Intan payung kami...

Friday 26 April 2013

Bab 20 : Mencari Mr Chaming


Suasana pasaraya Tesco Mutiara Damansara agak lengang, mungkin kerana hari ini bukan hari minggu. Aku memang suka datang membeli-belah pada hari biasa. Tak perlu bersesak dengan pengunjung lain. Tak perlu risau nak beratur panjang. Tak perlu nak berebut-rebut nak timbang barang sebab memang tak ada pengunjung lain. Nak minta tolong pekerja pasaraya pun senang, dia orang pun tak buat muka masam sebab hari biasa selalunya mereka tak terlampau sibuk.
Kadang-kadang terasa seperti pasar raya ini aku yang punya. Bebas menolak troli ke kiri dan kanan. Tapi, bukan aku yang tolak, mestilah si Prince Charming. Kalau aku tolak tak maco lah!
Langkah kaki berhenti di depan rak minuman. Terlihat dia tercari-cari sesuatu.
“Cari apa?” Tanya aku.
“Kopi.” Dia Terus membelek. “Aha, ini dia.” Dia tersenyum lebar, kembali menolak troli.
Aku terus mengikuti langkah dia, tiba-tiba mata aku terpandang sesuatu. Sesuatu yang bercahaya kekuningan! Kecur air liur. Seakan terasa keenakkannya mencecah lidah.
“Awak pandang apa?” Suara husky menyapa telinga. Zupp! Angan-angan berlari.
“Erkk… tak ada apa-apa.” Aku terus menarik troli dari depan.
“Lara…” panggil dia. “Kalau awak ada nak beli apa-apa ambil sajalah. Saya bayar.”
“Eh, tak apa. Lain kali.” Aku berdeham. Bila kau tak ada kalau beli sekarang bahaya!
“Dah alang-alang ni.”
“Tak apa. Tak apa.” Aku terus berdalih. Nanti tak pasal-pasal kantoi. Dia merenung seperti tak percaya. “Betul, nanti saya pergi ambil. Awak boleh ambilkan halia daun sup? Saya nak ke sana.” Ujar aku. Dia angguk.
Aku terus melangkah ke arah rak mee segera. Tak dapat beli, dapat lihat pun dah cukup! Eh! Dekat sini ada jual mamee classic! Susah sungguh nak cari dekat pasaraya lain. Aku pandang kiri kanan terlihat dia berada di kawasan barang basah. Tanpa tunggu lama terus mencapai sebungkus mi mamee classic dan berjalan laju ke kaunter membayar. Selesai membayar aku masukkan ke dalam beg. Mujur, terasa nak bawa beg besar. Tiba-tiba telefon bimbit berbunyi.
“Lara, awak dekat mana?” Suara husky masuk ke telinga.
“Erkk… dah on the way ke sana.” Aku berdalih. Namun ketika aku hendak melangkah masuk di pagar masuk terlihat dia tercegak memerhati. Nak tak nak terpaksa tersengih.
“Awak buat apa dekat luar?” Wajah dia berkerut.
“Erkk… emmm… pergi ATM tadi.”
“Larr.. buat apa? Kan saya kata saya akan bayar.” Dia terus merenung.
“Tahu. Ini untuk kegunaan hari lain. Takut lepas shopping saya lupa.” Menipu lagi!
Dia senyum, menggeleng. “Kan saya dah bagi duit belanja, tak cukup eh?” Tanya dia dengan wajah perihatin.
“Erkk.. cukup. Cukup. Sangat cukup.” Aku tersengih.
Dia menaikkan kening. Tak percaya cakap aku lah tu!
“Semua dah beli?” Tanya aku terus menilik barang-barang yang ada dalam troli.
“Dah.” Jawab dia dengan penuh yakin.
Aku memerhati daun sup di dalam troli. Kenapa semacam je ni? Tarik sehelai kemudian cium. Lar! Ini bukan daun sup sayang oi! Aduhai. Macam mana ni? Takkan nak cakap dia salah beli, nanti dia malu.
“Kenapa? Tak cukup ke daun sup banyak tu?” Tanya dia dengan penuh yakinnya.
 “Erkk… cukup.” Jawab aku beria-ia. Tak sanggup beb nak memalukan wajah yang maco ni.
“Saya confuse tadi yang mana satu daun sup dan yang mana satu daun ketumbar.” Dia senyum. “Tapi awak dah mengiakan tadi, makna saya tak salah pilih lah.”
Alamak! Tulah, lain kali kena jujur. Jangan kerana nak jaga hati tak fasal-fasal sendiri terkantoi. Macam mana ni?
“Eh, kejap…” Aku tarik troli yang ditolaknya. “Tangan saya kuat sangat bau bawang tadi.” Cewah, nak tunjuk real punya lakonan aku keluarkan sanitizer, cuci tangan cukup-cukup kemudian capai sehelai daun ketumbar, dibawa ke hidung. “Ahaa… baru jelas baunya. Ini daun ketumbar lah.” Aku cuba berlakon sebaik mungkin. Dahi dia berkerut.
“Saya salah ambil?” Tanya dia. Aku angguk,  tersenyum kecil.
“Nasib baik awak pakar. Kalau tidak dah tersalah. Jom, tukar.” Dia menolak troli.
Pakar? Heee… yalah tu, pakar berlakon!
“Sebelum ni awak kerja apa? Dekat mana?” Tanya dia, ketika berhenti di depan peti ais mengambil tiga botol susu segar. Aku yang sedang membelek kertas di tangan memandang dia untuk seketika.
“Saya… tak kerja.” Jawab aku.
Wajah dia kelihatan seperti terkejut. Meletak susu segar ke dalam troli. “Pelik. Takkan lepas susah payah ambil ijazah awak tak kerja?” Dia memandang aku seketika.
“Saya…”
“Mesti awak ni anak orang kaya?” Dia menjeling, menaik-naikkan kening.
Aku menggeleng. “Tak adalah. Lepas habis belajar saya jaga atuk sakit. Lepas dia meninggal saya rehat dekat rumah dulu sambil jadi pembantu mak tanda buku student dia.”
“Wow, lama juga menganggur.” Dia terus menolak troli menuju kebahagian bahan basah.
“Ya.” Balas aku acuh tak acuh. Takkan aku nak bagi tahu aku tak kerja sebab nak jadi penulis sepenuh masa. Nanti banyak pula soalan dia. “Nak beli ikan dekat sini ke?” Tanya aku cuba berdalih ingin mengelak dari disoal-siasat. Dia yang sedang membelek ikan memandang kehairanan.
“Ada tempat lain ke?” Dahi dia berkerut.
“Pasar borong.”
“Ada beza ke?”
Aku mengangguk. “Kalau kita pergi awal pagi akan dapat ikan yang fresh.” Aku menarik nafas lega. Yalah tu! Masa mana kau nak pergi Lara! Macamlah rajin sangat nak bangun awal pagi semata-mata nak pergi beli ikan sekilo dua.
So, ayam pun beli dekat sana?” Tanya dia. Akhirnya berjaya mencuri perhatian dia.
“Ayam, daging boleh je beli sini. Kalau tak beli dekat sini nak masak apa malam nanti.”
Dia terus terus mencapai dua ekor ayam. “Cukup?” Tanya dia.
Aku angguk. Selepas ayam di potong dia menolak troli ke arah daging, meletakkan daging yang sudah ditimbang ke dalam troli. Aku mengeluarkan sanitizer. Macam tahu-tahu saja dia menghulurkan tangan.
“Saya suka perempuan yang tahu jaga kebersihan.” Ujar dia sambil mencuci tangan dengan sanitizer itu.
Aku tersenyum bangga. “Kebersihan itukan dituntut dalam agama.” Ayat nak menaikkan saham sendiri.
Dia senyum. “Saya dengar awak berkawan rapat dengan Fazrin.” Tanya dia ketika menuju ke arah kaunter.
Soalan itu membuatkan kaki aku berhenti melangkah. “Awak kenal dia?” Soalan apakah ini? Mestilah kenal, jiran dia.
Dia mengangguk. “Adalah beberapa kali kita orang terserempak dekat majlis. Sekarang dia dah jadi jiran saya. Dia ada girlfriend kan?”
Aku mengangguk. “Yup, Syikin. Pelakon baru.” Balas aku sambil membelek buah nenas. Sedap juga kalau buat masak pajeri nenas.
“Oh, jadi awak dah kenal Syikin?”
Aku angguk. Menoleh seketika pada dia. Kenapa dia sibuk nak tahu fasal Fazrin? Takkan dia pun peminat pelakon tu? Atau… dia peminat Syikin?
“Cantik Syikin tu.” Ujar aku. Kenyataan berbaur provokasi. Kalau dia angguk tu maknanya teori aku memang betul.
Terdengar dia menghela nafas perlahan. Langkah kami terhenti. Dia menoleh pada aku. “Awak pun kata dia cantik?” Dia menaikkan kening.
Aku angguk. “Kalau tak cantik masakan boleh jadi pelakon dan masakan Fazrin jatuh cinta.” Balas aku memandang wajah dia yang berkerut-kerut.
Bibir dia mengukir senyum. “You know what…” dia terdiam seketika. Memandang ke arah lain kemudian kembali merenung wajah aku. “You much-much better then her.” Dia berbisik, mengenyit sebelah mata pada aku. Kemudian menolak troli.
“Jangan nak buat lawak.” Balas aku tergelak kecil mengekori langkah dia.
Tak mungkin aku termakan dengan kata manis yang belum tentu jujur. Dia buta ke apa? Baru pagi tadi Fazrin komen fasal aku itu dan ini. Tak mengancam lah, macam mak cik-mak cik, pucat macam vampire lah. Dia ingat aku nak percaya pujian dia tadi tu? Jangan harap!
“Lawak apa pula. Kenyataan.” Sekali lagi dia berhenti melangkah. Merenung lembut pada aku. Bab ini memang aku lemah, apabila smiling eyes dia tu merenung aku memang boleh buat aku hilang arah.
“Saya tak mudah termakan puji. Sebab saya tahu memang saya ni tak cantik macam Syikin. Pucat macam vampire. Dress up macam mak cik nak pergi pasar. Mak cik nak pergi pasar pun lebih cantik dari saya.” Balas aku masih berjauh hati dengan komen Fazrin tadi.
Walau pun komen dia berniat mahu aku berubah ke arah positif, tapi, agak-agaklah, jangan guna perkataan yang menyakitkan hati aku. Tak fasal-fasal keyakinan diri aku jatuh merundum!
“Lara..” Panggil Sam menarik lengan aku.
Langkah kaki aku terhenti dan terkejut dengan tindakan dia itu.
“Dengar sini.” Matanya terus merenung aku. Dia diam untuk seketika sebelum kembali bersuara. “If someone say you’re ugly, actually they the ones that wish they were as beautiful as you are.”
Nonsense!” Balas aku tersenyum mengejek.
“Lara…” Kali ini nada suaranya agak perlahan. Tangan dia masih memegang erat lengan aku. Dia terus merenung wajah aku sambil mengetap bibir. “You’re nature beauty.” Ujar dia perlahan, menghampiri aku.
 “Kecantikan yang jarang ada pada wanita sekarang ni. Tapi tak tahulah kalau hidung comel awak ni…” Dia mencuit hidung aku. “Hasil pembedahan plastik. Atau bibir yang terbentuk ni…” dia menunding jari pada bibir aku “… hasil kerja pakar bedah?” Tanya dia berbisik sekali gus mengetarkan hati aku. Aku terkedu. Maksudnya? Aku ni cantik?
Dia tersenyum lembut. Menghela nafas perlahan. “You’re beautiful in your own way.” Dia berbisik di telinga aku lantas melangkah pergi. Aku terus terpaku di situ. Merenung dia menolak troli.
Oh, tidak! Senarai nombor tiga ciri-ciri prince charming….
‘Indah berkata-kata, selalu mengunakan ungkapan-ungkapan manis contohnya seperti… You make me miss you, what to do ya? I love you sehingga nafas terakhir… dan sebagainya.’
Tapi, kenapa dia puji aku? Ikhlaskah dia?

***

Ketika memasukkan barang ke dalam bonet kereta aku membantu mana yang patut.
“Awak pergilah hidupkan enjin, biar saya masukan.” Cewah, cover line sebab nak masukkan barang seludup ke dalam plastik barang-barang lain.
“Tak berat awak nak angkat semua ni.” Dia mengangkat sekapit beras, letak dalam bonet.
“Itu je berat yang lain ringan je. Pergi lah. Nanti panas saya nak masuk nanti.” Dia menolak tubuh dia ke tepi.
Dia berhenti menyusun barang. Memandang aku berkelip-kelip. “Jangan risau, kereta ni solar tinted. Lagi pun… kita park bawah bumbung lagi tak panas.”
“Oh, ya… lupa. Tapi… kena panaskan enjin dulu, takkan start je terus nak drive, kan?” Dalam hati berdoa agar dia setuju.
“Betul juga. Tapi awak hidupkan enjin biar saya pindahkan.”
“Ehhh.. tak apa, saya boleh buat. Lagi pun awak susun barang ni bersepah nanti tak muat ruang.” Haish… aku pun apa lagi terus pura-pura menyusun barang dengan tekunnya yang besar sebelah kanan yang kecil sebelah kiri, sayur dekat atas…
Yes, mem.” Ujar dia tersenyum kecil.
Good boy.” Jawab aku mengusik. Dia terus ke depan. Tanpa buang masa aku terus keluarkan mi segera yang tersimpan dalam beg.
Namun belum sempat aku nak seludup masuk ke dalam beg plastik lain terdengar dia memanggil…
“Lara.”
 Serentak mi segera terjatuh ke lantai dan serentak juga kaki aku menendang ke bawah kereta. Lekas-lekas mengangkat wajah, terlihat dia menghampiri.
“Awak ada ternampak…” dia terdiam. “Okey ini dia.” Dia tersengih, mengambil telefon bimbitnya yang tertinggal di dalam bonet. “Awak kenapa?” Tanya dia.
“Kenapa apa?” Aku cuba mengawal jantung yang berdegup laju. Mujur tak kantoi. Kalau dia tengok aku beli mi segera memang naya!
“Macam baru nampak hantu?” Tanya dia, berkerut wajah.
“Oh, tak adalah. Penat.” Aku tersengih menutup bonet.
“Tulah, saya nak buat tak bagi.” Dia menjeling. Aku menyeringai.
“Jom.” Aku terus berjalan ke arah tempat penumpang. Namun, sebaik saja aku melabuhkan punggung tiba-tiba mata aku menangkap satu objek yang sangat-sangat aku kenal!
Oh my mamee!
Macam mana boleh sampai ke depan! Rasanya aku sepak perlahan je tadi! huhuhu… terlihat beberapa orang yang lalu lalang tertoleh-toleh, memandang bungkusan mamee dan kemudian memandang kereta kita orang.
“Larr.. siapa pula shopping sampai terjatuh tu?” Terdengar Sam ketawa. Menggeleng kepala. “Mesti balik nanti tercari-cari tu.”
Aku menoleh pada dia. “Ahaaa.. ha.. haa.. hu.. hu.. haa.” Tawa aku dah bunyi sumbang. “Sayang, membazir, kalau kita ambil boleh?” Aku menoleh pada dia.
“Eh, mana boleh, nanti tuan dia cari.”
“Kalau macam tu saya tolong alihkan… atau bawa ke…” belum sempat aku habis bersuara terdengar tingkap sebelah aku di ketuk. Aku menoleh, terlihat pengawal keselamatan memegang mamee. Aku memandang ke depan. Bungkusan mamee tadi dah tak ada!
Tangkap di turunkan. “Ya?” Tanya Sam.
“Barang encik tercicir.” Pengawal keselamatan berbangsa Bangladesh menghulurkan bungkusan itu pada aku.
“Eh, bukan encik. Orang lain punya.” Jawab Sam.
Aku dah keras. Mata tak berkelip memandang bungkusan kuning itu. Habis aku kalau kantoi.
“Saya-nampak-ini-barang-keluar-dari-bawah-ini-kereta.” Jawab pengawal tadi dengan bahasa melayu versi bangla.
“Oh, ya ke?” Dahi Sam berkerut. “Tapi kami tak ada beli itu barang.” Ujar Sam.
Aku menelan air liur. Pengawal itu memandang aku. Eh! Macam tahu-tahu je dia ni!
“Betul, bukan barang kami. Orang lain punya. Atau awak boleh simpan. Mungkin rezeki awak.” Ujar aku tersengih. Beria-ia berdalih!
“Betul ka bukan?” Tanya dia lagi.
“Ya memang bukan!” Ujar aku beria-ia.
“Ookey.” Dia terus menjauhkan diri. Tingkap kereta dinaikkan.
“Dia ingat kita ni makan ke makanan macam tu? Tak berkhasiat.” Sam menggeleng. Kereta bergerak.
“Emmm.. betul.” Aku menelan air liur. Fuhhh… nasib baik!


BERSAMBUNG...

(siaran MMC terpaksa dihentikan untuk seketika kerana memberi laluan pada Terukir Cinta di Bintang yang bakal diterbitkan tidak lama lagi. MMC akan melalui proses pembedahan manuskrip, Insya Allah, sebarang berita gembira akan di war2 di sini dan juga facebook. Selepas siap sesi pembedahan MMC akan disiar kembali. Terima kasih kerana bersama cik write, semoga anda dapat beri sokongan pada hasil tulisan cik writer yg seterusnya... tanpa korang... cik writer berjuang seorang diri.)

13 comments:

Anonymous said...

ala cian lara...nti beli lain ye mamee tu

zie omar said...

alamakkkkk..nak pengsan bila mr. sam sebut "you're beautiful in your own way" tu..terbayang2 kat mata jang dong gun dgn kim ha neul dlm a gentleman's dignity...hahahaha melampaunya imaginasikan :P

semoga MMC akan berjaya melalui proses pembedahan nanti ye. Fighting!!!

AsHu ManCis :) said...

flirting2..hish..
kang tido mengigau mr sam kang.
thumb up..
suka entry ni..

strawberry.chocolate81 said...

alaaaaaaa dah berenti huhuhuhu.....uwaaaaaaa nak lagi nak lagi (nangis guling2 hentak2 kaki neh)

Unknown said...

kekeke..kelakar2...mr sam ni knp..rasa mcm dia suka kat lara..tp cam tiba2 je kan..tp dia punya caring tu..terbuai sekejap..olala..

cyah said...

Ala tp rs cam lara akhirnya ngan fazrin jer sbb bila lara ngan mr sam mcm dia x jd diri sndri jer

MizaEija said...

go go cik writer go... hoyeaa!!!

*baru dapat baca.. :( *

Anonymous said...

Ala naper nak benti plak. Meroyanla den nanti. Waaaaa.....

aisyah said...

Lara...lara..nk cover nyer psal....

Tahniah nk klua buku...

Yazreina said...

Dah stop ka??? Nk lagiiiii

Anna Lee said...

koranggg... nanti ada masa saya sambung ya, kalau ada rezeki korang boleh pegang ditangan. Bersabar ya. tq sooo much sudi melayan kisah Indah Lara ni.

mumtaz said...

bile nak sambung ni :-( waiting make me wonder so much...

HaNiTa aLMiZaN(BLaCKCaT) said...

sakit perut