Intan payung kami...

Friday, 26 July 2013

Bab 16 : Terukir Cinta a.k.a TCDB


Bab  16

Aku melangkah keluar dari bangunan Emas Holding. Di kanan ruang kaki lima bangunan itu terdapat sebuah café yang sederhana besar, ramai yang sedang beratur ingin membeli makanan, mesti sedap kopi dan makanan di sini. Bau aroma kopi dan sandwich mengetuk selera. Tiba-tiba perut yang masih belum menjamah apa-apa terasa lapar gila.
Perkataan ‘Café Emas’ tertera pada setiap canopy di sekitar café. Ini mesti café milik Emas Holding. Tanpa menunggu lama, aku turut sama beratur. Aku perlu isi perut yang sedang berdendang ini, lagi pun ada banyak masa lagi sebelum tiba waktu kerja. Bila lagi nak merasa makan di café mewah macam ni.
Aku tersenyum sendiri, teruja membayangkan satu hari nanti aku akan jadi sebahagian dari pekerja Emas Holding dan tiap-tiap hari aku akan melepak di café ini dengan penuh bergaya.
Seorang pekerja menghampiri aku dan mengambil pesanan. Kemudian sehelai kertas dikoyakkan dari borang pesanan dan diserahkan kepada aku.
“Pamerkan kad pekerja anda untuk dapatkan diskaun 25%. Diskaun 25%! Banyak tu!”
Lantas sekali lagi mata aku memandang harga makanan yang dipesan tadi. Dalam kepala sudah mencongak-congak berapakah perbezaan antara harga pekerja dan harga orang luar.
“Wah! Mahal tiga ringgit! Haish, tak boleh jadi ni. Kalau aku tahu semahal ini baik aku pergi minum kopi di kedai mamak!” Aku meninjau-ninjau melihat barisan di belakang aku yang semakin panjang. Macam mana ni? Pesanan dah buat, nak keluar barisan malu. Aku menoleh ke belakang, terlihat tag nama lelaki di belakang aku.
‘Driver Emas Holding?’
 Aku senyum, idea bijak tiba-tiba muncul. Aku mengundur dua tapak ke belakang, berdiri bersebelahan dengan dia.
“Awak… awak pekerja Emas Holding, kan?” Aku berbisik di telinga dia.
“Ya,” jawab lelaki itu sepatah, juga nada berbisik.
 “Saya baru kerja di sini, terlupa nak bawa kad pekerja. Saya masukkan order saya dalam order awak boleh? Nanti saya bayar,” bisik aku lagi, tunduk merenung lantai supaya dia tak cam wajah aku.
“Okey.” Jawab dia sepatah.
Jimat tiga ringgit. Awak ambil tempat saya, ini pesanan saya.” Sehelai kertas pesanan dihulurkan kepada lelaki itu berserta dengan wang sepuluh ringgit.
“Dah berapa lama awak kerja kat sini?” soal si driver.
Aku mendongak. Alamak! Kacaknya abang pemandu ni!  Tapi, kenapa muka dia macam pernah aku nampak saja?
Dia menaikkan kening sekali gus menyedarkan aku yang sedang memerhati wajahnya.
“Erkk… baru… baru… je.” Tergagap aku menjelaskan.
Menipu demi sekeping sandwich. Berbaloikah? Berdosa tak? Sandwich tu jadi sandwich haram tak? Adeh.
“Oh, awak datang temu duga hari ni, kan?” Si driver menyoal lagi.
“Ya.” Aku anggguk dan pandang ke arah lain.
“Wah, tahniah,” ucap dia.
“Erkk…” Aku mendongak.
“Terima kasih.” Lekas-lekas aku pandang ke arah lain. Berganjak menjauh dua tapak.
Habislah aku kalau dia tahu aku tipu. Pantas aku keluarkan telefon bimbit, konon-konon buat sibuk. Kalau aku termenung nanti dia ajak berbual pula, tak pasal-pasal rahsia aku terbongkar.
Sementara menunggu giliran aku mengeluarkan Majalah Gadis yang dibeli tadi. Kalau Hara nampak aku baca majalah ini mesti dia akan membebel panjang. Katanya, aku dah tua tak sesuai baca majalah untuk remaja. Ah! Peduli apa, usia saja tua tapi jiwa aku tetap muda!
“10 Soalan untuk pastikan adakah si dia yang sebenarnya cinta hati anda?” Aku membaca tajuk kuiz di majalah.
Menarik ni, tak payah buat pun aku dah boleh tahu apa jawapannya. Tentulah Imran cinta sebenar aku, tapi apa salahnya aku cuba jawab soalan ni barisan pun panjang lagi. Aku memang suka melayan kuiz dekat majalah. Nak melayan bintang tak boleh, harammm… jadi melayan kuiz tak haram kot?
“Soalan 1, adakah anda sentiasa ingat hari lahirnya dan hari-hari penting dalam hidupnya?” Aku berdesit.
 Jawapan : (Ya/Tidak) tak pasti
 “Soalan 2, Adakah dia pernah memaksa anda untuk membuat langkah yang serius dalam perhubungan sebelum anda sendiri bersedia?” Aku menghela nafas berat. Sekali lagi membaca soalan itu. Aku berdesit perlahan, pernahkah?
“Jawapannya, tak.”
“Adakah anda selalu teruja bercerita tentang si dia dengan teman-teman dan keluarga anda.”
Aku mengaru kepala. Pernah ke aku teruja?
Tak. Macam mana aku nak teruja, setiap kali aku sebut nama dia, kawan-kawan aku mesti buat muka menyampah. Depan mak lagi aku tak berani nak sebut. Nanti tak fasal-fasal mak akan tanya, bila dia nak masuk meminang?
 “Soalan 4, Pernahkah si dia merenung mata anda ketika melafazkan kata I love you? Haish… soalan macam ni pun ada?” Aku tercari-cari jawapannya. Mungkin ada memori aku yang sudah terpadam.
“Jawapannya tak!” Segera tangan aku membuat tanda buat pada jawapan itu.
“Kenapa susah soalan-soalan ni? Okey next… Adakah anda berasa selesa ketika bersama dengan si dia?” Yup! Memang aku sangat selesa, sehinggakan aku malas nak pakai mekap dan pakai lawa-lawa setiap kali jumpa dengan dia.
Yes! He’s the one!
“Adakah si dia overly controlling. Jika ya, lelaki begini tidak yakin dengan anda dan perhubungan anda berdua.”
Jawapan : (Ya/Tidak)
What! Aku yang kontrol dia bukan dia kontrol aku! Jadi… aku tak yakin dengan perhubungan kami?”
Jawapan : Jika ‘Ya’ lebih banyak dari ‘Tidak’, bermakna he’s the one. Jika ‘Tidak’ lebih banyak, anda perlu lakukan sesuatu!
“Gosh! Jawapan aku banyak tidak! So, he’s not the one? Katakan… dia yang buat test ni…” Aku memerhati sekali lagi soalan-soalan itu cuba menjawab bagi pihak Imran.
“My god, I’m not the one?” Glup! Jantung aku berdegup pantas. Tiba-tiba terasa hati aku bagai ditores dengan pisau yang tajam, sakit… pedih!
Agaknya sebab ini Imran asyik berdalih bila aku minta dia masuk meminang, sebab I’m not the one? Dia tak cintakan aku? Tapi kenapa dia tak berterus terang? Tak boleh jadi ni, mana mungkin dia tak cintakan aku?
Bertenang Nadia. Jangan percaya sangat dengan soalan-soalan karut ni. Soalan ni bukan penentu cinta atau tidak, mengarut semua ni. Sama dengan ramalan bintang, karut… karut… karut!
“Cik… ini order cik dan ini balance.” Lamunan aku terhenti bila terdengar suara lelaki menyapa.
Aku segera menyambut tray yang dihulurkan berisi secawan kopi dan sebungkus chicken sandwich. Kemudian bergegas menuju ke tempat kosong. Berdiri lama dekat dia nanti banyak soalan pula dia tanya.
Alamak, lupa nak ucap terima kasih!
Aku menoleh, terlihat dia berjalan laju memasuki bangunan Emas Holding. “Terima kasih, Mr Driver.”
Eh, kejap… kenapa suara dia macam biasa aku dengar je?

 BERSAMBUNG

3 comments:

aksesoris korea said...

aksesoris murah aksesoris fashion aksesoris korea aksesoris murah terbaru aksesoris murah fashion grosir aksesoris murah cmp klorofil jual cmp klorofil jual cmp klorofil jakarta noni shampoo bsy noni shampoo shampo noni wisata pulau tidung paket wisata pulau tidung wisata pulau tidung murah paket pulau tidung desain logo

Velorina Tasha said...


Iam really impressed with your writing abilities and also with
the structure in your weblog. Is that this a paid subject matter or
did you customize it yourself? Anyway stay up the excellent high quality writing, it
is uncommon to peer a nice weblog like this
one these days..

Poker Online | Togel Singapura

Charlers John said...

Thank you so much for the kind tips. It would definitely help to beginners like me.
red scarf