Intan payung kami...

Wednesday 17 April 2013

Prolog : Terukir Cinta di Bintang


(nak tepek gambar artis mana ya? Kalau ada idea bgtau ya.)




Prolog


Setelah lima tahun dia minta aku bersabar lagi? Minta maaflah. Kali ini memang aku tak boleh sabar lagi. Kalau dah sampai tahap dia berani cabar aku macam tu, buat apa aku nak sabar! Dia ingat aku tak berani?
Aku menarik nafas dalam. Memandang sekeliling. Suasana kedai mamak semakin lengang. Kelihatan beberapa orang pengunjung tertoleh-toleh ke arah kami. Aku segera mencapai beg tangan.
Ketika mahu melangkah pergi, aku terlanggar seorang lelaki yang sedang membelek dompetnya. Tiba-tiba…
Toingg!
Muncul idea gila masuk dalam kepala. Tanpa sempat aku fikir baik dan buruknya aku terus menyambar lengan lelaki itu, lalu dengan penuh yakinnya aku tanya dia.
“Awak, nak kahwin dengan saya tak?”
Lelaki tersebut kelihatan terpinga. Aku buat isyarat mata agar dia mengangguk. Di mata aku, lelaki itu nampak serabai semacam tetapi apa aku nak kesah. Niat hati cuma satu. Nak-buat-Imran-cemburu!
“O… key. Bila?” tergagap lelaki itu. Mungkin masih terkejut.
“Bulan depan,” jawab aku dengan hati membara.
“O… key,” balas lelaki itu, ragu-ragu.
Dengan muka berlagak, aku segera menoleh pada Imran. Menaikkan kening.
 “Awak ingat saya tak berani?” Aku mencemik.
Segera menarik lengan lelaki itu dan kemudian keluar dari kedai.
Terpinga-pinga Imran memandang.
Puas hati aku! 

Bersambung...



6 comments:

Rozy Harris said...

Too short but a good start... Baru2 lagi so akak kena warm up dulu...he..he....

Anna Lee said...

Roziah - prolog, bab 1 & 2 je dulu, sementara boleh warm up ngn citer2 lain dulu.. hee..

Ruunna Qizbal said...

best2..

Unknown said...

Ohooo ingatkan cerpen hehehe

Unknown said...

Cover novel kat atas tu cantik sgt lah. Ala ala sophie kinsella punya ;-)

Unknown said...

Cover novel kat atas tu cantik sgt lah. Ala ala sophie kinsella punya ;-)