Status
Indah Lara
Awkward situation… :-/
Selepas mengemas kini status di facebook, aku menyimpan kembali telefon bimbit dalam poket seluar
jeans. Sam yang duduk di hujung meja makan asyik menyuap makanan. Tania di
sebelah kanan Sam dan aku di sebelah kiri Sam. Fazrin duduk di sebelah Tania,
bertentangan dengan aku.
Lima minit berlalu. Masing-masing terus diam membisu.
Sibuk mengunyah, sibuk menyeduk makanan. Dari tadi Tania asyik melayan telefon
bimbitnya, sambil makan sambil tersengih, mungkin tengah chatting dengan kawan-kawan dia. Sekali-sekala Fazrin mencuri
pandang pada aku dan memberi isyarat agar aku buka mulut berbual dengan Sam.
Aku menggeleng, tak tahu nak berbual pasal apa.
Kalau Fazrin tak ada mungkin aku lebih selesa nak
berbual. Maklum lah Fazrin ni suka sangat mengomen. Nanti apa yang aku cakap
dan jawab serba tak kena. Tiba-tiba terasa telefon bimbit aku bergegar.
Terlihat pesanan ringkas dari Fazrin…
Break the
ice, please!
Aku segera membalas, sambil sebelah tangan aku
mengambil gelas, meneguk minuman. Supaya tak nampak sangat aku sedang melayan
telefon.
I've no tools
Aku menceduk sambal belacan. Dengan selamba Fazrin
memeriksa telefon bimbitnya. Tak berselindung langsung!
“Fazrin, apa projek kau sekarang?” Tanya Sam sambil
menceduk lauk ke pinggannya.
Fazrin yang sedang memeriksa telefon bimbit segera
mendongak, memandang Sam. Dia berdeham perlahan sebelum bersuara.
“Biasalah. Shooting
untuk telemovie dan satu drama bersiri.” Balas dia menelan sisa makan di dalam
mulut. Sempat dia menjeling pada aku di depan.
“Aku dengar kau nak ke US next week?” Tanya Fazrin, sekali lagi menjeling pada aku, memberi
isyarat agar aku menyertai perbualan itu.
“Sepatutnya.” Balas Sam menelan makanan di dalam
mulut.
Aku terus memasang telinga. Masih mencari-cari
peluang untuk mencelah.
“Tapi, tadi baru aku terima berita ada problem dekat JB dan tadi juga aku baru
dapat berita dari klien kami dekat US projek yang sepatutnya bermula next month postpone lagi. Mungkin dua
bulan akan datang baru aku ke sana.”
“Really
papa? Its great!” Jerit Tania
berwajah ceria.
Niat hendak mencelah terbantut. Tiba-tiba sahaja
tekak aku terasa perit. Perancangan aku musnah satu persatu. Ke mana aku hendak
menetap nanti? Bulan depan Ayun dah kahwin. Nampaknya malam nanti aku kena cari
bilik untuk disewa secepat mungkin. Bagaimana dengan kerja? Sempat ke aku cari
kerja untuk menampung kehidupan aku nanti?
Bilik sewa sekarang bukannya murah. Duit royalti yang
aku dapat awal tahun dah nak habis ni. Kalau mahu harapkan kerja part-time aku dekat syarikat majalah tu
berapalah sangat. Kalau ada job
dapatlah seratus-dua. Masa tinggal rumah Ayun dulu tak apalah dapat duit macam
tu, sewa seratus ringgit je. Tapi
sekarang ni macam mana?
“Jauh termenung?” Tegur Sam. Tersentak aku dibuatnya.
Fazrin dan Tania turut memandang aku.
“Jadi, saya macam mana?” Tiba-tiba soalan yang
bermain dalam fikiran terkeluar dari mulut.
Dahi Sam berkerut. “Macam mana apa?”
“Emmm… yalah, saya kena teman Nia sebab awak akan ke
US. Sekarang ni awak tak jadi nak ke sana.”
“Oh, awak tengah risau fasal tu ke?” Dia tersenyum.
“Jangan risau. Awak tetap akan jaga Nia. Saya kan selalu sibuk.”
“Tapi…” Aku menelan air liur. Aku cadang nak tanya
‘Takkan kita bersekedudukan?’ Tapi, segan pula nak tanya soalan tu depan Fazrin
dan Tania.
“Don’t worry.”
Sam mencelah. “Saya bukannya kerap ada dekat rumah. Dalam seminggu adalah dua
atau tiga kali tidur kat rumah.
Selebihnya mungkin saya kerap ke JB selagi masalah ni tak selesai.”
Aku menarik nafas lega. Fazrin menjeling, mata aku
sempat menangkap senyuman mengejek dari bibir dia. Aku mencerlung, dia segera
menoleh ke arah lain.
“Akak risau kena tangkap basah dengan papa, eh?”
Tania tersenyum-senyum.
Serentak itu aku tersedak. Fazrin tergelak kecil.
“Tania?” Sam mencerlung pada Tania. Aku segera
meneguk air di sebelah. Kemudian terdengar Tania ketawa mengekek.
“Bukan apa pa. Kalau akak takut kena tangkap basah
senang je, akak kahwinlah dengan
papa.”
Tidak semerna-merna Fazrin pula yang tersedak. Mujur
aku tengah tak makan atau minum apa-apa, kalau tidak harus aku juga tersedak
teruk. Fazrin menepuk-nepuk dadanya. Dia terus terbatuk-batuk. Haish, budak
Tania ni masa tengah makan macam ni janganlah bercakap hal-hal yang menakutkan.
Tania menghulurkan air pada Fazrin. Aku tersenyum kecil melihat wajah dia yang
merah menyala.
“Kenapa asyik tersedak je ni? Akak dengan abang tak baca doa makan ke tadi?” Marah Tania.
Dahi aku berkerut. Menoleh pada Sam. Dia tersenyum
kecil menggeleng kepala. “Awak tu, jangan nak campur pasal orang tua.” Sam mencerlung
pada Tania.
“Nia bagi cadangan je.” Dia mengangkat kedua bahunya.
“Yalah, tapi kalau teman lelaki kak Lara dengar,
mesti dia tak benarkan kak Lara jaga Nia lagi lepas ni. Nia nak papa cari
pengasuh lain lagi?”
“Kak Lara tak
ada teman lelaki lah pa. Tadi pun dah gaduh-gaduh dengan abang Fazrin
sebab Kak Lara nak tunggu prince charming,
tapi abang Fazrin cakap tak ada prince
charming dekat dunia ni.”
Bulat mata aku pandang Tania. Masa bila dia dengar?
Sesuka hati buat cerita. Dia ada dengar apa yang aku dan Fazrin berbual dekat
dapur tadi ke? Fazrin berdeham perlahan.
“Oh, sebab itu riuh rendah dekat dapur tadi?” Sam
tersenyum kecil. Muka aku ni dah terasa tebal seinci.
“Do you agree?”
Fazrin menoleh pada Sam.
“You mean, no
prince charming in this world?” Dia menoleh pada Fazrin. Fazrin mengangguk.
“Im not sure.
Sebab aku tak tahu apa krateria charming
yang Lara cari tu. Kalau dia mahukan prince
charming yang gagah perkasa, putera raja yang menunggang kuda pergi
selamatkan puteri yang dikurung oleh ahli sihir, mungkin tak ada.”
Terdengar Fazrin ketawa mengejek. Menjeling pada aku.
Ceh! Lelaki memang back up lelaki!
“Tapi…” Sam terdiam seketika. Serentak aku dan Fazrin menoleh ke arah
Sam.
“Kalau prince charming
yang dicari Lara tu seorang setia, penuh kasih sayang… mungkin masih ada.” Dia
merenung aku untuk beberapa saat. Aku tergamam seketika. Smiling eyes dia kelihatan semakin bersinar-sinar.
“Ehemm…” Tiba-tiba terdengar Fazrin berdeham.
Segera aku mengalihkan pandangan dari menatap wajah
Sam. Tania kelihatan tersenyum-senyum. Fazrin tersenyum mengejek.
“See… ada
juga yang setuju dengan aku.” Aku tersenyum mengejek pada Fazrin. Bangga sebab
Sam sokong aku. Macam ini baru sehati sejiwa.
“But… remember.
Sometimes the shine can blind you.” Sambung Sam.
Serentak aku dan Fazrin menoleh ke arah Sam. “Hah,
dengar tu yang berkilat tak semestinya permata.” Fazrin tersenyum mengejek.
Eh, Mr Sam ni, macam nak bagi isyarat dekat aku je. Takkan dia tahu aku ada buat
rancangan nak pikat hati dia?
***
“So, ingat
esok shopping.” Bisik Fazrin ketika
aku teman dia keluar.
“Yalah. Nanti kau teks aku pukul berapa kau ready nak keluar.” Balas aku juga
berbisik.
“Petang sikitlah.” Bisik dia lagi. Aku mengangguk.
“Eh, tak baiklah berbisik belakang orang.” Tania
menoleh ke belakang, mencerlung pada aku dan Fazrin.
“Bukan ke tak baik berbisik di depan orang?” Usik
Fazrin tersengih-sengih. Tania menjeling.
Sam yang berjalan di depan turut memerhati aku dan
Fazrin bersilih ganti.
“Tak ada apalah Tania. Dia cakap asam pedas akak
sedap nak minta bungkus. Tapi akak cakap dah habis.” Balas aku berdalih. Fazrin
segera menoleh dengan wajah tidak puas hati.
“Eh, betul dah habis?” Tanya Sam serius.
“Sikit lagi.” Jawab aku.
“Bungkus je
semua tu.” Balas Sam.
Fazrin segera menggeleng. “Tak apa, aku saja nak usik
dia. Siapa nak makan kat rumah tu.”
Dia menjeling pada aku.
Selepas menghantar Fazrin ke muka pintu, aku segera
melangkah ke dapur. Pinggan mangkuk bertimbun dalam sinki sedang menanti untuk
dikerjakan. Kalau dibiarkan esok harus jadi tempat lipas bersuka-ria.
“Lara…” terdengar suara seksi memanggil. Aku menoleh.
Sam berjalan menghampiri aku di sinki sambil
menyinsing lengan baju dan berdiri di sebelah aku.
“Tak apa, biar saya yang cuci semua ni. Awak masuklah
tidur dulu. Esok awak nak ke Johor, kan?” Aku terus menyambung kerja.
“Saya tak mengantuk lagi.” Dia terus menyambut
pinggan yang dihulur lalu dibilas dengan cermat.
Untuk beberapa minit kami tak bersuara. Hanya
kedengaran air paip mencurah-curah dan bunyi keletak-keletuk pinggan mangkuk
berlaga.
“Saya tengok awak rapat je dengan Fazrin tu.”
Tiba-tiba dia bersuara.
“Tak adalah rapat sangat. Cuma sekali sekala melayan
otak gila-gila dia tu terubat sikit rindu saya dekat housemate dulu.”
Dia ketawa kecil. “Perempuan memang mudah terpikat
dengan lelaki yang cool dan pandai funny.” Dia bersuara perlahan.
“Ya, tak dinafikan. Tapi kalau mulut berbisa macam
Fazrin tu yang melekat pun tertanggal.” Aku ketawa.
“Habis tu, awak cari lelaki macam mana?”
“Entah. Nak cakap pun susah. Tapi kalau boleh biarlah
yang gentleman.”
“Yang charming?”
Dia segera memotong.
“Yup. Tapi… entahlah. Sebelum ni saya memang
mati-matian berpegang pada prinsip saya, masih ada lelaki charming di luar sana. Tapi… bila saya suarakan prinsip tu, ramai
pulak yang ketawakan saya. Ada yang cakap saya ni berangan. Terpengaruh dengan
kisah-kisah faries tales.” Keluh aku.
“As long as you
believe and not giving up. Lambat laun awak akan jumpa juga lelaki idaman
awak tu.” Balas dia bersahaja. Serentak itu aku menoleh pada dia.
“Thank you.”
Ucap aku perlahan.
Terharu. Dialah orang lelaki pertama yang menyokong
prinsip aku tu. Selama ni kalau kawan-kawan aku dengar impian aku yang satu ni
mesti dia orang akan ketawakan aku dan paling teruk dia orang berpakat mengutuk
dan menyindir aku!
Dia menoleh. Untuk seketika kami saling bertatapan.
Serentak itu terasa hati aku berbahang.
“Oh ya, sebelum saya lupa.” Dia bersuara lantas
mengembalikan aku ke alam nyata.
Aku segera menyambung kerja yang tertangguh. Tangan
dia menggagau poket seluarnya seperti mencari sesuatu.
“Ini kunci kereta.” Dia menghulurkan dua batang kunci
pada aku.
“Nak buat apa?” Soal aku terpinga.
“Kereta kedua saya. Buat masa ni elok awak pegang
kunci ni. Kadang-kadang Tania balik lambat jadi dia selalu terlepas bas.
Sebelum ni Shida yang jaga kereta ni sebab saya selalu suruh dia ambil Tania.
Tapi sekarang tugas ni saya serahkan pada awak.” Dia terus menghulurkan kunci
itu. Aku masih terpinga-pinga.
“Atau… awak tak ada lesen?” Dia memandang berkerut
dahi.
“Eh, ada…” balas aku tersengih.
“Boleh drive
tak?” tanya dia lagi.
Aku segera angguk. Masih merenung kunci yang berada
di tangan dia.
“Ambil lah. Esok pagi saya bertolak awal ke pejabat.
Tengah hari tu saya terus bertolak ke JB. Tapi kereta kecik jelah. Kalau saya
nak keluar jalan-jalan dengan Nia memang saya pakai kereta ni je. Senang nak parking.”
“Bagus juga kereta kecik. Saya kalau kereta besar
mesti berjam-jam ambil masa nak parking.”
Balasku tersengih.
Teringat kejadian aku bawa kereta exora ayah, punyalah
susah nak parkir. Bila aku naik Viva Ayun, sekejap saja dah siap.
“Eloklah kalau macam tu. Takut nanti awak pulak tak
selesa nak bawa kereta ni. Kereta lama. Sayang nak jual.” Dia tersengih.
“Tak kisah. Janji boleh bergerak. Tapi awak
percayakan saya ke?” Soal aku masih tidak percaya dengan apa yang aku dapat.
Bukan sahaja dapat kerja mudah dengan gaji lebat,
dapat tinggal dalam rumah yang cantik lepas tu dapat pula kereta. Macam tak
percaya, kan?
“Setakat saya kenal awak semuanya okey. I trust you. Melainkan kalau saya dapat
tahu awak tipu saya, mesti susah nak percaya awak lepas tu.” Dia tersenyum,
sambung membilas pinggan mangkuk.
Aku terus terpegun. Tipu?
“Have you?”
tiba-tiba dia bertanya.
“What?”
“Tipu saya?” Dia menoleh pada aku seketika.
“Of course not!”
Aku berdeham perlahan.
Meneruskan kerja yang tertangguh. Aku crash interview orang lain tu kiranya
tipu ke? Aku bohong fasal kerjaya aku sebagai novelist dikira menipu ke? Perlu
ke aku berterus terang? Tapi kalau aku berterus terang aku juga rugi, nanti tak
fasal-fasal dia tak percayakan aku lagi. Kemana pula aku nak bawa diri? Ayun
dah nak kahwin tak lama lagi.
Tapi bukankah perhubungan dengan menipu tidak elok
dan tak akan kekal lama? Okey, sebelum masalah bertambah kusut elok kalau aku
berterus terang sekarang.
“Saya ada sesuatu nak bagi tahu awak…” ujar aku
perlahan. Antara dengar dan tidak.
“Ya, apa dia?” Dia menoleh.
Tapi saat aku menatap wajah dia, hati aku tiba-tiba
was-was lantas dengan lajunya mulut aku berkata…
“Bila awak balik dari JB?” Maaf, aku tak ada kekuatan
nak berterus terang.
Aku tak sanggup nak kehilangan apa yang aku ada
sekarang. Tak apa, sebelum dia ke US nanti baru aku berterus terang.
Sekurang-kurangnya aku dah dapat gaji masa tu dan aku dah buktikan aku mampu
jadi pengasuh yang terbaik. Dan mungkin masa tu dia terpaksa terima aku sebab
tak ada masa nak cari pengasuh baru, kan?
“Kalau tak silap itu soalan, kan?” Dia menyindir.
“Sorry,
salah ayat.” Aku berdalih.
“Tak pasti pula bila balik sini. Kalau balik sini pun
mungkin saya akan tinggal dekat hotel je.”
“Kenapa?” Soal aku hairan.
Dia terus menoleh pada aku. Mengangkat keningnya.
“Okey, saya faham. Tapi… disebabkan saya, awak pula
yang susah. Mungkin sementara awak belum ke US elok saya cari bilik sewa dekat
sini dulu. Petang tadi pun saya ada ternampak iklan untuk penyewa bilik.”
Dia senyum. Menggeleng. “Tak payah, bazir duit je.
Saya pun bukannya selalu ada rumah. Balik pun sebab nak tidur.”
“Tapi, tak best
lah, macam saya pula menjarakkan hubungan awak dengan Tania.”
Dia tersenyum. “Taklah. Sebelum ni pun kalau saya
balik rumah dia dah tidur. Bila saya bangun dia dah keluar pergi sekolah. Cuma
hujung minggu saja saya selalu teman dia.”
“Kesian Tania.” Keluh aku perlahan.
Terdengar dia menghela nafas perlahan. “Terpaksa.
Tapi lepas beberapa projek ni saya ingat nak berehat setahun dua, tumpu balik
perhatian pada dia.” Dia membalas, mengukir senyum.
Perhatian pada diri sendiri macam mana? hee.. tak
beranilah aku nak tanya terus. Nanti tak fasal-fasal aku ni dicop sebagai
perempuan tak tahu malu.
“Oh ya… saya nak minta tolong awak sikit.” Dia
tiba-tiba bersuara.
“Tolong apa?”
“Saya asyik lupa aje. Esok tolong ingatkan saya nak
tanya Shida fasal calon pengasuh yang sepatutnya saya temu duga pada hari yang
saya temu duga awak tu.”
Zupp! Tiba-tiba terasa degupan jantung aku seakan
berhenti berdenyut.
“Emmm… tak payahlah. Nanti saya buat reminder dekat telefon.” Suara dia
mengendur.
“Eh, tak apa, tak apa… biar saya ingatkan. Otak saya
ni lagi cergas dari telefon bimbit tau. Nanti tersalah setting awak lupa lagi.” Hati aku cemas. “Tapi, kenapa? Ada masalah
ke?” Aku mengetap bibir. Cuba mengawal riak wajah agar tidak kelihatan cemas.
Jangan sampai aku kantoi sudah!
Dia menghela nafas perlahan. Mencuci tangan. Semua
pinggan sudah habis dibilas. Tinggal satu sudu lagi aku sedang aku cuci.
“Ada seorang calon ni, mula-mula dia teks minta maaf
sebab lambat datang pada hari tu. Lepas tu dia teks lagi, katanya lain kalau
ada kerja kosong dia nak datang temu duga. Kalau di pejabat saya mahu pakai
pembancuh teh.” Dia membuka peti ais mengambil botol jus.
“Pelik pula. Kalau tak silap hari tu cuma satu temu
duga je. Mungkin Shida terlupa nak bagi tahu saya ada dua calon yang sepatutnya
datang. Harap-harap dia tak buang lagi semua resume calon pengasuh tu.” Dia
menuang air ke dalam gelas. Aku menahan debar.
“Oh ya, cakap fasal resume ni baru saya ingat. Resume
awak pada Shida dah hilang lah. Boleh awak serahkan yang baru? Petang tadi puas
dia cari tapi tak jumpa. Dalam email dia pun tak ada. Resume pertama awak dulu
hantar melalui email, kan?”
Aku segera mengangguk. “Entah-entah dia dah delete semua email pemohon.”
Jahatnya aku! Shida pula yang jadi mangsa. Maafkan
aku Shida, kalau kau tak sombong dengan aku, mungkin aku pun tak sanggup nak
kenakan kau.
Dia mengeluh perlahan. “Tapi… tak kisahlah. Saya pun
dah puas hati dengan kerja awak. Cuma untuk rekod.” Dia tersenyum meneguk
minuman.
Apa lagi yang mampu aku lakukan selain tersengih
bagaikan kerang, cuba melindungi riak wajah agar kelihatan tenang.
“Habis tu, nak buat apa tanya Shida fasal calon yang
telefon tu?” Aku menelan air liur.
“Saja nak pastikan siapa dia. Shida ni kadang-kala
buat kerja tak betul. Selalu lambat update
saya. Asyik saya je kena ingatkan dia. Kadang-kadang macam tak guna pula ada
setiausaha tapi saya yang kena ingat semua.” Dia mengeluh perlahan.
Alamak. Habis aku. Macam mana kalau dia dapat tahu
penipuan aku? Macam mana selepas dia basuh
Shida cukup-cukup sekali aku yang salah, lepas tu Shida akan bertambah benci
pada aku dan Sam pun halau aku dari rumah?
“Okey. Saya masuk tidur dulu. Sambung esok je kerja
rumah ni.” Dia menyimpan kembali botol jus ke dalam peti ais.
“Sikit je lagi.” Balas aku resah.
“Okey, night.
Sebelum saya pergi kerja esok serahkan resume awak tu. Nanti saya lupa lagi.” Dia
senyum.
Aku mengangguk. Dia berlalu pergi dan aku terus
melayan perasaan gementar. Tak boleh jadi ni. Aku perlu lakukan sesuatu sebelum
semuanya terbongkar!
Aku segera mengeluarkan telefon bimbit lalu
menghantar teks pada Fazrin…
SOS!
Tidak sampai beberapa minit pesanan aku berbalas…
What happen
partner? Dia buat apa kat kau?
Aku menggeleng kepala. Fikir lain lah tu! Lantas
tangan aku menekan tanda ‘reply’…
Rahsia aku
hampir terbongkar!
Tidak lama kemudian telefon bimbit aku berbunyi.
Terlihat nama Fazrin tertera di skrin. Sebaik sahaja menyambut panggilannya aku
terus menceritakan segalanya apa yang Sam katakan pada aku tadi.
“Kalau rahsia kau terbongkar dan kalau dia tuduh kau
menipu dan dia benci kau… maknanya… harapan aku untuk dapatkan pelabur
terkubur!”
“Haish… itu pulak yang kau risau! Nasib aku ni macam
mana? Aku dah tak ada tempat berteduh ni kalau dia halau aku nanti.” Aku
mendengus kasar.
“Okey, okey… kau jangan risau. Biar aku fikir dulu
macam mana nak selesaikan. Nanti dah dapat idea aku telefon kau balik.”
Aku menarik nafas. Mematikan panggilan itu. Dalam
masa yang sama aku turut memikirkan cara yang perlu aku lakukan agar Sam tak
tahu rahsia aku itu.
Sepuluh minit kemudian aku menerima panggilan dari
Fazrin. “Kau kena menyeludup masuk ke pejabat dia.”
“Hah? Kenapa pulak?”
“Kau kena cari resume calon yang kau dah sabotaj tu
dan buang dari simpanan Shida.” Cadang Fazrin.
“Mana aku tahu dia letak kat mana?” Aku mengigit
jari.
“Apa lagi, kau berlakon lah! Itu pun tak tahu?”
“Skrip tak ada macam mana aku nak berlakon!” Balas
aku geram.
“Macam ni, esok kau jangan serahkan resume tu pada
Sam, tapi kau serahkan pada Shida. Kalau boleh kau pergi awal pagi, selalunya
awal pagi waktu setiausaha sibuk sebab kena update
jadual bos. Masa tulah kau mencelah, kau tengok dia simpan dekat mana dan bila
dia tak ada kat meja kau cepat-cepat curi resume yang lain tu.”
“Wah, kau memang bijak lah!” Aku menarik nafas lega.
“So, good luck
partner!”
BERSAMBUNGGG...
11 comments:
WEHHHHHH GILE JAHAT FAZRIN NI BG IDEA SENGAL CENGGITU....NI KALO TERBONGKAR PENIPUAN NI SOK2 LAGI NYAYA KAT LARA...SAH2 SEME KESALAHAN 2 JATUH ATAS BAHU LARA SORANG ADUHHHH....X YAH LA BUAT LARA OIII...KO JGN NAK CARI PASAI LA SENGAL!!!!!
Lara....jgn carik pasal hokeyyy!!!
hadui..plizz lar Lara,jgn nk tmbah masalah lg!!..
Alahai, untungnya Lara.. Ade dua hero =p
Lara, ikut je rancangan fazrin tu... Dh x de mse nk pkir. So, go girl
x kusangka geliga bebenor otak si Fazrin ....
amboi fazrin ajar org buat bkn2
Noooo Lara don't do that. Bg jer resume. Jgn selongkar pejabat org. Fazrin plissss jgn bg idea jahatttttttttt!!!!!!!!
Lara!!!! jgn ikut idea sengal dan budus si Fazrin tu....aduiiiiiii....sakit pulak hati kita dgn fazrin tuh!
i think hero dia msti fazrin...confem...hehehe..sweet jer dorang tuh..haha
Casino Bonus Code for Canada 2021 | Bonuses, Codes & Free Spins
Casino Bonus Code Canada 2021. Casino Bonus Codes 사이트 추천 for Canada 2021. Casino Bonus Codes for Canada 2021. Casino Bonus Codes for Canada 한게임포커머니상 2021. Casino Bonus 바카라배팅법 Codes 검증사이트목록 for Canada 2021. 바카라 게임 사이트 Casino Bonus Codes for Canada
Post a Comment