Intan payung kami...

Tuesday, 3 April 2012

Bab 5 : Bila Cinta Terukir di Bintang


Bab 5

"La..la..la... happy nya! la..la.. laa."

Seumur hidup aku tak pernah aku beria-ia menantikan kemunculan hari isnin. Selalunya, hari isnin disambut dengan wajah masam mencuka, tapi pagi isnin ini aku bangun dengan senyuman. Hari ini aku mengenakan sepasang baju kebaya, ala-ala paramugari. Rambut ikal aku disanggul kemas. Sepasang bulu mata palsu sederhana lebat dilekat pada kedua belah alis mata, sedikit mascara diulas pada bulu mata palsu supaya kelihatan seperti asli. Kalau sesiapa perasan, setiap kali aku datang bulan mesti bulu mata aku kelihatan tebal. Yalah, aku malas nak extend bulu mata ketika aku tak datang bulan, malas nak cabut dan buang ketika solat.
Bedak, blusher dan lipstik pink, sesuai dengan baju kebaya aku yang juga ada bunga-bunga pink. Sebelum keluar aku belek baju dan makup di cermin setelah puas hati aku segera mencapai beg tangan dan telefon bimbit. Pagi ini aku dah janji dengan Imran untuk sarapan pagi bersama sambil tu boleh aku cucuk jarum! Harap-harap dengan bulu mata tebal ni dapatlah aku cairkan hati Imran tu.
Ketika tiba di kedai makan Hidayah, kedai mamak yang terletak di hujung bangunan pejabat kami, Imran sudah menanti aku sambil membaca surat khabar lama. Aku tahu itu surat khabar lama sebab gambar di depan sama dengan surat khabar yang aku baca semalam.
“Kenapa lambat?” tanya Imran berkerut memandang wajah aku.
“Awak dah order?” Malas nak jawab pertanyaan yang sememangnya dia dah tahu apa jawapannya. Kuala Lumpur, kalau pagi mesti jem dengan manusia berebut-rebut nak masuk dalam LRT!
“Dah.” Jawab Imran sepatah. Malas nak melayan mood Imran, aku terus pesan roti canai dua biji dan tea-o panas. Maaf, sebiji roti canai memang tak cukup tapi kalau kedai lain memang cukup. Nipis sangat roti canai Hidayah, pulak tu kecik! Dua kali cubit dah habis.
“Apa khabar mak ayah awak, sihat?” Tanya Imran. Agaknya  dia perasan yang aku menyampah dengan pertanyaan dia tadi.
Aku mengangguk.
“Macam mana dengan majlis tunang sepupu awak tu? Semua baik?”
Aku angguk lagi.
“Awak ni kenapa? Awal pagi dah bad mood.” Tanya Imran memandang tepat wajah aku.
Aku ambil gelas minumannya. Minum seteguk kemudian aku hulur balik gelas tu padanya. “Yalah, saya masih sakit hati dengan bakal mak mertua Salina tu. Ada ke dia kata awak memang tak mahukan saya, sebab tu awak berdalih bila ajak bertunang.” Sengaja aku buat-buat muka sedih.
 “Awak… kita bertunang akhir bulan ni, kahwin tak apalah lambat sikit pun. sekurang-kurangnya senyap sekejap mulut emak saya.” Sedaya upaya aku lembutkan nada suara, biar cair hati Imran, biar berubah pendirian dia yang dipertahan dari tahun lepas lagi. Tidak lupa, aku kedip-kedipkan mataku biar Imran cair lihat alis mata aku yang tebal dan melentik.
Imran mendengus perlahan, surat khabar di depannya di tolak ke tepi. Dia memandang wajah aku dengan serius.
“Dah berapa kali saya cakap kat awak, selagi saya tak beli rumah selagi itu saya tak akan pinang awak. Saya nak pastikan semuanya cukup lengkap bila kita kahwin nanti. Saya nak awak cuci kaki je bila kahwin dengan saya.” Imran tersenyum lembut sambil mengenggam erat jari-jemari aku. Adus, aku pula yang cair. Baru semalam aku berhajat hendak berkeras dengan Imran.
“Tapi mak ayah dah tanya… siap dia minta sepupu saya carikan calon untuk saya lagi tau!” Saja aku nak gertak.
Imran tersenyum, “Biarlah mereka cari, tapi awak tak mahu kan?”
“Awak, jangan pandang saya sebelah mata, kalau saya tak tahan dengan desakan mereka saya terima saja siapa pun pinang saya. Nak tunggu awak mahu berkarat badan saya ni!” Hati aku mula berangin panas.
Imran mendengus, melepas kasar tangan aku dari genggamannya. “Awak kena faham keadaan saya dan kena hormat keputusan saya. Bukan saya tak mahu pinang, tapi…”
“Ya, saya tahu awak nak kumpul harta dulu.” Aku mencelah malas mahu dengar dia membebel panjang. Aku terus mencubit roti canai yang baru tiba. Kejap…
8. Sentiasa menjadi pendengar yang setia terhadap si dia
Alamak! Aku memandang wajah keruh Imran. “Maaf, Awak nak cakap apa tadi?” aku tersenyum cuba memaniskan muka.
“Tak ada apa.” Jawab Imran acuh tak acuh kembali membelek suratkhabar tadi. “Cepat makan dah nak masuk waktu kerja ni.”
Apa nak jadi dengan aku ni? Harap-harap Imran tak baca tips-tips tu, kalau tidak memang ‘I’m not the one!’
***
"Ahah, aku ada idea yang paling genius!Ngee.."
 
Ketika di meja kerja aku tak dapat tumpukan perhatian. Misi aku untuk mendapat kata putus dari Imran masih tidak berjaya. Apa lagi yang perlu aku buat supaya dia bersetuju agar kami bertunang hujung bulan ni?
Aku segera mencapai sehelai kertas A4, aku perlu senaraikan tindakan-tindakan yang harus aku buat supaya Imran setuju bertunang dengan aku…
1.       Cadang beli rumah share bayar – jadi, dia tak boleh beralasan lagi.
2.       Ugut konon mak nak terima lamaran orang lain.
3.       Buat Amran cemburu. (Dia ingat aku tak laku ke??)
Aku segera menghantar pesanan ringkas pada Yatie. Aku perlu bantuan dia untuk laksanakan misi ke tiga aku. Selang beberapa minit aku menerima balasan dari Yatie. Aku tersenyum gembira. Misi ni mesti jadi punya!
“Perhatian…” tiba-tiba terdengar suara bos aku memecah sepi pagi. Aku segera mendongak menyembunyikan senarai misi aku.
Di sebelahnya ada seorang gadis jelita bersanggul tinggi. Dari meja aku boleh nampak dengan jelas bulu mata palsunya yang bergerak-gerak mengikut kedipan matanya. Orangnya tinggi lampai, betul ke tinggi? Atau sebab kasut? Segera mata aku melihat kakinya. Memang sah dia tinggi. Kulitnya, putih bersih.
“Saya kenalkan kepada kamu semua, ini Maisara pekerja baru syarikat kita yang akan mula bekerja dengan kita di department akaun.” Encik Amar tersenyum meleret saat memandang wajah Maisara.
“Hai semua, selamat berkenalan.” Maisara tersenyum.
Aku masih terpegun memandang Maisara. Dahlah cantik, suara dia pula lunak merdu. Hesy… mesti kejap lagi jadi buah mulut budak-budak lelaki pejabat ni.
“Nadia, awak tak sibuk kan?” Encik Amar menoleh pada aku.
Belum pun sempat aku membalas dia kembali bersuara, “Awak tolong bawa Maisara ke tingkat bawah. Sebelum tu bawa dia jumpa HR.” Pesan Encik Amar.
Aku bingkas bangun, menghadiahkan senyuman pada Maisara. “Jom.” Aku terus melangkah keluar dari department sales.
“Dah lama awak kerja kat sini?” Tiba-tiba Maisara bertanya.
Kalau ikutkan hati, aku malas nak beramah mesra. Kepala aku sekarang tengah sibuk memikirkan senarai untuk jalankan misi memujuk Imran agar segera pinang aku. “Hampir lima tahun.” Balas aku sekadar menjawab. Nanti dia tuduh aku sombong pula.
“Sebelum ni awak kerja di mana?”
Aik, terlebih ramah pula si Maisara ni. “Kerja-kerja biasa je, jadi sales girl lepas tu kerja McD sekejap lepas tu menganggur sekejap kemudian kerja kerani bank kemudian baru kerja kat sini.”
“Dah kahwin ke?” tanya dia lagi.
Hesy! Kenapa setiap kali aku kenal orang baru mesti mereka akan tanya soalan ni? Tua sangat ke wajah aku ni? Rambut aku tak beruban lagi, lantas tangan aku mengulas lembut rambut aku yang diikat kemas. Kulit muka aku tak mengeleber lagi. Punggung aku? Tak adalah lebar sangat pun… sambil tangan aku mengosok-gosok pinggul di belah kanan.
“Maaf… kalau soalan saya agak terlebih.” Terdengar Maisara bersuara perlahan.
Aku terus menuruni anak tangga menoleh seketika pada Maisara di belakang, “Tak adalah lebih pun. Saya tengah fikir…” Jangan, kau baru kenal dia takkan dah nak bercerita fasal Imran yang tak mahu pinang kau tu. Malu!
“Kalau awak tengok muka saya… agaknya berapa umur saya?” Aku berdalih.
“Emmm… 33?”
Glup! 33! Kejam sungguh kau ni!
"Maisara kau kejam! Kejam! Kejam!"

“Yalah, dekat-dekat lah tu… okey, kita dah sampai. Ini department akaun dan sebelah pintu tu HR.” Aku terus menuju ke pintu menghubungkan department HR dan akaun. Aku memanggil Anisah, HR executive. Okey kerja aku selesai.
***
Waktu rehat aku ajak Imran makan bersama. Aku nak buat beberapa cadangan untuk Imran.
“Saya dengar ada pekerja baru, betul ke?” Tanya Imran sebaik sahaja kami mengambil tempat duduk di kedai makan bersebelahan bangunan pejabat kami.
“Ya, cantik sangat. Macam model pun ada… kenapalah dia datang kerja sini. Kalau saya jadi dia saya dah cuba-cuba jadi pelakon.” Balas aku, ikhlas. Kalau jadi pelakon ke model ke Lagi banyak duit, gaji di sini berapalah sangat. Entah-entah nak bayar kasut branded dia pun tak lepas. - Aku sempat tilik kasut Maisara tadi, gorgeous!
“Kenapa kalau cantik perlu jadi pelakon? Kesian orang lelaki yang bekerja macam kami ni tak berpeluang tengok perempuan cantik macam tu kat mana-mana.” Ujar Imran tersenyum gatal.
What? Gatal juga awak ni!” Aku menjeling tajam. Imran tersengih-sengih.
Selepas makanan yang kami pesan sampai aku terus membuka mulut, “Awak… apa kata, kita kongsi beli rumah?”
Imran berhenti mengunyah, segera mencapai air sirap di depannya. “Mengarut awak ni. Kita bukan pasangan suami isteri pun.”
Aku tersenyum, “Sebab itu kita kena cepat tunang dan kahwin.”
Imran tersenyum kecil. “Awak masih tak putus asa lagi, ya? Kan saya dah cakap pagi tadi, dah lupa?”
“Ya, saya ingat.” Aku mengangguk lemah. Aku memeriksa telefon bimbit. Kenapa Yatie tak signal aku lagi ni? Tak boleh harap betul Yatie ni!
Aku bingkas bangun ingin membasuh tangan. Ketika aku menghampiri sinki tiba-tiba seorang budak lelaki menghampiri aku.
“Hai… Cik Nadia ke?”
Aku mengangguk lekas membasuh tangan. Budak lelaki itu membelek beg sandangnya seperti mencari sesuatu. Dari jauh aku dapat lihat Imran memandang ke arah aku.
“Tolong tanda tangan di sini.” Budak lelaki itu menghulurkan buku kecil pada aku. seperti buku resit.
“Ini bunga untuk Cik Nadia.” Ujar budak lelaki itu sebaik saja aku menyerah resit penghantaran itu padanya. Sekuntum bunga ros berwarna merah dihulurkan kepada aku. Wanginya!
“Terima kasih.” Ujar budak itu terus berlalu.
Aku segera membelek kad kecil yang tergantung di tangkai bunga ros itu. ‘You are the one – peminat awak.’
‘Yatie!’ Hati aku menjerit terharu. Aku cuba menyembunyikan senyuman. Lain yang aku suruh lain pula yang dia buat. Tapi okey juga cara ni, glamour sikit aku. ha… ha. Beberapa orang pengunjung tersenyum-senyum melihat aku. Beberapa orang wanita menyiku teman lelaki masing-masing mungkin meminta dia pun dikejutkan dengan kiriman seperti aku.
"La...la...la... sahamku naik...laa.laa"

‘Oh Yatie! Kau dah naikkan saham aku yang hampir jatuh merundum! Balik nanti aku belanja pizza!’ aku menjerit dalam hati. Kalau boleh aku nak melompat-lompat je dengan idea bernas Yatie ni. Aku dah cakap, Yatie ni nampak saja rock tapi hati lembut. Ini baru Yatie yang bagi, kalau betul ada lelaki buat macam ni mesti aku dah pengsan.
Aku segera menghampri Imran. “Siapa bagi bunga tu?” Imran merenung tajam kemudian mengambil bunga tersebut dari tangan aku.
“Siapa pula peminat misteri awak ni?” Tanya Imran dia tertawa kecil.
“Kenapa awak ketawa?” terasa darah menyirap ke wajah aku. Tawa Imran kedengaran sungguh menyakitkan hati.
“Yalah, selama ni tak pernah-pernah ada peminat misteri tiba-tiba pula tengah hari buta ni ada orang bagi bunga kat awak? Pelik.” Imran seperti cuba menahan senyum.
“Apa yang pelik?” Aku berkecil hati. Apa maksud Imran tadi? Adakah aku tak layak ada peminat? Buruk sangat ke rupa aku ni sampai dia boleh gelakkan aku? atau… dia tahu ini semua lakonan? Glup!
“Yalah, selalunya bunga ni mereka hantar ke pejabat bukannya dekat kedai makan.” Imran bingkas bangun menuju ke sinki.
Aku menghirup habis milo ais, cuba menyejukkan hati yang sedang membara. Dia tahu ke ini semua idea aku dan Yatie? Kalau kantoi memang malu beb! Tapi… mustahil dia tahu, siapa nak bagi tahu?
“Hai Nadia.” Terdengar suara lunak menyapa.
“Maisara?”
“Boleh I duduk?” Maisara segera menarik kerusi bersebelahan aku.
“Baru keluar rehat ke?” aku masih terkejut, kenapa dia nak baik hati tegur aku ni? aku bukan rapat dengan dia pun.
“Dah, saja nak masuk pejabat dengan you. Teman lelaki you ke tu?” Maisara memandang Imran yang berjalan menghampiri meja.
“Erkk… ya.”
“Romantiknya… dia bagi bunga ni?” Maisara memuncungkan bibir mungilnya pada bunga ros di tangan aku.
Imran kembali duduk di tempatnya, memandang aku dengan penuh tanda tanya.
“Inilah pekerja baru syarikat kita.” Aku jelaskan pada Imran.
“Maisara.” Maisara menghulurkan tangannya pada Imran.
Imran menyambut salam. Agak lama mereka bersalam. Sehinggakan aku terpaksa berdeham perlahan. Maisara menarik tangannya. Imran segera meneguk minumannya. Entah kenapa aku mula rasa tidak enak dengan adegan tadi.
“Romantiklah you ni, siap bagi bunga lagi.” Maisara tersenyum memandang Imran.
Imran tersedak, “Eh, bukan saya yang bagi tapi peminat dia. Tengok dekat kad tu ada tulis.” Balas Imran tergagap, menunding jarinya pada kad kecik yang tergantung pada tangkai bunga ros di tanganku.
Aku memandang curiga, kenapa Imran macam tu? Kenapa dia seperti malu dan gugup? Kalau ya bukan dia yang bagi bunga ni takkan dia tak kisah girlfriend dia ada peminat? Takkan dia tak terfikir mungkin aku ada teman lelaki lain? Atau curang? Dia macam tak kisah langsung!
Agaknya jawapan dalam majalah tu memang betul. Im not the one!

"Waaaa... dia tak suka aku!! tidak!!"

BERSAMBUNG .... nak tahu apa sambungannya?? (Kalau tak nak tahu boleh sambung lambat sikit :P)

10 comments:

syira destroyer said...

imran-maisara=scandal???

nur said...

nmpk sgt imran xsyg nadia..btol2 ke nadia ad peminat? imran g main jauh2..syuuuhhhh!!hehehee

Mrs J said...

Ahaks...tunggu.. tapi mungkin, lelaki kan, pantang tengok pompuan lawa.. hehe. Setuju tak?

Mrs J said...

Kann, lelaki kalau sayang awek dia tak payah nak berdalih kan...

Lolozh04 said...

wah makin hangat nih...ok Nadia...sila cari orang lain ye :)

Mrs J said...

harusss.. hehe

Anonymous said...

ep6 plezz....


-mrs SJ-

Anonymous said...

opss slap...bab6 plezz

MRS SJ

Mrs J said...

Tungguuu.. hehe.. ahad ni update.

Blogger said...

WE ARE RECRUITING NEW SEXY CAM MODELS!
GENERATE MORE THAN $10,000 PER WEEK.
SIGN-UP AS A BONGA MODELS CAM MODEL TODAY!