Intan payung kami...

Friday 7 June 2013

Bab 4 : Terukir Cinta di Bintang


  • Bab 4




    ~ Khalif Aufa~


    Di dalam bilik pemeriksaan, Khalif pejam celik matanya, memandang doktor wanita yang bertugas.
    “Penglihatan awak macam mana? Ada rasa terganggu tak?” Tanya Doktor wanita tersebut dengan tersenyum di bibir.
    “Tak pula. Semua macam biasa je,” jawab Khalif.
    Doktor itu mengangguk-angguk kemudian berjalan ke arah mejanya lalu menulis sesuatu pada kertas.
    “Awak ada alergi pada makanan ke?”
    “Tak ada pula.”
    “Ubat-ubatan?”
    “Tak ada,” jawab Khalif penuh yakin.
    “Okey, kalau macam itu, mata awak ni bukan terkena jangkitan apa-apa, tapi mungkin kerana awak ada alergi pada sesuatu. Awak ada sentuh bahan chemical?”
    Khalif terdiam seketika.
    “Ada. Saya cuci bilik air pagi tadi.”
    “Emmm… mungkin tanpa sedar bahan tu terkena bahagian mata awak. Jadi, saya akan bagi ubat titis untuk kurangkan merah dan bengkak pada mata awak tu dan juga antibiotik.”
    “Terima kasih doktor.” Khalif bingkas bangun.
    Lega. Kalau terkena sakit mata mahunya seminggu atau dua minggu dia tak boleh keluar rumah. Tak dapat dia bayang hidup berkurung dalam rumah. Mahu pecah kepala dia sebab kebosanan nanti. Lagi pun, dia dah janji dengan papa, Isnin nanti dia akan mula kerja. Kalau dia cakap tak dapat mulakan sebab sakit mata, mesti panjang lebar papa membebel. Tak sanggup dia dengar lagi bebelan tu.
    Selepas selesai mendapatkan ubat dan membuat bayaran Khalif melangkah keluar dari klinik kemudian mengeluarkan telefon bimbitnya.
    “Awak letak kat mana?” soalnya sebaik saja panggilan bersambut.
    “Dekat hentian bas.”
    “Lar… kenapa letak dekat situ, jauhnya.” Khalif mengeluh perlahan.
    “Maaf encik, tadi tak ada parking kosong.”
    “Emmm.. yalah.. yalah,” balas Khalif dan terus menapak ke arah hentian bas.
    Dari seberang jalan dia sudah nampak si kekasih hatinya tersadai di pakir tidak jauh dari hentian bas. Entah kenapa, matanya ditarik ke arah hentian bas di mana kelihatan seorang gadis sedang terconggok di situ sambil berpeluk tubuh. Dia kenal gadis itu. Bagaimana dia boleh lupa satu-satunya gadis yang melamarnya.
    Sebaik saja tiada kereta di jalan, Khalif pantas melintas ke seberang. Nak tak nak terpaksa juga dia melintas depan gadis itu untuk mendapatkan kekasih hatinya.
    Ketika dia mengatur langkah, tiba-tiba sebuah kereta Honda berhenti betul-betul di hadapan hentian bas. Dia memperlahankan langkah kakinya, tunduk merenung jalan sambil memasang telinga. Tak fasal-fasal hari ni dia jadi lelaki telinga lintah.
    Si lelaki di dalam kereta itu tentunya teman lelaki gadis tersebut. Mula-mula ada acara pujuk memujuk tetapi si gadis berkeras. Selepas beberapa kali sesi melawan cakap, kemudian kereta itu terus berlalu pergi.
    Khalif terpinga memandang. Terkebil-kebil melihat kereta itu berlalu begitu saja. Gila!
    Biar betul mamat ni, blah macam tu je? Tak guna betul! Kalau dia buat dekat adik aku macam tu memang aku belasah cukup-cukup! Buat malu kaum lelaki je!
    Dia menoleh ke arah gadis tadi. Dari air mukanya, dia tahu gadis itu pun terkejut dengan tindakan kejam teman lelakinya.
    Alahai, kesian pula aku tengok. Naïf sungguh budak ni, kalau dah lelaki layan kau macam tu nak tunggu apa lagi. Break-up je. Ramai lelaki lain dekat dunia ni yang lebih berhemah dari mamat sengal tu.







    BERSAMBUNGGG

No comments: