Intan payung kami...

Friday 7 June 2013

Bab 22 : Mencari Mr. Charming


 (Mulai hari ini saya akan gunakan gambar2 pelakon MMC versi Korea - Susah nk cari gambar pelakon Msia)

Fazrin Adam sedang masak!!

Jam menunjukkan pukul 7.30 malam. Selesai menunaikan solat mahgrib aku kembali menyambung kerja-kerja di dapur. Tania dari tadi berkurung dalam bilik, melayan drama Korea la tu! Tadi konon nak belajar masak. Kalau anak aku dah lama aku jerit suruh masuk dapur.
Sedang aku kelam-kabut menyediakan bahan untuk memasak tiba-tiba terdengar loceng rumah dibunyikan. Aku mencapai telefon bimbit, melihat jam. Eh! Awalnya Mr. Sam balik, tadi kata dalam pukul lapan malam baru bertolak dari pejabat.
Dengan apron masih melekat di badan, aku bergegas ke muka pintu. Sebaik sahaja daun pintu dibuka terlihat wajah lesu Fazrin tersenyum pada aku.
“Hai neighbour!” Tegurnya memegang pintu gril. Di tangannya terdapat sebungkus plastik.
“Tak nak ajak masuk ke?” Tanya dia dengan wajah masam.
“Awalnya!” Aku segera mengeluarkan kunci dari poket seluar.
“Balik shooting terus ke sini. Kalau aku masuk rumah mesti terus tidur.” Ujar dia melangkah masuk.
“Kenapa tak masuk tidur je.” Balas aku acuh tak acuh sambil mengunci pintu.
“Saja nak kacau kau orang.” Dia mencemik. “Pastikan asam pedas kau betul-betul sedap. Kalau tak buang masa aku je.”
“Aku tak kata asam pedas aku sedap.” Balas aku menjeling, terus berjalan ke dapur. Dia mengekor ke dapur.
“Bau macam dah sedap.” Dia menjenguk periuk yang sedang mengelegak.
Aku tersenyum bangga. Mengaul ayam dengan garam dan kunyit. Dia menarik kerusi di sebelah aku. Meletakkan plastik yang dibawanya di atas meja.
“Apa tu?”
“Mangga muda.”
“Aik, siapa mengidam?” Tangan aku terus rancak mengaul ayam dan garam kunyit. Tinggal ayam goreng berlada saja belum siap. Makan lain sudah pun siap di masak.
So, macam mana pergi ke pasar dengan Mr. Sam?” Dia bertanya kemudian mencapai cili padi lalu dibuang tangkai.
Aku terdiam. Perlu ke aku cerita semuanya pada dia? Kalau dia Ayun mahu macam bertih jagung aku bercerita. Tapi dia ni bukan aku kenal rapat pun, baru je pun rapat takkan nak ceritakan semuanya?
“Hey!” Dia menjerkah lantas memukul aku dengan batang serai. “Ceritalah!” Dia mencerlung.
“Fine!” Lantas aku menceritakan pujian dari Mr. Sam tadi. Dia tersenyum mengejek.
“Kau ni cepat sangat berbaik sangka.” Dia bingkas bangun pergi ke sinki mencuci cili yang sudah dibuang tangkai. “Kau nak buat sambal belacan ni?” Dia menoleh bertanya pada aku.
Ceh, dah buang tangkai baru nak tanya? Aku mengangguk. Dia kembali ke meja.
“Memanglah dia cakap macam tu. Sebab dia tu gentleman. Aku ni bukan jenis macam tu. Aku ni jenis jujur. Tapi, deep down inside mesti dia nak perempuan yang cantik dan pandai bergaya.
Takkan dia nak usung kau yang pakai macam mak cik ke majlis-majlis pula. Nanti jatuh reputasi dia, macamlah dia tak mampu nak beli baju cantik untuk teman wanita dia.” Fazrin memberi hujah. Sesedap mulut je dia bercakap!
“Kau ni kalau jadi gentleman macam dia tak boleh ke? Sesuka hati nak kata aku macam mak cik. Buruk sangat ke rupa mak cik? Kalau mak cik kau dengar kau cakap macam tu mesti dia bangga.” Bebel aku mencemik.
“Aik, apa pasal nak bangga pulak?” Dia memandang serius.
“Yalah, sebab kau puji dia orang cantik macam aku. Mesti dia orang bangga.” Aku tersengih.
“Hello cik adik. Itu bukan puji okey.” Dia mendengus. “Mana mixer?” Matanya melilau ke arah kabinet.
“Ada dekat kabinet hujung.” Balas aku menyimpan bekas kunyit dan garam ke tempat asal. Mengambil kuali. Sempat aku melihat dia mengisi cili tadi ke dalam mixer.
“Kau nak buat sambal belacan ke?” Tanya aku kehairanan. Bukan main tangan dia rancak mengisi belacan dan secubit garam ke dalam mixer tersebut. Langsung tak kekok!
Dia mengangguk. “Untuk princess kesayangan aku. Dia request sediakan sambal belacan untuk dia.” Dia terus berjalan ke arah plug di hujung kabinet.
“Larr.. Syikin pun datang ke?” Aku mencurahkan minyak ke dalam kuali.
“Siapa cakap dia datang.” Kemudian terdengar bunyi bising mixer.
“Berapa orang princess kau ada?” Aku menjeling.
Dia membuka bekas mixer lantas memasukkan beberapa keping mangga muda. Oh, dia bawa mangga rupanya untuk buat sambal belacan.
“Aku ada seorang queen dan seorang princess.” Balas dia lantas menekan butang mixer.
“Kau ni kaki perempuan juga, eh?” Aku mendengus perlahan. Mujur aku dah tak tergilakan dia.
Dia datang menghampiri aku. Menyelak seluarnya. “Tengok, kaki perempuan ke kaki jantan?” Dia memandang wajah aku dengan wajah yang sangat sengal! Benci!
“Hey! Tak senonoh!” Jerit aku sebaik saja terpandang bulu kaki yang penuh di betis. “Tutuplah!” Segera aku melarikan pandangan.
Dia ketawa terbahak-bahak. “Sesuka hati nak cakap aku ni kaki perempuan!”
“Kau ni sengal betul lah. Kaki perempuan! Bukan kaki macam perempuan! Ni sekolah darjah berapa dulu?” Aku mencemik. Dia mengekek.
“Bila kau dah lama kenal aku baru kau tahu, akulah lelaki yang setia.” Dia bersuara perlahan, dalam nada serius.
“Memanglah, sebab tu ramai perempuan blah dari kau.” Perli aku teringat segala gosip yang pernah melanda dirinya beberapa tahun yang lalu.
Lepas seorang-seorang wanita kecewakan dia. Pada waktu itu aku pun hairan kenapa lelaki sekacak Fazrin Adam dikecewakan? Buruk sangatkah perangai dia? Jahat sangatkah dia? Tak ada pula aku dengar gosip dia keluar masuk kelab malam.
Sepanjang seminggu lebih aku kenal dia, aku tak nampak dia jahat sangat. Cuma kadang-kadang mulut dia tu pedas mengalahkan sambal belacan!
Secara fizikalnya, nafas dia tak busuk seperti sambal belacan, nafas dia wangi je. Badan dia pun semerbak dengan haruman CK kadang-kadang Polo dan kadang-kadang Armani. Takkan perempuan tinggalkan dia kerana mulut dia tu?
“Setia saja tak cukup. Kau kena tambah satu lagi.” Balas aku sambil meletakkan ayam garam kunyit ke dalam kuali yang mula panas. Tudung periuk besar digunakan untuk menghalang minyak terpecik ke luar.
“Nak tambah apa lagi? Dah secukup rasa aku ni. Terlebih rencah kan tak sedap pula.” Ujarnya sambil tercari-cari sesuatu.
Aku segera membuka kabinet di sebelah, menghulurkan mangkuk kepada dia untuk mengisi sambal belacan.
“Mulut kau tu, cuba keluarkan ayat-ayat romantis sikit. Barulah perempuan tak lari.” Balas aku melihat dia mengasingkan sambal belacan dari mixer ke dalam mangkuk. Bagus juga dia ni, langsung tak kekok buat kerja dapur. Dia biasa masak ke?
“Ohh… kau nak aku jadi sweet talker macam Mr. Sam lah?” Dia mencemik.
Why not?” Aku tersengih.
“Baru puji sikit dah anggap orang tu baik gila.” Dia mencebir.
“Kau kena faham, perempuan sukakan lelaki romantik.” Aku menjeling, sengaja menambahkan rasa jengkel di hatinya.
“Bab ini yang aku menyampah dengan perempuan. Balik-balik nak lelaki romantik. Kau orang tahu ke apa maksud romantik tu?” Dia memandang sebal.
“Mestilah tahu. Layanan yang baik, mesra yang boleh mengeratkan hubungan antara dua jantina yang bebeza.” Balas aku tersenyum meleret.
Dia tersenyum sinis. “Lelaki romantik tak semestinya lelaki yang terbaik. Tapi, lelaki macam tulah kau perlu berhati-hati. Cuba kau fikir, kenapa dia jadi romantik? Kenapa dia tahu macam mana nak mengambil hati wanita?”
“Sebab dia menghargai wanita yang ada dalam hidup dia.” Balas aku membuka tudung kuali. Membalikkan ayam dan tutup kembali.
“Silap. Menghargai setiap wanita.” Balas dia berwajah serius. Menekan perkataan ‘setiap.’
“Setiap?” Tanya aku.
“Ya, setiap.” Dia mendepakan kedua belah tangannya. Aku faham maksud dia… Ramai.
“Kau nak cakap yang lelaki romantik ni kaki perempuan?” Soal aku.
“Ya, kaki perempuan.” Dia menjeling.
Aku mendengus kasar. Nampaknya teori Ayun telah disokong oleh Fazrin. Kalau Ayun tahu mahu dia gelak terguling-guling. Bahagian ni kena potong, tak boleh bagi tahu Ayun.
“Mana aci macam tu. Perempuan kan memang suka dilayan dengan baik. Sukakan yang indah-indah.” Aku mengeluh perlahan.
“Layan baik tu macam mana sayang? Peluk kau 24 jam 365 hari? atau… kejap-kejap kiss tangan, dahi.. sana-sini?” Dia menaikkan-naikkan sebelah keningnya. Tersenyum nakal. “Berkata-kata yang indah-indah seumur hidup, mengiakan segala kata kau? Atau…” dia terdiam seketika, menarik kerusi menghampiri aku. “Seorang lelaki yang berkata jujur dengan kau. Yang sanggup berkorban untuk kebahagiaan kau?” Dia merenung aku.
Aku terdiam, berkelip-kelip meneliti wajah dia. “Tapi… hati wanita akan cepat tersentuh bila lelaki memahami kehendaknya. Lakukan kejutan. Caring. Bercakap yang indah-indah dan menghormati.”
Fine. Kau nak lelaki macam tu ya?” Dia tersenyum nakal. “Sayang…” dia menarik tangan aku. “Mulai hari ini aku akan berkata yang indah-indah saja. Akan ku kait bintang-bintang di langit lantas ku karang dijadikan kerongsang. Akan ku semat didadamu. Sinarnya akan memancar kasih sayangku.” Dia mendekatkan tangan aku di dadanya.
Aku tak mampu menahan tawa. Geli-geleman telinga aku.
“Oh, sayang duduk di sini ya. Aku nak angkat ayam tu. Jangan kemana-mana ya, nanti gelap seluruh hidup aku jika kau jauh dari mataku.” Dia bingkas bangun. Tawa aku semakin kuat.
“Kenapa sayang? Apa yang mengeletek hati sayang tu?” Dia merenung aku masih dengan watak lelaki romantik yang menjengkelkan!
“Cepatlah angkat ayam tu!” Jerit aku bila terhidu bau hangit.
“Sayang, jangan cakap kasar, tak manis. Hilang seri sayang sebagai wanita.”Ujar dia dengan suara yang dibuat-buat lembut. Aku mencebik.
“Lepas makan malam ni, kita keluar nak? Aku nak ajak kau tengok bintang-bintang di langit. Kita kira sama-sama nak?” Dia masih dengan lakonannya.
Tawa aku semakin kuat. “Please stop! Its Annoying me!”
“Kenapa? Aku cuba jadi lelaki  yang romantik. Oh, lupa sayang. Tadi aku ada beli bunga untuk kau.” Lantas dia berlari ke meja, mencapai sawi. “Ini untuk kau. Esok aku beli ros yang warna kuning. Lusa… warna pink… suka tak?” Dia terus menghulurkan beberapa batang sawi itu pada aku.
“Tak cantik. Layu.” Nak berlakon sangat, okey I’m in!
“Jangan cakap macam tu, sedih hati aku. Susah-susah aku ke kedai bunga tadi.” Mata dia terkebil-kebil. Aku mengekek.
“Esok beli yang segar tau.” Balas aku mengusik.
“Baiklah, aku janji. Demi kekasih hati, demi intan permataku, aku berjanji.” Dia mengangkat tangannya seperti sedang membaca ikrar.
“Hey! Sudahlah geli aku!” Lantas aku menyerah kembali sawi itu kepada dia.
“Tahu pun geli!” Akhirnya dia berhenti berlakon. “Jadi kau faham maksud aku sekarang?” Tanya dia.
Aku memandang tak bekelip. Menggeleng. Dia menepuk dahi.
“Penat aku berlakon!” Dia menggeleng kepala beberapa kali. “Maksud yang aku cuba sampaikan pada kau. Seorang lelaki itu romantik atau tak, semua itu tak penting. Selagi dia adalah cinta hati kau dan selagi dia mencintai kau… itulah yang lebih penting.
Tak perlu ada syarat. All the romantik stuff akan tercetus dengan sendirinya bila saling mencintai. Kadang-kala perkara yang romantik ni kita tak boleh nak jelaskan satu persatu.
Malah, kau tanyalah sesiapa yang bercinta di dunia ni. Mereka sendiri tak dapat nak jelaskan what is romantic. Kalau dah cinta, orang tua kata… kentut pun bau wangi.” Ujar dia mengekek.
Aku tergelak kecil namun dalam masa yang sama fikiran aku cuba mengulangi kembali kata-katanya sebentar tadi.
“Kadang-kadang tu, kalau dah saling bercinta, duduk borak di dapur macam ni pun kau dah dapat rasa romantiknya. Macam sekarang ni, kau rasa aku romantik tak? Aku buatkan sambal belacan untuk kau tadi, aku tolong balikan ayam… romantik tak?” Dia tersenyum-senyum, menaik-naikkan keningnya.
“Romantik apanya, dah kau buat untuk princess kau. Bukannya untuk aku.” Aku menarik wajah masam. Dia tak bagi tahu lagi siapa wanita misteri tu tadi.
Dia tersenyum. “Memanglah, tapi aku dah tolong kat dapur ni. Kira romantiklah ni.” Dia mencemik. “Mr. Sam tahu nak makan je. Lepas tu puji-puji. Kalau macam tu tak romantik pun.” Dia mengejek. Kedengaran suaranya seperti cemburu. Hah, biarkan! Memang patut cemburu pun. Lain kali biar dia pandai jaga mulut sendiri!
“Macam mana dia nak tolong masak dah dia banyak kerja.” Aku membela lelaki yang sudah berjaya menepis Fazrin dari bertakhta dalam hati aku. Lantas terbayangkan adegan pagi tadi. Terima kasih pada cik lipas kerana menyelamatkan aku.
“Haish… kemaruk betul!” Dia mencemik. Ejekan dia mengembalikan aku ke alam nyata. Aku tersengih.
“Aku tak peduli apa pun teori kau. Tapi aku yakin masih ada lagi lelaki romantik yang berhati tulus di luar sana. Aku akan tunggu prince charming aku.” Balas aku dengan penuh yakin.
“Berjangutlah kau nanti.”
“Tak mungkin. Sebab aku tak ada jangut.”
“Kalau macam tu… kerepotlah kau nanti.” Dia mengekek. Aku mencemik.
“Abang Fazrin! Bila sampai!” Tiba-tiba terdengar suara Tania di ruang dapur.
“Hai princess! Dah berkarat kaki abang tunggu Tania. Buat apa tadi?” Balas Fazrin.
Lar… Tania ke princess tu?
“Buat kerja sekolah lah. Banyak pula kerja hari ni.” Dia menarik kerusi di sebelah.
“Saja nak mengelat dari tolong kat dapur eh?” Fazrin mencemik pada Tania.
Tania tersengih. “Mana sambal belacan tu? Abang dah buat?”
“Yalah. Konon nak belajar. Tapi batang hidung tak nampak.” Dia menjeling pada Tania. Aku tersenyum kecil. Nampaknya mereka berdua ni memang sudah lama kenal. Macam abang dan adik pun ada.
“Nanti, esok-esok Nia belajar ya.” Tania tersengih.
“Dah berapa kali esok daaa.” Balas Fazrin sambil mengemas meja yang berselerak. Aku terus sibuk menumis lada di dapur.
“Akak dengan abang berborak apa tadi? Riuh rendah, Nia ingat akak berbual dengan siapalah tadi sebab papa kata dia dah on the way.” Tanya Tania.
“Abang cuci otak akak awak ni sikit.” Balas Fazrin menjeling pada aku.
“Kenapa dengan otak kak Lara?” Tania memandang  kehairanan.
“Supaya dia berpijak di bumi yang nyata. Asyik berangan nak lelaki yang romantik je.” Balas Fazrin. Aku mencemik.
“Okey apa lelaki yang romantik. Memanglah perempuan suka.” Sampuk Tania. Aku menoleh.
“Tania, I love you so much!” Jerit aku girang, mencebik pada Fazrin yang sudah pun bercekak pinggang, menggeleng kepala.
“Nia, kan abang dah ajar. Lelaki romantik tu buaya darat!” Dia mencerlung pada Tania yang tersenyum-senyum di meja.
“Memanglah. Tapi, kalau Nia boleh jinakkan buaya darat apa salahnya.” Dia mengekek. Aku apa lagi, terus meluru ke arah Tania.
Give me five!” Aku mengangkat tangan pada Nia. Fazrin mendengus kasar.
“Penat je abang didik dari kecik.” Dia menggeleng kepala beberapa kali.
“Larr… apa salahnya. Abang romantik apa.” Balas Tania tersengih. Dahi aku berkerut-kerut.
What? Please! Rasa nak muntah dah ni.” Aku segera menekan perut aku.
Finally! Nia berjaya memahami maksud romantik yang sebenarnya!” Dia menjeling sinis pada aku.
“Kak, abang Fazrin lelaki gentleman tau.” Ujar Tania. Dan sekali lagi hati aku terasa bagai disentap.
“Terima kasih.” Balas Fazrin lantas menghulurkan tangannya pada Tania, membongkok mencium lembut tangan gadis kecil itu, ala-ala golongan bangsawan inggeris. Aku mencemik.
“Amboi riuhnya…” Tiba-tiba terdengar suara menyapa. Serentak kami bertiga menoleh.
“Papa!” Jerit Tania.


BERSAMBUNGGG...

10 comments:

MizaEija said...

Bila baca, terasa kejap nak sokong Lara, kejap nak sokong Fazrin... huhuhu

Sis.. ade typo - janggut jd jangut

Anna Lee said...

Miza - thankssss.. nnti kjue ubah. Fikir masak2 siapakah yg patut disokong..hahaha

Anonymous said...

Eheemm... Sy sokong Fazrin. Sy hrp, Fazrin yg jd mr. charming Lara. Lara mcm x jd dri sndri ble dgn mr. Sam. Lgpn mr. Sam tu nmpk mcm perfect sgt lar plak. Hehe...

*Pnyokong Fazrin

Anonymous said...

Skenyer...... Bru je pgi td bce bab12 smpai 21. Bley tahan jgk la. Skarang dh ade bab22. Nk tnya bley?? Sape hero dlm cter ni?? Indah Water ke?? >,<

Anna Lee said...

Anon - saya kena zip mulut nnti rahsia terbongkar. Siapakah Mr Charming? kita tengok nanti siapakah yg charming tu.. hehehe.

Siapa hero? heee... tungguuu... cerita ni mmg tak akan paparkan secara direct siapakah hero Mr sam kah, Fazrin kah or Indah water, kita biar Lara yg nilai dan pbaca ikuti apa yg Lara nilai dan cari. :P

zie omar said...

errrr..kenapa tiba2 hati ai dh jatuh suka kat fazrin pula ni.

~ lelaki yg pandai membuat sambal belacan adalah lelaki yang romantik ~ ^_^

Unknown said...

Zie Omar - hahahaha... itu fomula baru tuuu.. harus lepas ni semua test bf/tunang masing2 pandai ke tak buat sambal belacan.hahaha.

ucu iris said...

Anna...ohsem gle.. dr smlm dok bertapa kat sini. Fazrin vs mr sam ???? CAIR beb...

Anna Lee said...

Ucu Iris - tq! :) selamat bertapa! nnti ai bawak tilam, selesa sikit. hahaha. selamat mbaca!

aisyah said...

amboi lelaki romantik tu lelaki buaya darat ya..ekekeke