Intan payung kami...

Saturday 18 May 2013

Bab 21 : Mencari Mr Charming.




Kita orang tiba di depan sekolah Tania lima minit awal dari waktu persekolahan tamat. Sepanjang perjalanan tak banyak perkara yang kami bualkan. Hanya lagu-lagu dari Matthew Perryman Jones dan Trents Dabbs membelai jiwa.
Sepatah dia tanya, sepatah aku jawab. Bukan aku tak suka, cuma, aku segan nak pandang dia mahupun keluarkan suara. Sebenarnya, sedikit sebanyak aku dah mula syok sendiri.
Cuba kau orang bayangkan jika ada lelaki tiba-tiba puji kau orang dengan kata-kata manis macam tu, agak-agak hati wanita kau orang tergugat tak? Mula syak dia suka kita tak?
Kalau ikutkan hati, memang tangan aku dah gatal-gatal nak hantar pesanan ringkas kepada Fazrin. Biar dia tahu bahawa teori dia supaya melawa untuk pikat Mr. Sam tak betul. Tapi tahan diri Lara, nanti bila asyik melayan teks dari Fazrin melepas pula nak ambil hati Sam.
Terlihat sekumpulan pelajar mula keluar dari pagar sekolah. Lekas-lekas aku buka pintu kereta.
“Nak pergi mana?” Tanya dia. Aku menoleh.
“Duduk kat belakang.” Balas aku hairanan.
“Lar… tak payah. Duduk depan.” Dia tarik lengan aku. “Kalau suruh dia duduk depan nanti kena saman.” Balas dia seakan mengerti ada tanda soal dalam kepala aku. Tapi, jawapan dia buatkan tanda soal aku tu semakin bertambah besar.
“Dia tak suka pakai seat belt.” Ujar dia  dia lagi kemudian membuat isyarat agar aku tutup pintu.
“Oh.” Kening aku terangkat. Tersenyum kecil. Perlahan-lahan menutup pintu.
“Kalau saya datang ambil seorang pun saya akan suruh dia duduk belakang kalau tak mahu pakai seat belt. Walau pun sekarang dah ada undang-undang penumpang belakang pun kena pakai seat beat dia tetap degil. Cuma kalau duduk belakang, kalau ada polis di depan, sempatlah dia tarik tali tu.”
Aku mengangguk. Tiba-tiba telefon bimbit dia berbunyi.
“Ya Shida.” Terdengar dia menyambut. Kemudian mengangguk-angguk. “Saya dekat luar sekarang ni. Nantilah lepas saya hantar Tania balik rumah saya ke pejabat.” Dia terdiam seketika.
“Eh, betul ke?” Kali ini suara dia kelihatan terperanjat. Aku menoleh seketika. Wajah dia kelihatan ceria. “You make sure berita ni betul. Lepas dapat confirmation saya nak awak uruskan tiket saya ke sana.” Dia menarik nafas dalam. Menutup telefon bimbitnya.
“Oh ya, next week awak akan ke US kan?” Terlupa pula nak tanya pasal ni.
Bila dah ke sana tak adalah aku rasa bersalah duduk dalam rumah tu. Nanti ada pula yang tuduh aku bersekedudukan dengan lelaki.
Dia mengelus nafas perlahan. Berdesit kecil. “Tadi Shida baru call. katanya mungkin kena postpone pergi sana. Projek dekat Johor ada masalah saya tak boleh tinggal. Kalau client dekat US setuju saya ke sana pertengahan bulan depan. Jadi pertengahan Oktober saya ke sana.” Balas dia menghela nafas perlahan.
Kesian. Walau duit bertimbun tetapi belum tentu dapat menjamin ketenangan hati. Tapi… kalau dia tak ke US pertengahan Oktober, dia nak tinggal di mana? Takkan aku kena berhenti kerja sementara dan pindah balik rumah Ayun? Mana boleh, masa tu Ayun tengah jadi pengantin baru!
“Tak habis-habis dengan masalah.” Dia bersandar tangan memicit-micit dahi. Kalau aku ni isteri dia, mahu aku dah tolong picitkan… Hee… Dari raut wajah jelas dia nampak tertekan.
“Bila dapat tahu sama ada awak akan ke US minggu depan atau bulan depan?” Tanya aku perlahan.
“Entah. Kejap lagi saya akan masuk pejabat.” Dia menghela nafas perlahan. Merenung ke depan.
Tak perlulah aku tanya dia sekarang tentang status tugas aku macam mana, nanti makin pening kepala dia. Dari jauh aku melihat Tania melambai-lambai. Bibirnya mengukir senyum.
“Papa dari mana?” Tanya Tania sebaik sahaja berada dalam kereta. Membuka beg galasnya. Menjenguk di ruang tengah antara kerusi pemandu dan penumpang sebelah.
“Beli barang dapur.” Balas Mr. Sam lantas memasukkan gear.
“Wahh… jadi malam ni akak boleh masak makanan sedap-sedap lah ya?” Wajah dia kelihatan teruja.
“Apa yang sedap-sedap tu?” Aku menjeling.
Dia kelihatan termenung seketika. “Masak asam pedas?”
“Okey tak ada masalah.” Balas aku mujur tadi terasa mahu beli bahan-bahan untuk masak asam pedas.
“Papa dinner dekat rumah kan?” Tanya Tania girang.
“Tak pasti lagi. Lepas ni papa kena balik pejabat.”
“Alah, bosan betul. Dah lama tak makan satu meja dengan papa. Asyik kerja je.” Dia mencemik.
Aku tersenyum menjeling pada Sam di sebelah. Dia juga tersenyum. “Tengok lah nanti, papa cuba balik cepat.” Balas Sam. “Tapi… takkan asam pedas je. Kalau ada lauk kegemaran papa baru excited nak balik.” Dia menjeling pada aku.
Alahai… mata dia… glup!
“Okey, masak asam pedas daging. Lepas tu, sambal belacan, masak lemak cili padi jantung pisang, ayam goreng belada. Okey?” Dia menjenguk aku kemudian pada Sam.
“Emmm.. kalau lauk macam tu baru papa balik.”
“Banyaknya lauk?” Aku menoleh pada Tania.
“Tak apa, kita ajak abang Fazrin. Dia pun suka asam pedas.” Balas Tania tersengih-sengih lantas mengeluarkan telefon bimbit.
Serentak itu Sam menoleh pada aku. Pandangannya seperti menghantar isyarat yang aku tak faham. Aku menaikkan kedua kening menghantar isyarat ‘Kenapa?’ Dia tersenyum kecil, menggeleng kepala kemudian terus memandu.
“Hey, bawa telefon ke sekolah?” Aku menegur Tania. Dia tersengih.
“Cikgu tak tahu ke?” Soal aku lagi. Kalau tidak silap undang-undang melarang bawa telefon bimbit ke sekolah telah diperketatkan atau aku ketinggalan berita?
“Biarlah rahsia.” Bisik Tania tersenyum. “Yes! Abang Fazrin say yes!”
Serentak aku dan Mr. Sam saling berpandangan. Dia mengukir senyum yang sukar untuk ditafsirkan. Tapi okey juga ada Fazrin, tidaklah aku kekok nanti. Sudahlah sekarang ni pun aku dah kekok gila. Terasa macam satu keluarga pula! Heee… kekok yang indah!
Keluarkan telefon bimbit. Update status!


***

Indah Lara
1 hours ago
Bila ada lelaki puji kita dengan kata-kata manis, adakah itu tandanya dia dah mula sukakan kita?
Like. Comment. Promote.
Ayun – Cik Indah, siapakah orang itu??
Maya – Cer citer dia puji apa? :P
YuYu Pak Mie – Mungkin, tapi dalam masa yang sama berhati-hati…hehe.
Aisyah – Ulat bulu dah naik daun!!
Ajie – So, apa perasaan Indah Lara bila dipuji? Adakah Mr Charming ituu?
Indah Lara – Ayun, akan tahu bila tiba masanya… J, Maya - malu nak tepek sini nanti ada orang kata kita ni syok sendiri :P, Yuyu Pak Mie – I will!, Aisyah – Daun apa ya? Hahaha…, Ajie – heee… (muka dah merah) biarlah rahsia dulu.
Sarah – kenapa tergiang-giang lagu Dato Siti ni?... Oh I think I’m falling I’m falling and I can’t stop falling, I’m falling in love with you. Heee…

BERSAMBUNG...

XOXO



14 comments:

eija said...

wahhh..pdg mmdag..jeling mjeling... en sam klo dh suka jgn lmbt msk jarum..nti mlepas..

NurAtiZa said...

Best.... #^_^

Rozy Harris said...

Ala.. Baru nak panas baca.. Sam ni pun, awat slow sgt!

kiki said...

haha falling in love?
da ada bunga2 tu

cyah said...

Hahaha

aisyah said...

amboi lara...pantang dipuji

strawberry.chocolate81 said...

ahhahahhaha kenapa bila maya 2 komen soh cite ape dia puji 2 kite rasa nak gelak guling2 hahhaha...huyyoooo mr sam neh something fishy is going on in his mind ke hihihihi

Anna Lee said...

Eija - hahaha.. dia hantar isyarat tuuu.. agak2 apa yer.. hahaha. Takkan rasa tergugat ngn Fazrin kot?? heee

Nuratiza - Tq dear!! :)

Kiki - harap2 bukan bunga tahi ayamm.. hahaha

Cyah - heeee...

Aisyah - hahaha... dia ni mmg kaki SS :P

Strawberry - hahaha.. amboi Maya, bukan je kat Lara punya FB, kat sini pun hg ada yerr??? hahahaha.kebetulan yg sangat kena :P

MizaEija said...

Owhhh Abam Sam... ahaks..=p

AsHu ManCis :) said...

Yeah, sukaa nya. rasa kita pulak yg dupdapdupdap. haha

pena tumpoi said...

hamoih. kemain Indah ni :D

maisarah_sheikh said...

Da keluar versi cetak ke blum ...

Anonymous said...

Aiya bila mau sambung nih??????

Anna Lee said...

Maisarah - belum.. akan, tapi tak pasti lagi bila.

Arn Rashid - Dah disambung dahh.. hee