Bab 3
“Sal…” terdengar
nama aku di panggil. Badan aku digoncang perlahan. Terasa dahiku disentuh. Ada
tangan memicit-micit lengan dan kakiku.
“Sal…” sekali
lagi aku terdengar namaku dipanggil.
Aku kenal suara
tu, itu suara Lina. Aku cuba membuka mata, namun amat payah terasa seperti ada
pemberat!
Kenapa ni asyik mimpi mengarut je? Eh,
di mana aku sekarang?
Tidak! Semalam
aku dilanggar bas! Habis remuk kereta aku agaknya. Eh, kejap, aku di hospital
ke? Aku cuba buka mata, tapi tiba-tiba kepala aku pula berdenyut-denyut.
“Mak cik, betul
ke Sal tak ada apa-apa ni? Kenapa tak dihantar ke hospital je? Agaknya kesan
semalam tu masih ada.” Terdengar suara Lina bertanya.
Apa, aku ada di
rumah? Jadi kemalangan tu tak teruk?
“Dia dah baik,
tadi kebetulan Rizal balik rumah mak Esah, dia yang periksa Sal, katanya
keadaan Sal stabil. Dia cuma terkejut dan pengsan.” Terdengar suara emak di
sebelah kananku.
Terkejut dan
pengsan? Takkan pengsan je? Punyalah besar bas yang langgar kereta aku semalam.
Aduh, sakitnya kepala aku!
“Kenapa sampai
boleh pengsan macam ni sekali?” Terdengar suara Lina bertanya.
Emak menghela
nafas kasar, “Mak cik pun tak tahu. Tapi ada betul juga, mungkin sebab kes
hampir-hampir kena langgar tu dia cepat sangat lemah semangat. Tapi, yang
peliknya, kali ni bukannya ada kereta nak langgar pun tapi Lepas dia tengok
Sara dia menjerit. Dan lagi satu sebelum tu, dia terkejut tengok pak cik kamu.
Mak cik pun hairan.”
Hah, lepas
tengok Sara? Pak cik? Emak sebut pak cik? Maknanya memang ayah ada dan aku tak
mimpi? Sekali lagi aku cuba membuka mataku. Dengan susah payah, akhirnya aku
berjaya melihat Lina dan emak.
“Ayah mana?”
soalku pada emak dengan suara serak hampir tidak terkeluar dari kerongkong.
“Ayah pergi
kerja, nanti dia minta balik awal.” Jawab emak.
Dan sekali lagi
aku menangis. Memang aku tak bermimpi. Ayah memang hidup. Tapi kenapa? Di mana
aku sekarang? Aku bermimpi lagi kah?
“Kenapa Sal,
sakit lagi ke?” Emak bertanya. Merenung simpati. Aku menggeleng.
“Sara mana?”
Soalku pada emak. Sekadar menguji. Menyapu sisa air mata yang mengalir di pipi.
“Sara tak balik
sekolah lagi, ada kelas petang hari ni.”
“Kak long?”
Tanyaku lagi, suaraku terasa seperti tersekat di kerongkong.
“Tadi kak long
telefon, kalau keadaan kamu teruk dia nak ponteng kelas. Tapi mak cakap kamu
pengsan je, jadi lepas kelas dia balik.” Balas emak.
“Kak long pergi
belajar ke pergi mengajar?” soalku sekadar menguji emak. Kalau ikutkan ingatan
aku, selepas habis belajar di kolej kak long dapat jadi guru dan mengajar di
sekolah rendah di Melaka, tinggal bersama suaminya yang juga bekas guruku di
sekolah dulu.
Emak menghela
nafas perlahan, “Kakak kamu pergi belajarlah. Nak mengajar apanya, ijazah pun
tak dapat lagi.” jawapan emak membuat hatiku semakin kuat berdegup. Sah, aku
bukan berapa ditempat yang sepatutnya! Tapi, bagaimana aku boleh ada di sini?
“Kamu jaga dia
Lina, mak cik ada kerja nak siapkan. Kamu layan saja kalau dia tanya soalan
pelik-pelik.” Aku terdengar emak berbisik di telinga Lina. Aku tahu, emak
sengaja membiarkan aku mendengarnya. Lina tersenyum kecil mengangguk.
Aku memandang
Lina. Memang sah, aku bukan berada di tahun 2012! Muka Lina tak macam ni!
Polos, bersih. Muka Lina 2012 penuh dengan parut jerawat. Seingat aku, Sara
memakai uniform sekolah berwarna hijau ketika dia darjah enam. Dia dipilih
sebagai pengawas sekolah. Bukan main bangga dia bila dilantik menjadi pengawas
sekolah.
Jadi, kalau aku
kira, tolak, campur, darab, bahagi, kuasa dua… kemungkinan aku berada di tahun
1998! Aku memandang Lina.
“Beb, sekarang
tahun 1998 ke?”
Aku dapat lihat
perubahan di wajah Lina. Dahinya berkerut-kerut. Kemudian dia mengangguk.
Serentak itu hatiku menjerit kesyukuran, maknanya permintaan aku untuk
mengulang kembali zaman persekolahan benar-benar termakbul!
Aku bingkas
bangun, semangatku mencanak naik! Kejap, tapi… macam mana aku boleh berada di
zaman ni? Tak mungkin. Tak mungkin! Tapi… aku menarik nafas dalam, lepas
perlahan-lahan. Yang pasti aku masih hidup. Ah, biarlah dulu. Yang penting aku
catat apa yang aku ingat ni.
“Mana pen?
Kertas?” Aku menyelak kain selimut yang menutupi sebahagian badanku.
Lina
lekas-lekas menahanku dari bangun. “Kejap, kau dah baik ke ni?” Tanya Lina
wajahnya kelihatan cemas. Aku mengangguk, tersenyum gembira.
“Kertas,
kertas?” Mataku liar mencari kertas di atas meja.
“Kejap aku
tolong ambil, kau duduk sini.” Minta Lina memandang keliru padaku. Dia segera
menghampiri meja tulisku, kemudian menghulurkan sehelai kertas dan sebatang pen
padaku.
Tanpa menunggu
lama, aku segera mencatat segala senarai yang aku pernah tulis ketika aku
berusia 30 tahun. Aku berhenti menulis, ‘ketika aku berusia 30 tahun?’ yang
mana realiti dan yang mana fantasi sebenarnya ni? Kenapa seperti baru semalam
aku berada di pejabat? Berada di dalam kereta? Menerima pesanan ringkas dari
Daniel?
Adakah dunia
semalam adalah mimpiku dan dunia sekarang realitiku atau sebaliknya?
“Kau tulis apa
ni?” Lina ingin menjenguk kertas di tanganku.
Aku segera
sembunyikan dari dilihat Lina. “Kejap, aku tak tulis habis lagi. Nanti dah siap
aku bagi kau baca. Kau pergi turun dulu. Ambilkan air, aku haus sangat ni.”
Mintaku, sengaja aku mahu dia berada jauh. Aku hendak fokus betul-betul sebelas
niatku itu. Harap-harap aku tak lupa.
Lina bergegas
keluar. Dari raut wajahnya jelas kelihatan dia seperti risaukan keadaan aku.
Dia memang teman yang baik, tidak banyak songeh. Mungkin kerana dia anak
tunggal dan selalu sendirian di rumah, sebab itu dia tidak kisah jika aku
mengarah itu dan ini. Lagi pun Lina memang terkenal sebagai pelajar yang rajin.
Kalau tidak masakan dia boleh belajar dalam aliran sains.
Selepas lima
minit, Lina kembali ke dalam biliku bersama dua gelas air dan sepinggan kuih
kacang. Aku sangat rindukan kuih ni, sejak ayah pergi emak tidak pernah lagi
buat kuih kacang. Pernah aku minta emak buatkan kuih ini, mungkin kerana aku
dia terpaksa buat. Tapi sudahnya, hanya aku seorang saja yang habiskan kuih ini
manakala emak hanya memberi alasan dia sudah kenyang. Tapi, selepas beberapa
hari baru aku perasan, emak bukan kenyang, tapi emak tak sanggup makan kuih itu
kerana akan mengingatkan dirinya pada arwah ayah. Ayah sama seperti aku,
terlampau gilakan kuih kacang. Kalau emak buat setalam pun, aku boleh habiskan
satu talam tu dalam masa sejam!
Dan kali ini,
bila melihat kuih ini berada di depanku, aku yakin aku betul-betul berada di
tahun 1998. Tahun ketiga emak menerima kontrak menyediakan kuih-muih untuk
kantin sekolah. Tapi, macam mana aku boleh berada dalam tahun ini? Tentu saja
semua ini tidak masuk akal! Kalau dalam filem atau drama mungkin aku percaya,
tapi…
“Sal, ni aku
bawakan kerja sekolah yang cikgu bagi untuk cuti hujung minggu ni.” Lina
mengeluarkan buku dari bag kertas yang dibawanya.
“Hujung minggu?
Hari ni hari jumaat ke?” Soalku terpinga. Kalau ikutkan semalam (waktu usia aku 31 tahun) hari ini
sepatutnya hari Rabu dan aku perlu menghantar laporan jualan bulan lepas kepada
Encik Hamid.
Lina memandang
kehairanan padaku. Wajahnya berubah kelat kemudian dia mengangguk. Aku sempat
menangkap anak matanya memandang ke arah meja tulisku. Aku turut memandang ke
arah sama. Kelendar 1998!
“Tolong ambil.”
Mintaku pada Lina. Lina menurut dan kemudian menyerahkan kalendar itu kepadaku.
“Sekarang bulan
apa?” Aku memandang Lina. Bulat mata Lina membalas renungan aku.
“Kau nak aku
panggilkan mak kau ke?” Lina memandang curiga.
“Cakaplah bulan
apa sekarang ni?” Aku mencerlung.
“9 Januari.”
Balas Lina ragu-ragu. Lantas mataku memandang kalendar di tangan. Minggu ke dua
Januari 1998? Hatiku mula bergemuruh.
“Minggu ke dua
persekolahan cikgu dah bagi kerja sekolah?” Soalku teragak-agak.
Sekali lagi
dahi Lina berkerut-kerut, dia mengangguk perlahan. “Yalah, tahun ni tahun
penting kita. Bukan macam tahun lepas, tahun honeymoon.”
Serentak itu aku
teringatkan senarai hajat yang aku tulis kelmarin… (erkk… kelmarin?)
1. Ubah aliran!
Jangan ambil kelas sains!
“Beb, kau kena
tolong aku.” Aku mula cemas. Soal kenapa aku boleh berada di sini sekarang,
kena tolak tepi dulu.
“Kenapa? Kau
sakit ke?” Tanya Lina segera memegang lenganku.
Aku menggeleng.
“Aku tak mahu buat kerja sekolah tu. Aku nak tukar aliran!” Aku memegang erat
tangan Lina. “Kau agak cikgu benarkan tak?”
Lina terdiam
seketika, dia merenung tepat pada wajahku. “Walau pun mak kau pesan layan je
kalau kau cakap perkara yang bukan-bukan, tapi kali ni aku memang malas nak
layan!” Lina mencemik menarik tangannya dari dalam genggamanku. Merenung tajam.
“Lina kau kena
tolong aku. Aku tak mahu ambil aliran sains. Aku nak tukar! Aku nak ambil
perdagangan atau pun sastera.” Balasku bersungguh. “Isnin nanti, awal-awal pagi
kau temankan aku ke bilik cikgu ya?” Mintaku bersungguh-sungguh.
“Sal, boleh tak
kau jangan nak mengarut? Kalau kau main-main, sekarang juga aku balik.” Lina
mengugut.
“Aku tahu,
memang tak pernah dibuat orang. Tukar aliran masa tingkatan lima, tapi aku
sungguh-sungguh tak mahu belajar sains, sebab aku tak minat dan nanti keputusan
peperiksaan aku akan teruk sebab aku akan gagal fizik dan bio aku akan dapat
D!” Aku diberi peluang untuk membaiki kesilapan, walau apa pun terjadi aku tak
akan mengulangi kesilapan aku mengambil aliran sains semata-mata mahu menjadi
pelajar popular dan cop pelajar cerdik!
“Aku rasa, kau
sepatutnya pergi hospital. Nanti aku panggi mak kau.” Belum pun sempat dia
bangun, aku segera memaut lengan Lina.
“Beb, aku okey
sangat. Jangan risau. Tapi aku serius nak tukar aliran ni.”
Lina memandang
curiga.
“Oh, please! I’m okey Lina and stop worry!” Jeritku
geram.
“Mestilah aku
bimbang, dah lah kau baru pengsan. Bila sedar buat keputusan melulu macam ni.
Aku tak risau kau nak tukar aliran, tapi aku risau kecederaan dalam otak kau
tu. Aku tak mahu dua tiga hari nanti aku dengar berita…” Dia diam. Aku tahu apa
yang ada dalam fikiran Lina.
“Aku akan hidup
sampai umur 30 tahun. Kau tak payah risau.” Balasku menghela nafas perlahan.
Lina menjeling
tajam. Berpeluh tubuh.“Kau serius nak tukar? SPM lambat lagi ada masa lagi nak
study.” Balas Lina melangkah ke arah meja tulis.
“Tak kira! Aku
nak tukar juga! Aku nak tukar!” Jeritku.
Lina
mencerlung. “Kalau tukar pun, agak-agak kau boleh cover ke semua subjek yang
dia orang dah belajar tahun lepas? Jangan nanti takut gagal Fizik dan dan dapat
D bio kau akan gagal semua paper.” Lina mendengus kasar.
Betul cakap
Lina. Tapi, kalau tak cuba tak tahu. Lagi pun, aku dah senarai hajat tukar
aliran sebagai hajat pertama aku lagi. Kalau aku tak penuhi segala hajat yang
aku buat, nanti aku akan kembali ke zaman umur aku 30 tahun. Zaman yang penuh
dengan sesalan kerana kesilapan ketika zaman persekolahan.
“Aku takkan
ulang kesilapan yang aku pernah buat. Aku akan tukar aliran. Nanti aku akan ke
rumah Hanim. Aku nak pinjam segala nota dia, aku nak belajar semuanya.” Balasku
bersungguh-sungguh.
Lina
memandangku dengan pandangan yang menjengkelkan. Tapi aku tidak peduli semua
itu, yang penting kesilapan tidak boleh diulang lagi.
“Kau teman aku
ke rumah Hanim?” Mintaku pada Lina, sedaya upaya membuat muka meraih simpati
Lina.
“Mak kau tak
cakap pula kepala kau terhentuk atau kau terjatuh di mana-mana. Mak kau cakap
kau pengsan je, dan ayah kau sempat sambut.” Balas Lina mengaru kepala. Aku
tahu, dia perli sebenarnya tu.
“Alar,
bolehlah, kau teman aku. Kalau aku pergi seorang nanti aku pengsan tengah jalan
tu macam mana?” Sengaja aku mengugut Lina.
Lina mendengus
kasar. “Okey! Tapi, kau kena belanja minum ABC bawah pokok.” Balas Lina
mencemik.
Sebaik sahaja
mendengar nama ABC bawah pokok, mataku terbuka luas. “ABC tu ada lagi?” Segera
aku menutup mulutku yang terbuka luas.
“Kau ni kenapa?
Mestilah ada. Sebelum kau hampir-hampir kena langgar, kan kita minum kat sana.”
Lina menjeling tajam.
“Aku hampir
kena langgar?” Berkerut dahiku memandang Lina.
Dia mengangguk.
“Kau tak ingat?”
Aku menggeleng.
“Langsung tak
ingat?” Kali ini mata Lina terbuka luas. Mulutnya melopong.
“Tak.” Balasku
kasar. “Apa yang berlaku sebenarnya?”
Lina menarik
nafas dalam, memandangku agak lama sebelum bersuara. “Rabu baru ni, lepas kita
minum ABC kau seberang jalan nak balik ke rumah kau. Lepas tu ada kereta laju
tapi nasib baik dia sempat mengelak dan kau pula pengsan tengah jalan tu. Nasib
baik aku ternampak, kami hantar kau ke klinik masa tu kau mamai lagi dan lepas
tu kau pengsan sekali lagi.
Doktor yang
rawat kau cakap, kau cuma terkejut, tak cedera. Jadi dia bagi kau cuti khamis semalam.
Tapi pagi tadi mak kau telefon aku cakap kau pengsan lagi. Kau tak nak pergi
hospital ke? Mungkin masa kau jatuh pengsan tu kau terhantuk dan ada pendarahan
dalaman. Bahaya tau.” Jelas Lina panjang lebar. Merenung simpati.
“Oh, itu
kisahnya. Tapi aku langsung tak ingat.” Balasku cuma mengembalikan memori yang
hilang namun semakin aku cuba ingat kepalaku mula berdenyut.
“Itu yang aku
risau ni. Dahlah tu tiba-tiba nak tukar aliran. Jomlah aku bawa kau pergi
hospital.” Wajah Lina kelihatan cemas.
“Jangan
risaulah. Aku okey. Jom aku belanja kau. Dua mangkuk kau nak minum pun aku tak
kisah.” Aku bingkas bangun.
“Kau
betul-betul dah okey ni?” Soal Lina memandang curiga padaku.
Aku segera
mengangguk. Tak sabar-sabar ingin menikmati ABC bawah pokok yang sedap itu.
Sejak Mak Limah berpindah ke Seremban empat belas tahun lepas, tiada lagi ABC
lain dapat mengalahkan kesedapan ABC Mak Limah yang kaya dengan pelbagai
ramuan.
Sebaik saja aku
turun ke tingkah bawah, emak sedang menguli tepung di ruang tamu sambil menonton
rancangan tv. Aku tersenyum ke arah emak. Patutlah wajah emak kelihatan
berseri-seri, rupa-rupanya wajah emak muda 14 tahun dari wajah emak yang aku
lihat semalam(semalam atau 14 tahun
lepas? Haish… Keliru).
Patutlah banyak
benda dalam bilik aku berubah sebab aku bukan berada di tahun yang sepatutnya.
Dan, misteri sabun dan pencuci dalam bilik mandi sudah terjawab. Aku tersenyum
gembira.
“Mak, Sal nak
ke rumah Hanim kejap. Erkk… mungkin lama. Sebab Sal nak tengok buku nota dia.
Tapi sebelum tu Sal nak singgah minum ABC bawah pokok dengan Lina.” Ujarku
sambil menghampiri emak lantas menghulurkan tangan ingin bersalam. Emak
memandang kehairanan, menyambut tanganku.
“Kamu
betul-betul dah baik ke ni?” Soal emak kelihatan seperti risau.
“Sangat baik.”
Balasku tersenyum kecil, kemudian bergegas keluar.
“Bagus juga
kamu pengsan. Kalau tak, nak keluar rumah main keluar je, bukannya nak minta
izin.” Sindiran emak sempat singgah di telingaku. Aku tersenyum kecil. Ya, yang
itu memang aku ingat. Dulu masa
sekolah aku akan keluar rumah sesuka hati. Tapi semenjak ayah meninggal, aku
mula berubah menjadi anak yang baik.
Ketika di luar
rumah aku sempat melihat motor buruk emak yang sudah buruk semalam (selepas 14 tahun…) tetapi hari ini
berkilat dan masih baru. Plastik di kerusi motor pun masih berbalut. Ya, aku
ingat sesuatu! Emak terpaksa buka balutan kerusi tu nanti bila Sara merenggek
minta emak cepat-cepat cabut plastik itu sebab dia sering diperli naik motor
baru gara-gara plastik yang masih berbalut. Kerana Sara, emak buka balutan yang
dia rasakan tidak patut dibuang kerana boleh mengelak kusyen motor basah bila
hujan.
“Mak, kalau
Sara bising-bising suruh buang balutan kusyen ni, mak jangan ikut ya.” Pesanku
di muka pintu sebelum menyarung selipar. Haish, aku pun dah lupa yang mana satu
selipar aku.
“Cepatlah.”
Panggil Lina yang sudah berada di pintu pagar.
“Lina, kau
ingat tak selipar aku yang mana?” Soalku pada Lina sambil mataku
meninjau-ninjau beberapa pasang selipar yang sama saiz.
Lina bercekak
pinggang, memandang sebal.
“Okey.” Ujarku
faham akan maksud pandangan Lina kemudian terus menyarung selipar jepun
berwarna hijau. Lantaklah siapa punya pun, bukan ada orang lain dalam rumah ni.
Kalau bukan emak punya mungkin aku punya.
7 comments:
wah,macam filem la, back to the past !btw next entry jangan lambat okeh ..ni pon tunggu lama sangat .cerita ni saya suka sangat :)
kiki.. maaf AsHU, akak tgh kejar satu dateline yg akan tamat hujung oct ni.. sbb tu tak sempat nk update kat sini :P
okeh,maaf di terima :D
tolonglah siapkan bab seterusnya. kerana ku makin x tahan nak tau apa jd. :D
Pena Tumpoi - hehe.. bersabar ya.. hehe.
huhuhuhu....cpt...smbung nxt entry...
tandis que les beaux travaux de M. viagra, qui peuvent etre consideres pueden dirigirse al Gabinete de Historia Natural, precio cialis, partiendo de una igualdad formal promueven una, i quali gli davano un aspetto viagra, la pellicola che si forma rimane trasparente al, krampfhaften Inspirationen bei weit geoffnetem, cialis bestellen, Feuer unter einem gut ziehenden Rauchfange und,
Post a Comment