Intan payung kami...

Friday 7 June 2013

Bab 7 : Terukir Cinta di Bintang




Bab 7

 Jam sudah menunjukkan pukul lapan malam. Tak pernah-pernah bas sampai lambat. Sudah la dekat kawasan ni agak sunyi. Lepas aku hantar gambar lelaki tersebut pada Hara dan Yatie tadi, berpusu-pusu pesanan ringkas dari dia orang masuk ke telefon bimbit.
Beb kau okey? Siapa lelaki tu? – Hara.
Beb kau dekat mana ni? Siapa lelaki tu? Dia buat apa kat kau? – Yatie.
Jangan gabra. Aku okey. Nanti balik rumah aku cerita. Tapi jangan delete gambar tu. In case aku tak balik. –  Itu yang aku balas.
Kemudian sekali lagi telefon aku berbunyi. Serentak pesanan masuk dari Hara dan Yatie sampai.
Kau buat aku cemas ni. Kau dekat mana cakaplah!Hara.
Nak aku report polis sekarang ke?Yatie.
Weh, aku okey. Tengah tunggu teksi depan pejabat aku ni. Nanti dekat rumah aku cerita.  aku balas lagi bagi mereka berdua.
Setelah beberapa kali berbalas pesanan dan setelah aku yakinkan dia orang bahawa aku selamat barulah telefon aku kembali sunyi.
“Hai seorang je?” Tiba-tiba terdengar suara menegur.
Aku menoleh. Terlihat dua orang budak remaja sedang memerhati aku. Kedua-duanya tersengih-sengih bagaikan kerang busuk!
“Kalau mata kau tajam, kau akan nampak aku berdua sekarang ni,” balas aku sebal.
“Wah… kerek!” ejek budak lelaki bertopi dan berjalan menghampiri aku. Seorang lagi tersenyum penuh makna, duduk bertenggek di atas pagar di depan bangku.
“Kau orang ni nak apa?” soal aku geram.
“Saja nak kacau,” balas remaja bertopi.
“Cik kak, aku nak beli rokok lah. Kau ada duit?” tanya seorang lagi.
Aku mencemik. Hidung aku dapat menghidu malang yang bakal terjadi. Segera aku mengeluarkan telefon bimbit.
“Kau orang jangan datang dekat dengan aku. Kalau tak aku telefon polis!” Ugut aku dan segera menekan nombor talian kecemasan.
Eleh. Kita orang tak takut polis. Telefon lah. Tapi sebelum tu serahkan duit.” Budak bertopi mengugut.
“Nak berapa dik?” Tiba-tiba terdengar suara dari belakang.
Aku segera menoleh. Terlihat lelaki berjambang tadi berada di belakang aku. Tidak semerna-merna wajah budak itu kelihatan cuak.
“Lain kali, kalau nak buat kacau jangan buat dekat kawasan aku!” lelaki tersebut meluru ke depan dan budak berdua tadi pantas mengundur ke belakang.
Sorry Bro. Kita orang tak tahu.” Ujar budak bertopi tergagap-gagap seperti ketakutan.
“Lepas ni kau kena tahu. Kalau kunco-kunco aku nampak kau kacau dia ni lagi memang aku cari kau sampai ke lubang cacing! Kau ingat aku tak kenal kau ni dari kumpulan mana?” Jerkah lelaki tersebut. Kecut perut aku dibuatnya.
“Okey. Okey.” Terus keduanya lari lintang-pukang.
“Awak okey?” Soal lelaki itu pada aku pula sambil memandang aku dari atas ke bawah.
Aku mengangguk. Menarik nafas lega. Mujur dia datang tepat pada waktunya, kalau tak aku tak tahu apa jadi dengan aku. Entah-entah esok muka aku masuk surat khabar. Ya Allah, nauzubillah!
Meh, saya hantar balik.” Lelaki itu mula melangkah.
Aku terus berdiri kaku di situ. Berbelah-bagi. Patutkah aku ikut dia? Dia pun apa kurangnya dengan budak berdua tadi. Cuma bezanya, dia curi kereta Audi dan bercita rasa tinggi jika nak dibandingkan dengan budak berdua tu peras ugut hanya semata-mata nak beli rokok!
“Cepatlah.” Panggil dia.
“Saya telefon teman lelaki saya. Biar dia datang ambil.” Jawab aku.
“Tadi bukan main gaduh.” Dia menjeling.
“Ini yang buat saya menyesal tak simpan ramai teman lelaki!” Keluh aku perlahan. Terus menaip pesanan ringkas pada Imran. Alih-alih pada dia juga aku mengadu. Benci!
“Saya ada hal lepas ni. Tak ada masa nak teman awak tunggu teman lelaki awak datang.” Ujar dia dengan nada mendatar.
“Saya tak minta awak tunggu pun.” Balas aku, menarik wajah masam.
“Degil sungguh!” Dia segera menghampiri dan menyambar tangan aku. Tak sempat pun aku nak tekan ‘send’ pada Imran.
“Hey, awak nak buat apa ni?” Jerit aku cemas. Terpaksa melangkah.
“Hantar awak balik la.” Jawab dia acuh tak acuh.
“Tak nak! Entah-entah awak lagi jahat dari budak tadi!” Marah aku.
“Kalau saya nak buat jahat dekat awak dah lama saya buat tau.” Dia terus menarik tangan aku.
Aku berhenti meronta.
“Jadi, awak patah balik semata-mata sebab nak hantar saya balik?” Aku terkebil-kebil memandang dia. Wah, dalam serabai rupanya baik hati.
“Tak. Saya patah balik sebab tak mahu esok satu Malaysia dapat tengok muka saya terpampang dekat tv dan suratkhabar.” Jawab dia sambil membuka pintu kereta untuk aku.
“Kenapa terpampang dekat suratkhabar?” Tanya aku tak faham.
“Awak tanya kenapa? Gambar saya tadi tu? Kalau awak tak sampai rumah nanti tak fasal-fasal saya yang kena tuduh.” Dia memandang lurus dengan ray ban masih tersangkut di batang hidungnya yang mancung.
“Oh!” Aku menepuk dahi.
“Tapi nanti kalau tiba-tiba polis tahan awak tak fasal-fasal saya juga yang kena.”
“Kenapa pula?”
“Ni, kereta curi ni.”
“Saya tak curi lah.” Dia mendengus kasar.
“Bukti?”
“Kunci kereta ni tak cukup lagi?” Dia bercekak pinggang sambil memegang pintu kereta.
“Habis, pak cik tadi tu?” Soal aku. Was-was nak masuk ke dalam kereta tersebut.
Dia mendengus kasar.
“Mekanik lah! Dia hantar kereta lepas baiki tadi. Dia hantar kunci ni masa saya kat klinik. Awak nak saya telefon dia ke?”
“Emm… logik juga.”
“Tahu pun, cepat masuk!” Dia menolak tubuh aku untuk masuk ke dalam kereta.
“Kejap! Kalau saya masuk, awak jangan anggap saya ni perempuan murah, eh!” Pesan aku, mengangkat jari telunjuk tepat  pada wajah dia.
Dia tersenyum kecil.
“Kalau saya anggap awak perempuan murah saya tak offer nak hantar awak balik. Saya offer bilik hotel.” Dia mengulum senyum.
“Cepat masuk. Saya dah lambat ni.” Dia bergegas ke arah pintu pemandu.
Dalam keadaan antara nak percaya dan tak, aku melangkah juga masuk. Walau pun hati meragui ini kereta dia tapi separuh hati nak percaya.
“Alamat rumah.” Ujar dia sebaik saja menghidupkan enjin kereta.
“Saya tunjuk jalan.” Balas aku.
Dia terus memandu. Menghidupkan radio. Sekali-sekala terdengar dia berdendang mengikut rentak lagu.
Okey, aku percaya dia orang baik. Sebab orang jahat tak akan layan lagu-lagu Paolo Nutini atau pun Bruno Mars. Kalau dia lelaki berjiwa kering, dia tak akan layan lagu Drunk on you nyanyian Luke Bryan yang pada pendapat aku agak jiwang. Apa pun suara dia sangat sedap okey!
Aku menarik nafas lega. Tapi, adakah andaian aku ni betul?


 BERSAMBUNG...

No comments: