Intan payung kami...

Saturday 6 April 2013

Bab 14 : Mencari Prince Charming.


Bab 14

“Nia, kita nak dinner apa malam ni?” Tanya aku pada Tania ketika kita orang sedang berehat di beranda sambil menikmati keindahan petang ditemani angin bersepoi-sepoi bahasa.
“Entahlah. McDonald?
“Tak boleh. Bahaya makan hari-hari. Tak elok untuk kesihatan. Nanti gemuk, nak?”
“Tak nak!” Dia menggeleng.
“Esok akak kena pergi beli barang dapur lah. Sampai bila asyik nak makan makanan segera saja. Oh ya, tadi papa Nia call akak.”
“Hah? Papa call akak?” Dia yang sedang syok membelek majalah menoleh pada aku. Aku angguk.
“Mr Sam pesan jangan bagi Nia makan mee segera!” Aku mencerlung. Dia tersengih.
“Habis akak bagi tahu ke kita makan mee segera semalam?” Wajah Tania mula cuak.
Aku menggeleng. “Jadi, Nia jangan pandai-pandai nak bagi tahu pada papa tau. Ini rahsia.” Pesan aku serius.
“Okey.” Dia mengekek. “Tapi, pelik pula. Papa tak pernah pun call baby-sitter sebelum ni. Kalau Nia bermalam dengan Kak Shida pun dia tak pernah call.”
“Sebab dia dah boleh agak yang akak ni akan ajar anak dia makan makanan yang tak berkhasiat!” Aku menjeling.
Belum pun sempat dia balas kata-kata aku, tiba-tiba loceng rumah berbunyi.
Someone coming?” Aku pandang Tania. “Nia ada tunggu sesiapa ke?”
“Tak.” Wajah dia berkerut.
“Habis tu, siapa?” Kami saling berpandangan. Aku bingkas bangun segera ke pintu depan. Sebaik sahaja pintu dibuka…
“Hai neighbour!” Terlihat wajah ceria Fazrin betul-betul depan aku. “Do you remember me?” Tanya dia, tersengih-sengih.
“Emmm… let me think.” Aku pandang dia dari atas ke bawah. Berseluar pendek paras lutut dan mengenakan t-shirt putih dan berselipar… erkk… Jepun? Fail lah! Macam apek pergi pasar! Tapi… tetap nampak segak. Beruntung sungguh jadi orang lawa ni.
“Kalau tak silap, pak cik yang jual sayur dekat pasar, kan? Gerai nombor 25?”
“Ha…. Ha… funny.” Ujar dia sarkastik.
 “Kau dari mana ni?” Kedua biji mata aku singgah pada kedua belah tangan dia. Terdapat plastik penuh dengan barangan dapur. Dia ingin melangkah masuk, namun lekas-lekas aku halang dengan kaki.
“Eh… eh… nak pergi mana?” Soal aku mencerlung. Habis kalau Tania nampak aku bawa masuk lelaki. Mahunya dia cerita pada Mr Sam, masak aku nanti.
“Masuk lah. Takkan tak bagi tetamu masuk?” Dahi dia berkerut.
“Eh, tak boleh. Mr Sam dah pesan, dia tak bagi aku bawa masuk teman lelaki dalam rumah ni.” Aku bertegas. Menutup sedikit daun pintu agar Tania tak nampak.
“Betul lah tu. Aku bukan teman lelaki kau pun. Boleh aku masuk?” Balas dia bersahaja.
“Tapi kau tetap lelaki. Tak boleh masuk!” Aku terus menghalang.
“Wah, kejam juga Mr Sam ni, ya? Habis kalau saudara kau datang dari jauh, kau suruh dia lepak kat luar je?” Sindir Fazrin dengan muka tak puas hati.
“Itu lain cerita. Ini cerita kau… apa hal nak masuk dalam rumah ni? Ni plastik ni nak buat apa?” Belum pun sempat dia menjawab pertanyaan aku, tiba-tiba terdengar…
“Abang!” Tania meluru ke arah kami. “Where have you been?”
“Biasalah, shooting. Baru dua hari abang balik.” Dia menjeling pada aku. Konon nak bagi tahu aku yang dia lebih dulu kenal Tania dari aku lah tu. Ceh!
“Buat apa berdiri kat luar ni? Cepat masuk!” Ajak Tania menarik lengan Fazrin. Fazrin tersenyum mengejek pada aku.
“Abang, ni Nia kenalkan…”
“Dah kenal…” balas Fazrin acuh tak acuh. Letak plastik di atas meja.
“Bila kenal?” Wajah Tania terpinga-pinga.
“Pagi tadi, kat kolam.” Balas Fazrin sambil membelek-belek plastik yang dibawanya.
“Ni kenapa kau bawak semua barang ni ke sini?” Tanya aku hairan. Takkan dia tahu rumah ni kehabisan bekalan dapur? Takkan Tania telefon dia?
I need you help.” Ujar dia dengan wajah serius. Dahi aku berkerut. Memberi isyarat agar dia terus bersuara.
Today is our anniversary.”
“Our?” Soal aku menaikkan kening sebelah. Saja mengusik.
“I mean…”
“Okey aku tahu. Jadi? Apa kena mengena dengan kita orang?” Saja aku buat muka menjengkelkan.
Dia mengaru kepala.
Oh no… jangan kau cakap kau lupa!” Jerit aku melopong.
Peraturan paling penting dalam hubungan cinta, jangan-sesekali-lupa-tarikh-penting!
“Serius aku lupa! Tengah hari tadi baru aku ingat.”
“Habis tu, apa kena mengena barang dapur ni dengan anniversary abang dan kak Syikin?” Tanya Tania.
Fazrin pandang aku. Aku buat-buat tak nampak. Menoleh ke arah lain. Oh, tidak! Ini mesti…
“Lara, kaulah perempuan yang paling cantik dekat dunia ni kalau kau tolong aku.” Dia menghampiri memegang kedua bahu aku. Merenung aku dengan wajah penuh mengharap.
Ini yang aku lemah ni. Nak jual mahal pun payah bila muka kacak-comel dia tu betul-betul ada depan aku. Alahai!
“Habis tu, kalau aku tak tolong? Aku ni tak lawa lah?” Tanya aku mencemik. Saja buat jual mahal sikit.
“Masih lawa, tapi, dalaman kau tak lawa lah sebab kau tak tolong orang dalam kesusahan.” Dia menaikkan kedua keningnya. Mengelip-ngelipkan matanya yang sememangnya mampu buat hati aku gundah-gulana. Cewah… bahasa! Tak hingat!
“Kalau kau tolong aku kali ni, aku janji lepas ni apa jua pertolongan kau nak dari aku, aku akan bantu kau. Pleasee…” rayu dia lagi.
“Kejap.” Tiba-tiba Tania mencelah. Serta-merta lakonan Fazrin terhenti. Serentak aku dan Fazrin menoleh.
“Apa kena mengena masak dengan anniversary ni?” Dia bercekak pinggang.
Fazrin menarik nafas dalam. Melepas tangannya yang berada di bahu aku. “Abang lupa beli hadiah. Jadi, kalau abang set up dinner dengan masakan abang… erkk… kak Lara, mesti Kak Syikin akan terharu dan tak marah jika abang tak beli apa-apa hadiah untuk dia.” Jelas Fazrin panjang lebar.
“Romantik juga kau ni ya?” Aku tersenyum, sambil membelek barang yang dibelinya.
“Romantik apa, ada orang bagi cadangan buat surprise dinner.” Balas Fazrin acuh tak acuh.
“Kau pun satu. Macam mana boleh lupa ni?” Aku menjeling sebal. Orang perempuan ni memang pantang kalau lelaki lupa tarikh istimewa. Mesti akan panjang rajuknya. Silap hari bulan bertahun dia akan ungkit.
“Alah, biasalah lelaki mana ingat semua tarikh ni.”
“Papa ingat birthday Nia.” Balas Nia kagum. Aku tersenyum mengejek pada Fazrin.
“Bapak mesti ingat hari lahirnya anak dia. Tapi abang ni, mana ingat tarikh bila kami bercinta, yang abang tahu, kami tiba-tiba dah bercinta.”
“Tak romantik langsung!” Aku segera mencapai bag plastik yang ada di atas meja lalu di bawa ke dapur.
“Thank you Lara, you are the best! I love you so much!”
“Hati-hati bila berkata-kata tu. Kalau Syikin dengar dia cemburu!” Laung aku dari dapur. Sebenarnya hati aku dah bergegar pun tadi. Gila kau, lelaki pujaan dara se-malaya cakap I love you kat aku, haruslah bergegar. Yalah, aku tahu, maksud I love you dia tu bukannya i-love-you pasangan bercinta, butit still I love you, kan? Emm… okey, what ever!
“Buat apa lagi kat situ, cepat tolong aku ni!” Laung aku lagi.

          ***

Sejam kemudian…
Fazrin bercekak pingang. Merenung tajam. Aku tersengih. Bahan untuk memasak bersepah di atas kitchen island. Tania sudah lama keluar dari dapur. Mungkin dah bosan menunggu dan sudah penat membebel.
“Kau ni pandai masak ke tak?” Tanya Fazrin, tak bergerak memerhati aku membelek laptop.
“Kejaplah.” Aku terus mengerakkan tetikus. Mencari-cari resipi yang mungkin sedap.
“Kejap apanya, dah pukul berapa ni?” Dia menjeling jam di tangan.
“Okey, aku dah jumpa!” Jerit aku berpuas hati. Akhirnya jumpa juga resipi dari chef kegemaran aku. Chef Kamarul!
Fazrin mencemik, matanya terus membelek majalah yang terdapat resipi masakan barat. “Kalau aku tahu kau tak pandai masak tak ada makna aku bawa semua bahan ni ke sini. Baik aku hantar ke kedai je.” Dia mengeluh perlahan. Berwajah monyok.
“Aku pandai masak hokey! Tapi kau tu… bawa bahan masakan barat. Mana aku pandai. Kalau nak suruh masak sambal petai ke, patin masak tempoyak ke… tahulah aku macam mana nak menukang.” Ujar aku sambil menyalin resipi steak.
“Kalau cakap awal-awal kan senang.”
“Dah cepat tolong aku ni.” Lantas aku mengasingkan bahan-bahan yang hendak diguna. “Alamak! Kenapa kau tak beli black paper?”
“Aku dah beli tadi.” Dia membelek plastik yang dibawanya. Aku terus menunggu di sebelah. “Tadi aku dah ambil lah.” Ujarnya lagi terus membelek.
“Macam mana nak masak daging steak kalau black paper tak ada! Kau ni, melambatkan aku. Tak pasal-pasal kena cari resipi lain.” Aku melangkah ke arah laptop.
“Baik kau masak base on bahan yang aku beli tu.” Dia bercekak pinggang.
“Masalahnya aku tak pandai!” Mata aku terus meneliti resepi di skrin.
“Kau ni buat malu perempuan je. Masak simple western pun tak pandai?”
“Dari kau membebel sebelah aku ni, baik kau pergi kupas ubi kentang tu semua sekali. Nanti aku boleh buat mashed potato.”
“Carilah resipi mashed potato dulu.” Minta dia lantas menolak aku ke tepi. Mengambil tempat di depan laptop.
“Weh, takkan mashed potato pun kau nak tengok resepi?” Aku tolak dia pula, tapi tak bergerak! Huh!
“Diamlah kau.” Dia terus membelek satu persatu bahan resipi di depannya.
“Kejap, kau pandai-pandai beli bahan ni takkan kau tak pandai masak?” Aku mula curiga.
“Setiap kali aku pergi rumah kakak aku, bahan ni yang dia pesan beli kalau dia nak masak wastern.” Balas dia acuh tak acuh, mata terus merenung skrin.
So Sweet.” Ujar aku tersengih-sengih, membayangkan Fazrin Adam menolak troli membeli barang dapur di pasar raya.
“Apa yang sweet nya?” Dia menjeling. Khayalan aku bertebaran.
“Tak ada apa. Eh, tepi lah!” Sekali lagi aku cuba tolak badan dia yang berganda besar dari aku ke tepi. Mestilah tak berjaya. Badan ahli sukan dengan badan ahli… ahli apa aku ni eh?
“Sibuklah!” Dia tolak aku balik. Hampir tersadung aku dibuatnya. Papp! Tangan aku terhantuk di dinding kabinet. Hampeh!
“Kau ni! Main kasar eh!” Aku mencerlung.
“Opss… sorry, sakit ke?” Wajah dia tiba-tiba berubah cemas. Dia datang menghampiri membelek tangan aku yang terhantuk dekat dinding tadi.
“Sakitlah!” Aku menarik wajah masam. Ha… ha…. Pada hal tak sakit langsung!
Sorry, kau pun satu. Sabar boleh tak, kasi aku tengok dulu.” Ujar dia mengosok-gosok tangan aku kemudian meniup di bahagian jari.
Mula-mula aku nak biarkan saja. Apa salahnya aku berlakon sekali-sekala. Biar dia rasa bersalah. Tapi…
“Dah… tak sakit dah.” Aku segera tarik tangan aku. Apa kena dengan jantung aku ni? Masa ini lah dia nak berdegup laju.
“Betul?” Tanya dia dengan wajah cuak.
“Ya. Dah, baik kau pergi kupas ubi kentang dulu. Mashed potato tu senang je. Aku nak cari bahan nak marinated daging tu.” Ujar aku segera melangkah ke arah laptop. Dia segera ke sinki ambil pisau. Tiba-tiba saja suasana sunyi sepi. Kata orang, seperti Malaikat baru melintas. Tapi kata aku… the awkward moment!
“Dah siap dah?” Tiba-tiba muncul Tania di muka pintu dapur. Aku dan Fazrin serentak memandang ke arah dia.
“Aha, siap susun barang je.” Sindir Fazrin sempat menjeling pada aku.
“Dah pukul berapa ni? Nanti Kak Syikin sampai.” Wajah Tania berubah cemas.
“Jangan bimbang, semuanya under control. Dekat sini dah cakap resipi ni boleh siap dalam masa satu jam.” Aku tersenyum bangga.
“Pastikan siap!” Marah Fazrin. Aku terus mengeluarkan bahan-bahan. Mengeluarkan mangkuk.

45 minit berlalu…

Akhirnya daging steak tanpa lada hitam yang aku usahakan sudah siap terhidang di atas piring. Tania menyediakan bahan hiasan. Baunya semerbak, kecur air liur. Sos cendawan sedang mengelegak.
“Wah, pandai juga kau masak.” Puji Fazrin sebaik sahaja melihat daging steak terhidang cantik. Mashed potato pun sudah siap. Salad siap. Jagung siap.
“Kalau macam tu bolehlah kita makan dulu.” Ajak Tania. Aku menjeling jam. Tepat pukul 6.30 petang. Elok juga kalau makan malam awal, boleh elakkan gemuk.
Tanpa disuruh Tania segera mengambil tiga biji piring. Menghidangkan daging steak itu untuk aku dan Fazrin.
“Fuhh.. kau memang hebatlah. Walau tak pernah masak, tapi bila tengok daging steak ni macam chef terkemuka je yang masak.” Puji Fazrin.
Hati aku kembang semangkuk. Mengangkat wajah dengan bangganya. Namun, sebaik sahaja daging steak mencecah mulut serentak kami bertiga menjerit.
“Erghh!” Serentak itu juga kita orang keluarkan daging itu dari mulut.
“Masin!” Serentak kami menjerit. Saling berpandangan.
Masak aku!” Fazrin meraup wajah. Kemudian menjeling. “Berapa lori garam kau perap dengan daging ni?”
Terkebil-kebil mata aku memandang wajah dia. “Sorry.” Balas aku serba-salah. Rasanya aku letak sikit. Kenapa boleh masin gila ni?
“Sekarang ni macam mana? Ada masa dua jam lagi. Daging nak masak dah habis.” Tanya Tania.
Fazrin mendengus kasar. Sempat menjeling tajam pada aku.
“Aku tak sengaja okey!” Ujar aku membela diri.
“Nak pergi beli hadiah pun dah tak sempat.” Keluh Fazrin bertongkat dagu merenung pinggan yang langsung tak terusik.
“Apa kata… kita pergi tapau steak kat kedai. Nak?” Aku pandang Fazrin harap-harap dia setuju.
“Nia setuju!” Jerit Nia mengangkat tangan.
Terdengar Fazrin mengelus nafas perlahan. “Sempat ke? Nak cari kedai mana? Dah lah waktu-waktu macam ni jalan jem.”
“Abang, jangan putus asa. Rancangan ni mesti jadi punya.” Balas Tania teruja. “Akak dan abang pergi beli makanan, biar Nia set up ruang tamu rumah abang kasi romantik lagi. Nak?”
Aku pandang Tania. Geliga juga otak budak ni. Cadangan yang amat bagus datang dari budak berumur lima belas tahun!
“Akak setuju.” Aku angkat tangan. Tanpa berlengah bingkas bangun.
Decoration akak serah pada Nia okey. Pastikan bila Syikin masuk dia tangkap lentok. Okey.” Pesan aku sebelum menyambar lengan Fazrin. “Bagi kunci rumah kau kat Nia.” Minta aku.
Dia segera mengeluarkan kunci dan serahkan pada Nia.
“Kita nak beli kat mana ni?” Tanya Fazrin dengan wajah tak bermaya.
“Mana-mana je. Kau bawa kunci kereta?” Tanya aku. Dia angguk.
Ketika keluar rumah telefon bimbit aku berbunyi, tertera nama Ayun. “Wassup?” Soal aku sebaik saja menyambut panggilan dia.
“Dah tak pandai bagi salam assalamualaikum?” Balas Ayun. Ceh, sempat lagi dia perli aku.
“Kau nak apa?” Soal aku sebaik saja menjawab salam yang diberi.
“Amboi, soalan! Kasar gila!” Marah Ayun.
Aku mengekek. “Sorry beb, aku tengah kelam kabut ni.” Ujar aku menjeling pada Fazrin beri isyarat suapaya dia menekan butang lif.
“Kelam kabut apa pula, setakat jaga budak 15 tahun.” Balas Ayun.
“Yalah, yalah. So, what up?”
“Apa lagi, aku nak kau update cerita lah!”
“Okey malam ni aku update. Sekarang line tak okey lah.” Aku menjeling pada Fazrin di sebelah.
“Kau tak stalker Fazrin ke?” Soal Ayun.
Aku segera berganjak ke hujung ruang, menjauh dari Fazrin. Mati aku kalau dia dengar soalan Ayun tadi.
“No. Beb, malam nanti aku call. Sekarang aku dalam lif. Line teruk.”
“Haish, kau ni! Ada-ada je!Make sure call!”
“Ya!” Segera mematikan panggilan.

BERSAMBUNG...

XOXO.... 

13 comments:

MizaEija said...

Weeehuu.... makin menarik ni.. buat diriku tak sabor nak tggu nk baca next entry...

Unknown said...

Terima kasih Miza kerana sentiasa bersama MMC :)

Anonymous said...

hahahaaa,asal ngada2 nk buat spesel diner lau xleh masak..ni baru tol2 masak smpai rentong!!..hik hik hik..

Anna Lee said...

Anon - Hehehe... sorg konon nk tunjuk romantik, sorg konon nak tunjuk pandai.. heee.

strawberry.chocolate81 said...

huhhhhhh...saja je tau gantung2 sampai sini...nak2 gak tau anniversary 2 berjaya ke x? adakah si fazrin 2 akan jatuh centan sama lara ek? kalo la dia dah terjatuh tangga ngan lara ape akan jadi kalo dia tau diri dia 2 lah sowang daripada calon prince charming hihihi

Anna Lee said...

Strawberry Cohocolate - bab ni panjang sikit, kena bersambung, nnti bersambung apa kan jadi dekat anniversary tu... apa akan jadi dlm perjalanan dorg nk tapau nnti dan selepas tu... agak panjanglah.. hahaha. Jatuh tangga?heee.. kita tunggu dan lihat... :P

aisyah said...

Hancur plan fazrin...

Anonymous said...

hai Anna Lee hari saya ini marathon 14 chapter terus....ingat nak usha2 je...terus melekat...best gak cara tulisan macam ini (tak reti pulak nak sebut nama gaya tulisan begini)....but really interesting story. Tak sabar jugak nak tengok perkembangan hubungan lara-mr sam-fazrin-tania. Siapa pula Indah water (entah2 Mr sam tak???) hehehehe...can't wait for next chapter----SZnariah

Anna Lee said...

Szanariah - hahaha... terima kasih sudi marathon kat sini, hehe... citer ni genre chick lit (kisah santai-humor, kisah wanita utk wanita, biasanya mcm seorg kawan bercerita pada kita kisah dia) Siapa indah water? hahaha.. perjalanan masih jauh..mungkin dalam 2-3 bab dorg akan berbalas email.

Anna Lee said...

Aisyah - wahahaha... almost hancur.

yuyu.tory said...

next en3 puhleeeeeease~~ ^_^

zie omar said...

fuhhh hari ni baru ada kesempatan nak marathon dr bab 5 sampai 14..tersengih sorang2 ngadap PC sampai tak sedar bos melintas kat belakang hahaha...sambung lagi ek..kita sukaaaaa...

Anna Lee said...

Yuyu...Zie Omar, esok kita sambung ehh.. heee. terima kasih singgah baca.. :)