Intan payung kami...

Saturday 16 March 2013

Aku dan Dia, Pinky Promise.


ADD,pinky promise a.k.a Selepas 14 tahun. Kami dah tukar tajuk dan cover selaras dengan perubahan isi kandungan. Agak-agak, korang berminat nak miliki versi cetak tak? Atau e-book?




Bab 1

        Jika kau orang tanya aku, dalam banyak-banyak alat Doraemon, alat apakah yang paling aku nak?

Jawapan aku, mesin masa!

Kenapa?

Sebab aku nak sangat balik ke zaman persekolahan. Jika diberi peluang yang super-awesome ni aku nak ubah banyak perkara! Antaranya…

1. Ubah aliran! Jangan ambil aliran sains! – Ingat, kau benci sains! Jangan-ikut-orang. Ikut jiwa   
                sendiri!
2. Jangan-bercinta-masa-belajar! – Buang masa kau je!
3. Jadi ulat buku. – Supaya lulus cemerlang dan 15 tahun kemudian kau tak-akan-menyesal!
4. Pastikan semua kerja sekolah siap. 
5. Jangan jadi pelajar popular
6. Jangan berkawan dengan SHAHIRA! 
7. Buat baik dengan Cikgu Hazam - Sebab dia akan jadi abang ipar kau.
8. Jangan-sesekali-ikut-fesyen-90-an-ketika bergambar! 
                zaman tu. – Sebab rata-rata sekarang dia orang tak popular, dah tak kacak dan tenggelam  
                dan… boroi.
10. Jangan sesekali terpikat dengan pelajar lelaki yang popular kerana comel atau pun kacak –   
                Sebab  15 tahun akan datang, dialah lelaki yang paling hampes dan langsung tak kacak!
11. Cari Daniel! – Hasut dia supaya jangan jadi model! Jadilah doktor ke (Doktor? Tak  
                 payahlah, duit ada tapi sibuk sepanjang masa nanti) emmm… bussines owner! Barulah boleh  
                 melompat sambil main pom-pom! (Peace Of Mind, Plenty Of Money!)
       Okey itu saja. Kalau ikutkan hati, panjang lagi senarai tu tapi tak guna aku buat senarai panjang pun sebab, semuanya sudah terlewat dan tak mungkin dapat diubah. 

Kau orang sendiri pun tahukan, masa tak boleh diundur. Tak pernah terjadi dalam sejarah. Mesin masa? Semuanya karut! Cuma ada filem sains fiksyen dan dalam dunia Nobita. Dalam dunia aku? Emmm... 

Tapi, emak selalu cakap... 

‘Kebesaran ALLAH mengatasi segala-galanya. Dengan izin ALLAH tiada perkara yang mustahil!’

Emmm... mungkinkah aku dapat ulangi semua tu?

“Siti! Kawan kamu dah sampai ni.” Terdengar suara emak memanggil.

Lekas-lekas aku menyimpan lipstik ke dalam beg tangan. Membelek mekap di cermin sesaat. “Okey, orang turun sekarang.” Jerit aku, kemudian bergegas menuruni anak tangga. Setiba di pintu rumah terlihat Hanim sedang bercekak pinggang di luar pagar.

        “Lambatlah kau, nanti dia orang tinggal!” Dia kemudian membuka pintu keretanya.

        “Kau tu lambat.” Dekat satu jam aku tunggu, sampai sebelas senarai aku boleh fikirkan, barulah dia muncul. Aku segera mendapatkan emak yang sedang menyusun kasut di rak.

“Hati-hati. Baca doa jalan.” Pesan emak, ketika aku  mencium tangannya. 

“Okey.” Balas aku kemudian bergegas menghampiri kereta Hanim.

“Dah berkali-kali Lina telefon aku. Kalau lambat dia nak tinggal je.” Ujar Hanim sebaik saja aku melabuhkan punggung. Dia menghidupkan enjin kereta.

“Kau kelam-kabut ni kenapa?” Tanya aku hairan.

“Yalah. Kalau dia orang tinggal kita macam mana?”

“Alahai, setakat Melaka. Semua jalan ada dalam kepala aku ni.” Aku menarik tali pinggang keledar. Hari ini aku malas nak memandu, biar Hanim saja pandu. Lagi pun kereta Hanim kereta baru, tak berani aku nak sentuh. Kalau buruk macam kereta kelisa aku tu, okeylah juga.

“Ya, aku tahu Melaka tu dah jadi kampung angkat kau. Tapi tak syok lah kalau ikut rombongan kahwin tapi jalan seorang diri.” Balas Hanim membelok kereta ke jalan besar. Aku tersengih.

“Tak sangka, akhirnya, Lina pecah rekod.” Aku menghela nafas perlahan.

Aku, Lina dan Hanim memang berkawan baik sejak dari sekolah rendah lagi, sehinggalah ke universiti.  Universiti pun kita orang pilih universiti yang sama walaupun kursus berlainan.
Lina ambil kursus engineering dan sekarang bekerja sebagai jurutera di sebuah syarikat antarabangsa di 



        Kuala Lumpur. Manakala Hanim sekarang sudah jadi senior editor di syarikat majalah terkenal. Cuma aku saja, masih menjadi pekerja biasa yang gaji pun biasa-biasa.

Hanim menghidupkan radio. “Kau bila lagi? Tahun ni dah masuk dua tahu kau orang bertunang.” Dia menjeling kemudian kembali memandang jalan.

Aku menghela nafas perlahan. Walau pun soalan tu nampak mudah dan bukan sepayah soalan fizik atau pun statistik tapi aku tetap akan ambil masa yang agak lama nak menjawabnya. Kenapakah?

Sebab, aku sendiri tak ada jawapan. Lagi pun, akukan perempuan. Mana boleh lebih-lebih. Kalau tunang aku dah cakap ‘nanti dulu’, maka aku kena nantilah. Dia yang akan berjabat tangan dengan tok kadi. Bukannya aku. Kalau aku senang je, esok juga aku kahwin.

Erkkk... tak. Bergurau. Berani sangat aku nak kahwin dengan dia esok? Kalau terasa nak terjun laut, boleh. Tapi, kalau aku terjun sah-sah aku akan lemas. Sebab dia tak ada buat persiapan untuk menjadi seorang suami pun. Emm… maksud aku, dari segi material. Kalau fizikalnya, aku yakin sangat dia dah lama bersedia. 32 tahun okey, kalau pokok dah besar-besar akarnya. Kalau manusia? Jawab sendiri.

Kalau kau orang tanya aku pula, bersediakah aku?   Jawapan aku... entah. Kadang-kadang aku was-was dengan perasaan aku sendiri. 

Aku tak cintakan diakah?

Emm... Ini satu lagi soalan yang susah aku nak jawab. Masa awal perkenalan sehingga bertunang memang aku yakin aku cintakan dia. Tak akan ada lelaki lain yang mampu mengantikan dia. Hidup mati memang untuk dia. Cinta sehingga nafas terakhir, kononnyalah. 

        Tapi… sejak akhir-akhir ini hati aku semakin tawar dan kesabaran aku semakin tipis. 

Sebelum aku cerita kenapa kesabaran aku menipis, baik aku kenalkan dulu siapakah tunang aku yang ‘bertuah’ itu.

Nama dia Daniel. Kacukan Cina Melayu. Umur sebaya dengan aku, 32 tahun. Kalau tanya dari segi rupa, serius aku cakap, memang kacak. Kalau aku bawa ke mana-mana memang aku tak malu dan selalunya kami menjadi perhatian, opss… dia menjadi perhatian dan aku pula mungkin menjadi bahan kutukan. Dari riak wajah wanita yang menjeling pada Daniel mesti dalam kepala dia orang akan fikir… 

‘Apa perempuan tu dah buat?’ atau… 
‘Lelaki tu kena bomoh ke?’ atau… 
‘Lelaki tu buta?’ 

Dulu mungkin aku bangga, tapi sekarang...

Apa pun mari aku cerita sikit fasal sejarah percintaan kita orang. Aku dan dia berkenalan secara tidak sengaja.  Ketika itu aku sedang tunggu kawan aku di sebuah shopping complex dan kebetulan Daniel sedang tunggu kawan dia di tempat yang sama. Permulaan ayat dia tegur aku adalah…

  ‘Macam biasa jumpa muka awak, satu sekolah ke?’ 

Dari situ bermulalah perbualan biasa, bertukar nombor telefon dan akhirnya bercinta. Pekerjaan Daniel adalah model sepenuh masa. Jadi tak hairanlah kenapa wajah dia bukan main kacak. 

Dulu memang aku bangga gila dapat teman lelaki seorang model. Glamour kau! Tapi, sejak dua tahun kebelakangan ini aku mula naik menyampah. Selain aku terpaksa makan hati bila ada saja wanita cantik cuba goda Daniel, aku juga tertekan apabila Daniel sudah mula kekurangan tawaran. 



Sekarang dia jadikan aku sebagai ‘bank’ peribadinya. Asal tak ada duit dia telefon aku. Kalau senyap tak telefon itu tandanya dia ada duit. Macam mana nak kahwin kalau diri sendiri tak boleh nak tanggung? Betul tak?  

Tapi... kadang-kadang, jauh di dasar hati, aku rasa seperti aku mencintai seseorang dan yang pasti seseorang itu bukan Daniel. Kadang-kala muncul perasaan aneh seperti aku merindui seseorang yang aku sendiri tak tahu siapakah dia. Terasa seperti ada seseorang sedang menanti aku. Berhalusinasikah aku?

Kawan aku pernah cakap...

‘There’s always someone better just around the corner.’

Benarkah? Adakah keputusan aku menerima Daniel satu keputusan yang terburu-buru?

“Weh, jauh mengelamun. Kau orang ada masalah ke?” Pertanyaan Hanim mengembalikan aku ke alam nyata.

“Masalah yang sama juga.” Aku mengeluh perlahan. Dengan Hanim memang tak ada rahsia lagi. Apa saja masalah aku dengan Daniel mesti dia akan tahu.

“Kalau masalah tu memang aku pun tak boleh nak bagi nasihat apa-apalah.” Ujar Hanim perlahan.

“Tak apa, aku faham.” Aku menarik nafas dalam. 

“Lupa aku nak tanya kau.” Hanim menoleh. “Lina ajak kita teman dia shooting gambar kahwin lepas habis majlis ni. Aku dah cakap kita setuju.” Ujar Hanim tersengih.

Kening aku terangkat sebelah. “Itu bukan tanya tapi bagi tahu.” Sindir aku. Hanim tersengih.


Bersambung...





16 comments:

MizaEija said...

tentunya...Novel...!!!
ehiks =p

Unknown said...

heee... nanti kena buat pre-order lah... hahaha.

MizaEija said...

asal boleh order.. cewah! hehehe..;)

Anonymous said...

Nak bercetak cetak gitu boleh?huhu

qminz said...

Novel. cover dh la cute gilerrrrrrrrrrr~~~~ nk baca pun semangat

Cik Red said...

Anonymous - 'bercetak cetak gitu' mcm mana tu?

qminz - cover tak final lagi tu :P, kalau ramai nak cetak, Red akan cuba usahakan.

pena tumpoi said...

sila cetak! sekian. Hahahaha

Red Scarf Novel said...

Pena, amboi, garangnya... hahaha.

pena tumpoi said...

Red. Mana ada... Hihihik.
Sila la cetak. Kalo dapat cover ni lagi cun. Ish... awat lah cover2 ZA ni cun bebenor. Geram tau tengok. ^^

Misz Nana said...

bessttt..klu jdi novel of course beli..bab 1 pun da tertarik...

Julia Esqa said...

Misz Nana - Menurut Cik Red, katanya kalau ramai request dia nak usaha terbitkan. Saya serah kat dia, harap2 dia jumpa jalannya.. hehehe. Terima kasih sudi baca... :)

strawberry.chocolate81 said...

hopkos la nak3...x kisah la versi cetak ke , e-novel ke ...nk2 jugak

AsHu ManCis :) said...

padan laa cerita selepas 14 tahun tunggu update tak jumpa..rupanya dah tuka tajuk..sedeh lambat tahu..ada versi cetak ke?

ZA said...

Ashu - belumm.. huhu.. Insha Allah soonn. :)

mariam said...

Tolong la cetak...plzzzzzzz!!!!!!!!!!

Aifa said...

Aku, dia dan pinky promise, drama yg tengah meletop kat tv okey...
Lakonan mantap sweet qismina dan syafie naswip