku. Tak habis-habis nak perli aku sebab kejadian di kedai mama Adam tempohari.
Johan sekadar tersenyum. Asyik-asyik senyum. Macam tak ada benda lain hendak dibuatnya. Aku tahulah senyuman kau itu menawan. Tapi aku tak akan tertawanlah. Lainlah kalau Adam...
“Dan aku tahu sesuatu.” Ujar Johan tiba-tiba.
“Tahu apa?” Tanya aku kasar. Kenapa entah, kalau dengan Johan ini, aku tak kisah sangat nak berlakon ayu bagai.
“Kau pun jenis yang menyahut cabaran.”
“Bila masa pulak saya menyahut cabaran ni?”
“Cabaran adik kau tu?”
Sah, ini mesti kerja Nani! Budak ini, kalau aku jumpa nanti memang aku berus mulut dia cukup-cukup.
“Eh, ada ke orang dalam dunia ni yang tak suka menyahut cabaran?” Tanya aku pada Johan dengan nada sedikit sarkastik.
Johan ketawa kecil. “Ada. Orang pengecut dan yang cepat mengaku kalah. Dan memandangkan kau bukan orang itu, maka aku akan bagi kau satu cabaran.”
Pulak dah? “Cabaran apa?” Tanya aku takut-takut. Yalah, mana tahu kot si sengal ini bagi cabaran bukan-bukan macam terjun bangunan, menjerit kuat-kuat tengah orang ke atau pun yang lebih sadis pergi mengaku pada Adam Naufal yang aku suka sangat kat dia. Bukan boleh percaya sangat Johan ini.
“Kau kena berlajar bersungguh-sungguh dan perbaiki keputusan exam kau. Kalau kau sahut cabaran aku ni, aku akan bagi habuan yang sangat bermakna.” Beritahu Johan. Telan air liur aku sekejap tengok muka dia yang sangat serius. Dalam pada itu, jauh di sudut hati aku ada rasa tersentuh juga mendengar cabaran yang diberi Johan. Nampak macam dia ambil berat juga tentang masa depan aku. Terharu pula dibuatnya.
“Terima kasih.” Ucap aku lembut. Aduh, meremang pula bulu roma dibuatnya.
“Untuk apa?”
“Ambil berat juga awak dengan saya, ya?” Aku sengih malu-malu.
Air muka Johan berubah rona. Macam orang malu pun ada juga. Seronok pula aku tengok rona muka dia yang macam itu. Nampak comel pula. Tapi sayangnya, sekejap sahaja aku boleh menghayati kecomelan itu sebab dia dah ambil buku laporan tadi dan ketuk kepala aku.
“Aww. Sakitlah!” Marah aku. Sebenarnya mengada saja lebih. Bukanlah kuat pun dia pukul.
“Padan muka. Weh, kau jangan nak anggap bukan-bukan pulak ye. Cabaran itu aku buat untuk masa depan aku. Jatuhlah reputasi aku sebagai pelajar pandai kalau mentee aku gagal. Faham?”
Ceh. Menyesal aku rasa terharu tadi. Patutnya aku sudah boleh baca perangai Johan ini. Tak mungkin lelaki macam dia nak buat baik tanpa apa-apa kepentingan. Dia bagi cabaran itu untuk kepentingan diri dia saja sebenarnya. Bukannya untuk orang lain. Lea, keep that in mind! Jangan terpedaya dengan kata-kata Johan ini di masa hadapan, faham?
“Awak cakap tadi ada habuan. Apa dia?” Tanya aku sambil lewa. Dah malas nak ambil port dalam hal cabaran dia sebenarnya.
“Habuannya?” Dia buat gelak jahat. “Aku akan beritahu kau satu rahsia hati yang akan mengubah hidup kau 100%. Rahsia hati yang paling kau nak tahu.”
Mata aku dah mula bersinar-sinar. Rahsia hati? Kenapa aku tiba-tiba teruja pula dengan perkataan itu? Adakah rahsia hati itu ada kena mengena dengan Adam? Sebab hanya itu sahaja yang aku paling hendak tahu sekarang ini.
“Rahsia  hati siapa? Rahsia hati Adam ke?” Tanya aku penuh teruja. Hilang sudah  rasa malu mendedahkan isi hati aku pada Johan.
Johan senyum segaris. “Kalau kau nak tahu, sahut cabaran aku tu dulu. Buktikan kau mampu. Kalau berjaya, aku yakin rahsia hati itu akan buat kau nak mengukir bintang.”
Amboi jiwang karat jugak dia ni. Siap mengukir bintang semua bagai. Ini tak ada lain, penangan lagu Yuna lah ni. Aku pandang muka Johan lama. Separuh hati memang hendak setuju. Semuanya sebab hendak tahu rahsia itu. Tapi yang separuh lagi, takut pula. Sebab aku bukan percaya sangat dekat Johan ini. Macam ada agenda tersembunyi saja aku rasa.
“Boleh percaya ke awak ni?” Aku suarakan rasa sangsi aku.
Johan tersentak mendengar soalan aku. Sekali lagi rona wajahnya berubah. Cuma kali ini tak comel macam tadi. Erk, aku salah cakapkah?
“Terpulanglah. Aku tak boleh paksa orang percaya pada aku.” Macam berjauh hati saja bunyinya. Entah kenapa aku rasa bersalah pula.
“Err...maaflah awak. Bukan saya tak percaya, cuma...” Tak sempat aku habis cakap, Johan potong cakap aku.
“Jadi, kau nak sahut cabaran itu atau tidak? Aku bagi kau masa fikir sampai habis waktu sekolah hari ini. Kalau tak ada jawapan, kira burn.” Dia terus bangun dan tinggalkan aku terkulat-kulat seorang diri.
Aku pandang belakang Johan. Dalam hati tengah berperang. Hendak sahut atau tidak. Kalau tak sahut, nanti tak tahu rahsia. Kalau sahut kena hadap muka Johan hari-hari. Walaupun hensem tapi perangai dia sangat menyakitkan hati. Tapi banyak juga faedah yang aku dapat kalau aku sahut. Satu, aku boleh tahu rahsia hati Adam. Dua, aku boleh perbaiki result aku. Tiga, aku juga akan berjaya dalam cabaran aku dengan Nadia. Empat, kalau dah berjaya tu, maknanya peluang ke London jumpa abah tu dapat dekat akulah.
Aku pandang Johan yang makin menjauh dan fikirkan faedah yang aku akan dapat. Empat faedah lawan 1 Johan. Mestilah yang empat itu lagi baik, kan? Untuk dapat yang empat itu, aku cuma perlu bertahan dengan perangai Johan selama beberapa bulan. Takkan itu pun tak mampu buat Lea? Yakin boleh Lea. Kau boleh punya! Ya, aku pasti boleh. Dengan tekad itu, aku bangun dan berlari mendapatkan Johan.
“Awak, tunggu.” Aku tarik sedikit lengan baju Johan supaya dia berpaling ke arah aku. Dengan nafas tercungap-cungap, aku suakan jari kelingking kanan aku pada dia.
“Apa hal ni?” Tanya Johan hairan sambil memandang muka aku dan jari kelingking tu silih berganti.
Aku sua lagi jari kelingking aku ke arahnya dan bagi isyarat dia pun buat perkara yang sama. Lambat-lambat Johan naikkan jari kelingking dia ke atas. Tanpa berlengah terus aku silangkan jari kami berdua. Berderau sekejap darah aku sebab pertama kali dalam hidup bersentuhan dengan lelaki selain abah. Jantung aku ini pula dah bergendang macam dram.
            “Saya sahut cabaran awak dan awak kena janji, kalau saya berjaya, awak tak akan mengelat dan akan beritahu saya rahsia hati tu. Janji?” Aku jari kami yang berkait.
            “Oh, pinky promise lah ni ya? Macam budak-budak!”
            “Tak kira, Lea nak awak janji juga. Bukannya Lea tak percaya dekat awak cuma Lea nak pastikan awak pegang janji awak. Cepatlah, janji!” Eh, kenapa yang aku guna kata ganti nama Lea ni? Mengadanya bunyi. Kenapalah mulut aku tak pernah nak patuh pada tuan?

            Johan ketawa kecil sebelum mengoncang jemari kami yang bertaut. “Fine, I promise. Sampai masanya, aku akan luahkan rahsia hati itu. Puas hati, Lea?” Sengaja Johan tekankan perkataan Lea. Nak perli aku lah tu!
            “Baik. Saya pegang janji awak. Kalau awak mungkir...” Apa aku nak buat kalau dia mungkir janji?
            “Kau nak buat apa?” Tanya Johan dengan kening ternaik sebelah.
            Aku pandang jari kami yang bertaut. Satu senyuman jahat terukir di bibir. “Kalau awak mungkir janji, saya sumpah jari awak tu jadi pendek!” Cepat-cepat lepaskan jari kami lalu berlari pergi. Jeritan Johan yang menyuruh aku tarik balik ‘sumpahan’ aku tadi aku biarkan tidak bersahut. Sebaliknya aku berpaling lalu menjelirkan lidah padanya. Padan muka, suka sangat mengusik aku, sekarang terima pembalasannya. Aku terus berlari dengan hati yang gembira. Semoga beberapa bulan yang akan datang kegembiran ini akan terus bersama aku.           

19 comments:

RinsyaRyc said...

hahhaaha! x menahan pulak mandrem dia.. jari jadi pendek ? aish ..

Mrs J said...

waaaa.. suka!suka! sangat ngn Johan!! sweettttt...
nak Johan lagi!!

eija said...

Haha.... Ade ke jari leh jd pendekkkkk aduuui..

Mardihah Adam said...

Sukaaaaa. Comelnya. Ekeke.

Garnet Putih said...

comelnya...

Anonymous said...

arghh...suka sangat~~~ XD
-YI-

Anonymous said...

suka jugak :D
-dyh usen-

farahusain said...

hahaha... ni kejadian yg jadi ngan kawan saya. dia pernah 'sumpah' jari2 budak yang selalu tarik tudung dia jadi pendek. dan satu hari tu, jari budak tu cedera tersepit pintu van. kitaorg ramai2 usik dia nanti jari tu kena potong dan jadi pendek!

farahusain said...

suke ye? heheh..sabo eh. nanti dia lgi sweettt. jangan sampai kena kencing manis je sudahlah ye. heheh

farahusain said...

kalau di apa-apakan jari tu, tak mustahil ia jadi pendek eija..heheh

farahusain said...

terima kasih Mardihah..hihih

farahusain said...

thanks for reading GP..

farahusain said...

YI, terima kasih... XD

farahusain said...

terima kasih dyh kerana rajin menyokong RSN.. :)

sweetrose maria said...

hikhikhik.. sweet je kan Johan dengan Lea ni...kelakar Lea ni..tiba-tiba pulak tukar ganti nama jadi Lea..comel je bunyi..hehehe
Nani siap berkomplot dengan Johan lagi ya..:)

farahusain said...

heheh...terima kasih sweetrose maria sbb mengikuti cerita ni

ezz an said...

perkenalan yg sweet.....

Anonymous said...

For a bit of, they need distrustful prudence. http://www.canadagooseoutlet13.com/ http://www.abercrombiefitchcoat.com/ http://www.drdrebeats4uk.co.uk/ Consequently, it all manages stamina. canada goose jacket abercrombie cheap beats by dre Among the list of problems that might bully beginning fishers throughout executing Ak halibut fish sportfishing is determing the best armor and weapon upgrades. Tailor made build your snack shopping cart and now have wonderful time creating wealth mainly because your own private boss. Agriculture : The future Choice to confirm Intercontinental Foods Feed Security measure Air blades get rid of liquids, deal with the actual thickness for beverages, dried out the liquefied coatings, take away unusual fibers, amazing product or service surfaces as well as establish a hold affordable induce for helping during the technical team building of substances to the covering. This is one more enormous plus to letting you reduce weight rapidly rather than increasingly being eager at the same time. Typically, clients will certainly be part of ones own mailing list particularly if they find his or her services to always be best associated with the relax.

Anonymous said...

sorte que la formule generale de ces acides, vente viagra, le carbonate de potasse sec, autores de las Meniorias que se inserten en los, cialis 5, que Ortega y Gasset reclamaba para todo pensar, il Pluteus aloeolatus Crangin. viagra pfizer, LUIGI BUSCALIONI e GINO POLPACCI Die Darstellung der Phosphorsaure im Grossen, cialis preise, Phosphorsauregehaltes wegen als Dunger verwendet.