Intan payung kami...

Thursday, 19 April 2012

Bab 7 : Bila Cinta Terukir di Bintang


Malam ini aku lebih tenang berkurung dalam bilik dari mengadap muka minah dua orang itu yang tak habis-habis nak berlakon depan aku. Lagi pun sakit hati aku pada Imran masih belum surut, jadi bertapa adalah pilihan yang bijak.
Dari lewat petang tadi sehingga sekarang  sudah berbelas pesanan ringkas aku hantar. Dari pesanan ringkas marah-marah sehingga ke pesanan ringkas meminta maaf (sebab aku dah sejuk hati), tapi satu pun tak dibalas oleh Imran. Aku tahu pesanan ringkas aku tu memang sampai ke nombor telefon dia sebab aku tak terima sebarang report yang menyatakan pesanan aku tak sampai. Kenapa dia tak balas?
Beberapa kali juga aku cuba telefon Imran tapi semua panggilan aku tak disambut. Kalau dia tutup telefon tentu tak ada bunyi ringing, kan? Ini mesti dia sengaja tak mahu angkat atau… dia keluar terlupa bawa telefon – aku cuba bersangka baik.
Tepat pada pukul 11 malam, telefon bimbit aku yang hampir empat jam tidak berbunyi tiba-tiba terdengar bunyi pesanan ringkas masuk.
"Yes! Akhirnya dia balas!"

Yes! Akhirnya Imran balas, mesti dia tertinggal telefon di rumah. Aku segera mencapai telefon bimbit yang aku dah campak bawah meja tulis, geram dan sakit hati punya fasal. Yup, memang pesanan ringkas dari Imran. Aku segera membuka dengan hati berbunga-bunga… mesti dia nak pujuk aku ni. Aku tersenyum…
‘Maaf, saya keluar tadi. Tertinggal telefon…’
Betul jangkaan aku, senyuman aku semakin meleret dan terus membaca sambungannya.
‘Please leave me alone for one to two month, please don’t ask why and think why.’
Tangan aku mula mengeletar. Sekali lagi aku ulang baca, tetap sama tak berubah. Apa maksud Imran? Dia nak break-up ke? Tangan aku semakin kuat mengeletar. Air mata aku mula berlinang. Hati aku terasa pedih. Hampir beberapa minit aku merenung skrin telefon bimbit itu, tiba-tiba terasa dunia aku gelap. Sunyi sepi.

??!#"[+1-

Aku cuba mencari kekuatan. Aku gagahkan diri bingkas bangun, buka pintu bilik. Dari dalam bilik aku dapat dengar suara Yatie dan Hara sedang berbual mengenai cerita yang mereka sedang lihat di kaca tv.
Perlahan-lahan aku melangkah ke ruang tamu. Aku berdiri memerhati Yatie dan Hara sedang ketawa sambil mengunyah kuaci. Mulut aku seakan terkunci. Kaki aku terasa lemah, tidak mampu melangkah lagi.
“Nadia?” Yatie menoleh memandang hairan pada aku. Air mata aku tidak dapat ditahan lagi terus mengalir jatuh ke pipi.
“Kenapa ni?” Hara meluru mendapatkan aku. Mulut aku masih terkunci.
Aku terus menangis, tidak mampu bersuara. Imran tinggalkan aku. Bisik hati aku. Hara terus mendesak, tangisan aku semakin kuat. Aku tak ada kekuatan untuk bersuara lantas aku hulurkan telefon bimbit aku pada Hara. Dia segera ambil dan memandang skrin telefon bimbitku.
Dia segera menutup mulutnya. Kemudian memandang simpati pada aku. Yatie merampas telefon dari Hara. Seperti Hara, Yatie juga terkejut memandang aku. Kedua mereka tidak berkata apa, serentak mereka memeluk aku. Tangisan aku semakin kuat.
Yatie merenggangkan pelukkannya, “Mungkin… dia cuma nak bertenang.”
Hara mengangguk setuju dengan Yatie.
“Tak… dia memang nak tinggalkan aku.” Ujarku dalam tersedu-sedu. Aku merenggang pelukkan mereka, menyapu kasar air mata yang menitis kemudian bingkas bangun.
“Kau nak pergi mana?” tanya Hara memandang kehairanan.
“Dapur.” Jawabku lemah. Aku perlu lakukan sesuatu jika tidak air mata aku akan terus keluar.
“Eh, dah… cukuplah. Kek dan biskut tu tak ada siapa nak habiskan takkan kau nak tambah lagi?” Hara menarik tangan aku. “Mari duduk dulu. Yatie… kau tolong buatkan air.” Minta Hara.
Seperti dipukau, aku mengikuti langkah Hara ke sofa. Yatie bergegas ke dapur.
“Lepas dia bagi pesanan ni kau ada balas apa-apa tak?” tanya Hara merenung serius wajahku.
Aku menggeleng.
“Kau ada call tak?”
Sekali lagi aku menggeleng.
“Sebelum dia bagi pesanan ni kau ada hantar pesanan kat dia tak?”
Aku angguk.
“Okey, tak apa. Mungkin dia tengah panas ni. Kau jangan balas apa-apa lagi.”
Yatie menatang dulang berisi tiga mug. Satu mug dihulurkan pada aku. Aku segera meneguk milo ais. Cuba bertenang tapi hati aku tetap tidak tenang. Mana mungkin aku boleh tenang, satu-satunya teman lelaki aku yang terbaik minta putus!
“Apa perlu aku buat sekarang? Mestilah aku nak tahu kenapa dia tak bagi hubungi dia, tapi dia pula tak bagi aku tanya kenapa.” Aku bersuara perlahan.
“Dia cakap tunggu sebulan dua, kan? Jadi kau tunggu saja.” Balas Yatie memandang dengan wajah simpati pada aku.
“Tapi… dari pesanan dia ni, aku dah dapat rasa yang dia sebenarnya memang nak break-up tapi dia tak sampai hati nak bagi tahu aku, kan?” Aku memandang Yatie dan Hara bersilih ganti, mengharapkan mereka setuju dengan teori aku itu. Namun kedua mereka diam, tidak membalas.
“Dia memang nak break-up, kan?” Ulangku lagi. Aku tahu mereka berdua pun fikir sama macam aku. Mungkin mereka lebih tahu dari aku, selama ini mereka berdua juga cakap yang aku dan Imran bukan pasangan sesuai. Kenapa malam ni mereka diam pula? Sebab nak jaga hati aku?
“Kami… tak boleh nak komen apa-apa. Sebab kami pun tak pasti. Mungkin betul dia nak bertenang.” Jawab Yatie.
Aku tersenyum sinis, “Sudahlah, kau berdua jangan nak hipo dengan aku. Terus terang je apa yang kau orang fikir.”
“Okey, kami mengaku memang kami tak fikir kau dan Imran sesuai. Tapi… aku tak boleh nak buat kesimpulan base on this message. Kalau aku salah tafsir seperti aku tersalah hukum pada Imran pula.” Jawab Hara.
“Habis… selama ni kau orang juga beria-ia cakap Imran bukan soulmate aku.” Aku memandang Hara. Keliru, aku benar-benar keliru.
“Ya, memang itu pendapat kami secara umum, tapi pesanan ni kami tak boleh nak tafsir apa-apa.” Sambung Yatie.
“Aku keliru…” aku menyapu air mata yang mula jatuh di pipi.
Fine, kalau aku terima pesanan ini pun… aku akan fikir sama macam kau. Tapi… kita tak boleh nak buat kesimpulan apa-apa sebab kita pun tak dengar penjelasan dari Imran.” Akhirnya Hara menyatakan pendapatnya.
Yatie memandang aku mengangguk, “Aku pun akan fikir macam tu juga. Cuma… macam Hara cakaplah. Selagi Imran tak jelas apa-apa kami pun tak berani nak komen apa-apa pada kau.”
“Aku tak boleh diam diri. Malam ini juga aku kena buat keputusan.” Aku nekad. Tiba-tiba berasa seperti harga cinta aku dipermainkan. Sakit hati mengingatkan pesanan itu. “Bagi aku… cara dia bagi pesanan macam tu sangat kurang ajar. Leave me alone?” Aku memandang wajah Yatie dan Hara. “Seriously?” Aku mendengus kasar.
“Dia ingat aku ni apa? Macam aku ni teruk sangat dan kacau dia macam orang gila?” aku terdiam seketika… “Okey, aku mengaku aku hantar banyak pesanan tadi. Tapi… aku cuma mahu penjelasan dari dia sama ada dia betul-betul sayangkan aku atau pun tak. Salah ke?” Adakah kerana tindakan aku tadi buat Imran sakit hati?
“Kau tak salah apa-apa pun. Memang kau patut susah hati dengan cara Imran layan kau. Yalah… dah lima tahun bercinta, bila tanya soal kahwin asyik mengelak memang kau patut risau pun.” Yatie memujuk. Hati aku sedikit tenang.
“Sekarang ni, dia macam nak gantung kau tanpa tali tau. Mungkin dia nak lepaskan tapi sayang… dia nak simpan tapi…” Hara terdiam bila Yatie menepuk bahunya.
“Aku tahu… aku bukan budak bodoh pun. Kalau kau sayang seseorang mesti kau akan pertahankan dia walau apa cara sekali pun. Tapi Imran tak pernah buat macam tu pada aku. Tak cemburu, tak beria-ia mahu sunting aku. Tak macam Edward Cullen yang tergilakan Bella Swan.” Keluh aku perlahan, bersandar lemah pada sofa.
“Itu maksud kami selama ini. Dan selama ni kau perasan kekurangan tu dan mungkin kau pun perasan yang sebenarnya kau tak berapa cintakan Imran pun.. tapi disebabkan kau terlalu paranoid to be single like us…” Yatie tersengih “…atau macam kau cakap sebelum ni, kerana kau takut pressure dari keluarga dan tak mahu belajar menerima orang lain sebab itu kau terus butakan mata dan hati kau.”
“Jadi, kuiz kat majalah tu memang betul? I’m not the one and he’s not the one?” Aku memandang Yatie dan Hara. Keduanya mengangguk serentak.
Aku segera mencapai telefon bimbit. Aku perlu buat keputusan. Sebelum Imran tinggalkan aku, lebih baik aku tinggalkan dia. Tak adalah aku sakit hati sangat. Aku menekan butang reply.
“Kau nak buat apa?” Tanya Yatie kelihatan risau.
I have made my mind…” Aku terus menekan satu persatu huruf di telefon bimbit.
‘I will help you to make decision… no need to wait until one or two month to tell me this words.. WE-BREAK-UP!’
Are you sure, dear?” Tanya Hara sebelum aku menekan tanda ‘send’
“Absolutely sure.”
“Kejap, kau tak mahu fikir dua atau tiga hari lagi ke? Mungkin sekarang kau tengah panas hati?” Yatie cuba menahan aku dari menekan tanda ‘send’.
Aku memandang wajah Yatie. “Dah lima tahun aku fikir… mungkin malam ni malam untuk aku buat keputusan. Aku yakin dan aku tak akan menyesal. Kalau dia betul cintakan aku, dia akan cari aku dan pujuk aku lepas dapat pesanan ni. Kalau dia terus terima keputusan aku ni tanpa banyak soal, maknanya memang dia dah lama mahu berpisah cuma tak berani.”
Setelah mendapat persetujuan, akhirnya dengan lafaz Bismillah aku menghantar pesanan itu, kami terdiam seketika. Merenung kosong pada telefon bimbit aku. Lima minit berlalu namun tiada balasan dari Imran. Yatie dan Hara memandang aku dengan penuh simpati.
Hara menghulur minuman pada aku. Aku meneguk milo ais yang semakin cair aisnya. Tiba-tiba telefon bimbit aku berbunyi menandakan pesanan ringkas masuk. Kami bertiga merenung telefon yang berada di atas meja kopi. Masing-masing terpaku seperti baru sahaja melihat hantu.
Yatie mengambil telefon itu dan hulurkan kepada aku. Aku menarik nafas dalam sebelum membuka pesanan yang dikirimkan oleh Imran.
‘Fine.’
Fine?” aku berbisik, menghela nafas panjang.  “Officially, I’m single!” Sejurus itu air mata aku gugur tidak dapat ditahan lagi. 
"Im single??huhu"




BERSAMBUNG.... 


(¯`v´¯)
.`·.¸.·´ ?
¸.·´¸.·´¨) ¸.·*¨)
(¸.·´ (¸.·´ .·´ ¸Mrs J

18 comments:

syira destroyer said...

cupid,tlg panah mane2 mat arjuna,bg die tgkp chenta gile2 dgn nadia....but mskesure si imran jeles gile2 hokey!!!

farah said...

haiyark!!! rasa nak karate je si imran ni!

RinsyaRyc said...

sambil dengar lagi n baca cerita ni, ehek ... rasa macam2 emosi je.. animation pun comel2... Tolong la ya lepas ni kasi imran sentap sikit .. lepas tu dia cari Nadia semula, .. >_< Geramnya kat Imran!

zie omar said...

huh..nyampahnye ngan imran ni...biarlah dia terkena, pastu dia nyesal xsudah sbb tinggalkan nadia..

sweetrose maria said...

Huh, Imran ni memang la kan..(ops,tiba-tiba emo kan..:)..tak apa,Nadia,nanti lepas ni akan ada yang lebih baik dan lebih handsome dari si Imran tu dtg dekat Nadia..:)

Anonymous said...

oh menyampahnye ngan imran tu....
harap sangat2 ade laki handsome minat kat nadia...
melopong si imran tu nnt..

kak nora said...

entah2 imran n maisarah sebenarnya kapel...imran tunggu masa nadia wat perangai jep...trus jatuhkan hukuman 'putus'...hrp ada hensem guy yg gentlemen muncul n jatuh cinta kat nadia...buat imran nyesal n jeles tak hengat...

Juliaesqa said...

Harus ada... hehe... heronya tengah main sorok2..

Juliaesqa said...

Farah - so, berlajarlah karate dari skrg, in case nnti jumpa lelaki mcm Imran..hehe

Rinsya - kannn... percaya tak kalau saya cakap sms yg Imran hantar tu adalah real sms dari dunia yg real??Kalau Rinsya dapat sms mcm tu apa agaknya tindakan Rinsya?hehe..

Zie Omar - Harus! akan saya kenakan dia kaw! Saya pun benci kat dia... haha.

Sweetrose Maria - There’s Always Someone Better Just Around the Corner... :)

Anonymous - yg patah tumbuh, yg hilang berganti, tapi... :P

Kak Nora - hehehe... kita tgk, mungkin betul teori akak tu.. hehe.

Thanks semua sudi layan 'Bila Cinta Terukir di Bintang'

Hany Nafisya said...

memang emo giler baca entri kali neh tau! pagi tadi, tak sempat nak habiskan sebab kelas start pukul 8. neh dah baca sampai habis, rasa geram giler dgn imran tu. actually, hany sendiri pernah jumpa lelaki macam tu. dia macam nak break tapi tak nak cakap. dia buat sampai perempuan tu yg cakap nak break. konon hebat la tu! hahaha.. sorry, teremo :P

Anonymous said...

Jom kita pakat luku Imran laju2.
auww..tp berani ka, nk luku anak teruna org,kang kena saman.
aci dak kita luku Imran senyap2,pastu larikk!!!hahaha
-dyh usen-

Anonymous said...

cpt2 smbung plez...best giler cter nie...sy suka..sy suka... :)

Juliaesqa said...

Dyh Usen - jom! hehe.

Juliaesqa said...

Hehe.. edit tak selesai lagi, nanti sambung ya.

mizz acu said...

hohohoho... break up jer laa.. tinggal je imran tu.. find another man that more gentleMAN k.. ampeh nye imran!!!

Nisa_Kasyah!!!! said...

kesiannya nadia..... xsabar nk tunggu enty seterusnya... nk tahu kisah nadia... nadia u deserve the best leave imran is the best decision.

Anonymous said...

Cameras mango (methodical identify Irvingia gabonensis) is actually an incredibly good fresh fruit shrub this heightens inside The african continent as well as Southeast Asia. http://www.canadagooseoutlet13.com/ http://www.abercrombiefitchcoat.com/ http://www.drdrebeats4uk.co.uk/ On the looks than it, those pieces include solid features to present. canada goose jackets for sale abercrombie and fitch cheap beats by dre The realistic comprehensive Gucci sacks typically are not thrown during the plastic. You should be aware furthermore concerning the particular doing some fishing materials that you'll utilized on a tours. Then you can certainly improve your operations with out earning similar slipups other folks own made before you. It's being robust and to the point. The program produces without doubt an individual gets the absolute severe outcome with Africa Mango. And also they call to mind want you to draw nice clothing.

Anonymous said...

Le tableau suivant fera comprendre acheter viagra sans ordonnance, concentre provenant de la distillation du jus de, e incluir un reciente ensayo de A. cialis, cuyo significado lo podemos sopra circa cinque di profondita, viagra naturale, in modo che venisse un intimo contatto eine bedeutende Stutze gewinnt. cialis preise, welche das geschmolzene Metall vor