Intan payung kami...

Friday 5 April 2013

Bab 13 : Aku dan Dia, Pinky Promise.


Selepas menikmati makan malam, selepas puas berbual dengan ayah dan selepas puas mengusik Sara, aku kembali ke bilik tidur. Menyiapkan kerja sekolah dan mengulangkaji pelajaran. Dia orang semua hairan apabila aku tekun mengulang kaji pelajaran, tadi ketika menaiki tangga menuju ke tingkat atas aku sempat mendengar emak berbual dengan ayah.

“Itulah, tak ada pasal mencari pasal. Tak fasal-fasal kena belajar dua kali ganda dari orang lain.”

“Tak apalah. Janji dia suka dengan apa yang dibuat.” Terdengar lembut suara ayah membela aku. Aku tersenyum.

“Saya bukan apa bang, risau kalau dia tak sempat nak belajar. Nanti yang dikejar tak dapat yang dikendong berciciran.” Balas emak, aku terus diam di ruang tangga, mencuri dengar.

“Awak ni, sebagai emak sepatutnya doakan yang baik-baik untuk anak. Ini awak macam tak yakin pula dengan si Sal tu.” Bantah ayah, sekali lagi aku tersenyum.

Salah satu sebab kenapa aku rapat dengan ayah, sebab ayah suka bela aku kalau dimarahi emak. Kalau aku bergaduh dengan Sara pun, mesti ayah tak akan percaya bulat-bulat apa yang Sara mengadu. Mesti dia akan tanya aku dulu. Kalau Sara yang salah memang Sara yang kena marah, tidak kisahlah sama ada dia adik atau aku kakak pun yang salah tetap salah.

Emak pula, selalu saja menyebelahi Sarah. Kalau salah Sara pun, aku juga yang kena beralah. Alasan emak, kerana aku kakak. Haish, tak adil sungguh! Sebab itu Sara naik lemak.

Tapi itu kisah dulu, sekarang, aku mula pandai menilai, aku sayang keduanya sama banyak. Aku mula rapat dengan emak sejak ayah meninggal. Kemudian kami semakin rapat apabila Kak Nora berkahwin dan Sara menyambung belajar di UK.

Apabila ayah dan emak mula berbual perkara lain, perlahan-lahan aku melangkah ke bilik tidur. Selesai kerja sekolah, selesai mengulang kaji pelajaran, aku mencuri masuk ke bilik kak Nora membuka komputernya. Mujur kak Nora tinggal di asrama, kalau dia ada mesti dia akan banyak soal jika aku mahu menguna komputernya.

Aku segera membuka laman netscape ingin mencari maklumat mengenai sekolah Daniel. Pada tahun 1998 pengunaan google masih tidak meluas dan yang paling kelakar, aku terpaksa dail sebelum dapat mengunakan internet. Bunyi yang dikeluarkan ketika menunggu talian disambung sungguh mengimbau kenangan.

Kenangan yang kini terpaksa aku lalui sekali lagi, aku tersenyum kecil. Kalau aku cerita pada dia orang zaman akan datang, munculnya talian internet wireless, boleh berinternet di mana-mana saja mesti dia orang akan percaya. Kalau aku cerita melalui telefon dia orang boleh guna internet agaknya mahu terguling-guling dia orang ketawakan aku.

Wah, ini idea yang bagus ni. Nanti habis sekolah boleh aku minta kerja di syarikat telefon dan memperkenalkan asplikasi canggih untuk telefon di masa depan. Wah, kayo mokcik kayo!

Okey Sal, berhenti berangan!

Aku segera mencari senarai nama sekolah menengah yang ada di Shah Alam. Tapi aku terlupa pula nama sekolah Daniel. Dia pernah cerita kisah dia di sekolah tapi masa itu aku dengar acuh tak acuh saja.

Tapi aku ingat, Daniel dan keluargannya tinggal di seksyen tujuh, mesti dia bersekolah di sekitar kawasan tu saja.

Aku meneliti satu persatu sekolah yang berdekatan dengan tempat tinggal Daniel, lantas menyenarai nama-nama sekolah tersebut. Aku cuba mencari maklumat mengenai sekolah tersebut, namun maklumat yang ada tak banyak. Tidak ada senarai pelajar yang ada sekadar carta organisai sekolah dan sedikit maklumat mengenai aktiviti sekolah. Macam mana aku nak cari Daniel ni?

“Sal?” Terdengar suara ayah di luar bilik, lekas-lekas aku menutup laman tersebut dan memutuskan talian intenet. Pintu bilik kak Nora terbuka.

“Buat apa dalam bilik akak ni?” Tanya Ayah di muka pintu. Aku tersenyum sambil menekan butang tutup komputer tersebut.

“Cari maklumat sikit ayah. Tadi ada nota yang Sal tak faham. Lepas tu Sal cuba cari maklumat di internet.” Balas aku berdalih. Aku bingkas bangun ingin keluar dari bilik itu.

“Ayah ingatkan siapa dalam bilik ni tadi. Dah lewat ni tak nak tidur lagi?” Soal ayah dengan rambut yang berserabut.

“Ni nak tidurlah ni.” Balas aku menapak keluar dari bilik, menutup suis lampu.

“Kamu jangan paksa diri sangat, kesihatan kena jaga juga.” Balas ayah. Aku mengangguk.

“Habis, ayah buat apa berjaga malam ni?” Tanya aku kehairanan. Setahu aku  ayah ni kalau tidur memang susah nak bangun.

“Ayah… nak dapur. Haus.” Balas ayah.

“Ayah nak Sal buatkan air?” Bila lagi aku hendak berbakti pada ayah. Inilah masanya.

“Tak apalah. Nanti ayah buat.” Balas ayah kelihatan serba-salah.

“Ayah tak boleh tidur, eh?” Tanya aku sekadar menduga.

Terdengar ayah mengeluh perlahan, “Aha. Cuaca panas pula malam ni.” Balas ayah ingin mengatur langkah.

“Biar Sal buatkan milo ais untuk ayah.” Ujar aku segera berjalan beriringan dengan ayah menuruni anak tangga.

“Tak payahlah, kamu kan nak sekolah esok. Tidur lambat nanti susah nak bangun.” Balas ayah, tapi dari nada suaranya seperti dia mengharapkan aku berkeras mahu membantu dia membuat air. Aku tersenyum.

“Alah, buat air untuk ayah sekejap je. Lepas tu Sal masuk tidur. Lagi pun Sal pun nak ke dapur ni, haus juga.” Balas aku segera berjalan mendahului ayah. “Ayah lapar tak? Nak Sal sediakan roti bakar ke?” Tanya aku menoleh seketika pada ayah.

“Tak payahlah, minum je.” Jawab ayah menuruni anak tangga.

“Macam mana pelajaran Sal? Semuanya okey?” Tanya ayah seraya menarik kerusi di meja makan di ruang dapur.

“Okey ayah. Subjek sastera tak adalah susah sangat. Subjek lain semuanya sama dengan kelas sains. Sejarah, matematik, geografi dan pendidikan Islam. Ayah tak perlu risaulah. Anak ayah ni kan cerdik.” Balas aku tersenyum manja pada ayah. Ayah tergelak kecil.

Entah kenapa aku hati aku berasa sebak. Walau pun masih ada 12 bulan bersama ayah, namun hati aku sudah terasa sebak. 12 bulan sangat sekejap. Pejam celik pejam celik, dah setahun. Atau aku boleh elak kemalangan itu dari terjadi?

“Macam mana kerja ayah?” Tanya aku sembil menghulurkan segelas air milo sejuk pada ayah.

Terdengar ayah menghela nafas perlahan, menyambut gelas yang dihulur. Sebelah tangannya menyapu wajahnya. “Biasalah. Kerja.” Balas ayah acuh tidak acuh kemudian meneguk minuman.

“Ayah, kalau ayah ada masalah di tempat kerja ceritalah pada Sal. Kalau Sal tak boleh bantu pun mungkin bila ayah bercerita boleh ringankan beban ayah.” Ujar aku.

Ayah merenung wajah aku. Pandangan matanya kelihatan seperti sarat dengan pelbagai cerita yang mungkin tidak mampu diluahkan. Dia kemudian menggeleng. “Nanti bila Sal dah besar, dah kerja, Sal akan faham dengan masalah di tempat kerja. Masalah kerja bukan macam masalah kerja sekolah.

Ayah nak cerita pun payah, tapi, pesan ayah. Kamu kena belajar rajin-rajin. Kamu perlu jadi seorang yang berjaya. Kalau boleh, habis belajar nanti kamu kerja sementara saja lepas tu kamu buat perniagaan sendiri. Kerja dengan orang ni kadang-kadang jiwa tak tenang. Nak melayan karenah bos bukannya senang.”

Aku mengangguk-angguk. Sal faham ayah, sangat faham. Sebab itu Sal di sini. Sal ingin betulkan kesilapan Sal. Sal akan jadi seperti mana yang ayah inginkan.

“Ayah jangan risau, Sal akan belajar sungguh-sungguh dan mencapai cita-cita Sal. Sal memang nak ada perniagaan sendiri.” Balas aku tersenyum lebar.

“Nak berniaga apa?” Tanya ayah keningnya terangkat. Aku tergelak kecil.

“Tak tahu lagi. Ceburkan diri dalam bidang industri kecil, mungkin.” Jawab aku tersenyum kecil.

Ayah tersenyum lebar. “Bagus. Susah nak cari budak-budak sekarang mahu jadi ahli perniagaan. Selalunya nak kerja gaji tinggi atau pun kerja dengan kerajaan. Bagus, kamu perlu jadi perintis anak muda yang berjaya dalam perniagaan. Ayah doakan kamu berjaya.” Ayah menepuk-nepuk bahu aku.

“Tapi, bila senang nanti jangan lupa ayah. Bila kamu berjaya nanti belanja ayah pergi haji tau.” Ujar ayah dengan mata yang bersinar.

Aku tersenyum mengangguk laju. “Mestilah.” Balas aku, serentak itu hati aku dirundum sebak. Ayah tak sempat pergi haji. Ayah tak sempat lihat saya berjaya. Hati aku merintih hiba. “Ayah, Sal masuk tidur dulu.” Aku bingkas bangun, jika makin lama aku tunggu, silap-silap air mata aku akan turun dengan lebatnya.

“Eloklah tu. Dah lewat ni, nanti lambat bangun esok bising mak kau.”

Aku tergelak kecil. Sebelum pergi aku memeluk bahu ayah, mencium pipi ayah. Aku perasan ayah kelihatan terkejut dengan tindakan aku itu, biarlah. Inilah peluangnya aku bermanja dengan ayah. Peluang yang selama ini aku lepaskan begitu sahaja dan hanya menyedarinya bila dia sudah tiada.

“Selamat malam ayah. I love you too.” Ujar aku bernada mengusik sambil melangkah pergi, namun hakikatnya itulah pengakuan ikhlas aku. Pengakuan yang tidak pernah aku lakukan sepanjang hayat ayah. Dari muka pintu dapur aku terdengar ayah tergelak kecil.

“Ya, I love you forever.” Balas ayah diiringi dengan tawa yang panjang.

Aku tersenyum memanjat tangga dengan hati riang. Terima kasih ALLAH, memberi peluang kali kedua ini, tidak akan aku persiakan walau sesaat pun bersama ayah.


Bersambung....


p/s : Harap-harap bab ni kau orang tak sedih-sedih ehhh.. heee. Tak suka buat kau orang sedih, tapi terpaksa.. hahaha.

Kalau pelakon kat Msia ni, kau orang bayang sapa agaknya Si Saleha dan Azri ni?



















9 comments:

Anonymous said...

laaa,xde azri lar plak arini...org rindu nk die gado2 mnja ngan si sal tuh!..hurmmm,xtau nk byg kan sapa2,psal semua nye xbest,hahahahaaaa..jgn marah yek,sori.

MizaEija said...

uhuk.. sedih..sedih...
tapi bila ingat Azri dan2 nak tarik sengih smula.. walau Azri takde dlm entry ni.. hehehe...

nak bg sape ek jd hero heroin ni...
Saleha kasi kat Scha leh ke? ganeh2 tp klako.. Azri.. hmm.. xtau nk bg kat sape..kene pikior lg ni

eija said...

syiok nya bla bpluag mbtulkn kslpn kn...

Zuliana said...

Anon - haha.. dah kata, next azri muncul, hahaha... apa yg tak best, citer ni ke pelakon msia.. hehehe.

Miza - Scha?? hahaha.. tak sesuai.. :P Kjue bayangkan Lisa Surihani.. Azri... Beto.. aci? hahaha.

Eija - kannn... wait... baca sampai habis..

strawberry.chocolate81 said...

uihhhhh dah abess.....sikitnyeeee....nak n3 agi boleh???

Anonymous said...

Pagе tωo and thrеe агe useless,
praсtіcally, and ceгtainlу not worth any rеal money.
Reliаble Seaгch Engine Optimization Placement cоmpaniеs offer
constant repοrting. No matteг, ωhether thesе changeѕ haѵe bгought about thе goоԁ oг baԁ thingѕ in the pаge are attгаctіvе and appеaling
to conѕumers. Ρriνaсy: Thе biggest of all сoncerns
Еverу Faсeboоk uрdatе or change is
asѕocіated ωith Motorlot Autοmotive search enginе oρtіmization placement.



My ωeb-ѕite :: seo service

Anonymous said...

There aremainly two types of Casino OnlineVideo Game Sales
Statistics named as- the web based casino Video Game Sales Statistics
where you can download this program online.


My web-site - Vampire video games

Anonymous said...

Avoid buying anything with an implication of violence or poor family bonding
have a much higher tolerance due to the fact that technology has changed considerably over the period.
Adults Who Play Call Of Duty Black Ops Cost How much is too much
and what isn't. MethodologySo how do you actually use them to record your call of duty black ops cost? This was Medal of Honor: Allied Assault 2002 Medal of Honor" and other classroom games is finding teachers willing to incorporate them in their lesson plans.

Here is my web-site :: www.citeulike.org

Unknown said...

Walau pun lambat baca.... n3 yg ini buat akak nangis....