Intan payung kami...

Saturday 15 June 2013

Bab 23 : Mencari Mr Charming






Status
Indah Lara
Awkward situation… :-/

Selepas mengemas kini status di facebook, aku menyimpan kembali telefon bimbit dalam poket seluar jeans. Sam yang duduk di hujung meja makan asyik menyuap makanan. Tania di sebelah kanan Sam dan aku di sebelah kiri Sam. Fazrin duduk di sebelah Tania, bertentangan dengan aku.
Lima minit berlalu. Masing-masing terus diam membisu. Sibuk mengunyah, sibuk menyeduk makanan. Dari tadi Tania asyik melayan telefon bimbitnya, sambil makan sambil tersengih, mungkin tengah chatting dengan kawan-kawan dia. Sekali-sekala Fazrin mencuri pandang pada aku dan memberi isyarat agar aku buka mulut berbual dengan Sam. Aku menggeleng, tak tahu nak berbual pasal apa.
Kalau Fazrin tak ada mungkin aku lebih selesa nak berbual. Maklum lah Fazrin ni suka sangat mengomen. Nanti apa yang aku cakap dan jawab serba tak kena. Tiba-tiba terasa telefon bimbit aku bergegar. Terlihat pesanan ringkas dari Fazrin…
Break the ice, please!
Aku segera membalas, sambil sebelah tangan aku mengambil gelas, meneguk minuman. Supaya tak nampak sangat aku sedang melayan telefon.
I've no tools
Aku menceduk sambal belacan. Dengan selamba Fazrin memeriksa telefon bimbitnya. Tak berselindung langsung!
“Fazrin, apa projek kau sekarang?” Tanya Sam sambil menceduk lauk ke pinggannya.
Fazrin yang sedang memeriksa telefon bimbit segera mendongak, memandang Sam. Dia berdeham perlahan sebelum bersuara.
“Biasalah. Shooting untuk telemovie dan satu drama bersiri.” Balas dia menelan sisa makan di dalam mulut. Sempat dia menjeling pada aku di depan.
“Aku dengar kau nak ke US next week?” Tanya Fazrin, sekali lagi menjeling pada aku, memberi isyarat agar aku menyertai perbualan itu.
“Sepatutnya.” Balas Sam menelan makanan di dalam mulut.
Aku terus memasang telinga. Masih mencari-cari peluang untuk mencelah.
“Tapi, tadi baru aku terima berita ada problem dekat JB dan tadi juga aku baru dapat berita dari klien kami dekat US projek yang sepatutnya bermula next month postpone lagi. Mungkin dua bulan akan datang baru aku ke sana.”
“Really papa? Its great!” Jerit Tania berwajah ceria.
Niat hendak mencelah terbantut. Tiba-tiba sahaja tekak aku terasa perit. Perancangan aku musnah satu persatu. Ke mana aku hendak menetap nanti? Bulan depan Ayun dah kahwin. Nampaknya malam nanti aku kena cari bilik untuk disewa secepat mungkin. Bagaimana dengan kerja? Sempat ke aku cari kerja untuk menampung kehidupan aku nanti?
Bilik sewa sekarang bukannya murah. Duit royalti yang aku dapat awal tahun dah nak habis ni. Kalau mahu harapkan kerja part-time aku dekat syarikat majalah tu berapalah sangat. Kalau ada job dapatlah seratus-dua. Masa tinggal rumah Ayun dulu tak apalah dapat duit macam tu, sewa seratus ringgit je. Tapi sekarang ni macam mana?
“Jauh termenung?” Tegur Sam. Tersentak aku dibuatnya. Fazrin dan Tania turut memandang aku.
“Jadi, saya macam mana?” Tiba-tiba soalan yang bermain dalam fikiran terkeluar dari mulut.
Dahi Sam berkerut. “Macam mana apa?”
“Emmm… yalah, saya kena teman Nia sebab awak akan ke US. Sekarang ni awak tak jadi nak ke sana.”
“Oh, awak tengah risau fasal tu ke?” Dia tersenyum. “Jangan risau. Awak tetap akan jaga Nia. Saya kan selalu sibuk.”
“Tapi…” Aku menelan air liur. Aku cadang nak tanya ‘Takkan kita bersekedudukan?’ Tapi, segan pula nak tanya soalan tu depan Fazrin dan Tania.
Don’t worry.” Sam mencelah. “Saya bukannya kerap ada dekat rumah. Dalam seminggu adalah dua atau tiga kali tidur kat rumah. Selebihnya mungkin saya kerap ke JB selagi masalah ni tak selesai.”
Aku menarik nafas lega. Fazrin menjeling, mata aku sempat menangkap senyuman mengejek dari bibir dia. Aku mencerlung, dia segera menoleh ke arah lain.
“Akak risau kena tangkap basah dengan papa, eh?” Tania tersenyum-senyum.
Serentak itu aku tersedak. Fazrin tergelak kecil.
“Tania?” Sam mencerlung pada Tania. Aku segera meneguk air di sebelah. Kemudian terdengar Tania ketawa mengekek.
“Bukan apa pa. Kalau akak takut kena tangkap basah senang je, akak kahwinlah dengan papa.”
Tidak semerna-merna Fazrin pula yang tersedak. Mujur aku tengah tak makan atau minum apa-apa, kalau tidak harus aku juga tersedak teruk. Fazrin menepuk-nepuk dadanya. Dia terus terbatuk-batuk. Haish, budak Tania ni masa tengah makan macam ni janganlah bercakap hal-hal yang menakutkan. Tania menghulurkan air pada Fazrin. Aku tersenyum kecil melihat wajah dia yang merah menyala.
“Kenapa asyik tersedak je ni? Akak dengan abang tak baca doa makan ke tadi?” Marah Tania.
Dahi aku berkerut. Menoleh pada Sam. Dia tersenyum kecil menggeleng kepala. “Awak tu, jangan nak campur pasal orang tua.” Sam mencerlung pada Tania.
“Nia bagi cadangan je.” Dia mengangkat kedua bahunya.
“Yalah, tapi kalau teman lelaki kak Lara dengar, mesti dia tak benarkan kak Lara jaga Nia lagi lepas ni. Nia nak papa cari pengasuh lain lagi?”
“Kak Lara tak  ada teman lelaki lah pa. Tadi pun dah gaduh-gaduh dengan abang Fazrin sebab Kak Lara nak tunggu prince charming, tapi abang Fazrin cakap tak ada prince charming dekat dunia ni.”
Bulat mata aku pandang Tania. Masa bila dia dengar? Sesuka hati buat cerita. Dia ada dengar apa yang aku dan Fazrin berbual dekat dapur tadi ke? Fazrin berdeham perlahan.
“Oh, sebab itu riuh rendah dekat dapur tadi?” Sam tersenyum kecil. Muka aku ni dah terasa tebal seinci.
Do you agree?” Fazrin menoleh pada Sam.
You mean, no prince charming in this world?” Dia menoleh pada Fazrin. Fazrin mengangguk.
Im not sure. Sebab aku tak tahu apa krateria charming yang Lara cari tu. Kalau dia mahukan prince charming yang gagah perkasa, putera raja yang menunggang kuda pergi selamatkan puteri yang dikurung oleh ahli sihir, mungkin tak ada.”
Terdengar Fazrin ketawa mengejek. Menjeling pada aku. Ceh! Lelaki memang back up lelaki!
“Tapi…” Sam terdiam seketika.  Serentak aku dan Fazrin menoleh ke arah Sam.
“Kalau prince charming yang dicari Lara tu seorang setia, penuh kasih sayang… mungkin masih ada.” Dia merenung aku untuk beberapa saat. Aku tergamam seketika. Smiling eyes dia kelihatan semakin bersinar-sinar.
“Ehemm…” Tiba-tiba terdengar Fazrin berdeham.
Segera aku mengalihkan pandangan dari menatap wajah Sam. Tania kelihatan tersenyum-senyum. Fazrin tersenyum mengejek.
See… ada juga yang setuju dengan aku.” Aku tersenyum mengejek pada Fazrin. Bangga sebab Sam sokong aku. Macam ini baru sehati sejiwa.
But… remember. Sometimes the shine can blind you.” Sambung Sam.
Serentak aku dan Fazrin menoleh ke arah Sam. “Hah, dengar tu yang berkilat tak semestinya permata.” Fazrin tersenyum mengejek.
Eh, Mr Sam ni, macam nak bagi isyarat dekat aku je. Takkan dia tahu aku ada buat rancangan nak pikat hati dia?

***

So, ingat esok shopping.” Bisik Fazrin ketika aku teman dia keluar.
“Yalah. Nanti kau teks aku pukul berapa kau ready nak keluar.” Balas aku juga berbisik.
“Petang sikitlah.” Bisik dia lagi. Aku mengangguk.
“Eh, tak baiklah berbisik belakang orang.” Tania menoleh ke belakang, mencerlung pada aku dan Fazrin.
“Bukan ke tak baik berbisik di depan orang?” Usik Fazrin tersengih-sengih. Tania menjeling.
Sam yang berjalan di depan turut memerhati aku dan Fazrin bersilih ganti.
“Tak ada apalah Tania. Dia cakap asam pedas akak sedap nak minta bungkus. Tapi akak cakap dah habis.” Balas aku berdalih. Fazrin segera menoleh dengan wajah tidak puas hati.
“Eh, betul dah habis?” Tanya Sam serius.
“Sikit lagi.” Jawab aku.
“Bungkus je semua tu.” Balas Sam.
Fazrin segera menggeleng. “Tak apa, aku saja nak usik dia. Siapa nak makan kat rumah tu.” Dia menjeling pada aku.
Selepas menghantar Fazrin ke muka pintu, aku segera melangkah ke dapur. Pinggan mangkuk bertimbun dalam sinki sedang menanti untuk dikerjakan. Kalau dibiarkan esok harus jadi tempat lipas bersuka-ria.
“Lara…” terdengar suara seksi memanggil. Aku menoleh.
Sam berjalan menghampiri aku di sinki sambil menyinsing lengan baju dan berdiri di sebelah aku.
“Tak apa, biar saya yang cuci semua ni. Awak masuklah tidur dulu. Esok awak nak ke Johor, kan?” Aku terus menyambung kerja.
“Saya tak mengantuk lagi.” Dia terus menyambut pinggan yang dihulur lalu dibilas dengan cermat.
Untuk beberapa minit kami tak bersuara. Hanya kedengaran air paip mencurah-curah dan bunyi keletak-keletuk pinggan mangkuk berlaga.
“Saya tengok awak rapat je dengan Fazrin tu.” Tiba-tiba dia bersuara.
“Tak adalah rapat sangat. Cuma sekali sekala melayan otak gila-gila dia tu terubat sikit rindu saya dekat housemate dulu.”
Dia ketawa kecil. “Perempuan memang mudah terpikat dengan lelaki yang cool dan pandai funny.” Dia bersuara perlahan.
“Ya, tak dinafikan. Tapi kalau mulut berbisa macam Fazrin tu yang melekat pun tertanggal.” Aku ketawa.
“Habis tu, awak cari lelaki macam mana?”
“Entah. Nak cakap pun susah. Tapi kalau boleh biarlah yang gentleman.”
“Yang charming?” Dia segera memotong.
“Yup. Tapi… entahlah. Sebelum ni saya memang mati-matian berpegang pada prinsip saya, masih ada lelaki charming di luar sana. Tapi… bila saya suarakan prinsip tu, ramai pulak yang ketawakan saya. Ada yang cakap saya ni berangan. Terpengaruh dengan kisah-kisah faries tales.” Keluh aku.
As long as you believe and not giving up. Lambat laun awak akan jumpa juga lelaki idaman awak tu.” Balas dia bersahaja. Serentak itu aku menoleh pada dia.
Thank you.” Ucap aku perlahan.
Terharu. Dialah orang lelaki pertama yang menyokong prinsip aku tu. Selama ni kalau kawan-kawan aku dengar impian aku yang satu ni mesti dia orang akan ketawakan aku dan paling teruk dia orang berpakat mengutuk dan menyindir aku!
Dia menoleh. Untuk seketika kami saling bertatapan. Serentak itu terasa hati aku berbahang.
“Oh ya, sebelum saya lupa.” Dia bersuara lantas mengembalikan aku ke alam nyata.
Aku segera menyambung kerja yang tertangguh. Tangan dia menggagau poket seluarnya seperti mencari sesuatu.
“Ini kunci kereta.” Dia menghulurkan dua batang kunci pada aku.
“Nak buat apa?” Soal aku terpinga.
“Kereta kedua saya. Buat masa ni elok awak pegang kunci ni. Kadang-kadang Tania balik lambat jadi dia selalu terlepas bas. Sebelum ni Shida yang jaga kereta ni sebab saya selalu suruh dia ambil Tania. Tapi sekarang tugas ni saya serahkan pada awak.” Dia terus menghulurkan kunci itu. Aku masih terpinga-pinga.
“Atau… awak tak ada lesen?” Dia memandang berkerut dahi.
“Eh, ada…” balas aku tersengih.
“Boleh drive tak?” tanya dia lagi.
Aku segera angguk. Masih merenung kunci yang berada di tangan dia.
“Ambil lah. Esok pagi saya bertolak awal ke pejabat. Tengah hari tu saya terus bertolak ke JB. Tapi kereta kecik jelah. Kalau saya nak keluar jalan-jalan dengan Nia memang saya pakai kereta ni je. Senang nak parking.”
“Bagus juga kereta kecik. Saya kalau kereta besar mesti berjam-jam ambil masa nak parking.” Balasku tersengih.
Teringat kejadian aku bawa kereta exora ayah, punyalah susah nak parkir. Bila aku naik Viva Ayun, sekejap saja dah siap.
“Eloklah kalau macam tu. Takut nanti awak pulak tak selesa nak bawa kereta ni. Kereta lama. Sayang nak jual.” Dia tersengih.
“Tak kisah. Janji boleh bergerak. Tapi awak percayakan saya ke?” Soal aku masih tidak percaya dengan apa yang aku dapat.
Bukan sahaja dapat kerja mudah dengan gaji lebat, dapat tinggal dalam rumah yang cantik lepas tu dapat pula kereta. Macam tak percaya, kan?
“Setakat saya kenal awak semuanya okey. I trust you. Melainkan kalau saya dapat tahu awak tipu saya, mesti susah nak percaya awak lepas tu.” Dia tersenyum, sambung membilas pinggan mangkuk.
Aku terus terpegun. Tipu?
Have you?” tiba-tiba dia bertanya.
What?”
“Tipu saya?” Dia menoleh pada aku seketika.
Of course not!” Aku berdeham perlahan.
Meneruskan kerja yang tertangguh. Aku crash interview orang lain tu kiranya tipu ke? Aku bohong fasal kerjaya aku sebagai novelist dikira menipu ke? Perlu ke aku berterus terang? Tapi kalau aku berterus terang aku juga rugi, nanti tak fasal-fasal dia tak percayakan aku lagi. Kemana pula aku nak bawa diri? Ayun dah nak kahwin tak lama lagi.
Tapi bukankah perhubungan dengan menipu tidak elok dan tak akan kekal lama? Okey, sebelum masalah bertambah kusut elok kalau aku berterus terang sekarang.
“Saya ada sesuatu nak bagi tahu awak…” ujar aku perlahan. Antara dengar dan tidak.
“Ya, apa dia?” Dia menoleh.
Tapi saat aku menatap wajah dia, hati aku tiba-tiba was-was lantas dengan lajunya mulut aku berkata…
“Bila awak balik dari JB?” Maaf, aku tak ada kekuatan nak berterus terang.
Aku tak sanggup nak kehilangan apa yang aku ada sekarang. Tak apa, sebelum dia ke US nanti baru aku berterus terang. Sekurang-kurangnya aku dah dapat gaji masa tu dan aku dah buktikan aku mampu jadi pengasuh yang terbaik. Dan mungkin masa tu dia terpaksa terima aku sebab tak ada masa nak cari pengasuh baru, kan?
“Kalau tak silap itu soalan, kan?” Dia menyindir.
Sorry, salah ayat.” Aku berdalih.
“Tak pasti pula bila balik sini. Kalau balik sini pun mungkin saya akan tinggal dekat hotel je.”
“Kenapa?” Soal aku hairan.
Dia terus menoleh pada aku. Mengangkat keningnya.
“Okey, saya faham. Tapi… disebabkan saya, awak pula yang susah. Mungkin sementara awak belum ke US elok saya cari bilik sewa dekat sini dulu. Petang tadi pun saya ada ternampak iklan untuk penyewa bilik.”
Dia senyum. Menggeleng. “Tak payah, bazir duit je. Saya pun bukannya selalu ada rumah. Balik pun sebab nak tidur.”
“Tapi, tak best lah, macam saya pula menjarakkan hubungan awak dengan Tania.”
Dia tersenyum. “Taklah. Sebelum ni pun kalau saya balik rumah dia dah tidur. Bila saya bangun dia dah keluar pergi sekolah. Cuma hujung minggu saja saya selalu teman dia.”
“Kesian Tania.” Keluh aku perlahan.
Terdengar dia menghela nafas perlahan. “Terpaksa. Tapi lepas beberapa projek ni saya ingat nak berehat setahun dua, tumpu balik perhatian pada dia.” Dia membalas, mengukir senyum.
Perhatian pada diri sendiri macam mana? hee.. tak beranilah aku nak tanya terus. Nanti tak fasal-fasal aku ni dicop sebagai perempuan tak tahu malu.
“Oh ya… saya nak minta tolong awak sikit.” Dia tiba-tiba bersuara.
“Tolong apa?”
“Saya asyik lupa aje. Esok tolong ingatkan saya nak tanya Shida fasal calon pengasuh yang sepatutnya saya temu duga pada hari yang saya temu duga awak tu.”
Zupp! Tiba-tiba terasa degupan jantung aku seakan berhenti berdenyut.
“Emmm… tak payahlah. Nanti saya buat reminder dekat telefon.” Suara dia mengendur.
“Eh, tak apa, tak apa… biar saya ingatkan. Otak saya ni lagi cergas dari telefon bimbit tau. Nanti tersalah setting awak lupa lagi.” Hati aku cemas. “Tapi, kenapa? Ada masalah ke?” Aku mengetap bibir. Cuba mengawal riak wajah agar tidak kelihatan cemas. Jangan sampai aku kantoi sudah!
Dia menghela nafas perlahan. Mencuci tangan. Semua pinggan sudah habis dibilas. Tinggal satu sudu lagi aku sedang aku cuci.
“Ada seorang calon ni, mula-mula dia teks minta maaf sebab lambat datang pada hari tu. Lepas tu dia teks lagi, katanya lain kalau ada kerja kosong dia nak datang temu duga. Kalau di pejabat saya mahu pakai pembancuh teh.” Dia membuka peti ais mengambil botol jus.
“Pelik pula. Kalau tak silap hari tu cuma satu temu duga je. Mungkin Shida terlupa nak bagi tahu saya ada dua calon yang sepatutnya datang. Harap-harap dia tak buang lagi semua resume calon pengasuh tu.” Dia menuang air ke dalam gelas. Aku menahan debar.
“Oh ya, cakap fasal resume ni baru saya ingat. Resume awak pada Shida dah hilang lah. Boleh awak serahkan yang baru? Petang tadi puas dia cari tapi tak jumpa. Dalam email dia pun tak ada. Resume pertama awak dulu hantar melalui email, kan?”
Aku segera mengangguk. “Entah-entah dia dah delete semua email pemohon.”
Jahatnya aku! Shida pula yang jadi mangsa. Maafkan aku Shida, kalau kau tak sombong dengan aku, mungkin aku pun tak sanggup nak kenakan kau.
Dia mengeluh perlahan. “Tapi… tak kisahlah. Saya pun dah puas hati dengan kerja awak. Cuma untuk rekod.” Dia tersenyum meneguk minuman.
Apa lagi yang mampu aku lakukan selain tersengih bagaikan kerang, cuba melindungi riak wajah agar kelihatan tenang.
“Habis tu, nak buat apa tanya Shida fasal calon yang telefon tu?” Aku menelan air liur.
“Saja nak pastikan siapa dia. Shida ni kadang-kala buat kerja tak betul. Selalu lambat update saya. Asyik saya je kena ingatkan dia. Kadang-kadang macam tak guna pula ada setiausaha tapi saya yang kena ingat semua.” Dia mengeluh perlahan.
Alamak. Habis aku. Macam mana kalau dia dapat tahu penipuan aku? Macam mana selepas dia basuh Shida cukup-cukup sekali aku yang salah, lepas tu Shida akan bertambah benci pada aku dan Sam pun halau aku dari rumah?
“Okey. Saya masuk tidur dulu. Sambung esok je kerja rumah ni.” Dia menyimpan kembali botol jus ke dalam peti ais.
“Sikit je lagi.” Balas aku resah.
“Okey, night. Sebelum saya pergi kerja esok serahkan resume awak tu. Nanti saya lupa lagi.” Dia senyum.
Aku mengangguk. Dia berlalu pergi dan aku terus melayan perasaan gementar. Tak boleh jadi ni. Aku perlu lakukan sesuatu sebelum semuanya terbongkar!
Aku segera mengeluarkan telefon bimbit lalu menghantar teks pada Fazrin…
SOS!
Tidak sampai beberapa minit pesanan aku berbalas…
What happen partner? Dia buat apa kat kau?
Aku menggeleng kepala. Fikir lain lah tu! Lantas tangan aku menekan tanda ‘reply’…
Rahsia aku hampir terbongkar!
Tidak lama kemudian telefon bimbit aku berbunyi. Terlihat nama Fazrin tertera di skrin. Sebaik sahaja menyambut panggilannya aku terus menceritakan segalanya apa yang Sam katakan pada aku tadi.
“Kalau rahsia kau terbongkar dan kalau dia tuduh kau menipu dan dia benci kau… maknanya… harapan aku untuk dapatkan pelabur terkubur!”
“Haish… itu pulak yang kau risau! Nasib aku ni macam mana? Aku dah tak ada tempat berteduh ni kalau dia halau aku nanti.” Aku mendengus kasar.
“Okey, okey… kau jangan risau. Biar aku fikir dulu macam mana nak selesaikan. Nanti dah dapat idea aku telefon kau balik.”
Aku menarik nafas. Mematikan panggilan itu. Dalam masa yang sama aku turut memikirkan cara yang perlu aku lakukan agar Sam tak tahu rahsia aku itu.
Sepuluh minit kemudian aku menerima panggilan dari Fazrin. “Kau kena menyeludup masuk ke pejabat dia.”
“Hah? Kenapa pulak?”
“Kau kena cari resume calon yang kau dah sabotaj tu dan buang dari simpanan Shida.” Cadang Fazrin.
“Mana aku tahu dia letak kat mana?” Aku mengigit jari.
“Apa lagi, kau berlakon lah! Itu pun tak tahu?”
“Skrip tak ada macam mana aku nak berlakon!” Balas aku geram.
“Macam ni, esok kau jangan serahkan resume tu pada Sam, tapi kau serahkan pada Shida. Kalau boleh kau pergi awal pagi, selalunya awal pagi waktu setiausaha sibuk sebab kena update jadual bos. Masa tulah kau mencelah, kau tengok dia simpan dekat mana dan bila dia tak ada kat meja kau cepat-cepat curi resume yang lain tu.”
“Wah, kau memang bijak lah!” Aku menarik nafas lega.
So, good luck partner!”


BERSAMBUNGGG...

11 comments:

strawberry.chocolate81 said...

WEHHHHHH GILE JAHAT FAZRIN NI BG IDEA SENGAL CENGGITU....NI KALO TERBONGKAR PENIPUAN NI SOK2 LAGI NYAYA KAT LARA...SAH2 SEME KESALAHAN 2 JATUH ATAS BAHU LARA SORANG ADUHHHH....X YAH LA BUAT LARA OIII...KO JGN NAK CARI PASAI LA SENGAL!!!!!

ucu iris said...

Lara....jgn carik pasal hokeyyy!!!

Anonymous said...

hadui..plizz lar Lara,jgn nk tmbah masalah lg!!..

MizaEija said...

Alahai, untungnya Lara.. Ade dua hero =p

Anonymous said...

Lara, ikut je rancangan fazrin tu... Dh x de mse nk pkir. So, go girl

dianabashri said...

x kusangka geliga bebenor otak si Fazrin ....

aisyah said...

amboi fazrin ajar org buat bkn2

Anonymous said...

Noooo Lara don't do that. Bg jer resume. Jgn selongkar pejabat org. Fazrin plissss jgn bg idea jahatttttttttt!!!!!!!!

Unknown said...

Lara!!!! jgn ikut idea sengal dan budus si Fazrin tu....aduiiiiiii....sakit pulak hati kita dgn fazrin tuh!

Anonymous said...

i think hero dia msti fazrin...confem...hehehe..sweet jer dorang tuh..haha

wendazahnow said...

Casino Bonus Code for Canada 2021 | Bonuses, Codes & Free Spins
Casino Bonus Code Canada 2021. Casino Bonus Codes 사이트 추천 for Canada 2021. Casino Bonus Codes for Canada 2021. Casino Bonus Codes for Canada 한게임포커머니상 2021. Casino Bonus 바카라배팅법 Codes 검증사이트목록 for Canada 2021. 바카라 게임 사이트 Casino Bonus Codes for Canada