Intan payung kami...

Monday 8 July 2013

Bab 26 : Mencari Mr. Charming



Sebaik saja tiba di hadapan bangunan pejabat Sam aku termenung panjang. Kereta telah diparkir jauh dari bangunan itu. Kelihatan beberapa orang pekerja keluar masuk dari bangunan tiga tingkat itu. Besar juga lot pejabat milik Sam. Kesemua bangunan tiga tingkat itu adalah pejabat dia. Di lot sebelah terdapat pelbagai jenis kedai.
Aku melangkah dengan penuh yakin. Sekeping sampul surat di tangan. Aku mengetuk pintu cermin beberapa kali sebelum dibuka dari dalam.
“Nak cari siapa?” Gadis penyambut tetamu bertanya.
“Saya nak jumpa Shida.”
“Apa tujuan cik nak jumpa dengan dia?”
“Saya datang nak serahkan sampul surat ni.” Balasku cuba mengukir senyuman manis.
“Sekejap ya saya telefon Shida.” Ujar gadis itu dengan senyuman manis di bibir.
“Eh, kejap-kejap. Kalau boleh jangan telefon dia boleh? Saya nak surprise kan dia.” Aku tersengih.
Wajah gadis itu berkerut. Tangannya masih melekat pada ganggang telefon. Dari riak wajahnya jelas kelihatan seperti dia ragu-ragu.
“Tapi polisi syarikat tak benarkan orang luar masuk tanpa kebenaran mana-mana pegawai.”
“Ya, saya tahu tu. Bagus, awak memang pekerja yang bagus. Nanti saya boleh buat laporan pada Mr Sam yang awak ni pekerja yang bagus. Nanti saya suruh dia naikkan bonus awak bulan ni.” Eh, apa aku merepek ni?
Gadis itu terpinga-pinga merenung aku. Tangan dia melekat pada ganggang telefon.
“Awak kenal Tania?” Tanya aku pada gadis itu.
“Anak bos?”
Aku mengangguk-angguk, menaikkan kening.“Dia nak surprise kan Shida, dia suruh saya wakil sebab dia ke sekolah.” Balas aku dengan penuh yakin.
Surprise kan apa? Hari ni bukan hari jadi Shida pun.” Balas gadis itu berkerut-kerut.
“Entah, saya pun tak tahu. Tapi… Tania pesan suruh serahkan sampul surat ni dan jangan bagi tahu Shida. Dia suruh saya letak dekat satu tempat rahsia, hanya dia dan Shida saja yang tahu tempat tu. Erkk.. dan sekarang saya tahu.” Balasku serius. Gadis itu masih kelihatan serba-salah.
“Tania pesan banyak kali pada saya jangan bagi tahu sesiapa di mana tempat rahsia tu. Patut ke saya bagi tahu awak?” Aku mengaru-garu kepala, kononnya sedang berfikir.
Sempat aku menjeling pada dia ingin melihat riak wajah dia. Tapi nampaknya budak ni memang tak makan saman sungguh! Alasan apa lagi yang boleh aku buat ni?
 “Kalau ikutkan saya pun malas nak panjat tangga tu. Dah lah badan kurus, makin kurus saya nanti nak naik turun tangga tu.” Aku termenung seketika. Menjeling pada dia.
Saja buat ayat-ayat provokasi, kalau aku tunjuk sangat beria-ia mahu naik mahu dia pelik atau fikir yang bukan-bukan.
Tapi malangnya, pancing aku tidak mengena. Gadis itu masih kelihatan serba-salah. Bagus sungguh Mr. Sam ni didik pekerja dia jadi amanah. Aku mengaru kepala. Terus mencari alasan agar aku dapat naik ke atas tanpa pengetahuan Shida.
“Siapa nama awak?” Aku menjenguk tag nama dia. “Rozana, tak apalah kalau tak boleh, saya serahkan balik sampul ni pada Tania.” Balasku tersengih.
Nampaknya aku kena guna plan B. Tunggu Sam datang kemudian minta izin nak tinjau pejabat dia. Walau bunyinya mungkin agak pelik, tapi terpaksa! Aku terus melangkah pergi.
“Cik.” Panggil budak itu. Aku menoleh. “Naik ke tingkat tiga ya.” Ujar dia tersenyum.
Aku menarik nafas lega, mengangguk. Aku terus mendaki tangga ingin menuju ke tingkat tiga. Suasana agak lenggang, masih tidak ramai pekerja yang datang. Jam menunjukkan pukul 8.30 pagi kalau tak silap dia orang mula kerja pukul Sembilan pagi.
Namun ketika aku mengintai ke dalam pejabat tiba-tiba aku terdengar suara yang cukup aku kenali memanggil nama Shida. Perlahan-lahan aku tutup pintu. Aku terus berdiri di luar menunggu Shida beredar dari meja dia.
Sam dah sampai? Rasanya tadi dia tak bangun lagi? Cepatnya! Entah-entah dia dah tanya Shida fasal tu?
“Eh, kau nak cari siapa?” Tanya seorang pekerja yang tiba-tiba berhenti betul-betul di depan aku sambil tangannya membuka pintu masuk dengan luas.
Dari muka pintu terus ternampak Shida yang sedang kelam kabut mencari barang di atas meja. Dia memandang sekilas namun sekali lagi dia mengangkat wajah. Dahinya berkerut saat pandangan kami bertembung. Aku tersengih melambai tangan pada dia.
“Nak jumpa dia.” Aku menunding jari pada Shida. Lantas aku melangkah masuk.
“Kau nak apa datang awal pagi ke sini?” Dia kelihatan kelam kabut seperti mencari sesuatu yang hilang.
“Aku… emmm…”
“Cepatlah. Aku ada meeting dengan bos ni.” Jerkah Shida.
“Aku nak serah resume ni. Mr Sam cakap semalam kau hilangkan resume aku.” Balas aku cemas.
“Hilangkan? Bukan hilang, memang tak ada!” Dia mencerlung.
“Kau salah letak kut.” Aku menelan air liur.
“Hey, aku ni pekerja yang cekap tau. Takkan aku nak hilangkan benda penting pulak. Kau ingat aku ni baru sehari dua jadi setiausaha?” Dia menjeling. “Entah-entah…”
“Ni resume aku. Mr Sam suruh serahkan pada dia pagi tadi. Tapi aku tak sempat nak print.” Lekas-lekas aku mencelah.
Dia menjeling, mendesit kasar. “Letak je atas meja.” Dia mengambil beberapa fail, ingin melangkah pergi.
“Nanti hilang, kau juga yang susah. Biar aku susun kat satu tempat dengan resume calon pengasuh lain.” Balas aku tersengih, dalam hati mendoakan dia setuju.
“Siapa pula nak curi resume kau? Lain lah kau memang tak pernah hantar sebelum ni.” Dia menjeling lagi.
“Mana tahu diterbangkan angin. Nanti kau juga yang susah. Aku dah tak ada copy lain dah ni. Nanti kalau hilang Mr. Sam melenting pulak. Kau kena marah lagi.” Balas aku bersungguh-sungguh.
“Haish kau ni.. macam tak ada masa lain nak datang. Datang awal pagi kenapa, masa ni aku sibuk lah. Tak sempat nak belek mana fail tu.” Dia mencemik, mencapai pen dan buku nota.
“Kau pergilah meeting, biar aku tolong simpan.” Balas aku lagi.
“Cari dekat rak belakang. Aku lupa fail mana.” Kemudian dia bergegas pergi.
“Okey, jangan risau aku akan cari sampai dapat.” Balas aku girang.
Tanpa membuang masa aku meluru ke arah rak belakang meja dia. Membelek satu persatu fail yang ada. Sebaik sahaja melihat tajuk fail di depan, aku menarik nafas lega. Akhirnya. Sebelum membelek fail tersebut aku sempat menoleh ke kiri dan kanan setelah memastikan keadaan selamat segera aku membelek satu persatu resume yang ada dalam fail itu.
Sebaik saja tiba di sehelai kertas mata aku berhenti memerhati wajah pada resume itu. Ini wajah akak yang mengamuk depan pondok pengawal hari tu. Mesti dia yang telefon Sam. Aku memerhati keadaan sekali lagi. Seorang pekerja melintasi meja Shida, memang curiga pada aku.
“Saya tolong Shida.” Jelas aku sebelum dia bertanya.
Kemudian dia berlalu pergi. Lekas-lekas aku mengeluarkan resume itu dan menyelit resume aku di dalamnya. Sepantas kilat juga aku melipat-lipat resume wanita malang itu lalu dimasukkan ke dalam poket seluar aku. Mujur hanya dua keping kertas.
Namun, sebaik sahaja aku selesai memasukkan fail itu ke tempat asal, tiba-tiba terdengar nama aku di panggil.
“Lara?”
Alamak! Mr. Sam dah nampak aku! Perlahan-lahan aku menoleh, tersenyum pada dia.
“Awak buat apa dekat sini?” Soal dia berkerut dahi. Perlahan-lahan aku bergerak menjauhi meja Shida.
“Nak jumpa encik. Hantar resume. Tadi saya keluar awal pergi print.” Balas aku sengaja mengunakan bahasa formal bila Shida keluar dari bilik mesyuarat yang ada di sebelah bilik Sam.
“Lar, hantar by email pun tak apa. Menyusahkan awak je kena datang sini semata-mata nak hantar resume.” Dia terus merenung aku. Aku tersengih.
“Tak apa. Memang saya pun nak keluar hari ni, ke bank.” Aku berdalih.
Dia mengangguk. “Kenapa tak telefon dulu nak datang. Kalau tak saya boleh anjakkan meeting lewat setengah jam.” Dia tersenyum mesra.
“Telefon habis bateri.” Lantas aku memasukkan tangan ke dalam beg tangan aku, menekan butang off. “Dah keluar rumah baru perasan.” Lantas aku menunjukkan skrin telefon yang kosong.
Dia tersenyum kecil. Shida terus tercegat di belakang Mr. Sam, menjeling pada aku. Biarlah apa dia nak fikir.
“Sekarang ni saya ada satu lagi meeting. Kalau awak sanggup tunggu, sila masuk bilik saya dulu. Lepas tu boleh kita breakfast sama-sama. Saya pun tak makan lagi ni.” Pelawa Sam menunjukkan biliknya pada aku.
“Eh, tak apalah. Saya pun ada hal lain ni.” Balas aku, serba salah pula lihat wajah Shida seakan mengejek aku. “Oh, ya saya nak ingatkan encik fasal perkara semalam tu.” Balas aku tergagap.
“Pasal apa ya?” Dahi dia berkerut.
“Emm.. fasal.. callcandidate..” belum pun sempat aku habis bersuara dia segera menyampuk.
“Aha… saya ingat. Nasib baik awak ingatkan saya.” Dia menggeleng kepala. Memandang pada Shida. “Shida, nanti lepas saya habis meeting ni masuk ke dalam bilik saya dan bawa fail candidate pengasuh Tania.”
“Kenapa bos?” Soal Shida berkerut.
“Nanti saya cerita. Saya nak pergi ke bahagian akaun sekarang.” Dia memandang jam di tangan. “Lara, jom saya temankan awak turun ke bawah.” Dengan hormatnya dia mendepakan tangan mengajak aku bergerak bersama. Sempat aku menangkap wajah sebal Shida.
“Okey, Shida jumpa lagi.” Aku mengenyitkan mata pada gadis itu, melambai tangan ala-ala perempuan gedik. Saja nak tambah rasa dongkol di hati Shida. Mesti dia cemburu dekat aku!


Bersambungkah??? (awat pendek ni? kalau kat a4 dah panjang 3 page nih size 1.5 spacing nih)


12 comments:

NurAtiZa said...

Best....
Tapi awat pendek sangat ni?

Anonymous said...

adeeehhh.. awat pendek sgt nie..huuu~ apa2 pn, hati gumbira sebab dpt update Mr. Sam <3
-Lisa Satar-

MizaEija said...

Panjang akai sungguh si Lara neh..

aisyah said...

amboi lara..ikut fazrin jd pelakon kah..hehehe

Anna Lee said...

kikiki.. korang.. kalau dekat word lebih 3 page tauu.. hehehe.. ok akan disambung nanti, sabau ya. :)

chokoreetowanie said...

berani sungguh Lara.tak sabar nak tunggu next part.. ^___^

Unknown said...

KENAPA PENDEK SGT...??? next plzzzzz

Unknown said...

mr sam cam suker je kat lara

Anonymous said...

hebat !!

Anonymous said...

salam. .best sgt cter ni...klakar...snk prut gelak dkt si lara...btul2 syok bace....ada lagi tak sambungan dia? x sabar nk baca

roza mamat

Anonymous said...

dh xde smbungan ker...rindu ar kat mmc...klau mcm nie kna g beli nie....thumbs up cik writer sbb dh buat sy gelak sorg2.. mcm org gila pon ada...haha teruskn berkarya...sy rsa hero dia fazrin kot...haha..whatever la..tp sy mmg minat dia..sweet..n one more,syikin mesti ada kaitan dgn sam...kan???x thu la..haha

Unknown said...

last-last jadi macam mana erk? buku ni ada jual lagi tak?