Intan payung kami...

Friday 19 April 2013

Bab 17 : Mencari Mr Charming.


Episod : Terkantoi sudah!

Bab 17

Kahwin. Kahwin. Kahwin!
Jangan salah faham. Aku bukannya nak kahwin pun tapi semalam masa aku buka facebook, banyak sangat jemputan kahwin. Bila dah banyak jemputan apa lagi, adalah yang gatal tangan tanya bila pula aku nak kahwin!
Pokok pangkalnya dia orang kena faham kenapa kena kahwin? Jangan kerana umur hampir mencecah tiga puluh tahun maka kita perlu sibuk atau pening kepala fikir soal kahwin. Sampai sanggup tangkap muat je mana-mana lelaki melintas depan mata. Sudahnya, tiap-tipa hari berendam air mata.
Alangkah seronoknya kalau semua orang faham maksud, bila datang seru, bila jodoh dah sampai. Maka kahwinlah aku nanti. Kalau aku tak jemput tu maksudnya belum ada jodohlah. Tapi, yang buat aku naik angin di awal pagi ni bila ada tangan-tangan gatal menaip dekat facebook (ruangan group bekas pelajar sekolah) tuduh aku cerewet!
Tuduh aku berangan tunggu putera kayangan turun dari langit untuk melamar aku. Dia orang kata aku tunggu putera raja Negara Pasir Berdegung datang meminang.
Hellooo… salahkah aku kalau aku berhati-hati memilih pasangan? Aku ni dah naik ngeri tengok mak janda muda bersepah-sepah dekat luar sana. Aku tak mahu jadi seperti mereka. Maaf, aku bukan aku nak pandang hina atau apa, cuma aku nak elak peratus bilangan janda muda di Malaysia. Jadi, kau orang kena faham kenapa aku cerewet.
Si Ayun pula asyik salahkan aku sebab terlalu cerewet. Membebel pasal impian aku menanti kemunculan prince charming yang katanya dah jadi fosil! (Ayun ni kan, kalau nak sakitkan hati dia senang je. Aku sebut je perkataan MANGKUK. Harus dia mengamuk! Ha.. ha…)
Yalah aku tak salahkan Ayun seratus peratus bila dia bengang dekat aku. Sebab boleh dikatakan separuh dari orang lelaki di pejabat dia pernah keluar dengan aku. Tak sempat dia orang tolak aku, aku dah tolak dia orang awal-awal.
Aku ni pun bukannya buruk sangat rupanya. Hidung ni walau tak mancung tapi tidak kembang sangat, sedang-sedang je. Mulut pula, walau pun tak seseksi Angelina Jolie tapi masih terletak cantik dekat muka aku yang nak kata bulat tak bulat nak kata panjang tak juga. Semuanya sedang-sedang je.
Tapi kalau aku tampal warna-warni atas kelopak mata, permerah pipi dan mascara cantik juga aku ni. Jadi tak hairanlah kalau dengan mudahnya aku dapat pikat hati teman sepejabat Ayun.
Tapi semuanya tak tahan lama paling lama pun dua minggu yang lain semua seminggu atau pun tak sampai seminggu. Pantang dia orang buat silap terus aku turn off. Cerewetkah itu?

Title : Cerewetkah aku?
Kau orang mesti nak tahu apakah perkara-perkara yang kaum lelaki telah buat sampai aku boleh turn off? Ni antaranya sebab-sebabnya yang aku dah tepek dekat blog aku. Dengan harapan ada kaum lelaki di luar sana baca dan cuba elak dari melakukan perkara-perkara di bawah…
1.          Lepas makan main sendawa sesuka hati. Tak kata execuse me atau apa-apa yang paling aku sakit hati boleh pula dia gelak lepas sendawa! - its funny, bila dah kenal lama. But its annoying bila first date.
2.          Kau orang sakit hati tak bila kali ke tiga keluar bersama tiba-tiba dia boleh cakap… “Sorry awak, saya tertinggal dompet lah.”  What?(freeze face)
3.          Lagi buat aku menyampah bila… “Saya suka wanita yang berkerjaya. Maklumlah ekonomi Negara sekarang ni tak menentu.”… Daa? (freeze face -mencebik)
4.          Pelahap! Kalau dah jadi laki baru nak tunjuk pelahap tu aku tak kisah lah. Ini baru sekali dua jumpa makan tak ingat dunia! Nampak sangat dia lebih suka makan dari tengok muka aku atau berbual dengan aku!
5.          Sesuka hati dia korek gigi lah, hidung lah. Bukan saja tak macho tapi… Geliiiii!
6.          Gelojoh! Aku menyampah bila dia cakap… “Saya tak suka bercinta lama-lama.” Atau… “Nanti janganlah minta hantaran tinggi sangat.” What? Siapa cakap nak kahwin dengan kau pun!
7.                        Bangga diri. Sikit-sikit nak tunjuk kehebatan dia. Yucks! Menyampah!
8.          Mengelabah! Dia punya narves tu mengalahkan aku orang perempuan! Relax lah. Cool.
9.          Belek menu berjam-jam! Aku tahulah dia nak cari yang harga murah-murah, tapi kalau dah tahu tak mampu nak belanja kat tempat mahal bawaklah aku ke warung ke, kedai mamak ke. Aku tak kisah pun. Ini pergi tempat mahal-mahal nak order nasi goreng kampung! Tension!
10.              Membebel pasal tempat kerja dia. Adeh, ini pun aku tak leh nak tahan. Sudah lah baru kenal sempat lagi nak bergosip fasal orang ni fasal orang tu yang aku langsung tak kenal!
11.              Bau! Pleasee… kadang-kadang nak pengsan dibuatnya. Kalau tak pandai nak jaga diri sendiri, macam mana dia nak jaga anak orang?
Sudah. Cukup sudah. Kalau aku senarai lagi mahu berjela-jela. Tapi itulah antara senarai kenapa aku cepat turn off dengan lelaki. Kalau ada lelaki yang buat hal dalam senarai dekat atas tu, agak-agak kau orang blah tak?

Indah Lara. XOXO.

Adakah kerana senarai tu aku dikatakan cerewet? Bukankah kalau kali pertama kenal kita kena jaga adab, perilaku. Tapi kalau baru seminggu kenal dah macam-macam tunjuk perkara tak baik macam mana hati aku nak terpikat. Aku fikirlah, kaum lelaki ni patut masuk kelas menjaga adab lah. Betul tak?
Sedang aku asyik melayan perasaan bengang ni, tiba-tiba terdengar pintu rumah di buka. Lekas mata aku melihat jam. Dan tiba-tiba sahaja hati aku berdebar-debar. Cepat-cepat aku ke cermin. Belek muka, rambut. Sental lipstik sikit. Betulkan baju.
Okey sedia!
“Hai!” Tiba-tiba satu suara menyapa ketika aku keluar dari bilik. Kaki aku terpaku melihat keindahan wajah dan keseksian suara di depan aku.
“Hai.” Hanya sepatah perkataan sahaja yang mampu mulut aku keluarkan. Dia tersenyum menjadikan wajah dia semakin manis. Rambutnya bersepah-sepah tapi tetap kelihatan kacak di mata aku.
“Awak dah sedia baju untuk saya pergi meeting?” Dia terus merenung aku. Alahai, mata dia buat seluruh tubuh aku terasa lemah.
“Dah.” Aku mengangguk. Dia senyum lagi. Di kiri tangannya terdapat sebuah beg sederhana besar.
Do you have anything to eat?” Dia melangkah ke arah pintu biliknya yang berada di hujung koridor. “Saya tak sarapan lagi. Tak berselera nak makan dalam flight tadi.” Ujarnya sambil membuka pintu bilik.
“Ada. Nanti saya panaskan.” Mujur Fazrin beli banyak barang dapur semalam dapat juga aku cilok simpan dalam peti. Lagi pun dia yang suruh aku simpan. Letak dalam peti rumah dia pun membazir je bukan dia masak pun.
Thanks. Sediakan black coffee ya.” Pesan dia sebelum hilang masuk ke dalam bilik.
Oh-ohh! Dia minta black coffee? Senyuman aku meleret-leret. Kalau kau orang nak tahu, ciri-ciri mencari prince charming ke-100 adalah… Lelaki-yang-suka-black coffee! Jangan tanya aku kenapa, sebab aku tak tahu jawapannya. Tapi… memang sejak dari dulu lagi, terdapat satu fomula rahsia untuk aku menilai ciri-ciri lelaki yang aku suka iaitu…
Black coffee + lelaki = Memang maco.
Haish… hati aku ni asyik kembang je dari tadi. Dengan senyuman gumbira aku melangkah ke dapur. Heee… rasa macam si isteri sediakan sarapan untuk suami pulak! Ahaks! (sempatlah aku buat tarian zapin kat dapur).
Tapi, tak bahaya ke aku duduk berdua dalam rumah ni dengan dia? Boleh ke aku bermalam di rumah ni? Tak kena tangkap basah nanti? Kalau dia ada dalam rumah ni kira aku dan dia bersekedudukan ke?
Tapi, nanti Tania ada bukan kami berdua je. Haish… payah juga ni. Tapi bukan salah aku. Sepatutnya dia balik dari Sabah minggu depan. Lepas tu dia akan berangkat ke US.
Aku panaskan air. Sapukan butter pada roti. Keluarkan mashed potato yang semalam. Panaskan sos cendawan. Tak pernah-pernah dalam hidup aku berada di dapur dengan hati yang girang seperti sekarang. Hee… bibir aku ni memang dah tak boleh tutup lagi dah. Tersengih dari tadi. Tapi, sedang aku asyik melayan syok sendiri tiba-tiba…
“Lara!” Panggil Sam.
Terkejut aku. Hampir terjatuh roti dari tangan. Lekas-lekas menoleh ke arah pintu dapur. Terlihat dia tercegak di muka pintu dengan keadaan rambut yang basah dan… tuala membalut separuh tubuh!
Tidak!
Lekas-lekas aku pandang roti. Tangan aku semakin laju menyapu butter yang sememangnya dah penuh di permukaan roti tu. Masih terbayang-bayang bentuk tubuh broad tapered yang dimilikinya. Kemas dan padat. Memang sempurna. Aku menggeleng kepala beberapa kali, cuba menghalau jauh bayangan itu dari terus terakam di ruang mata aku.
“Ya.” Aku mula gugup.
Ya, Tuhan, kenapa kau pakai macam tu depan aku! Aku ni anak dara! Dah panas muka aku ni.
“Awak masak apa? Semerbak baunya.” Dia mendekat.
“Tak… ada apa. Cu… ma panaskan sos cendawan.” Aku telan air liur.
Serentak itu semerbak ruang dapur yang sederhana kecil itu dipenuhi dengan wangiannya. Aku tak pasti sama ada wangian mandian atau pun dari cologne. Apa pun bau itu menambahkan lagi debar di hati aku.
“Saya cari baju tadi, awak letak mana?” Dia berdiri di sebelah aku. Mencubit sedikit roti yang sudah disapu dengan butter.
Aku menarik nafas dalam. Cuba mengawal diri jangan terlampau gabra. Nak tak nak aku kena pandang dia juga. Tapi aku pandang muka dia je tau. Aku tak pandang pun tubuh dia. Jangan kata aku gatal pulak!
“Saya… dah sangkut dalam… almari.” Ujar aku cuba berlagak seperti biasa. Suara aku tiba-tiba saja susah nak keluar. Aku berdeham perlahan. Mata dikalihkan lalu memandang roti di tangan. Dia terus berdiri di sebelah aku sekali lagi mencubit roti tadi.
“Tak jumpa pun. Awak sangkut kat mana?” Dia berjalan ke arah peti ais yang berada betul-betul di depan aku. Bulat mata aku tengok susuk tubuh dia, lekas-lekas pandang ke roti semula.
Haish… dia ni, agak-agak lah. Takkan nak berjalan depan aku dengan hanya pakai tuala je. Terserlah dadanya yang bidang bersih tanpa sebarang bulu. Lengannya kelihatan berketul-ketul tapi otot-otot dia tak lah setaraf dengan ahli sukan angkat berat tapi memang dah cukup… yummyy!
Masya-Allah, astaghfirullah! Astaghfirullah! Aku segera melarikan pandangan.
“Larr… sikitnya awak beli barang dapur?” Dia menoleh pada aku.
Nak tak nak terpaksa juga aku angkat muka, pandang muka dia. Adeh, masuk kali ni entah kali berapa jantung aku jatuh tergolek-golek tengok dia.
“Emmm… saya ingat nak keluar lepas ni.” Aku dah tergagap. Dah tak tahu nak pandang ke mana lagi dah ni. Darah menyerbu ke wajah.
Ya ampun! Lara bertenang!
Dia mengangguk-angguk, menutup pintu peti ais. Berjalan menghampiri aku. lekas-lekas aku mencapai sekeping roti kosong, segera menyapu butter di permukaannya. Bertenang Lara, sambil cuba mengawal tangan aku agar tidak mengigil.
Astaghfirullah! Astaghfirullah!
Mungkin ini agaknya perasaan cinta yang Fazrin katakan semalam? Hati bergetar, jantung berdebar (aik… macam lirik lagu pulak, tapi lagu apa ya?). Ini baru lalu-lalang depan mata, dah mengigil. Kalau dia buat seperti mana Fazrin buat semalam mahu lembik-longlai segala urat saraf aku. Bahaya juga penangan cinta ni.
Tapi… betulkah aku cintakan dia? Baru kenal je kot? Haish… keliru-keliru!
“Nanti lepas  meeting saya datang ambil awak.” Ujar dia bersahaja, kali ini dia terus menyambar satu keping roti.
Aku tersentak. Melopong memandang dia. “Hah?” Adakah aku tersalah dengar?
Dia tersenyum. “Saya meeting sekejap je. Lepas tu saya balik ambik awak kita pergi beli barang dapur.” Dia beredar. Aku tarik nafas lega. Namun tiba-tiba langkah kaki dia terhenti, menoleh pada aku. “Kat mana awak gantung baju tu?”
“Dalam bilik saya.” Balas aku terpinga-pinga. Dia ajak beli barang dapur bersama? Macam tak percaya! Senarai teratas dalam ciri-ciri lelaki idaman aku adalah…
1.     Shopping groceries bersama!
Sweet!
Yeh! Kalau boleh aku nak menari zapin sekarang juga! Tapi, sabar Lara, bawa bertenang.
“Oh, gantung dalam bilik awak ke? Patutlah tak jumpa.” Suara dia mengganggu lamunan aku.
“Tak apa nanti saya ambil.” Aku segera meletakkan roti atas piring.
“Eh, tak apa saya ambil sendiri.” Dia segera menghalang. “Awak buat kerja awak.” Dia senyum kemudian beredar.
Aku terus melopong seorang diri di dapur. Beberapa kali menelan air liur. Tiba-tiba seakan-akan terdengar alunan muzik zapin di dalam kepala. Apa lagi Lara, tarian zapin lah! Kaki menyusun langkah ke depan ke belakang. Melenggok ke kiri dan kanan. Tangan bergerak mengikut rentak tari.
Laaa..laaa laaa…laaa.. laaa… (dalam banyak-banyak lagu zapin, lagu zapin senario juga yang masuk dalam kepala aku ni?)
“Lara?”
Zuppp! Rentak tari berhenti serta-merta. Muzik zapin terus hilang. Glup!

Bersambung ...

20 comments:

pena tumpoi said...

Lara. Tak pe. Ai faham. Meh lah kita sama-sama bersabar. *menangis*

Rozy Harris said...

Baru je best2 nak menari zapin dgn lara, dah bersambung! Aiseh! Potong betul! He..he..

hk said...

Oh My!!!! menggoda betul Mr Sam nieeee..... Lara di kedudukan yang bahaya...neo neo neo....

Anonymous said...

hailah!! cik lara...siap terkantoi berzapin...heheheh...tapi kenapa En Sam tu peramah sangat? (kalaulah aku ni Lara...perghhh) :) ...memang dia dah ada hati kat Lara ke? IWK??.....can't wait for the next entry ni...SZanariah

eija said...

hahaha...kntoi..malunya......hihihi

strawberry.chocolate81 said...

ahahhahahahhaha......kantoi masa seronok tari tarian zapin weyhhh.....

owh la owh la Mr. Sam...uwaaaaaa cair3.....
pasni nak p beli barang dapur, beli barang dapur, beli barang dapur..ehehehhe...senarai tertinggi 2

Anna Lee said...

Pena - Pencemaran pandangan, harap2 tak nightmare mlm ni. :P

Roziah - terpaksa sambung, sbb panjang lagi episod ni.. hahaha.

Hk - ya, Lara harus di selamatkan!!!

Szanariah - hahaha... no komen.. kakaka... kita tgk mcm mana nanti :P (glup!)

Eija - Itulah, lain kalu jgn buat mcm tu tauuu. :P

Maya/Strawberry - hahahaha... lelaki yg tahu barang dapur adalah lelaki sweet (copy lara punya teori).

MizaEija said...

Nak lagi!!! Heee

anon-azri punye SA nih.. said...

ohmaiiiiii....

Anna Lee said...

Miza - tungguuu... tak cukup tangan dah ni.. haha.

Anon Azri - Ohmaisara!!! :P

Unknown said...

sweet.... :)

Anonymous said...

bestnyerr.. haha..den pn tergugat kalau ada org pkai mcm tu depan den..

Anna Lee said...

Norana - manis2 buah je berani buat :P

Anon - yg mana satu best ni? citer ke? tgk mr sam?? hahahaha.

Anonymous said...

OMO OMO OMO !!! lara with mr.sam? perfect tango maybe ?

strawberry.chocolate81 said...

pssstttt3....Anna Lee...lelaki yg pakai apron pas2 masak kat dapur 2 macho la sbb dia ringan tulang ngeh3....

NurAtiZa said...

Best....#^_^
Lara ni memang luculah... hehehe

zie omar said...

kita yg membaca pun rasa bedebar2..mcm mr. sam tu ada dpn mata kita pulak...hahaha..

"lara?" ngaaaaaaa tetiba bersambung...baru je nak joget zapin sesama...hukhuk...

Anna Lee said...

Anna Lee - korang tahu tak, baca komen korang wat ai gelak sorang2 tau.. haha.. ada yang sipi2 mgena untuk next episod... ada tersalah duga... hahaha.. apa pun, thanks sebab memeriahkan blog ni n korang memang readers yg sporting! lv u all..

Unknown said...

kah..kah..geli hati la tgk lara ni..hello mr sam..mcm tau je lara suka awak..jgn dera perasaan dia..wlupun saya suka btl bc part ni..ngee

aisyah said...

Oh lalala...berdebar abis lara..