(Tetiba lak, masa buat scene ni terbayangakan si Nazim Othman sebagai Fazrin Adam dan Izara Aisyah sebagai Lara. Tapi kau orang bayanglah sesiapa pun yang korang minat. Lee Min Hoo pun okey... hahaha)
Kita orang nak pergi tapau steak!! |
Duduk
berdua dalam kereta bersama lelaki idaman Malaya bagaikan mimpi menjadi
kenyataan. Kalau ikutkan kepala aku ni, memang nak je ambil gambar macam fesyen
orang-orang zaman sekarang ambil, tepek pipi sama pipi biar kasi melekat! Lepas
tu muncungkan bibir sikit biar nampak seksi (kononnya), buka mata luas-luas
kasi nampak macam mata kucing lepas tu… klik.
Kemudian tepek dekat facebook.
Nescaya… akan bergegarlah facebook
Indah Lara yang suam-suam kuku tu.
Tapi,
mana boleh buat macam tu. Pertama, berdosa. Kedua, sakit jantung mak dan ayah
aku tengok nanti. Ketiga, keluar macam-macam gosip nanti, siapa nak jawab?
Keempat… mesti mamat poyo ni perasan
aku minat gila dekat dia. Dia tak boleh tahu aku minat dekat dia sebelum ni,
nanti tak kuasa aku nak melayan kepoyoan
dia tu. Sebab kelima, sebab yang paling menakutkan… tak pasal-pasal nanti,
Indah Water boleh kenal muka aku macam mana. Walau pun dia tak ada dalam
senarai kawan aku dekat facebook tu,
tapi, mana tahu dia menyamar guna nama lain? Bukan boleh percaya sangat dengan
si air kumbahan tu.
Tak
boleh. Tak boleh. Bahaya!
“So macam mana sehari jadi babysitter? Semua okey?” Tanya dia
memecah kebisuan.
“Okey.”
Balas aku malas nak bercerita lebih.
“Sementara
kau ada peluang dapat rapat dengan Mr. Sam ni baik kau ambil peluang kenal
dia.” Dia menoleh seketika pada aku, kemudian kembali memandang jalan.
“Aku
dah kenal dia.” Balas aku acuh tak acuh.
“Maksud
aku kenal rapat.” Jawab dia menjeling. “Kalau kau dapat dia memang kau
perempuan yang paling beruntung di dunia ni tau.” Balas dia lagi sambil
membelok kereta ke kiri.
“Awat? Warak sangat ke dia tu?” Balas aku
menyindir.
“Hish,
kau ni. Warak ke tak tu aku tak tahulah. Tapi harta dia berkepuk. Kalau aku ni
perempuan, aku pun nak goda dia.”
“Ceh,
mata duitan juga kau ni eh?”
“Kau
tak tahu ke zaman ni zaman duit? Tanpa duit kau… nothing.” Ujar dia bersungguh-sungguh, terus memandu.
“Aku
okey je tak ada duit. Happy, cukup makan, pakai segala.”
“Sebab
selama ni kau hidup dalam hutan simpanan FRIM. Sebab tu kau tak kisah tak ada
duit. Boleh kutip pucuk-pucuk kayu, tanam ubi, tangkap ikan, kejar rusa…”
“Weh….
Dah… dah…” potong aku sebelum dia melalut jauh. Dia ketawa.
“So, kau nak cuba tak?” Dia menjeling,
tersenyum nakal.
“Alah,
dia tak pandang aku ni.” Keluh aku perlahan.
“Kenapa
pula dia tak pandang kau? Kau kan perempuan. Lainlah kalau jantan lepas tu
bedah jadi perempuan… harus dia tak mahu pandang.”
“Kau
ni pun agak-agak lah. Taste dia macam
mana. Takkan baby-sitter selekeh ni
dia pandang.” Aku mencemik.
Dia
tersenyum kecil. “Kau nak pikat dia ke tak?” Tanya dia beria-ia.
Dahi
aku berkerut. Soalan apakah ini? Ikhlas atau saja nak provokasi aku? Lepas tu
kalau aku jawab ya, dia mesti dia gelakkan aku dan cakap aku ni tak sedar diri.
“Kalau
kau nak, aku boleh tolong kau.” Balas dia tersengih-sengih.
“Tolong?”
Tanya aku, menoleh seketika. Dia mengangguk-angguk.
“Nak
ke tak?” Tanya dia lagi.
“Malas
aku nak layan kau.” Kembali pandang ke depan.
“Nak
lah tu.” Dia menjeling nakal. Aku mencemik. “Okey, aku akan tolong kau.” Ujar
dia.
“Aku
tak minta pun.” Aku menjeling.
“Tapi
aku tahu kau memang perlukan pertolongan aku.” Balas dia bersahaja, menjeling
pada aku kemudian tersengih-sengih.
Aku
terus diam. Malu beb nak mengaku. Memanglah aku ni nampak saja moden tapi bab
hati dan perasaan memang aku pemalu orangnya.
“Orang
tua kata kalau diam tu tandanya setuju.” Sempat dia menyiku lengan aku. Aku
menepis.
“Sedar
pun diri tu dah tua.” Balas aku tersengih. Dia mencebik. “Tapi tak payahlah.
Dia dah ada girlfriend.” Balas aku
sengaja cipta serkap jarang.
“Itu
aku tahu. Dia memang ramai girlfriend.
Cuma aku nak tolong kau jadi special
girlfriend dia, setuju?” Soal dia.
Aku
terus diam memandang jalan.
“Kalau
kau berjaya dapat Mr. Sam bagilah komisen dekat aku sikit. Paling buruk pun
belanja makan setahun dua ke.” Dia tersengih-sengih.
“Dah!
Cepat kita lewat ni! Kau nak Syikin mengamuk?” Balas aku, geram pula tengok
senyuman mengejek dia tu.
***
Sebaik
saja sampai di hadapan sebuah restauran makanan barat di Mutiara Damansara, dia
berhentikan kereta.
“Kau
turun beli.” Minta Fazrin..
“Aku?”
Aku menoleh. Tak charming langsung!
Boleh pula dia buat aku macam orang suruhan dia!
“Cepatlah
nanti lambat.” Dia tolak tubuh aku agar segera keluar. Nak tak nak terpaksa
juga keluar. Aku dah buat salah kan, terpaksalah telan.
“Cepat
sikit.” Pesan dia ketika aku nak tutup pintu.
Sebaik
saja masuk ke dalam restoran itu aku segera memesan empat set steak. Sementara
menunggu pesanan siap, aku duduk di meja kosong tak jauh dari kaunter bayaran
sambil memerhati keadaan restoran. Membaca semua kata-kata yang ditampal di
dinding. Memerhati ragam para pengunjung. Membaca semua nama makanan di menu
dan kemudian membelek telefon bimbit. Setengah jam berlalu akhirnya pesanan
siap. Namun ketika hendak membayar tiba-tiba terasa darah menyirap ke wajah.
‘Alamak!
Duit tak cukup!’ Aku memandang wajah juru wang yang sedang menanti aku
menghulurkan duit.
“Dik,
akak keluar kejap boleh? Duit ada dalam kereta.” Ujar aku berdalih. Pada hal
nak minta duit dari Fazrin. Dia memandang curiga.
“Alasan
tu dah lapuk lah kak.” Dia tersenyum sinis.
“Tak
kisahlah lapuk ke tak, tapi akak kena masuk dalam kereta nak ambil duit.” Darah
aku menyirap ke wajah. Malu ada, geram pun ada. Mulut tak ada insuran betul
budak ni.
“Kereta
akak park dekat mana?” Tanya dia
dengan wajah menjengkelkan.
“Kat depan tu je.” Aku memuncungkan bibir ke luar.
“Kalau
macam tu call je sesiapa dalam kereta
tu suruh bawa duit ke sini.” Ujar budak itu dengan wajah dingin.
“Haish…
awak ingat akak nak lari ke?” Aku menjeling geram. Nada suara dah naik satu
tangga ni! Jangan sampai naik bertangga-tangga!
Tiba-tiba
datang seorang lelaki berpakaian kemas berdiri di sebelah juru wang. “Apa
kecoh-kecoh ni? Semua pelanggan tengok.” Dia berbisik, menjeling pada aku.
Lantas juru wang itu menjelaskan perkara sebenarnya. Hati aku semakin panas.
“Boleh tak akak call sesiapa yang ada dalam kereta? Kami bukannya apa, baru je minggu lepas ada pelanggan lari tak
bayar makanan yang dah ditempah. Sudahnya kami kena marah.” Balas budak lelaki
itu, mungkin penyelia.
“Haish,
kau orang ni. Muka akak ni macam muka tak mampu bayar makanan ke?” Marah aku.
“Setakat harga 152 ringgit ni, akak mampu tau!” Aku menelan air liur. Gila
mahal!
“Kalau
macam tu bayarlah sekarang.” Ujar si juru wang dengan muka sinis.
“Masalahnya,
dompet satu lagi dalam beg tangan aku! Dan beg tu ada dalam kereta!” Tu dia!
Bila dah marah memang dah hilang ‘akak’ yang lemah lembut tadi. Kalau dia orang
layan aku baik, tak adalah aku nak naik angin macam ni. Macam mana dia orang ni
boleh bekerja dalam bidang khidmat pelanggan tapi tak pandai nak layan
pelanggan? Tak faham aku.
“Akak
telefonlah sesiapa dalam kereta tu.” Sampuk si penyelia.
“Aku tak ada nombor telefon dia lah!”
“Kalau
macam tu, akak berdiri je dekat pintu
tu, panggil dia datang sini. Atau saya teman akak ke sana.” Ajar si penyelia
itu lagi.
Aku
memandang sebal. “Tak payah berteman!” Aku mencemik.
Geram
sungguh aku. Kalau ikutkan hati mahunya aku cabut lari, biar dia orang kena
marah dengan bos. Biar padan dengan muka tu. Tapi… aku datang dengan Fazrin kot, kalau aku buat hal sah-sah dia
mengamuk. Sudahlah aku hampir rosakkan rancangan dia, takkan aku nak libatkan
dia pula dalam hal ni. Mahunya ada orang kenal itu kereta Fazrin Adam, tak
pasal-pasal cerita ni masuk surat khabar. Aku ni tak kisahlah sebab bukan orang
popular, tapi dia tu. Emmm… jadi… bertabahlah Lara!
Aku
melangkah geram ke muka pintu restoran kemudian melambai tangan pada Fazrin.
Terlihat dia mengangguk kepala seperti bertanya ‘kenapa?’ aku terus melambai.
Dengan wajah mencuka dia membuka pintu kereta.
“Apa
hal?” Tanya dia sebaik sahaja menghampiri aku.
“Aku
tak cukup duit.” Bisik aku.
“Kau
ni memalukan sungguh!” Ujar dia berbisik cuba menyembunyikan wajah dengan
menarik topi ke bawah menutupi sebahagiah dahinya. Kemudian dia mengeluarkan
dompetnya. Secara sembunyi dia menyerahkan dompet itu di tangan aku. “Nah pergi
bayar.”
Aku
terpinga, “Keluarkan lah duit.” Tak suka aku nak membelek dompet orang ni.
Nanti benda lain pula yang aku jumpa.
“Ambil
lah sendiri, nanti orang nampak.” Dia berbisik namun suaranya kedengaran keras.
“Okey.”
Balas aku menggengam kemas dompet dia. Dia ingin melangkah pergi namun belum
sempat melangkah tiba-tiba terdengar suara memanggil.
“Eh,
Fazrin?”
Serentak
aku dan dia menoleh ke arah pemilik suara itu. Terlihat seorang lelaki berperut
buncit berjalan menghampiri kami. Terdapat kamera tersangkut di lehernya.
“Dinner ke?” Tanya dia sempat menoleh
pada aku.
“Cepat
bayar.” Bisik Fazrin di telinga aku.
“Siapa?
Teman wanita baru ke?” Lelaki berkemera itu menjeling pada aku. Bergegas aku menghampiri
kaunter bayaran.
“Eh,
tak adalah bang. Kawan je.” Terdengar
suara Fazrin menjawab. Sempat aku menoleh ke arah dia. Wajah dia kelihatan resah.
Mesti lelaki tu wartawan!
“Kawan
sampai serah dompet macam tu je?” Terdengar
lelaki itu bertanya lagi. Tajamnya mata dia, dah sorok macam tu pun boleh
nampak? Aku sempat melihat lelaki itu menjeling pada aku.
Lekas-lekas
aku membuka dompet Fazrin ingin membuat bayaran namun sebaik baik saja melihat
isi dompetnya, aku menelan air liur. Fuhh… berkepuk! Ini duit belanja tiga
bulan aku ni! Tanpa buang masa aku mengeluarkan tiga keping note lima puluh
ringgit.
“Nah!
Setakat harga tu akak tak hairan lah!” Aku menghulurkan duit kepada juru wang
tadi. Tapi kali ini dia buat tak endah, mata dia terus melongo memandang ke
depan, begitu juga dengan si penyelia tadi. Wajah dia orang kelihatan teruja.
“Hey!”
Panggil aku geram. Keduanya tersentak, menoleh pada aku.
“Eh,
akak teman wanita yang digosipkan dengan dia ke?” Budak juru wang bertanya. Kali
ini suara dia sangat lembut! Pondan pun tak lembut macam tu!
Aku
diam malas nak jawab. Tadi bukan main berlagak dengan aku, sekarang boleh pulak
tersengih-sengih kerang. Menyampah!
“Kak,
kita orang nak ambil gambar dengan dialah, boleh tolong kita orang tak? Boleh
tampal dekat dinding kedai ni. Glamour
kedai kita nanti.” Ujar si penyelia dengan terujanya.
“Boleh
kak?” Tanya si juru wang tersengih-sengih.
“Eh,
muka akak kan muka penipu. Muka tak mampu bayar duit makanan, mana boleh tolong
kau orang. Usaha sendiri lah.” Ujar aku mengejek. Padan muka! Puas hati aku!
Sebelum beredar sempat aku hadiahkan senyuman sinis pada kedua orang perkerja poyo itu.
Ketika
berjalan menghampiri Fazrin, terlihat beberapa orang pelanggan menoleh ke arah
aku dan kemudian pada Fazrin yang sedang berbual dengan lelaki berkamera tadi.
“Okey,
bang. Saya pergi dulu.” Terdengar Fazrin meminta diri lantas dia menarik lengan
aku dan bergegas menuju ke kereta.
“Habis
aku.” Jerit dia perlahan. Aku menelan air liur cemas.
“Siapa
tu?” Tanya aku.
“Dia
tu wartawan paling sengal di dunia.
Dia akan tulis apa sahaja yang dia nampak tanpa minta penjelasan.” Jelas Fazrin
lantas menghidupakn enjin kereta.
“Dah
tu… kau tak bagi tahu dia yang aku ni bukan girlfriend
kau?”
“Aku dah bagi tahu. Tapi, biasalah, aku
cakap apa pun orang macam tu bukannya nak percaya.”
“Dia
tahu kau dengan Syikin, kan?” Tanya aku.
“Ya.”
Jawab dia sepatah.
“Kalau
macam tu, mesti dia percaya cakap kau tadi. Secara logiknya, takkan dia tak nampak
aku ni tak ada gaya langsung jadi girlfriend
kau.” Aku cuba memujuk.
“Kalau
dah kepala sengal, dia orang dah tak boleh fikir logik dan tak logik dah. Apa
yang dia orang nampak cuma berita hangat yang boleh lariskan surat khabar. Esok
mesti keluar punya berita… ‘Pelakon lelaki popular curang’ besar-besar punya
tajuk, siap tepek depan surat khabar tu!” Dia mendengus kasar. Marah sungguh
ni!
“Pelakon
lelaki popular?” Aku menjeling. “Kau pernah memang Anugerah Bintang Popular
Berita Harian ke?” Tanya aku memang ikhlas nak tahu. Rasanya macam tak pernah
dia dapat anugerah tu, atau mana-mana anugerah, macam mana dia boleh dapat title tu?
Dia
menjeling. Ini bukan jeling biasa-biasa tau, tapi jelingan maut! Kus semangat
aku.
“Okey,
jangan jawab soalan tu.” Aku aku menelan air liur. Dia terus memandu. “Nanti
kau bagi tahu Syikin. Mesti dia akan percaya. Nia ada untuk jadi saksi yang kau
tak keluar dengan perempuan lain.” Pujuk aku lagi.
Dia
mendengus kasar. Terus memandu tanpa sepatah kata. Aku pula diam tak berani nak
bersuara. Tak pernah-pernah aku tengok muka di serius macam tu.
Takut!
12 comments:
datang berkunjung dan tidak lupa join, saya tunggu kunjungan baliknya, dan jangan lupa join pula.
http://karyakuringharatis.blogspot.com/2013/04/bandrek.html
suka!
M. Sofyan - Okeh saya akan singgah sebentar lagi. :)
Nash - tak tahu nk bayang muka nash masa ckp suka tu macam mana... hahaha, gurau2 je eh... terima kasih singgah!
entahnya apa yang susah sgt...bg tau je la kak makwe dia 2...tunjuk bukti2 sekali...kalo dia x percaya jugak mmg sah la makwe dia 2 pon x leyh pakai...wat pe semak kepala otak nak couple lagikan ngan dia...blah je la...errr tp pasai gossip murahan 2 mmg x leyh kata ape la sbb terkadang gosip cenggitu boleh menaikkan retis n x kurang jugak menjatuhkan mereka jugak hmmmm.....
wah macam tautau je kita bayang kan fazrin tu nazim.sikit nya cerita nya..nak lagi, nak lagi..
hahahahaa,kan dah ckap..mmg diorg masak smpai rentong punye!..abiz2.....
Strawberry - kijamnya dikauu.. nk blah mcm tu je.. haha. Dia takut Syikin mgamuk tuuu... penakut jugak dak Fazrin ni.. hahaha
Ashu Mancis - awat tak habaq awai2 nk Nazim?? akak ni tak pandai nk pilih artis, yg tau Fahrin Ahmad, Adu putra ngn Aaron Aziz je.. haha.. sabar naaa.. nnti kita sambung..
Anon - (letak la nama... hee) hahaha... mmg kesian kat Fazrin, mgharapkan Lara alih2 lain jadinya.
hohoho.. kecoh la malaysia nt.. nak2 kalau gambar lara kene snap skali.. kua majalah.. hahaha.. imaginasi terlebih pulak
Miza - takpa, tak ada org nk CSI gambar Lara... haha.
Prasan glamer plak fazrin ni.hahaha
ai... sbog btl juruwang 2 ea.. kalo sy lah 2 lah kli trakhir dtg... tp napa nk tkut bkn nya bugkusan 2 kita agkut skli...org cm 2 adu jer kt bos kdai biar dia kne buag...huh! ops teremo plk..hihihi
Aisyah, kalau tak SS bukan Fazrin namanya... hehehe.
Eija - manusia mcm tu mmg adaaa... tapi bila tgk somebody, terus lain layanannya. nak2 kalu pakai selekeh mcm Lara tu, sebelah mata je dorg layan.. hehehe.
Post a Comment