Intan payung kami...

Tuesday 2 October 2012

Bab 1 : Mencari Mr Charming


Tadaaa...Let me present to you, a new e-novel from my closest friend, Anna Lee. 

Sinopsis: Lara Indah, bukan nama sebenar. Novelist cinta. Tak dikenali. Selesa bersembunyi di sebalik nama Lara Indah. Namun, ketenangan hidupnya terganggu bila dia sering mendapat email layang yang mengutuk keras penulisannya. Dia dipersalahkan kerana menulis kisah cinta yang melampaui batasan lelaki normal. Benarkah Mr Charming tak wujud? Benarkan si charming dalam novel2 cinta sekadar imaginasi penulisnya? Benarkah lelaki romantis hanya dalam khayalan Hawa? Jika benar… pudarlah dunia. Jika tidak benar, mana buktinya? Mampukah Lara menyahut cabaran si pengirim email, menjadi penulis yang berpijak di bumi yang nyata?
****
Siapa kata jadi penulis ni seronok? Dapat royalti bertimbun? Popular? Menjadi pujaan pembaca? Ah, sebenarnya kau orang silap! Jadi penulis tidaklah sehebat mana pun. Sebenarnya, indah khabar dari rupa (Erkk… ini pendapat aku saja base on pengalaman dan pemerhatian). Macam-macam masalah membelenggu, lebih-lebih lagi penulis bilis seperti aku. Mungkin semua soalan-soalan di atas itu memang ada pada penulis lain di Malaysia ni, tapi hanya segelintir sahaja.
Aku. Indah Lara. Berusia lewat 27 tahun (1 bulan lagi 28 tahun). Tinggi 5’5. Kulit kuning langsat. Mata sedikit sepet, tapi mak cakap mata aku cantik (saja nak pujuk hati aku kot?). Kerjaya penulis sepenuh masa dan separuh masa. Walaupun aku tahu bidang penulisan ini indah khabar dari rupa, tapi tetap menjadi pilihanku. Mungkin kerana darah yang mengalir dalam darah aku adalah darah keturunan penulis. Tak percaya? Mari sini aku buka hikayat…
Ibu aku guru sastera selalu menulis di papan hitam. Ayah aku pula penulis puisi yang tidak pernah diterbitkan. Atuk aku penulis dairi peribadi (masa kecik aku selalu curi baca diari dia yang kebanyakkan menulis hutang-hutang orang yang belum langsai). Abang aku mengikut jejak langkah emak, tapi yang bezanya, abang suka menulis di dinding-dinding mengunakan botol spray. Dan kakak aku, penulis blog merapu. Kiranya, aku ni keturunan penulis juga lah kan?
Walau pun tak dikenali atau pun tidak kaya raya.  Walau pun aku tak berpeluang memakai cermin mata hitam sambil bergambar dengan para peminat, aku tetap berpuas hati dengan apa yang aku ada. Mungkin kerana aku tak suka popular. Sebab itu aku tak pernah letak nama sebenar apa pada mana-mana novel aku yang dah terbit. Kalau penerbit minta gambar aku untuk ditampal di bahagian biodata, aku bagi gambar yang samar bayangan je. Kalau ikutkan hati, mahu je aku bagi gambar berpurdah. Tapi… aku fikir, kalau tiba-tiba novel-novel aku meletup (kalau ye) dan aku perlu ikuti sesi bertemu pembaca, takkan aku tak pakai purdah pula masa tu. Nanti ada pula yang mengutuk aku lupa diri. Kan? Jadi, aku cuma pilih gambar yang samar je. Yang nampak muka sipi-sipi. Cukuplah tu.
Tapi! Dalam tidak popular, dalam tak dikenali, aku tetap dibenci oleh pembaca! (Ada haters tu! Kelas kau Lara!) Sesuatu yang aku sangat tak sangka! Sedih pun ada, tapi dalam masa yang sama gembira pun ada. Bila ada pembaca benci, itu bermakna, ada-orang-baca-novel-aku! Yeh! Aku gembira sebenarnya… he… he…
Pagi tadi aku terima satu email dari pembaca. Mulanya rasa nak menangis baca email tu, tapi bila aku bertafakur sejenak, aku mula sedar. Wah, kau baca novel aku!
Okey, untuk berlaku adil, aku tampal email tu di sini. Kalau tidak nanti orang kata aku syok sendiri pulak.

Kehadapan Cik/Puan/Mak cik/Nenek Indah Lara (tak ada nama pena lain ke? Entah apa-apa je.),
Aku dah baca novel kau berjudul, Mamat Bunga itu Kekasihku (Kau memang fail! Tak ada tajuk lain ke!) Untuk pengetahuan kau, aku bukan nak sangat baca novel kau entah apa-apa tu! Tapi, aku dipaksa dan terpaksa. Tapi dipendekkan cerita, aku nak komen sikit…
1.    Hellooo… wake up girl! Ko banyak berangan je dalam novel tu, mana ada lelaki seromantik mat bunga tu dalam dunia ni! Kalau kau nak berangan dapat lelaki macam tu pun janganlah melampau-lampau! Drama-drama Melayu pun tak se-melampau novel kau! Prince Charming tak wujud hokeey! Kau ni memang terpengaruh dengan kisah Cinderella agaknya. Sudah-sudahlah, dah tiba masanya kau baca buku-buku thriller atau pun motivasi. Kasi motivate sikit kepala hotak kau tu.
2.    Boleh tak, dalam novel kau tu jangan guna ayat yang buat aku pening kepala! Berkerawang segala, sakit jiwa aku ni. Please make it simple hokeey! Atau pun kau ni Puteri Gunung Ledang, yang saja nak peningkan kepala Sultan Melaka?
3.    Boleh tak, perkataan yang digunakan tu memudahkan aku baca. Ini tak fasal-fasal aku kena belek kamus sambil baca novel kau yang entah-apa-apa tu! Susah sangat ke nak guna perkataan yang mudah difahami oleh semua orang? Umur kau berapa?
Okey, buat masa ni hanya tiga komen ni saja aku bagi pada kau. Mudah-mudahan menyedarkan diri kau supaya next novel kau jangan nak meraban sangat. Please ya, next novel jangan nak tulis hero tu handsome tahap gaban dan romantik nak m**p*!

Yang Benar
Indah Water

Macam mana? Sakit hati, kan? Kalau ikut hati aku mahu je aku balas dengan kata-kata kesat. Tapi, sabar. Emak aku pesan (Merangkap guru sastera di sekolahku dulu.) Menjadi penulis, ibarat menyerahkan diri kepada masyarakat. Seperti kita berdiri di tengah-tengah orang ramai sambil melontarkan pendapat kita, angan-angan kita. Jika ada yang suka maka kita akan naik. Jika ramai yang tak suka kita terpaksa berdepan dengan mereka dan mungkin terpaksa menjadi macam belatuk, terangguk-angguk. Terpaksa setuju dengan mereka.
Menjadi penulis, samalah seperti menjadi peniaga. Tagline customer is always right tu kena pegang. Walau hakikatnya, penulis memang tak mampu memenuhi kehendak semua pembaca yang terdiri dari pelbagai jenis kepala. Tetapi, tidak semua memahami hakikat itu. Jadi, kalau betul mahu jadi penulis, pastikan hati perlu kuat. Sabar perlu sentiasa ada.
Itulah pesan emak ketika aku memutuskan untuk menjadi penulis sepenuh masa. Pada mulanya aku pandang remeh nasihat emak (biasalah, orang muda…) Tapi bila dah jadi macam ni, rupanya memang betul cakap emak (yup, mother is always right!) Mujur emak dah pesan awal-awal, kalau tidak memang habis Indah Water tu kena sembur dengan air jamban! Jadi, untuk mengelak dari tangan aku mula gatal marah-marah pada si Indah Water tu, lebih baik aku buat bodoh dan tak balas email dia tu.
Jadi, seharian aku hanya melepak di rumah sambil menonton drama Korea. Malas nak menulis, tak ada mood!
Tapi… betul ke Mr. Charming tak wujud?

To be continue....

13 comments:

pena tumpoi said...

Best best best best *sambil terlompat2*
Ms. Anna Lee sila tulis bab 2 sesegera yang mungkin. Dan Cik Red, sila upload sesepat yang boleh. :D

fara yuhana said...

perghhh... Anna, if you're reading this, I have to cut out a few cynical scenes. terasa kot! anyway, good job. mcm tak percaya awak belum pernah menulis sblm ni. *raised eyebrow*
looking forward to next chapter.

FirasFirzana said...

Wow...Ms Anna...saya suka dan akan baca berulang-ulang kali selepas ni:)

pena tumpoi said...

muahaha. kenapa ku terasa tang part seharian melepak di rumah sambil menonton drama Korea. Malas nak menulis, tak ada mood.
Permulaan dia mmg best. Dah dekat 3 kali baca kot :D Dan dah 2 kali letak komen. hahaha

Julia Esqa said...

Haha.. pena, terkena diri sendiri kah? atau Lara Indah ni cik Pena kita??

Apa pun nak gelak pun ada, bukan cik pena je terasa.. ai pun tauu.. haha.

Anonymous said...

Dah terbit ke belum novel chick lit ni? Kalau dah, saya nak beli.

Cik Red said...

Anon - alahai sayang, belumlaa... masih dengan penerbit, tak tahu apa ceritanya..

aisyah said...

mcm luahan hati...hehehe

Anna Lee said...

Aisyah - Luahan hati Cik Lara Alisya... hehehe.

maisarah_sheikh said...

Wah! ! Suka2 ! Ayat x klise... brutal habis... anne lee awk da menarik poket dan perhatian sy. Utk bli novel awak....^_^

NuurwaHeeda said...

coMelkaN! iNdah Lara vs iNdah water.. Niceeeeee.. ^_^

n said...

baru start baca & mcm best je bab 1..
kena kerap dtg sini ni gamaknya.. :)

Anonymous said...

Best , !!
korang tengok lah jugak ,
kite pun ade buad citer dekat my blog :) kalau sudi tengok lah :)
http://nursyazaayuni.blogspot.com/