Intan payung kami...

Tuesday 15 May 2012

Bab 11 : Cuit-Cuit Cinta


It’s sad when you realize those who you cared so much about care less about you ~Unknown~

            Isnin pagi. Hari ini sengaja aku datang awal ke sekolah. Selalunya sebaik sahaja sampai ke sekolah aku akan mencari Jaja dan Nani. Tetapi pagi ini tempat pertama yang aku tuju adalah Blok B, blok 3 tingkat yang menempatkan kelas pelajar-pelajar Tingkatan 5, 6 Bawah dan 6 Atas. Kelas pelajar-pelajar tingkatan 5 (termasuk kelas aku) berada di tingkat paling atas. Kelas pelajar 6 Atas pula di bahagian bawah. Aku berjalan ke arah kelas yang paling hujung, berhampiran dengan tangga. Tangga yang selalu aku gunakan untuk naik ke kelas aku sebab ia berdekatan dengan tangga. Dan peluang itu juga aku gunakan untuk menjadi ‘stalker’ Adam Naufal. Hehehe...

Sebaik sahaja tiba di hadapan kelas 6 Alfa, aku menjengah ke dalam kelas. Hanya ada beberapa orang pelajar sahaja berada di dalam kelas. Kelibat orang yang aku cari tidak kelihatan. Aku mengeluh hampa. Kotak plastik bersaiz kecil yang aku pegang sejak dari tadi aku pandang sejenak. Melihat cupcake bersaiz besar yang aku siapkan malam tadi, membuatkan aku tersenyum sendiri.
Ya, aku mahu hadiahkan cupcake ini kepada Johan tanda terima kasih untuk CD dan kata-kata semangatnya. Hendak beri benda lain, aku tidak mampu lagi. Jadi aku gunakanlah kemahiran buat kek aku. Aku tidak tahu apa kegemaran Johan, jadi aku buat sahaja kek coklat moist untuk dia. Hiasan pula aku cuma ‘swirl’ dengan krim. Dan di atas krim tersebut, aku letakkan sekeping biskut coklat sebesar syiling 50 sen yang aku lukis dengan ikon ‘smiley’ di permukaannya. Permukaan yang satu lagi aku tulis perkataan ‘TQ’, ringkasan ucapan terima kasih. Harapan aku agar Johan sukakan cupcake ini. Lagipun, asyik benar panggil aku cupcake bukan? Nah, aku hadiahkan sebiji untuk dia. Baru padan dengan gelaran yang diberikan pada aku.
“Comelnya. Mesti sedap tu.” Tegur satu suara dari belakang aku. Aku menoleh. Saat mata terpandangkan wajah si dia yang menegur, jantung aku mula mainkan peranannya macam selalu. Dah dup dap dup dap semacam. Ini aku sendiri tak dapat kenal pasti irama apa yang sedang berdendang.
“Lea cari siapa? Adam ke?” Tanya suara itu lembut.
Ok, anda semua mesti pernah dengar ayat ‘mulut cakap lain, hati cakap lain,’ bukan? Inilah yang terjadi pada aku ketika ini. Bila Adam tanya aku cari siapa, cari dia ke? Mulut aku automatik jawab, “Ya. Lea cari Adam.” Sedangkan hati aku tengah sebut nama Johan!
“Oh, kenapa?” Tanya Adam Naufal.
Aku sudah terkedu. Apa jawapan yang patut aku berikan? Dah sah-sah aku tak ada apa-apa urusan dengan dia. Selama ini pun aku tak pernah bercakap dengan dia. Kalau dia datang dekat pun, aku dah cabut lari. Kalau terserempak pun, aku lebih banyak pandang lantai dari muka dia. Jadi, apa jawapan yang konkrit yang patut aku berikan pada dia?
“Lea?” Suara itu memanggil lembut. Bergetar tangkai jantung aku dibuatnya!
“Ya?”
“Cari Adam buat apa?” Soalnya sekali lagi.
“Aaa...saya nak..nak..” Masa ini jugalah aku hendak tergagap-gagap.
“Nak bagi Adam kek tu?” Tebak dia.
Dan seperti tadi, mulut dah hati aku tidak seia dan sekata.
“Haah, nak bagi awak.” Terus aku hulurkan kek Johan pada Adam Naufal. Walaupun hati aku menjerit-jerit cakap ‘Jangan!’ tapi tangan aku ini laju sahaja menghulurkan kepada Adam Naufal.
“Wah! Terima kasih. Dah lama rasanya tak makan kek yang Lea buat. Ini kalau Johan dan Naqib nampak, mesti dia orang jeles hendaknya Joe. Dia cukup suka dengan cupcake.” Jawab Adam Naufal sambil ketawa kecil.
“Siapa jeles?” Tanya seseorang. Tiba-tiba jantung aku macam hendak luruh bila mendengar suara Johan yang entah dari mana munculnya. Kening dia terangkat sebelah memandang aku dengan Adam Naufal.
“Bro, cuba tengok apa aku dapat?” Adam Naufal menunjukkan cupcake yang aku berikan tadi kepada Johan. Siap ketawa gembira segala. Aku tak tahulah dia sengaja atau memang dia tidak berniat apa-apa. Air muka Johan tiba-tiba nampak keruh. Dia pandang wajah aku lama sebelum pandangannya kembali ke arah cupcake yang dipegang Adam Naufal.
“Apa hal tiba-tiba dia bagi kau cupcake?” Tanya Johan dengan nada suara yang paling dingin yang pernah aku dengar.
“Entah. Tak sempat nak tanya. Kenapa Lea bagi Adam cupcake ni? Siap tulis TQ ni. Lea berterima kasih sebab apa?” Tanya Adam Naufal sambil membelek kek di tangan.
Aku dah telan liur. Kedua-dua lelaki di hadapan aku sedang merenung diri dengan perasaan yang berbeza. Adam Naufal, dengan perasaan ingin tahunya. Yang Johan pula aku yakin 100% sedang memandang aku dengan perasaan tidak puas hati. Atas sebab apa, aku kurang pasti. Tapi yang aku tahu, ini jugalah ekspresi yang terpamer di wajahnya semasa aku tengah berbual dengan Abang Kamal pada sabtu lepas. Sesungguhnya tiada jawapan untuk soalan Adam Naufal itu sebab hakikat sebenarnya kek itu bukan untuk dia tapi untuk Johan. Ucapan TQ itu adalah tanda penghargaan aku pada Johan, bukannya Adam Naufal. Tapi takkanlah aku hendak bagi jawapan macam itu pada mereka?
“Cat got your tounge?” Soal Johan penuh sinikal.
Haah. Lebih kuranglah. Tapi aku cuma mampu mengomel dalam hati. Hendak menjawab, aku takut kena herdik pula. Johan ni bukan boleh diduga. Sekali dia marah, bukannya dia kira orang. Mahu jadi drama air mata di hadapan kelas ini nanti. Keadaan antara kami bertiga menjadi sangat pelik ketika ini.
“Yo, bro. What’s up? Eh, Lea pun ada kat sini? Wow, cupcake! Kau punya ke Johan?” Soalan dari Naqib yang baru muncul menambahkan lagi sesak nafas aku. Alahai, kenapalah soalan cepu emas ini yang ditanya mamat seorang ini.
“Aku benci cupcake!” Jawab Johan seraya berlalu dari situ.
“Apahal mamat tu?” Tanya Naqib yang nampak terpinga-pinga. Adam Naufal cuma tersenyum. Aku hanya mampu memandang belakang badan Johan. Entah kenapa hati aku rasa sedikit tersayat mendengar kata-kata Johan tadi. Aku tidak tahu mengapa tapi saat kalimah ‘aku benci cupcake’ meluncur keluar dari mulut Johan, aku rasakan kebenciannya bukan pada cupcake yang dipegang Adam Naufal. Tetapi lebih kepada…aku.
***
Aku tidak ceritakan langsung insiden yang berlaku pada pagi tadi kepada Nani ataupun Jaja. Aku yakin, kalau diceritakan, kawan-kawan aku mesti akan menyalahkan aku. Dan sesungguhnya memang aku rasa bersalah. Aku tahu tidak sepatutnya aku berikan kek itu pada Adam Naufal sebab niat asal kek itu adalah untuk Johan. Aku tahu Johan berkecil hati dengan sikap aku tadi. Walaupun aku tak pernah cakap kek itu untuk dia, tapi sesiapa pun yang tahu apa yang berlaku antara kami sabtu lepas pasti dapat mengagak untuk siapa kek itu.
Selepas pagi tadi, aku langsung tidak nampak kelibat Johan. Masa rehat pun dia tiada di kantin. Selepas rehat tadi ada juga aku lalu di hadapan kelas dia. Cuba hendak baca air muka dia. Manalah tahu kalau-kalau dah sejuk. Namun tempat duduk dia kosong sahaja. Entah ke manalah dia pergi. Risau pulak hati aku dibuatnya.
Kini, kala sepasang kaki aku melangkah menuju ke Taman Riadah, perasaan aku bercampur baur. Gementar, teruja, takut semuanya bercampur aduk. Tangan aku memegang kuat buku latihan yang disediakan Johan tempoh hari. Malam sabtu dan ahad lalu, bersungguh-sungguh aku cuba menyiapkan latihan yang diberi. Bila aku tersekat di mana-mana bahagian, aku sanggup tebalkan muka minta bantuan Nadia. Mujur adik aku itu bukan jenis kedekut ilmu. Tapi jenuh jugalah telinga aku hendak tahan sindiran dia.
Sampai sahaja di Taman Riadah, mata aku menangkap kelibat sepasang pelajar yang sedang bergelak ketawa di salah sebuah meja yang ada. Aku pejam celikkan mata berkali-kali, untuk memastikan aku tidak tersalah pandang. Cermin mata aku angkat dan letak ke atas batang hidung dua tiga kali demi memastikan apa yang aku lihat itu benar belaka. Saat gadis yang berada di meja itu melambai ke arah aku sambil menjerit memanggil nama penuh aku, aku yakin apa yang aku lihat bukan ilusi. Tetapi sebuah kebenaran. Kebenaran yang sangat menyakitkan!
“You lambatlah, Lea! Dah lama kami tunggu tau.” Ujar Adilia (dialah gadis itu dan yang pasangannya, mesti engkau orang dapat teka, kan?)
“Dia, biasalah. Lembab!” Kata Johan.
Mata aku membulat ke arah dia. Kalau marahkan aku sekalipun, takkan lah tergamak mulut itu hendak bercakap macam itu. Mana perginya lelaki yang berikan aku CD tempoh hari?
“You ni, Joe. Tak baik cakap macam itu tau. Kesian kat Lea.” Adilia mula buat aksi mengada-ngada dia. Yang paling aku tak boleh terima, siap bertepuk tampar bagai dengan Johan. Sejak bila pula mereka jadi mesra ni? Dan soalan yang dari tadi berlegar dalam kepala otak aku ni, kenapa si gedik ini ada kat sini?
“Eh, itu hakikat ok. Bukan I buat cerita. Kalau tidak, takkan lah kita ada kat sini sekarang ni.” Balas Johan dengan senyuman sinis tersunging di bibir. Riak muka yang dia buat itu memang minta kena hempuk dengan beg di tangan aku ni saja gayanya.
“Adilia akan join kita hari ni. Ada benda yang dia minta aku terangkan.”
“I harap you tak kisah.” Ujar Adilia.
“Apa-apa ajalah,” balas aku lalu terus duduk berhadapan dengan Johan.
“Mana latihan yang aku suruh buat tu?”
Aku hulurkan buku di tangan kepada Johan. Ketika dia khusyuk memeriksa jawapan aku, Adilia di tepi dia pun sibuk melihat sama. Bukan main dekat lagi dia mengendeng di sebelah Johan. Muka dia dengan Johan, jaraknya beberapa inci sahaja. Kalau Johan menoleh, mahu berlaga pipi. Sakit mata aku melihatnya!
“Wow, bila you cakap dia lembab tadi, I ingat you saja-saja hendak usik dia. Tapi memang betul lemah dia ni ya?” Kata-kata Adilia aku balas dengan jelingan tajam. “Seriously, Lea. You kena mula dari basic ya?” Tambah dia lagi.
Aku dah macam hendak menangis dibuatnya. Malu, geram dan menyampah semuanya bersatu menjadi satu hingga membuatkan dada aku rasa macam hendak pecah. Rasa diri ini sedang dihina pula. Dan yang membuatkan aku lebih sebak, Johan di boleh buat muka stone sahaja di sebelah. Kalau ikutkan hati, aku hendak pergi sahaja dari sini. Tetapi kalau aku pergi, maknanya Adilia dan Johan menang. Kalau niat mereka sengaja hendak menyakitkan hati, jangan harap aku hendak beralah. Ini Nea Azalea tahu!
“Sempat ke you nak kejar semuanya sebelum SPM?” Soal Adilia.
“Ada orang cakap dengan saya, selagi kita percaya dengan diri sendiri, Insya-Allah, semuanya boleh.” Aku pandang wajah Johan. Sengaja aku tekankan ayat ‘ada orang cakap dengan saya’ itu. Kalau-kalau Johan terlupa dengan apa yang dia katakan pada aku sabtu lalu, ini, aku sedang cuba ingatkan. Tapi sayang, reaksi Johan masih juga seperti tadi.
“Kesian dekat you, kan Joe. Mana hendak studi untuk STP lagi. Mana hendak tolong dia lagi. I rasakan, cikgu tak patut libatkan you tau dengan benda ini semua. Nonsense!”
Amboi, sedap mulut dia sahaja hendak kata semua ini mengarut ya.
“Apa maksud you?” Tanya Johan.
“Yalah, you itukan salah seorang pelajar harapan sekolah. Patutnya you dikecualikan dari program ini. Pihak sekolah patut biarkan you tumpukan perhatian pada studi you sendiri. Tapi, kalau mereka hendak libatkan you pun, bagilah mentee yang elok sikit. Ini bagi mentee yang…” Ayat Adilia dibiarkan tergantung. Hendak suruh kami isi-sendiri-tempat-kosonglah tu.
Aku sudah tidak tahan. Kali ini memang aku terasa benar maruah aku dipijak-pijak. Apa hak dia hendak memperkecil-kecilkan aku? Kalau aku bodoh sekalipun, ada kacau hati perut dia ke? Ekonomi negara ini akan terjejas ke? Bukannya aku tidak menolak Johan dulu. Tapi dia yang beriya hendak buktikan keupayaan dia. Sekarang ni, bila aku kena hina macam ini, dia boleh buat bodoh sahaja. Besar sangatkah salah aku pagi tadi sampai dia hendak buat aku begini?
“Untuk pengetahuan kau, aku tak minta pun dia jadi mentor aku. Dan kalau dia rasa aku ni menyusahkan, dia boleh pergi bila-bila masa. Aku jadi pandai ke, aku jadi bodoh ke, tak ada kena mengena dengan dia. Faham?” Bentak aku kuat. Aku terus capai beg dan pergi dari situ. Suara Johan yang memanggil aku aku biarkan tidak bersahut. Lantaklah! Kolam air mata aku sudah hendak pecah ni.
***
Lepas aku tinggalkan Johan dan Adilia tadi, aku terus berlari ke tandas. Di sana aku menangis sepuas-puasnya. Kesedihan yang aku rasakan ini lebih teruk daripada apa yang aku rasa masa kejadian dengan Adam Naufal dulu. Aku memang betul-betul terkilan dengan Johan. Aku rasa seolah-olah apa yang dia katakan pada aku di dalam CD itu hanya lakonan semata-mata. Nasib baik aku tidak beri kek itu pada dia pagi tadi. Kalau tidak mesti dia dah tergelak guling-guling.
Sekarang, aku sedang melangut seorang diri di perpustakaan. Hendak terus balik tadi, di luar itu hujan pula. Lebat. Seolah-olah alam sedang sama bersedih dengan aku. Mujur tak ada kilat sabung menyabung.
Aku merenung kosong buku yang terbuka di atas meja. Entah buku apa yang aku cakap dari rak tadi pun aku tak tahu. Disebabkan peraturan di perpustakaan yang mewajibkan setiap pelajar kena ada satu buku di atas meja kalau hendak berada di perpustakaan, jadi aku capai sajalah mana-mana buku tadi. Tapi tak ada keinginan langsung hendak membacanya.
Sedang aku asyik merenung buku, aku terdengar suara beberapa orang pelajar yang berdiri berhampiran tingkap di sebelah aku berbisik-bisik sesama sendiri. Aku perasan mereka itu adalah pelajar-pelajar tingkatan 6 atas. Disebabkan mereka betul-betul di sebelah aku, maka aku dapat mendengar dengan jelas apa yang dibisikkan. Lebih-lebih lagi bila nama lelaki itu menjadi topik perbualan.
“Eh, itu Johan kan?”
“Yalah. Siap dengan bola ragbi aku tengok tu.”
“Haah. Eh, tapi setahu aku aktiviti kelab ragbi belum mula lagi. Dia buat apa dalam hujan tu?”
Aku terus bangun dan berjalan mendekati tingkap. Nun, jauh di atas padang, kelibat Johan sedang berlari dengan ke kiri dan ke kanan dengan sebiji bola ragbi di tangan. Selepas itu dia menendang bola bujur itu ke arah tiang gol sebelum dia berlari mendapatkan bola itu semula. Sekali pandang macam orang tak betul pun ada. Yalah, mana ada dibuat orang berlatih dalam hujan macam itu.
“Dia tengah tension lah tu.” Ujar salah seorang dari mereka yang berada di sebelah aku.
“Maksud kau?”
“Alah, kan Naqib pernah cakap, Johan tu kalau dia tengah tension, mesti bola ragbi itu yang dicarinya. Tak ingat, last year masa dia bergaduh besar dengan Adam? Kan kat tengah padang itu juga dia lepasakan geram.”
“Oh, iya ke? Kali ini tension pasal apa pula tu?”
“Entah. Tadi dalam kelas pun diam je.”
Kata-kata seterusnya daripada senior-senior aku itu sudah tidak aku hiraukan sebab kaki aku sudah menapak keluar. Apa yang dengar tadi sedikit sebanyak menganggu fikiran. Seingat aku, Johan baik-baik sahaja pada hujung minggu lalu. Tidak nampak pula tanda-tanda dia ada masalah. Takkan  kejadian pagi tadi betul-betul beri kesan pada dia sampai dia melepaskan geram dalam hujan begitu? Kek sahaja pun. Kalau betul sangat teringin, aku boleh buatkan berdozen-dozen lagi untuk dialah. Tak perlulah menyeksa diri sampai macam ini sekali.
Semua ini membuatkan aku tak tenteram. Jadi bagi mententeramkan hati sendiri, aku harus menemui dia. Tanya dia sendiri apa masalah dia dengan aku sampai dia kena lepaskan geram dalam hujan dan yang paling penting kenapa dia layan aku macam itu tadi. Kami harus selesaikan segalanya petang ini juga!
Aku menanti Johan di depan bilik sukan. Ikutkan hati, hendak sahaja aku meredah hujan naik ke atas padang sana. Namun mengenangkan ada mata-mata yang memerhati dari bilik perpustakaan tadi, aku tunggu sahaja di sini. Lagipun aku tak naklah buat babak filem Bollywood pula di atas padang tu. Kalau aku ni cantik macam Kareena Kapoor tu lainlah cerita.
Hampir 15 minit aku menunggu, baru aku nampak Johan berjalan perlahan turun dari padang menuju ke bilik sukan. Mamat ni pun, hujan bukan main lebat, dia boleh pula buat aksi slow motion macam ini. Sebaik sahaja dia sampai di depan bilik sukan, dia nampak terkejut melihat aku. Aku ingat dia hendak menegur, tapi dia buat muka tidak tahu dan terus masuk ke dalam bilik yang lengang itu. Amboi, kita menunggu bukan main lama, dia boleh buat derk saja. Semua ini memang hendak bagi aku naik darah saja.
“Awak!” Panggil aku kuat. Tapi macam tadi Johan hanya buat tidak nampak aku. Dia sibuk menyusun rak yang menempatkan beberapa biji bola ragbi di hadapannya.
“Johan, saya bercakap dengan awak ni!” Dia masih dengan muka stone.
Disebabkan terlalu geram, aku meluru ke arah dia. Jersi basah yang tersarung di badannya aku tarik agar dia berpaling mengadap aku.
“Saya tak suka orang ignore saya kalau saya sedang bercakap!”
Muka Johan tiba-tiba menjadi merah padam. Sudah, aku tersalah cakapkah?
Really? Yang aku panggil kau macam hendak terkeluar anak tekak tadi boleh pula kau buat tak tahu?” Sindir Johan. Pedas. Terasa sampai ke ulu hati dibuatnya. Tapi, nama aku hendak mengaku salah tidaklah.
“Habis tu, awak nak suruh saya duduk saja kat situ. Dengar perempuan itu kata saya macam-macam?” Tempelak aku. Wajah Johan berubah rona. Kalau tak sebab aku ni cukup kenal dengan perangai sengal dia, mahu aku cakap itu riak orang bersalah. Tapi ini Johan Akil. Manalah dia tahu rasa bersalah.
“Dia cuma berikan pendapat dia. Salah ke?”
Aku mendengus kasar. “Encik Johan, there’s a diffenrence between voicing out an opinion and insulting people. Dan apa yang perempuan gedik tu buat tadi adalah menghina saya! Faham?”
“Jadi kau hendak suruh aku buat apa? Stapler mulut dia tadi? Halau dia pergi?”
Apa jenis soalan yang dia tanya ini? Rupanya dalam bijaknya Johan ni, ada juga bodohnya. Senarionya mudah saja. Kawan kau kena hina (eh, aku dah naik taraf jadi kawan Johan ke?) Dan kau, sebagai kawan mestilah hendak pertahankan kawan kau yang sedang dihina itu bukan? Hendak stapler mulut itu melampau sangatlah. Nanti tak pasal-pasal kena saman pula. Jadi jalan paling selamat ialah menghalau orang yang menghina itu. Semudah itu. Tapi itu pun Johan tidak boleh hendak fikir.
“Kenapa dia perlu ada di situ, in the first place?”
“Dia hendak tumpang studi sekali.”
“Sekarang ni saya ke mentee awak, atau perempuan gedik tu?” Suara aku dah naik lagi satu oktaf. Memang mencabar kesabaran betul.
“Dah dia minta aku ajarkan, salah ke aku tolong?”
“Tapi saya tak suka!” Alamak, macam mana boleh terlepas kata ni?
Johan tersenyum segaris. “Dan aku kena peduli tentang perasaan kau, sebab...?”
Aku terkedu. Darah panas menyerbu ke muka. Soalan Johan betul-betul menyentak hati. Ya, kenapa dia perlu pedulikan perasaan aku? Aku dengan dia bukannya siapa-siapa. Aku sedar tentang hal itu tapi kenapa hati aku rasa sakit semacam pula bila dengan kenyataan itu dari mulut Johan?
“Don’t tell me you’re jeleous?” Tanya Johan sinis.
Erk. Aku telan liur. Cemburukah aku? Tidak mungkin. Untuk rasa cemburu, aku perlu ada perasaan sayang pada Johan. Hati aku bukankah sudah terpaut pada Adam Naufal? Yang aku rasakan bila bersama Johan cuma perasaan sebal dengan kesengalan dia. Tapi kalau bukan cemburu, perasaan apa yang menjentik hati bila aku lihat kemesraan Johan dengan Adilia tadi? Kenapa aku sakit hati bila perhatian Johan bukan lagi pada aku sebaliknya pada musuh aku itu? Itu cemburukah?

bersambung....

p/s: maaf kalau terlalu panjang dan meleret2. ^_^ kalau ada yang tak puas hati, (puas hati pun boleh) silalah tinggalkan komen ya. 

14 comments:

Juliaesqa said...

memang patut pun Lea marah! Johan pun backup la Lea sikit, ini dibiarnya Dilla tu kutuk bakal awek dia.. kalau aku pun aku merajuk!

Nur Farha said...

sob.sob.sob... sedihnya (Y Y)
Tak pa Lea, saya faham perasaan awak.
Saya pun pernah hati ini dihiris sebegitu.Huwaaa..

(Ji'a heroin Ku kira 1,2,3...bintang di langit)

hidayahusin said...

Hahaha...
Amboi Johan.Takkan kecik hati kot :p
p/s : saya lapar cup cake itu.Mana mau cari :D

NurAtiZa said...

Rasanya Johan cemburu sebab Lea dekat dengan Adam Naufal...
Dan bukannya sebab cupcake tu...

sweetrose maria said...

huhuhu..sedihnya..kesian dekat Lea dgn Johan..lebih-lebih lagi dekat Lea yang dia kena dengan "si perempuan gedik tu"(hehehe)..memang terasalah sedihnya...
ops,Lea jealous dgn perempuan gedik tu, Johan pulak jealous dgn Adam,wah, memang serasilah..hehehe.
em,Adam macam tahu je Johan suka dekat Lea kan..^_^

farah said...

heheh...ko tak kesian kat Johan ke?

Lea said...

Ji'a! Kann? kejam dia buat saya macam tu. Macam saya ni tak de perasaan je dibuatnya. T_T

farah said...

mari kita jumpa! saya buat untuk awak.

Mr Cupcake said...

Saya, cemburu? Hurmm

farah said...

heheh..Adam tu, diam2 dia, jangan disangka tak ada apa2..banyak benda mamat ni tahu sebenarnya.. :P

anyway, thank sweetrose maria sebab setia dengan CCC.

hidayahusin said...

hah!!!
betul ka Farah?
Adam tau ka Johan syok sama Lea? jeng..jeng..jeng

Anonymous said...

dua2 aku tak kesian.. haha. -jue

Anonymous said...

kann.. aku pun agak si Adam tu tahu.. cuma lea sorg je lambat sikit... haha. Adam tu saje je nak usik si Lea... lea..lea.. nak kena 'bersih' ngn aku ni! - Jue

MizaEija said...

confirm sentap dgn Johan, sampai hati dia..
tapi Lea pun salah jugak..
tak kire..tak kire.. Johan tetap di hati... ngeh3