Intan payung kami...

Friday 6 April 2012

Bab 6 : Cuit-Cuit Cinta

Love is like pi - natural, irrational, and very important” – Lisa Hoffman
            Mummy cakap aku ni jenis manusia yang suka mengikut perasaan. Kalau suka, terlampau suka. Kalau sedih, terlalu sedih. Aku ini jenis yang tak tahu nak mengawal perasaan. Dan ada benarnya kata mummy tu. Paling ketara masa abah ke London dulu. Dekat seminggu jugalah aku demam sebab terlalu ikutkan perasaan sedih berpisah dengan abah. Seminggu itu jugalah tiap-tiap malam aku Skype dengan abah untuk hilangkan rasa sedih. Dan kali ini pun situasinya hampir sama. Hati ini terlalu sedih dengan apa yang terjadi depan dewan besar beberapa hari lalu. Bezanya aku tak bolehlah nak Skype dengan Adam Naufal untuk hilangkan rasa sedih ini.
            Mengenangkan Adam Naufal, hati ini jadi sebak. Aku masih tak dapat lupa air muka Adam Naufal yang keruh lepas aku diketawakan Johan dan Naqib. Aku tahu, dia mesti malu gila sebab nama dia dikaitkan dengan aku. Yalah, dia itu bukankah lelaki terhangat di sekolah tu. Aku ni pula jangan katakan hangat, suam pun tidak. Siapa-siapa yang berada di tempat Adam Naufal mesti akan beri reaksi yang sama.
            Sejak kejadian itu, aku mula mengelak dari terserempak dengan Adam Naufal. Rasa tersayat sahaja hati ini kalau nampak muka dia. Taman Riadah memang aku tak jejak lagi. Waktu rehat pun aku lebih suka habiskan di perpustakaan. Nani dengan Jaja jadi mangsa belikan aku air dan roti, buat pengalas perut masa rehat. Waktu balik, memang aku tak toleh kiri kanan lagi dah. Keluar sahaja dari kelas, aku terus ke tempat letak motor, hidupakan enjin skuter dan terus tuju ke rumah. Dah tak ada lagi keinginan nak berdiri lama-lama dekat tempat letak motor tu untuk tengok Adam Naufal balik dengan Wave 125X dia. Kalau ikutkan, aku memang tak suka dengan semua ini. Penat tahu! Asyik tertoleh-toleh ke belakang takutkan bayangan Adam Naufal. Lagipun lama mana aku sanggup nak terperuk dekat perpustakaan tu? Ini baru minggu pertama sekolah. Ada kurang lebih 10 bulan lagi aku di sekolah ni. Takkanlah aku nak melepak di perpustakaan tu sampai habis SPM kot?
            “Kalau dapat tukar sekolah kan best...” Aku merungut sendiri.
            “Hah, tukar sekolah? Kenapa nak tukar sekolah pulak ni, Lea? Lea ada masalah di Idealian ke?” Soalan mummy buat aku tersentak. Tercomot sedikit hiasan cupcake yang aku tengah buat.
            “Lea jangan nak macam-macam, Lea. Dah tahun akhir ni. Hujung tahun ni nak SPM dah kan? Tiba-tiba pulak nak tukar sekolah. Patutnya masa macam ni Lea dah mula concentrate pada pelajaran. Mana yang lemah tu, kena diberi perhatian lebih. Tu, program mentor-mentee tu, bila nak mula? Dah elok dah pihak sekolah nak bantu pelajar-pelajarnya. Percuma pula tu. Lea kena ambil peluang baik ini dan belajar besungguh-sungguh. At the same time, gunakan peluang keemasan ini untuk capai hasrat Lea nak jumpa abah di London tu.”
Hah, tu dia. Punyalah panjang berjela mummy bagi syarahan. Semuanya gara-gara mulut aku ini suka sangat menderhaka pada tuannya. Biasa betul! Aku pukul perlahan bibir yang memuncung.
“Lea dah patut mula fikir pasal masa depan tau. Jangan asyik nak berangan aje. Cuba jadi macam Nad tu sikit. Dari sekarang dia dah mula rancang apa yang dia nak. Nak jadi doktor katanya. Dan mummy nampak dia bersunggguh-sungguh bergerak ke arah itu. Lea pula sampai sekarang mummy tak tahu apa cita-cita Lea. Tiap-tiap tahun mummy bertanya, mesti bertukar cita-citanya. Nak jadi lawyerlah, akauntanlah, fashion desingerlah. Nak jadi jadi semua tu sayang, kena berusahalah. Bukan berangan saja. Tahu?”
Inilah yang aku lemah ni. Bila mummy mula buat perbandingan antara aku dan Nadia. Ya, aku tahu. Bak kata Jaja, Nad tu brain of the family. Tak tahulah mummy makan apa masa mengandungkan Nadia. Kebijaksanaan dia dengan aku memang jauh berbeza. Macam langit dengan bumi. Dan kerana kelebihan dia itulah yang kadang-kadang buat aku menjeruk rasa. Bukanlah dengki dengan adik sendiri tapi bila mummy selalu buat perbandingan tu, aku sedih jugalah. Bukannya aku tak berusaha. Tapi nak buat macam mana kalau otak aku ni tak cerdas macam Nadia? Salah aku ke kalau aku ni berada dalam kategori biasa-biasa?
Bila sebut tentang cinta-cita tu lagi aku sedih. Mummy tak tahu ke yang tiap-tiap tahun aku selalu tukar cita-cita tu semuanya semata-mata nak bergurau saja? Aku sedar diri lagi kot. Aku dah tahu sebenarnya apa yang aku nak buat lepas tamat sekolah nanti. Mungkin nak masuk university ternama tu kemungkinannya kurang sikit (kecuali ada keajaiban berlaku). Tapi aku dah survey kat tempat mana yang sesuai dengan aku. Semua itu sudah aku bincangkan dengan abah dulu dan Alhamdulillah, abah setuju. Cuma dengan mummy sahaja aku tak pernah cakap sebab tak pasti apa reaksi dia.
“Lea dengar tak apa mummy cakap ni?” Soal mummy dengan ton yang dah naik satu oktaf.
“Err...apa dia mummy?” Aku sengih tayang gigi. Tak habis lagi mummy bagi syarahan rupanya. Geram dengan reaksi aku, cepat saja jari jemari mummy jadi ketam. Aku mengaduh sakit bila lengan aku jadi mangsa cubitan berbisa mummy.
“Penat saja mummy bercakap dia boleh berangan. Sungguhlah budak bertuah ni!” Marah mummy sambil meneruskan lagi syarahan percuma dia.
Aku gosok lengan yang pedih. Aku tunduk saja pandang cup cake yang dah selesai aku hias. Nak menjawab, sah-sah akan kena lagi. Jadi jalan sebaiknya adalah berdiam diri. Abah pernah pesan, kalau mummy tu dah mula bersyarah, baik diam. Dah penat, dia berhentilah nanti. Lagipun apa yang mummy cakap tu untuk kebaikkan anak-anak dia juga. Jadi dengan muka toya, aku terus menadah telinga mendengar suara mummy. Tidak apalah mummy, telinga anakmu ini dah lali dengan semua itu.
***
“Abang Kamal, ini kek yang Aunty Maryam tempah pada mummy semalam,” ujarku sambil menghulurkan kotak kek berisi cupcake perisa coklat pada Abang Kamal yang berada di belakang kaunter.
“Ini mesti Lea yang hias, kan? Comelnya.” Puji Abang Kamal.
Aku sekadar tersipu sambil ucapkan terima kasih. Itu sajalah yang aku tahu buat pun bila kena puji. Nak cakap apa lagi sebab hakikatnya memang hiasan cupcake tu comel pun. Kalau nak tahu, inilah satu kelebihan aku. Walaupun otak aku tak pandai berganda-ganda macam Nadia, tapi aku ada bakat dalam buat hiasan kek. Kalau tidak takkan mummy sudi upah aku untuk bantu dia buat hiasan kek kan? Tangan aku ni, sejuk bak kata abah. Sebab itu semua hiasan yang aku buat, cantik dan comel saja rupanya.
“Abang hantar kat belakang dulu, ya. Lea nak ice snow? Nanti abang buatkan sekali.”
“Err...tak apalah Abang Kamal. Lea singgah nak hantar kek saja. Lea nak balik dah ni.” Aku menolak sopan.
“Laa...apasal cepat sangat nak balik. Selalunya petang-petang Sabtu macam ini, Lea lepak dengan Jaja dan Nani dekat sini kan? Ini, abang nak Tanya sikit. Kenapa minggu ni abang tak nampak pun Lea dekat sini. Asyik muka Jaja dan Nani saja?” Tanya Abang Kamal.
Aku garu kepala. Tak tahu nak bagi jawapan yang mana satu. Nak tipu ke atau nak berterus-terang.  Kalau bagi jawapan tipu, jenuh pula aku nak cipta penipuan lain untuk tutup penipuan pertama aku tadi. Kalau berterus-terang yang aku nak mengelak dari terserempak dengan Adam Naufal (sebab ini memang port melepak pelajar-pelajar Idealian), panjang pula soalan Abang Kamal nanti. Silap haribulan terbongkar rahsia yang aku ni memendam perasaan pada anak doktor verterinar itu.
“Lea ada masalah ke?”
“Eh, tak adalah. Lea sibuk tolong mummy je.” Aku bagi jawapan general dan selamat. Walaupun muka dia nampak tak yakin, tapi dia tak mendesak aku dengan soalan-soalan lain. Dia hanya mengangguk.
“Tapi tunggu tau. Abang buatkan ice snow special untuk Lea. Resepi baru yang abang cipta semalam. Tunggu, ya?” Pesan Abang Kamal bersungguh-sungguh sebelum berlalu masuk ke belakang. Aku tak sempat nak bersuara apa. Aku mengeluh perlahan. Nampak gaya memang kena tunggu jugalah.
Aku pandang ke sekeliling kedai Ice Snow Aunty Maryam yang dipenuhi remaja-remaja yang hampir sebaya dengan aku. Kebanyakkan dari mereka terdiri daripada pelajar-pelajar dari sekolah berhampiran. Petang Sabtu begini memang kedai kecil ini menjadi tumpuan kami. Sambil berborak dan makan Ice Snow (ABC sebenarnya tapi nak glamer, kami panggil Ice Snow), kami akan mendengar lagu dari jukebox yang Abang Kamal belikan khas untuk pelanggang kedai ini. Cuma hari ini, hairan pula aku kenapa jukebox itu sunyi sepi. Selalunya tak putus-putus pelanggan kedai ni pilih lagu.
“Lea, nah. Ice Snow Azalea. Khas buat Lea yang comel ni.” Suara Abang Kamal menghentikan pemerhatian aku. Ak toleh ke belakang. Amboi, meriahnya Ice Snow ni! Sudahlah tinggi. Macam-macam warna pula yang menghiasi ais dalam mangkuk tu. Dan yang buat aku tergelak, kat puncak ais tu siap ada ais krim yang dicacak dengan patung gula Angry Bird. Alahai...comellah pulak.
“Ha, macam nilah yang abang nak tengok. Ceria selalu. Barulah Lea nampak comel.”
Aku tersipu malu. Walaupun dah biasa Abang Kamal yang boleh tahan rupa parasnya ini puji aku comel, aku masih tak biasa lagi. Lagipun aku tahu, dia cakap macam itu sekadar nak ambil hati aku saja. Tak ada maknanya aku ni comel.
“Wah, untuk Lea saja ke Abang Kamal? Kami punya tak ada ke?” Tiba-tiba ada suara yang cukup aku kenali menyergah kami dari belakang.
“Senyap-senyap saja datang sini, eh? Tak cakap pun dengan kami!” Marah Jaja yang datang berdiri di sebelah aku.
“Entah. Sentap kami tau! Dah habis ke mourning period kau tu sampai berani keluar rumah?” Perli Nani pula.
Aku jengil mata pada mereka. Nak bercakap memang tak reti nak pandang kiri kanan. Kalau Abang Kamal tanya apa mourning period, siapa nak jawab?
“Mouring period apa pulak ni?” Tanya Abang Kamal. “Ada orang mati ke Lea?”
“Haah, bang. Ada orang mati hati.” Jawab Nani selamba. Jaja dan gelak-gelak. Aku rasa nak cekik-cekik saja perempuan dua orang ni.
“Abang jangan dengar cakap diaroang ni. Suka merepek!” Bidas aku sambil memgambil mangkuk Ice Snow di atas kaunter ke meja berhampiran. Kawan baik aku yang berdua itu terus-terusan menggelakkan aku. Eee...benci!
“Janganlah marah, Lea. Kami gurau sajalah. Tapi kami memang terkejut pun, tengok kau keluar. Bukan ke kau cakap kau dah tak nak datang sini sebab takut terserempak dengan Adam Naufal?” Tanya Jaja.
Aku mengeluh. “Kau orang ingat aku nak sangat datang ke? Mummy suruh aku hantar kek tadi. Terpaksalah datang. Bila nak balik, Abang Kamal suruh duduk sini pula rasa Ice Snow dengan resipi yang dia baru cipta ni.”
“Eh, Lea. Kau tak rasa semacam ke?” Soal Nani dengan muka semacam.
“Apa dia?”
“Aku rasakan, Abang Kamal tu suka kat kau lah.”
“Isyh! Gila ke? Dia tu anggap aku adik dia sajalah!”
“Tak Lea, aku rasa dia ada hati kat kau. Tak percaya tanya, Jaja. Sepanjang minggu ni, dia asyik tanya kau saja bila tengok kami datang tanpa kau, kan Ja?”
Jaja mengangguk laju sambil mulutnya mengumam Ice Snow aku. Aku jeling ke arah Abang Kamal yang sibuk mengelap kaunter. Sesekali dia memandang ke arah kami dan bila dia nampak aku sedang pandang dia, dia senyum. Lepas tu dia kembali mengelap kaunter. Tak ada gaya macam syok kat aku pun.
“Mengarut je kau orang ni! Of courselah dia akan tanya aku kan sebab dah selalu kita bersama. Sekali aku tak ada pula. Siapa-siapa pun akan hairan!” Aku menyangkal hipotesis Nani.
“Betul jugak tu, Ni. Kau tak ingat, kelmarin Johan pun tanya mana Lea?”
Aku tersentak. Biar betul apa yang aku dengar ni.
“Siapa tanya aku?” Soal aku inginkan kepastian.
Nani dah jengil mata pada Jaja. Budak berdua ni macam ada rahsiakan apa-apa saja dari aku. Tak boleh jadi ni!
“Ada apa-apa ke yang kau orang rahsiakan dari aku?” Tanya aku serius.
Nani dan Jaja berpandangan sesama sendiri. Muka macam orang ada buat salah saja.
“Kau jangalah marah. Bukan kita orang sengaja nak rahsiakan. Tapi diminta berbuat demikian oleh Johan.” Kata Nani.
“Kenapa pula?” Hairan sungguh aku.
“Sebab...” Apa pun jawapan Nani tak dapat diteruskan sebab tiba-tiba dia nampak terkejut. Dan aku pula tiba-tiba sahaja jantung aku berdegup kencang. Dengupan yang biasa terjadi kalau Adam Naufal ada berhampiran.
“Hai, Lea.” Satu suara garau menegur aku. Aku berpusing ke belakang. Oh, mummy betulkah ini?
“Lama tak nampak. Lea sihat?” Tanya dia lembut.
Wahai suara, keluarlah. Tapi macam biasa, anggota badan aku ni memang suka lawan tuan lebih-lebih lagi kalau depan Adam Naufal. Akhirnya aku sekadar mengangguk. Lama kami sekadar berpandangan. Aku terkedu melihat dirinya yang nampak sangatlah kacaknya hari ni. Dengan t-shirt hijau dan inner coklat, memang dia nampak kacak bergaya. Dia menggaru-garu kepalanya. Gayanya macam orang nak cakap sesuatu tapi tak ada pula keluar apa-apa dari mulut dia. Aku dah nak meletup-letup rasanya jantung menahan rasa.
“Ha, muncul pun cik cupcake ni. Dah. Jom sebelum aku tukar fikiran!” Sergah Johan yang tiba-tiba muncul di sebelah Adam. Adam ditarik ke depan, menuju ke arah Naqib yang berdiri di sebelah jukebox.
Aku pandang ketiga-tiga senior aku yang sedang berdiri di depan jukebox. Kulit muka  Naqib dan Johan nampak merah. Ala-ala muka tak puas hati pun ada. Muka Adam Naufal aku aje (perasan tak sudah!) yang nampak cool dan steady. Sesekali bila dia menghala pandangan ke arah aku, ada senyuman kecil yang terbit di bibir. Adoilah…macam mana aku tak jatuh hati dibuatnya.
“Apa mereka nak buat tu?” Tanya Jaja di sebelah. Aku cuma jungkit bahu tanda tak tahu. Adam Naufal aku lihat sedang membelek sesuatu di juke box di belakang mereka. Naqib dan Johan pula bertolak-tolakkan sesama sendiri sebelum dileraikan Adam Naufal. Entah apa yang Adam Naufal katakan pada mereka, tiba-tiba pandangan mereka bertiga jatuh ke arah aku. Aku dah terkedu. Apa kes pulak ni? Adam Naufal terus cuit Naqib. Dengan muka yang betul-betul tak puas hati, Naqib pandang tepat ke arah aku. Seriau pula aku rasa.
“Untuk Cik Cupcake, this is for you. We’re sorry!” Ucap Naqib kuat sampai satu kedai Aunty Maryam terdiam.
Aku dah telan liur. Muka dah terasa kebas ya amat sebab semua orang dah pandang aku. Nak menyorok memang dah tak bolehlah. Sudahnya aku tunduk saja.  Jaja dengan Nani di sebelah dah senyum-senyum dan gelak-gelak sambil bibir menjuih-juih ke arah Adam Naufal dan rakan-rakan.
Tiba-tiba aku dengar juke box yang agak old-school itu mengeluarkan lagu yang cukup aku suka. Automatik kepala aku terangkat dan terus pandang ke depan. Adam Naufal, Naqib dan Johan sedang berdiri sebaris mengadap ke hadapan. Mulut mereka terkumat kamit mengikut lagu yang terpasang. Bila tiba bahagian korus, kedai yang tadinya hanya kedengaran bunyi muzik tiba-tiba jadi meriah dengan suara pelanggan-pelanggan kedai yang ketawa dan bertepuk tangan. Jaja dan Nani dah melompat suka hati dan menari-nari.
Aku? Rahang dah jatuh ke bawah, mulut terlopong dan  mata dah membulat macam bola ping pong.  Nak gelak ada. Nak menangis terharu ada. Nak bangun menari sama pun ada! Lagu kegemaran dari kumpulan yang menjadi kegilaan seantero dunia kot. Siapa yang tak nak menari? Dan yang buat aku terharu sangat-sangat, di hadapan sana, tiga orang lelaki yang menjadi kegilaan pelajar-pelajar di sekolah aku sanggup ‘mencemar duli’ dengan menari sambil miming lagu Superjunior, Sorry, sorry, sorry dan yang seronoknya, lagu itu ditujukan kepada aku!  Aku, budak yang selama ini tidak disedari kewujudannya di sekolah. Rupa-rupanya termasuk juga dalam senarai orang-orang yang Adam, Naqib dan Johan kenali. Dan ini juga bermakna Adam Naudal tidaklah membenci aku. Yahoo! Rasa nak buat lompat bintang saja.
Sorry Sorry Sorry Sorry
Naega naega naega munjuh
Nehgae nehgae nehgae bbajuh bbajuh bbajuh party baby
Shawty Shawty Shawty Shawty
Noonee booshuh booshuh booshuh
Soomee makhyuh makhyuh makhyuh
Naega micheo micheo baby

            Entah aura apa yang di bawa Adam dan rakan-rakan, hampir semua yang ada dalam kedai itu turut sama mengikut rentak tarian popular lagu yang berkumandang. Kagum juga aku melihat kelincahan mereka menari. Tak sangka pula aku mereka pandai menari. Oh, Donghae oppa, Adam oppa menari lagi hebat darimu! Aku yang mulanya malu-malu kucing, tanpa sedar turut mengerakkan badan mengikut irama lagu yang rancak itu. Jaja dan Nani jangan cakaplah. Memang sakan menari kat sebalah. Abang Kamal pun sama naiknya di belakang kaunter!
Aku terus memandang Adam Naufal. Tiba-tiba pandangan kami bertaut. Dia senyum sambil mengenyit sebelah mata. Kalau dalam hati aku ini ada bunga, sekarang ni mesti sedang mekar kembang sambil mengeluarkan bau yang sangat harum. Wah… inilah agaknya yang dikatakan on Cloud Nine. Gembira dan bahagia yang teramat sangat. Mummy, orang dah jatuh cinta! (Lagi sekali... ✌♫♪˙❤‿❤˙♫♪ )

9 comments:

RinsyaRyc said...

tengah2 baca, tiba2 ai nyanyi lagu sorry sorg2.. hahahaha! terbaik laa..

Anonymous said...

wooo~~~suka!!! XDD
saya xtaw nape tp bg saya citer ni comel...hehehe

-yasminisma-

Unknown said...

waaa........terbuai2....

Anonymous said...

hahaha..tang selalu usha motor jejaka tu mmg slalu buat time skolah dulu..rutin harian..LOL
tang lagu super junior tu dyh dh goyang2 kepala..layanz..sorry..sorry..sorry.. &*$#@abcde (dh tahu part sorry..sorry ja..yg lain tak pandai sebut) nk kena berguru dgn lea jwbnya..hahaha
-dyh usen-

farah said...

terima kasih... ^_^

farah said...

hehehe...terima kasih sbb suka dan rasakan cerita ni comel

farah said...

terbuai2 ye? hehhe..tq

farah said...

hahaha... usha motor tu saya pun selalu buat.

ezz an said...

perghh...serius terbaek.....