Intan payung kami...

Wednesday 10 April 2013

Bab 15 : Mencari Mr. Charming


(Tetiba lak, masa buat scene ni terbayangakan si Nazim Othman sebagai Fazrin Adam dan Izara Aisyah sebagai Lara. Tapi kau orang bayanglah sesiapa pun yang korang minat. Lee Min Hoo pun okey... hahaha)
Kita orang nak pergi tapau steak!!


Duduk berdua dalam kereta bersama lelaki idaman Malaya bagaikan mimpi menjadi kenyataan. Kalau ikutkan kepala aku ni, memang nak je ambil gambar macam fesyen orang-orang zaman sekarang ambil, tepek pipi sama pipi biar kasi melekat! Lepas tu muncungkan bibir sikit biar nampak seksi (kononnya), buka mata luas-luas kasi nampak macam mata kucing lepas tu… klik. Kemudian tepek dekat facebook. Nescaya… akan bergegarlah facebook Indah Lara yang suam-suam kuku tu.
Tapi, mana boleh buat macam tu. Pertama, berdosa. Kedua, sakit jantung mak dan ayah aku tengok nanti. Ketiga, keluar macam-macam gosip nanti, siapa nak jawab? Keempat… mesti mamat poyo ni perasan aku minat gila dekat dia. Dia tak boleh tahu aku minat dekat dia sebelum ni, nanti tak kuasa aku nak melayan kepoyoan dia tu. Sebab kelima, sebab yang paling menakutkan… tak pasal-pasal nanti, Indah Water boleh kenal muka aku macam mana. Walau pun dia tak ada dalam senarai kawan aku dekat facebook tu, tapi, mana tahu dia menyamar guna nama lain? Bukan boleh percaya sangat dengan si air kumbahan tu.
Tak boleh.  Tak boleh. Bahaya!
So macam mana sehari jadi babysitter? Semua okey?” Tanya dia memecah kebisuan.
“Okey.” Balas aku malas nak bercerita lebih.
“Sementara kau ada peluang dapat rapat dengan Mr. Sam ni baik kau ambil peluang kenal dia.” Dia menoleh seketika pada aku, kemudian kembali memandang jalan.
“Aku dah kenal dia.” Balas aku acuh tak acuh.
“Maksud aku kenal rapat.” Jawab dia menjeling. “Kalau kau dapat dia memang kau perempuan yang paling beruntung di dunia ni tau.” Balas dia lagi sambil membelok kereta ke kiri.
Awat? Warak sangat ke dia tu?” Balas aku menyindir.
“Hish, kau ni. Warak ke tak tu aku tak tahulah. Tapi harta dia berkepuk. Kalau aku ni perempuan, aku pun nak goda dia.”
“Ceh, mata duitan juga kau ni eh?”
“Kau tak tahu ke zaman ni zaman duit? Tanpa duit kau… nothing.” Ujar dia bersungguh-sungguh, terus memandu.
“Aku okey je tak ada duit. Happy, cukup makan, pakai segala.”
“Sebab selama ni kau hidup dalam hutan simpanan FRIM. Sebab tu kau tak kisah tak ada duit. Boleh kutip pucuk-pucuk kayu, tanam ubi, tangkap ikan, kejar rusa…”
“Weh…. Dah… dah…” potong aku sebelum dia melalut jauh. Dia ketawa.
So, kau nak cuba tak?” Dia menjeling, tersenyum nakal.
“Alah, dia tak pandang aku ni.” Keluh aku perlahan.
“Kenapa pula dia tak pandang kau? Kau kan perempuan. Lainlah kalau jantan lepas tu bedah jadi perempuan… harus dia tak mahu pandang.”
“Kau ni pun agak-agak lah. Taste dia macam mana. Takkan baby-sitter selekeh ni dia pandang.” Aku mencemik.
Dia tersenyum kecil. “Kau nak pikat dia ke tak?” Tanya dia beria-ia.
Dahi aku berkerut. Soalan apakah ini? Ikhlas atau saja nak provokasi aku? Lepas tu kalau aku jawab ya, dia mesti dia gelakkan aku dan cakap aku ni tak sedar diri.
“Kalau kau nak, aku boleh tolong kau.” Balas dia tersengih-sengih.
“Tolong?” Tanya aku, menoleh seketika. Dia mengangguk-angguk.
“Nak ke tak?” Tanya dia lagi.
“Malas aku nak layan kau.” Kembali pandang ke depan.
“Nak lah tu.” Dia menjeling nakal. Aku mencemik. “Okey, aku akan tolong kau.” Ujar dia.
“Aku tak minta pun.” Aku menjeling.
“Tapi aku tahu kau memang perlukan pertolongan aku.” Balas dia bersahaja, menjeling pada aku kemudian tersengih-sengih.
Aku terus diam. Malu beb nak mengaku. Memanglah aku ni nampak saja moden tapi bab hati dan perasaan memang aku pemalu orangnya.
“Orang tua kata kalau diam tu tandanya setuju.” Sempat dia menyiku lengan aku. Aku menepis.
“Sedar pun diri tu dah tua.” Balas aku tersengih. Dia mencebik. “Tapi tak payahlah. Dia dah ada girlfriend.” Balas aku sengaja cipta serkap jarang.
“Itu aku tahu. Dia memang ramai girlfriend. Cuma aku nak tolong kau jadi special girlfriend dia, setuju?” Soal dia.
Aku terus diam memandang jalan.
“Kalau kau berjaya dapat Mr. Sam bagilah komisen dekat aku sikit. Paling buruk pun belanja makan setahun dua ke.” Dia tersengih-sengih.
“Dah! Cepat kita lewat ni! Kau nak Syikin mengamuk?” Balas aku, geram pula tengok senyuman mengejek dia tu.
***

Sebaik saja sampai di hadapan sebuah restauran makanan barat di Mutiara Damansara, dia berhentikan kereta.
“Kau turun beli.” Minta Fazrin..
“Aku?” Aku menoleh. Tak charming langsung! Boleh pula dia buat aku macam orang suruhan dia!
“Cepatlah nanti lambat.” Dia tolak tubuh aku agar segera keluar. Nak tak nak terpaksa juga keluar. Aku dah buat salah kan, terpaksalah telan.
“Cepat sikit.” Pesan dia ketika aku nak tutup pintu.
Sebaik saja masuk ke dalam restoran itu aku segera memesan empat set steak. Sementara menunggu pesanan siap, aku duduk di meja kosong tak jauh dari kaunter bayaran sambil memerhati keadaan restoran. Membaca semua kata-kata yang ditampal di dinding. Memerhati ragam para pengunjung. Membaca semua nama makanan di menu dan kemudian membelek telefon bimbit. Setengah jam berlalu akhirnya pesanan siap. Namun ketika hendak membayar tiba-tiba terasa darah menyirap ke wajah.
‘Alamak! Duit tak cukup!’ Aku memandang wajah juru wang yang sedang menanti aku menghulurkan duit.
“Dik, akak keluar kejap boleh? Duit ada dalam kereta.” Ujar aku berdalih. Pada hal nak minta duit dari Fazrin. Dia memandang curiga.
“Alasan tu dah lapuk lah kak.” Dia tersenyum sinis.
“Tak kisahlah lapuk ke tak, tapi akak kena masuk dalam kereta nak ambil duit.” Darah aku menyirap ke wajah. Malu ada, geram pun ada. Mulut tak ada insuran betul budak ni.
“Kereta akak park dekat mana?” Tanya dia dengan wajah menjengkelkan.
Kat depan tu je.” Aku memuncungkan bibir ke luar.
“Kalau macam tu call je sesiapa dalam kereta tu suruh bawa duit ke sini.” Ujar budak itu dengan wajah dingin.
“Haish… awak ingat akak nak lari ke?” Aku menjeling geram. Nada suara dah naik satu tangga ni! Jangan sampai naik bertangga-tangga!
Tiba-tiba datang seorang lelaki berpakaian kemas berdiri di sebelah juru wang. “Apa kecoh-kecoh ni? Semua pelanggan tengok.” Dia berbisik, menjeling pada aku. Lantas juru wang itu menjelaskan perkara sebenarnya. Hati aku semakin panas.
 “Boleh tak akak call sesiapa yang ada dalam kereta? Kami bukannya apa, baru je minggu lepas ada pelanggan lari tak bayar makanan yang dah ditempah. Sudahnya kami kena marah.” Balas budak lelaki itu, mungkin penyelia.
“Haish, kau orang ni. Muka akak ni macam muka tak mampu bayar makanan ke?” Marah aku. “Setakat harga 152 ringgit ni, akak mampu tau!” Aku menelan air liur. Gila mahal!
“Kalau macam tu bayarlah sekarang.” Ujar si juru wang dengan muka sinis.
“Masalahnya, dompet satu lagi dalam beg tangan aku! Dan beg tu ada dalam kereta!” Tu dia! Bila dah marah memang dah hilang ‘akak’ yang lemah lembut tadi. Kalau dia orang layan aku baik, tak adalah aku nak naik angin macam ni. Macam mana dia orang ni boleh bekerja dalam bidang khidmat pelanggan tapi tak pandai nak layan pelanggan? Tak faham aku.
“Akak telefonlah sesiapa dalam kereta tu.” Sampuk si penyelia.
 “Aku tak ada nombor telefon dia lah!”
“Kalau macam tu, akak berdiri je dekat pintu tu, panggil dia datang sini. Atau saya teman akak ke sana.” Ajar si penyelia itu lagi.
Aku memandang sebal. “Tak payah berteman!” Aku mencemik.
Geram sungguh aku. Kalau ikutkan hati mahunya aku cabut lari, biar dia orang kena marah dengan bos. Biar padan dengan muka tu. Tapi… aku datang dengan Fazrin kot, kalau aku buat hal sah-sah dia mengamuk. Sudahlah aku hampir rosakkan rancangan dia, takkan aku nak libatkan dia pula dalam hal ni. Mahunya ada orang kenal itu kereta Fazrin Adam, tak pasal-pasal cerita ni masuk surat khabar. Aku ni tak kisahlah sebab bukan orang popular, tapi dia tu. Emmm… jadi… bertabahlah Lara!
Aku melangkah geram ke muka pintu restoran kemudian melambai tangan pada Fazrin. Terlihat dia mengangguk kepala seperti bertanya ‘kenapa?’ aku terus melambai. Dengan wajah mencuka dia membuka pintu kereta.
“Apa hal?” Tanya dia sebaik sahaja menghampiri aku.
“Aku tak cukup duit.” Bisik aku.
“Kau ni memalukan sungguh!” Ujar dia berbisik cuba menyembunyikan wajah dengan menarik topi ke bawah menutupi sebahagiah dahinya. Kemudian dia mengeluarkan dompetnya. Secara sembunyi dia menyerahkan dompet itu di tangan aku. “Nah pergi bayar.”
Aku terpinga, “Keluarkan lah duit.” Tak suka aku nak membelek dompet orang ni. Nanti benda lain pula yang aku jumpa.
“Ambil lah sendiri, nanti orang nampak.” Dia berbisik namun suaranya kedengaran keras.
“Okey.” Balas aku menggengam kemas dompet dia. Dia ingin melangkah pergi namun belum sempat melangkah tiba-tiba terdengar suara memanggil.
“Eh, Fazrin?”
Serentak aku dan dia menoleh ke arah pemilik suara itu. Terlihat seorang lelaki berperut buncit berjalan menghampiri kami. Terdapat kamera tersangkut di lehernya.
Dinner ke?” Tanya dia sempat menoleh pada aku.
“Cepat bayar.” Bisik Fazrin di telinga aku.
“Siapa? Teman wanita baru ke?” Lelaki berkemera itu menjeling pada aku. Bergegas aku menghampiri kaunter bayaran.
“Eh, tak adalah bang. Kawan je.” Terdengar suara Fazrin menjawab. Sempat aku menoleh ke arah dia. Wajah dia kelihatan resah. Mesti lelaki tu wartawan!
“Kawan sampai serah dompet macam tu je?” Terdengar lelaki itu bertanya lagi. Tajamnya mata dia, dah sorok macam tu pun boleh nampak? Aku sempat melihat lelaki itu menjeling pada aku.
Lekas-lekas aku membuka dompet Fazrin ingin membuat bayaran namun sebaik baik saja melihat isi dompetnya, aku menelan air liur. Fuhh… berkepuk! Ini duit belanja tiga bulan aku ni! Tanpa buang masa aku mengeluarkan tiga keping note lima puluh ringgit.
“Nah! Setakat harga tu akak tak hairan lah!” Aku menghulurkan duit kepada juru wang tadi. Tapi kali ini dia buat tak endah, mata dia terus melongo memandang ke depan, begitu juga dengan si penyelia tadi. Wajah dia orang kelihatan teruja.
“Hey!” Panggil aku geram. Keduanya tersentak, menoleh pada aku.
“Eh, akak teman wanita yang digosipkan dengan dia ke?” Budak juru wang bertanya. Kali ini suara dia sangat lembut! Pondan pun tak lembut macam tu!
Aku diam malas nak jawab. Tadi bukan main berlagak dengan aku, sekarang boleh pulak tersengih-sengih kerang. Menyampah!
“Kak, kita orang nak ambil gambar dengan dialah, boleh tolong kita orang tak? Boleh tampal dekat dinding kedai ni. Glamour kedai kita nanti.” Ujar si penyelia dengan terujanya.
“Boleh kak?” Tanya si juru wang tersengih-sengih.
“Eh, muka akak kan muka penipu. Muka tak mampu bayar duit makanan, mana boleh tolong kau orang. Usaha sendiri lah.” Ujar aku mengejek. Padan muka! Puas hati aku! Sebelum beredar sempat aku hadiahkan senyuman sinis pada kedua orang perkerja poyo itu.
Ketika berjalan menghampiri Fazrin, terlihat beberapa orang pelanggan menoleh ke arah aku dan kemudian pada Fazrin yang sedang berbual dengan lelaki berkamera tadi.
“Okey, bang. Saya pergi dulu.” Terdengar Fazrin meminta diri lantas dia menarik lengan aku dan bergegas menuju ke kereta.
“Habis aku.” Jerit dia perlahan. Aku menelan air liur cemas.
“Siapa tu?” Tanya aku.
“Dia tu wartawan paling sengal di dunia. Dia akan tulis apa sahaja yang dia nampak tanpa minta penjelasan.” Jelas Fazrin lantas menghidupakn enjin kereta.
“Dah tu… kau tak bagi tahu dia yang aku ni bukan girlfriend kau?”
 “Aku dah bagi tahu. Tapi, biasalah, aku cakap apa pun orang macam tu bukannya nak percaya.”
“Dia tahu kau dengan Syikin, kan?” Tanya aku.
“Ya.” Jawab dia sepatah.
“Kalau macam tu, mesti dia percaya cakap kau tadi. Secara logiknya, takkan dia tak nampak aku ni tak ada gaya langsung jadi girlfriend kau.” Aku cuba memujuk.
“Kalau dah kepala sengal, dia orang dah tak boleh fikir logik dan tak logik dah. Apa yang dia orang nampak cuma berita hangat yang boleh lariskan surat khabar. Esok mesti keluar punya berita… ‘Pelakon lelaki popular curang’ besar-besar punya tajuk, siap tepek depan surat khabar tu!” Dia mendengus kasar. Marah sungguh ni!
“Pelakon lelaki popular?” Aku menjeling. “Kau pernah memang Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke?” Tanya aku memang ikhlas nak tahu. Rasanya macam tak pernah dia dapat anugerah tu, atau mana-mana anugerah, macam mana dia boleh dapat title tu?
Dia menjeling. Ini bukan jeling biasa-biasa tau, tapi jelingan maut! Kus semangat aku.
“Okey, jangan jawab soalan tu.” Aku aku menelan air liur. Dia terus memandu. “Nanti kau bagi tahu Syikin. Mesti dia akan percaya. Nia ada untuk jadi saksi yang kau tak keluar dengan perempuan lain.” Pujuk aku lagi.
Dia mendengus kasar. Terus memandu tanpa sepatah kata. Aku pula diam tak berani nak bersuara. Tak pernah-pernah aku tengok muka di serius macam tu.
Takut!


BERSAMBUNG....






12 comments:

Unknown said...

datang berkunjung dan tidak lupa join, saya tunggu kunjungan baliknya, dan jangan lupa join pula.
http://karyakuringharatis.blogspot.com/2013/04/bandrek.html

Nash Azly said...

suka!

Anna Lee said...

M. Sofyan - Okeh saya akan singgah sebentar lagi. :)

Nash - tak tahu nk bayang muka nash masa ckp suka tu macam mana... hahaha, gurau2 je eh... terima kasih singgah!

strawberry.chocolate81 said...

entahnya apa yang susah sgt...bg tau je la kak makwe dia 2...tunjuk bukti2 sekali...kalo dia x percaya jugak mmg sah la makwe dia 2 pon x leyh pakai...wat pe semak kepala otak nak couple lagikan ngan dia...blah je la...errr tp pasai gossip murahan 2 mmg x leyh kata ape la sbb terkadang gosip cenggitu boleh menaikkan retis n x kurang jugak menjatuhkan mereka jugak hmmmm.....

AsHu ManCis :) said...

wah macam tautau je kita bayang kan fazrin tu nazim.sikit nya cerita nya..nak lagi, nak lagi..

Anonymous said...

hahahahaa,kan dah ckap..mmg diorg masak smpai rentong punye!..abiz2.....

Anna Lee said...

Strawberry - kijamnya dikauu.. nk blah mcm tu je.. haha. Dia takut Syikin mgamuk tuuu... penakut jugak dak Fazrin ni.. hahaha

Ashu Mancis - awat tak habaq awai2 nk Nazim?? akak ni tak pandai nk pilih artis, yg tau Fahrin Ahmad, Adu putra ngn Aaron Aziz je.. haha.. sabar naaa.. nnti kita sambung..

Anon - (letak la nama... hee) hahaha... mmg kesian kat Fazrin, mgharapkan Lara alih2 lain jadinya.

MizaEija said...

hohoho.. kecoh la malaysia nt.. nak2 kalau gambar lara kene snap skali.. kua majalah.. hahaha.. imaginasi terlebih pulak

Anna Lee said...

Miza - takpa, tak ada org nk CSI gambar Lara... haha.

aisyah said...

Prasan glamer plak fazrin ni.hahaha

eija said...

ai... sbog btl juruwang 2 ea.. kalo sy lah 2 lah kli trakhir dtg... tp napa nk tkut bkn nya bugkusan 2 kita agkut skli...org cm 2 adu jer kt bos kdai biar dia kne buag...huh! ops teremo plk..hihihi

Anna Lee said...

Aisyah, kalau tak SS bukan Fazrin namanya... hehehe.

Eija - manusia mcm tu mmg adaaa... tapi bila tgk somebody, terus lain layanannya. nak2 kalu pakai selekeh mcm Lara tu, sebelah mata je dorg layan.. hehehe.