Intan payung kami...

Wednesday 26 June 2013

Bab 25 : Mencari Mr Charming


Sebaik sahaja jam loceng berbunyi aku bingkas bangun. Cepat-cepat masuk ke bilik air, mandi dan bersolat dan bersiap-siap hendak keluar. Aku perlu keluar awal sebelum Sam keluar nanti baru ada alasan kenapa aku perlu singgah dekat pejabat dia.
 Ketika keluar dari bilik aku terserempak dengan Tania yang baru keluar dari biliknya. Haish… awal pula budak ni keluar, ingatkan sempat aku melarikan diri tadi.
“Eh, akak nak ke mana ni?” Dia menjeling jam di pergelangan tangannya.
“Joging.” Aku tersengih.
Dia memandang dari atas ke bawah. Menyedari kesilapan fakta segera aku betulkan jawapan aku. “Joging dalam shopping mall.” Aku tersengih. Mesti dia pelik tengok aku pakai jeans untuk berjoging.
“Amboi, awalnya? Shopping mall mana buka awal pagi ni?” Kerutan di dahi Tania semakin ketara.
Haish budak ni, banyak soal pula.
“Alah, sebelum tu akak nak jumpa kawan akak dulu. Lepas tu baru ke sana. Nanti pukul satu akak kena ada rumah dah.” Aku segera memaut bahu Tania. “Pagi ni Nia sarapan dekat sekolah ya?” Aku tersengih.
“Yalah.” Dia mencemik. “Papa dah keluar ke?” Dia bertanya.
Aku mengangkat kedua bahu.
“Belum lagi kot. Kasut papa ada lagi.” Dia yang tanya dia juga yang jawab.
“Elok lah tu..” balas aku cepat-cepat mencari kasut aku.
“Kenapa elok?”
“Yalah, kalau akak tak keluar awal nanti tinggal berdua pula dalam rumah ni. Bahaya!” Balas aku sambil membuka pintu keluar.
Tania senyum. “Takut kena tangkap basah?”
“Haish… mulut tu jaga sikit. Benda tak elok jangan nak sebut sangat.” Aku menjeling.
“Apa susah, kalau dah terkena akak kahwin jelah dengan papa. Habis cerita.”
“Nia nak ke akak jadi mak tiri Nia?” Aku senyum mengejek.
“Nak!” Jawab dia girang.
Aku terkedu. Dahi aku berkerut. Sah! Dia ni memang kekurangan kasih sayang.
“Tania nak akak hantar ke sekolah ke?” Aku segera mengubah topik perbualan. Nanti tak fasal-fasal aku syok sendiri.
Dia mendongak, mengecilkan mata memandang aku. Lantas aku mengeluarkan kunci kereta yang aku dapat semalam.
“Nak! Nak!” Jerit dia teruja. “Bila papa bagi kunci ni? Nia lupa pula nak tanya bila papa nak bagi kunci kereta ni pada akak.”
“Semalam.” Balas aku girang. “Hari ni balik pukul empat, kan?” Tanya aku.
Dia mengangguk.
“Okey nanti akak ambil.”
“Yeh, seronoknya. Lepas tu kita pergi tengok wayang nak? Ada cerita best. Semua kawan Nia dah tengok cerita tu.” Dia memeluk erat lenganku.
“Maaf ya cik adik. Tengok wayang weekend saja. Nanti kalau papa tahu akak kena buang kerja.” Balas aku
Sengaja mengada-adakan alasan yang kukuh supaya dia tidak terus merayu. Kalau dia merayu harus aku boleh berubah fikiran. Dia mengeluh perlahan. Tiba di tingkat meletak kereta aku membelek nombor yang tercatat di key chin.
“Jauh lagi ke?” Aku terus mengintai-intai nombor yang tertera dia setiap petak.
“Depan.” Balas Tania menarik lengan aku.
Sebaik saja melihat kereta Viva berwarna biru aku menarik nafas lega. Aku sangka kereta buruk sangat. “Tak adalah buruk sangat.” Ujar aku mengeluarkan kunci dari poket seluar.
“Siapa cakap buruk?” Soal Tania.
“Papa awak lah.” Balasku lantas menekan butang kunci. Langkah kaki terhenti. “Kunci ni rosak ke?” Aku menoleh seketika pada Tania. Kenapa lampu kereta ni tak bernyala dan tak keluarkan bunyi?
“Mana ada rosak. Okey je.” Tania memandang pelik pada aku.
“Rosak lah.” Aku menekan beberapa kali.
Tapi kereta di sebelah kereta Viva ini pula yang berbunyi. Aku menoleh ke belakang mana tahu pemilik kereta sebelah saja nak main-mainkan aku. Elok pula bunyi kereta sebelah seiring dengan tangan aku saat menekan butang di kunci.
“Sejak bila akak ada sound trouble ni?” Tania bercekak pinggang.
Aku memandang pada Tania yang bergerak ke arah kereta di sebelah kereta Viva. “Hey, kenapa buka pintu kereta orang pula?” Marahku menoleh-noleh ke belakang meluru mendapatkan Tania yang sudah pun membuka pintu kereta mini cooper di sebelah.
“Kak, inilah kereta papa.” Dahinya berkerut memandang aku.
Aku terpempan. Memandang kereta Viva di sebelah kiri dan kemudian memandang kereta mini cooper di sebelah kanan aku.
“Ini?” Terbeliak mata aku.
Kalau ini keretanya bukan buruk pun! Tania mengangguk kehairanan. Argh! Aku tersalah kereta rupanya!
“Akak ingat kereta sebelah ke?” Dahi dia berkerut, mengebam bibir kelihatan seperti bakal memuntahkan tawa.
“Taklah.” Balas aku dengan penuh yakin.
Lantas bergerak ke arah pintu pemandu. Serentak itu tawa Tania bergema. Ceh! Kurang asam! Aku mencemik
“Habis, papa awak cakap kereta buruk. Kecik pula tu.” Aku mencemik, segera menghidupkan enjin kereta.
Wahh… saat terdengar bunyi enjin kereta hati aku mula kembang kempis. Bangga gila dapat pandu kereta mahal macam ni! Kalau ikutkan hati mahu saja aku buat tarian zapin. Gila seronok dapat pandu kereta ni. Dah lama aku berangan mahu memiliki kereta ni. Walau pun kereta ni bukan keluaran terkini, tapi mini cooper tetap menjadi pujaan hatiku!
“Memanglah buruk dan kecik kalau hendak dibandingkan dengan kereta yang papa selalu pakai.” Dia menjeling, mengulum senyum.
“Dah, jangan nak senyum-senyum lagi. Nanti akak hantar luar pagar bangunan ni je kan.” Aku mencemik.
Dia terus ketawa sambil menekan-nekan perut. Aku menjeling sebal. Menghidupkan radio. Nasib baik bukan anak aku, kalau tidak memang betul aku tinggalkan depan pagar rumah ni!

BERSAMBUNG...

7 comments:

dianabashri said...

baru nak sengih alih2 dah abisss n3 nya! ishkkk ishkkk ishkkkkk

NurAtiZa said...

Best.....#^_^

syeena hamdan said...

Sempoi...

MizaEija said...

Untung la..Lara dapat drive mini cooper tuuuu... hehe

Yazreina said...

Perghhhhhh!! Mini cooper tew!! Nk pinjam bley??!

aisyah said...

ha, ko skali mini cooper

Unknown said...

pnedeknya N3 kali ni...baru nak sengih sorang2 dah habis....boleh kena tekanan perasaan mcm ni...