Intan payung kami...

Thursday 25 April 2013

Bab 19 : Mencari Mr Charming.


Bab 19

From : Indah Water
To : Indah Lara
Sent : Thursday, September 13, 2:20PM
Subject:  Berpijaklah di bumi yang nyata.
_______________________________________________________________
Cik Indah Lara,
Amboi, panjang sungguh senarai ya? Mengada-ngada sungguh. Kau ingat kau tu sempurna sangat sampai lelaki buat silap sikit pun kau dah reject? Tak hairanlah kalau sampai ke tua kau hidup seorang diri. Kau ingat semua manusia di dunia sempurna macam kau ke?
Lupa nak tanya, kau tu sempurna sangat ke sampai langsung tak berpijak di bumi yang nyata?
Kau ni memang ada masalah mental Cik Indah Lara. Sebelum penyakit kau merebak baik kau cepat-cepat pergi jumpa doktor pakar jiwa. Jangan sampai kepalasampah kau tu berjangkit pada perempuan-perempuan lain di dunia ni.
p/s : Cepat accept friend request aku. Aku penat nak buka email. Aku janji kalau kau add aku, aku tak akan kritik kau dekat wall, cuma dekat private massage je. Deal?

Arioss
Indah Water

Fine! Kau orang nak cakap apa pun cakaplah. Kali ni aku tak boleh nak tahan lagi. tangan aku memang dah gatal-gatal nak balas email si Indah Water yang busuk ni! Arghh!
To : Indah Water
Subject: Semoga Lekas Normal
____________________________________________________________
Kehadapan Cik/Puan/Ms Indah Water
Tidak tergambar di hati hamba betapa gembiranya menerima coretan indah dari tuan hamba Indah Water. Bahasa yang digunakan sungguh indah, bak mentari menyinar pagi. Sehinggakan hamba membelek kamus setebal 30 inci pun masih tidak ketemu maksud kata itu. Sungguh tinggi peradaban tuan hamba Indah Water. Bolehkah hamba bertanya, siapakah gerangan tok guru tuan hamba? Mungkin, hamba pun patut berguru dengan tuan guru itu.
Sesungguhnya, hamba menyusun sepuluh jari, andai bicara hamba yang hina ini di dalam karya-karya hamba menyebabkan kehidupan tuan hamba menjadi huru-hara. Tetapi… percayalah, hamba tidak berniat untuk berbuat demikian. Siapalah hamba ini yang tidak berdaya memenuhi kehendak tuan hamba yang setinggi puncak everast.
Tetapi, demi kasih sayang hamba kepada tuan hamba, eloklah kiranya hamba memberi sedikit cadangan moga-moga cadangan ini dapat membantu tuan hamba hidup dalam keadaan normal.
1.             Hamba cadangankan tuan Indah Water JANGAN sesekali membeli karya-karya hamba yang tidak berpijak di bumi yang nyata itu. Bimbang, kelak tuan hamba Indah Water terjatuh dalam kolam kumbahan Indah Water Konsortium Sdn Bhd.
2.             Tuan hamba Indah Water pergilah mengembara di dunia realiti. Usah ditilik lagi blog hamba di alam maya yang ternyata penuh dengan kepalasampah yang langsung tidak sesuai ditatap oleh tuan hamba yang tinggi darjatnya. (tinggi lah sangat!)
3.             Eloklah kiranya tuan hamba segera mendapatkan rawatan. Carilah pakar-pakar sakit otak, mahu pun sakit jiwa atau pun sakit hati, kerna, kemungkinan besar penyakit hamba sudah berjangkit pada tuan hamba melalui jaringan internet saat tuan hamba menatap posting hamba di ruangan maya. Tidak dapat hamba bayangkan andai tuan hamba dijangkiti penyakit kronik itu, maka sunyi lah kotak email hamba. Gelaplah seluruh hidup hamba.
Sudah. Cukup sudah. Cukup sampai di sini saja. Tidak sanggup lagi hamba menyusun kata-kata, kerana, hati ini teramat pilu kerana mengenangkan keadaan tuan hamba Indah Water yang semakin tenat.
Doa hamba, agar tuan hamba Indah Water mengikuti nasihat hamba di atas. Moga-moga, kesihatan mental tuan hamba juga akan kembali normal.
p/s : Boleh percaya ke kau ni? Nanti penuh wall aku dengan posting kau. Am I right?

Wassalam.
Indah Lara.

Tekan send. Puas hati aku! (gelak jahat). Kau ingat aku ni tak pandai nak marah? Kau ingat aku ni tak ada perasaan? Kalau tak suka dekat aku tak payahlah susah-susah nak ambil berat pasal aku. Kau pergi hadap blog dan novel-novel aku tu siapa suruh!
Siapa Indah Water ni? Kenapa dia berdendam sangat dengan aku ni? Adakah dia seseorang yang aku kenal? Kawan sekolah aku, kah?
Sedang aku melayan amarah aku tu, telefon tiba-tiba berbunyi. Aku menarik nafas dalam sebelum menjawab panggilan itu.
Lara, are you okey?” Terdengar suara Mr. Sam bertanya. Erkk… macam mana dia boleh tahu aku sedang tak okey ni? Dalam rumah ni ada cctv kah?
“Okey, kenapa?” Aku mengintai-intai di celah lampu, mana tahu dia pasang kamera dekat situ.
“Tak, saya dengar suara awak semacam je. Ingatkan awak tak sihat.” Pertanyaan itu menyusuk jauh ke dasar hati.
Adeh, caring sungguh Mr. Sam ni. Makin bertambah markah calon prince charming untuk dia.
“Sihat. Saya tengah baca email ni.” Lantas tangan aku menutup email tersebut.
“Email dari teman lelaki ke?”
“Eh, mana ada. Dari kawan-kawan je.” Aku tersenyum sipu.
Dia ni asyik tanya soalan provoke je, ini mesti kes nak korek perihal diri aku ni (perasan sungguh kau Lara!).
“Saya baru habis meeting ni. Lepas ni terus ke rumah ambil awak. Nanti awak siap-siap lah.”
Tiba-tiba saja jantung aku berdegup kencang. “Okey.” Aku memandang jam di dinding. “Tapi hari ni Tania ada kelas tambahan. Dia balik lambat.” Takkan aku pergi berdua dengan dia je?
“Saya tahu. Lepas beli barang-barang tu kita pergi ambil dia. Okey?”
“Oo… key.” Debaran aku semakin kencang.
“See you then.”
“Yup.” Panggilan dimatikan. Aku menarik nafas dalam. Aku merenung telefon bimbit. Tapi apa hendak dirisaukan, bukankah ini yang aku mahu?
Tapi… aku nak pakai baju apa ni? Takkan nak pakai cantik-cantik? Pergi beli barang runcit je kot? Aku bingkas bangun. Mundar-mandir di ruang tamu. Alamak aku kena cepat siap nanti dia sampai. Lantas aku bergegas berlari ke dalam bilik. Merenung almari yang hanya dipenuhi dengan baju-baju sempoi.
Aku terus termenung sambil mengigit-gigit kuku ibu jari. Aku kena tanya Ayun, mungkin dia ada idea baju apa yang sesuai aku pakai. Lantas aku mencapai telefon bimbit.
Tapi… nanti Ayun banyak tanya pula! Apa aku nak cakap? Mesti dia pelik kenapa aku mengelabah nak tanya baju apa perlu aku pakai sedangkan sebelum ni mati-matian aku tak mengaku sukakan Mr Sam.
Terdengar pesanan ringkas masuk. Aik, takkan Sam dah sampai? Lekas-lekas aku membuka pesanan itu.
Hai partner! Aku dah set date. Hari rabu ni okey? - Fazrin.
Haish, dia ni buat aku berdebar je. Ingatkan teks dari Sam. Lantas tangan aku menekan tanya ‘reply’.
Okey. Tapi sebelum tu kau kena tolong aku.
Tidak sampai beberapa saat telefon aku berbunyi.
What?
Aku segera menekan huruf-huruf di telefon bimbit. Tekan send.
Aku tak tahu nak pakai baju apa ni?
Telefon aku berbunyi. Cepat pula dia balas. Memang tak ada kerja agaknya dia ni?
Nak pergi mana?
Dia ni pelupa sungguh. Tangan aku ligat menekan satu persatu huruf.
Haish kau ni. Nak pergi beli barang dapur lah!
Ooo… pasal tu je. Pakai jelah apa yang kau biasa pakai tu. Takkan nak pakai dress kot? :P
Ceh! Sempat lagi menyindir aku!
Betul ni? Kau juga cakap tak mengancam lah, tak power lah!
Sah. Memang dia tengah tak ada kerja. Telefon bimbit aku berbunyi lagi.
Cik adik, baru kau sedar bahawa selama ni pakaian kau tu pakaian mak cik- mak cik pergi pasar. Cuma jangan lupa tepek bedak dan lipstik! Jangan yang merah menyala pulak, nanti lari Mr S tu.
Aku mencemik sebal. Dia ni memang tak reti berbahasa sungguh!
Okey!
Lantas aku mencapai baju yang ada di dalam almari.

***

Kalau semalam ketika aku berada dalam kereta Fazrin jantung aku berdebar-debar, tapi kali ini jantung aku bukan sahaja berdebar-debar tapi rasa nak pitam! Lemah segala sendi-sendi, tulang belakang aku ni macam dah lembik mengalahkan tulang sotong!
Dia pula kejap-kejap jeling, kejap-kejap senyum. Haish, boleh buat aku jadi syok sendiri! Wahai Mr. Sam…
Kalau padi katakan padi,
Tidak aku tertampi-tampi,
Kalau sudi katakan sudi,
Tidak aku ternanti-nanti.
Okey, kali ni aku berpuisi pula ya… Baru minggu lepas aku beli satu buku menulis puisi tulisan Prof. Lim Swee Tin. Bagus buku tu, sekarang aku dah pandai sikit nak berpuisi dan bermain bahasa yang indah… (indah ke? Kau orang nilai lah sendiri.) Bertambah kerawanglah tulisan aku nanti, bertambah benganglah Indah Water pada aku nanti… okey, baca ya…
Bulan purnama tinggi di langit,
Tak mampuku gapai, hanya mampuku pandang,
Bintang-bintang berselerakkan di langit,
Tak mampuku kutip, hanya mampu kubilang,
Haruman kasturi, haruman syurgawi,
Tak mampuku miliki, hanya mampu kuhidu,
Indahnya…
“Lara.”
Tiba-tiba terdengar nama aku dipanggil. Eh, tak sempat aku nak sambung tiba-tiba dia bersuara. Macam tahu-tahu je aku tengah sebut Indah dia sambung Lara? Wahh… memang sehati sejiwa sungguh kami ni.
“Kenapa diam je?” Dia menoleh pada aku.
“Segan.” Aku mengulum senyum. Jujur.
“Lar, nak segan apa pula?” Kereta membelok ke kanan, berhenti di persimpangan lampu isyarat.
“Lepas ni tak perlu segan-segan. Anggap saya ni macam keluarga awak juga bukannya majikan.” Dia meneruskan pemanduannya.
Aku mengangguk. Eh, kejap, keluarga? Anggap ayah pun keluarga, pak saudara pun keluarga… abang pun keluarga… emmm… suami pun… heee.. keluarga. Dia nak aku anggap yang mana satu ni? Heee…
“Kenapa senyum?”
Zuppp! Tiba-tiba terdengar suara bertanya. Angan-angan bertebaran.
“Senyum?” Aku menoleh buat muka tak bersalah.  Dia senyum. Aduhai. Cair jantung!
“Saya tak sempat nak belek resume awak. Berapa umur awak sebenarnya?” Dia terus memandu.
Kenapa dia tak jawab soalan aku tu? Takkan dia boleh baca apa yang ada dalam kepala aku? Haish!
“28 tahun.” Dah tak boleh mengaku 27 tahun, nanti dia anggap aku budak bawah umur pula. Kalau boleh nak saja mengaku umur aku 33 ke… 34 ke… asalkan tak terlampau jauh jarak usia kami.
“Ooo.. sebelum ni awak belajar kat mana? kerja apa?” Sesekali dia menoleh padaku.
“Saya ambil… Mass Com, UiTM.” Balas aku tergagap. Sebelum ni aku tak pernah mengaku pun aku ada komunikasi. Nanti orang ingat aku ni wartawan.
Tapi, bila berdepan dengan Mr.Sam ni tak tahu kenapa mulut aku jadi jujur pula. Mungkin kerana ada orang pernah pesan pada aku, untuk mengekalkan hubungan persahabatan atau percintaan jangan dimulakan dengan penipuan!
“Wah, patutlah dalam bilik awak tadi penuh dengan novel-novel. Tebal-tebal pula tu.” Ujar dia.
Aik, sempat lagi mengintai keadaan bilik aku tadi? Ingatkan ambik baju je. Nakal juga Mr. Sam ni!
“Memang saya suka baca novel pun.” Bagus Lara, kau memang kena Jujur.
Dia mengangguk-angguk. “Samalah dengan Nia tu. Gila novel sampai saya pun kena baca semua novel tu.”
Aku tergelak kecil. “Dia ada cerita. Awak jadi lembaga penapis.”
Dia juga tertawa kecil, menghela nafas perlahan. “Terpaksa, saya tak mahu dia baca novel-novel yang mengarut.”
Serentak itu terasa darah dalam badan aku sedikit panas. “Novel yang macam mana mengarut tu?” Aku mula membayangkan novel-novel dari barat yang menghidangkan kisah-kisah vampire, werewolf dan sebagainya.
Dia tersenyum sinis. “Love romance.”
Sepatah kata dari dia sudah cukup buat hati aku mendidih. “Kenapa dengan novel cinta?” Novel aku pun dalam kategori love-romance juga.
Apa yang karutnya? Bukannya aku buat watak aku tu ada super power yang boleh dengar semua apa yang ada dalam hati orang lain atau boleh nampak masa depan. Ni yang buat aku nak marah ni. Bertenang Lara, tunggu dia bagi alasan dulu.
“Jangan kecil hati ya.” Dia menjeling pada aku. “Novel love-romance ni tak sesuai untuk budak-budak macam Nia tu. Nanti dia ingat cinta itu indah sehinggakan terlupa bahawa cinta itu penuh dengan bermacam perasa.”
“Mana ada novel cinta yang hanya menghidangkan manis semata-mata. Kalau ada novel macam tu pembaca akan cepat bosan.” Jangan sesekali diajak Indah Lara berdebat mengenai novel cinta ya!
“Itu saya tahu. Tapi cuba awak baca ending love story, jarang sad ending. Susah macam mana pun watak tu bercinta. Derita macam mana pun kena dera suami, sudahnya balik dengan suami kaki pukul juga.
Punyahlah benci sebab kena kahwin paksa, sampai tahap maki-hamun sudahnya bila sekali dapat terus sayang-sayang. Nonses. Mana ada perempuan bila dirogol boleh memaafkan perogol dia tu? Kalau awak, boleh terima dia balik?”
Dia ni nak cakap fasal siapa sebenarnya ni? Bertenang Lara. Jangan menjawab ikut mulut Indah Lara, nanti kau melepas. “Jadi, awak suka love-sad-ending?”
“Tak adalah saya suka. Cuma kadang-kadang novel ni tak berpijak di bumi yang  nyata. Kalau orang tua macam saya ni baca mungkin saya boleh berfikir rasional. Tapi kalau budak macam Nia yang baca. Haru nanti.”
Zupp! Kenapakah kata-kata itu seperti pernah ku dengar? Haish… tak pasal-pasal hangin pada Indah Water membuak-buak. Kalau dia dengar Mr. Sam pun sama kepala dengan dia harus dia buat lompat bintang depan aku! Atau…
“Dah nama pun fiction.” Balas aku malas mahu berdebat panjang.
“Ya saya tahu. Tapi biarlah make sense. Bukankah kalau hendak menulis novel perlu membina kisah yang make believe. Walau pun cerita itu cerita fantasi sekali pun, tanggungjawab penulis adalah pastikan cerita mereka logik dan tak boleh dipertikaikan. Barulah pembaca tak terasa diperbodohkan.
Watak perlu berada dalam crucible, kalau dalam bahasa melayunya ditelan mati bapak, diluah mati emak. Barulah konflik yang terjadi tak dapat dipertikaikan lagi oleh pembaca.”
Amboi! Dia ni, boleh tahan juga! Panas-panas. Mana aircond ni? Kena kuatkan lagi ni nanti ada pula yang bertukar jadi hijau.
“Awak setuju tak?” Dia bertanya selepas aku berdiam diri agak lama.
“Boleh bagi contoh?” Saja aku nak uji. Jangan pandai nak mengutuk saja tanpa ada alasan yang kukuh.
“Okey, saya ambil contoh make sense, kalau nak buat watak serigala jadian. Mesti penulis perlu cerita dari mana datangnya serigala jadian. Dan pastikan bina sebab yang kukuh and make believe bagaimana boleh wujud serigala jadian.
Salah satu contoh yang selalu dipakai, melalui jampi, sumpah atau pun gigitan dari serigala yang disumpah. Make sense what, walau pun of course cerita tu karut. Tapi sekurang-kurang ada sebab dan akibatnya yang boleh diterima pembaca.
Jangan pula tiba-tiba wujudkan watak tu tanpa memastikan pembaca yakin akan kewujudan watak tu.” Dia terdiam seketika. Memberhentikan kereta mengeluarkan kad touch and go. Pagar tol terbuka, dia terus memandu.
“Contoh cerita nonsense dan pembaca terasa diperbodohkan?”  Aku pula terus menyerang dengan soalan-soalan menguji.
Terdengar dia ketawa kecil “Come on Lara, takkan you tak pernah baca novel yang nonsense sampai tahap you nak campak ke dinding?” Dia menjeling.
Aku menggeleng. Walau pun pernah tapi jangan harap aku mengaku. Jika aku mengaku samalah seperti aku mengutuk darah daging aku sendiri. Bukankah penulis sesama penulis perlu saling bantu-membantu?
Dia menarik nafas dalam sebelum bersuara. “Okey, sebagai contoh watak yang didera suami.” Dia terdiam seketika.
“Novel apa awak baca ni?” Dahi aku berkerut. Setahu aku novel dera mendera ni novel cinta.
“Awak jangan gelak, saya baca tau novel-novel cinta. Tapi bukan dengan kerelaan tapi terpaksa demi nak menapis bahan bacaan Tania.” Dia tersenyum kecil.
Erkk… eh, kejap. Kenapakah ayat itu seperti pernah aku dengar juga? Aku menoleh pada dia seketika. Tiba-tiba hati aku berdegup kencang. Tak mungkin!
Kat mana kita tadi?” Dia kelihatan berfikir sejenak. “Oh ya, pasal watak di dera suami atau dirogol suami. Ini saya bagi contoh umum ya, tak ada kaitan dengan mana-mana novel. Just random example. Okey, contoh tu macam sensitif pula. Saya tukar. Emmm… okey, contoh kahwin kena tangkap basah.
Cuba awak fikir, dua orang manusia yang tak bersalah tapi ditangkap basah sebab dia orang diperangkap. Boleh je dia orang tak mahu kahwin, bayar denda. Tapi kenapa susah-susah nak kahwin juga, lepas tu bila kahwin tak sebulu. Bergaduh panjang, siap buat kontrak menyusahkan hidup.
Melainkan, jika penulis tu buat sebab yang kukuh menyebabkan watak tu kena kahwin juga. Contohnya, kalau tak kahwin lepas tu tak dapat waris harta ke… sangat tipikal tapi sekurang-kurangnya make sense.
Or, kena buli di tempat kerja tapi dia teruskan kerja juga sebab susah nak cari kerja lain. Sebab anak dia ramai. Sebab tu dia terus bekerja di situ walaupun sering dibuli.” Dia menghela nafas perlahan.
Aku terdiam. Sebenarnya bukan terkejut dengar dia membebel tapi… kenapa dia ni ada banyak persamaan dengan Indah Water? Haish… tak mungkinlah. Kalau dia Indah Water mesti dia dah syak aku ni Indah Lara?
Boleh saja dia nak google fasal aku. Walau pun tak banyak maklumat mengenai aku di ruang maya tapi, kalau dia tak buta dan perhati betul-betul gambar aku yang sipi-sipi tu… boleh saja dia syak aku ni Indah Lara.
“Lara?” Dia memandang kehairanan.
Aku tersentak. “Kagum dengar hujah awak. Dulu awak ada ambik writing course ke?” Sindir tu sebenarnya. Harap-harap dia faham.
Dia ketawa kecil, menggeleng. “Dari pemerhatian dan pembacaan.”
Emmm… Yalah tu. Aku menghela nafas berat.
Ya Tuhan, andai benar dia adalah Indah Water maka kau jauhkan hati aku dari terus menyukai dia. Suburkan lah perasaan benci aku pada dia. Amin.

BERSAMBUNG...

15 comments:

MizaEija said...

kak penulis!!!!! uwaaaaa!!!! tak terkata ape ni...

IzZ said...

ahh..sudahhh..habisla..haha

aisyah said...

Mmg dh gaya mcm indah water je...

Unknown said...

kakaka... korang ni.. cool.. hahaha...bertenang semua.. kita lihat apa akan jadi.. hahahaha.

Unknown said...

cik writer.. time kasih banyak.. akhirnyer mr sam dh sampai.. belon meletopz ke? ;)

AsHu ManCis :) said...

jangan cakap mr sam tu indah water,harap lara tabah la kalau betul mr sam tu indah water.,
geram pulak rasa hati nih..cepat cepat la sambung eik.

zie omar said...

apakah...??? jeng jeng jeng....
iskk..episod ni buat hati tertanya2 pulak...xsabar nak tgu sambungnya.. :)

hk said...

Amboi laraaaaaa….berpantun bagai….hati kembang setaman la tu…

tapiiii...panas jadinya pulak lepas tu...haahaa

Unknown said...

Zachry - Sama2... aha meletop mujur Lara sempat sambut :P

AsHU - hahaha.. lalalalaaaa (mata pandang atas) :P

Zie - citer ni mungkin byk jeng-jeng-jengnya.. harap bertabahlah melayan yaa.. hehehe.

hk - dalam hati ada kebun bunga dah tuu..

strawberry.chocolate81 said...

kah kah kah...Mr Sam jadi suspect utama Indah Water...

hk said...
This comment has been removed by the author.
Unknown said...

Oooiiitttt apa sebut sebut IWK tu..... awal awal baca ada perkataan Indah Water tergelak akak hehehehe.... walau pun busuk tapi iklas berbakti pada masyarakat tau

Anonymous said...

wah bangga mention bdk masscomm situ..hahah..sy masscomers..mmg btul pun sllu org ingt kl amik masscomm msti end up jd wrtawan.. (=_=") btw, best jln cerita & mostly apa yg digarap dlm pnulisan mmg realiti dlm bidang publishing cmtu..hu2..good luck kak..! (^_^)

umisakura said...

Sangat best jalan cerita nie.....

umisakura said...

Sangat best jalan cerita nie.....