Intan payung kami...

Wednesday, 20 November 2013

Mini Novel : Diary Mrs. Ben - Bab 1





Bab 1

Orang tua pesan, jangan terlalu bencikan seseorang nanti orang yang kita benci tu akan jadi sayang.
Tapi, kes aku ni, bukan aku bencikan seseorang. Tapi… aku cukup anti dengan filem, drama mahupun novel tentang kahwin paksa!
Seriously? Hellooo… kahwin bukan main pondok-pondok ya. Perkara serius okey!
Bak kata kawan aku Cik Jannah…
“Terlanggar sikit pun kena kahwin paksa. Tersalah masuk rumah pun kena kahwin paksa. Kena tangkap basah pun kena kahwin paksa. Tersentuh sikit pun sanggup kahwin tanpa rela. Dah tak ada cara lain lagi ke nak kahwin? Kalau kena tangkap basah dan tak bersalah tak boleh masuk mahkahmah ke? Or just bayar denda? The best part is… kahwin dengan orang yang buat jahat kat kita! Euuww! Aku tak faham la beb!”
Itu bebelan kawan aku ya. Dia pun sama kepala dengan aku. Tapi… aku jawab.
“Beb… dah itu penonton dan pembaca suka. Dia orang buat je la cerita macam tu. For the sake of rating…  and money.”
Itulah aku. Sangat anti dengan kisah-kisah macam tu dan sudahnya, kebencian aku tu terkena dengan batang hidung sendiri. Padan muka dengan aku, kan?
Menyesal?
Yup, sangat-sangat-menyesal! Tapi… orang tua kata lagi, nasi dah jadi bubur so aku telan saja lah. Kau orang nak tahu kisah aku tak? Kisah aku ni biasa-biasa je. Tak gempak. Tak berselirat. Tak ada air mata (emmm…) tapi sangat bermakna dalam hidup aku. Kisah yang aku tak pernah ceritakan kepada sesiapa pun. Hanya aku dan kau orang yang sedang baca je tahu kisah di sebaliknya.
Okey, meh aku mulakan cerita…
Perbezaan antara kisah aku dan kisah dalam filem dan novel adalah. Aku memaksa diri aku berkahwin dengan dia. Bukan sebab aku ni mangsa rogol (no.. no.. nooo). Atau bukan sebab mak ayah aku keluarga kaya dan dia pun keluarga kaya atau bukan sebab, kita orang dipaksa kahwin oleh keluarga sebagai syarat untuk mewarisi harta.
Tak.
Tapi... sebenarnya kita orang berdua yang setuju untuk memaksa diri masing-masing berkahwin.
Jadi, ini kisah kahwin paksa ke?
Entah. Aku pun keliru.
Tapi apa yang pasti, aku setuju berkahwin dengan dia kerana...
1) Aku perlukan tempat berteduh. Maksud aku... rumah free. Maklumlah sewa rumah kat bandar KL ni mahal! Cari housemate? Sorry, never! Pernah terkena, housemate aku simpan dadah dalam rumah! (face-freeze)
In KL, I trust nobody!
2) Sepanjang aku bercinta dengan mana-mana lelaki. Tak pernah dia orang ajak kahwin.
3) Tentulah sebab, dia handsome juga. Kalau muka pecah seribu takut juga aku nak kahwin.
4) Dia dah ada girlfriend. Tapi... banyak pihak tak suka dia orang kahwin. Jadi, bila dia kahwin dengan aku ramai yang suka sebab itu dia ajak aku kahwin. Dan aku tak kisah dengan alasan tu sebab... aku tak rugi apa-apa pun. (nanti aku citer)
5) Mestilah sebab umur aku ni umur had patut berkahwin.
6) Sebab... aku tak cintakan dia pun. Jadi, kalau dia nak madukan aku nanti, tak adalah aku nak marah sangat. Atau, kalau dia nak ceraikan aku pun tak adalah aku sedih sangat.
7) Sebab terakhir... aku percayakan dia.
Aku kahwin dengan siapa sebenarnya ni? Mesti kau orang nak tahu kan?

Bersambung...

4 comments:

nurliyana izzati said...

Mendebarkan

nliyate said...

Capat-2 la sambung!! ;)

Anonymous said...

Jeng jeng....i like the story already but its kinda similar to mencar mr charming...

Depan Depan said...

judi bola Thanks for sharing it agen bola