Intan payung kami...

Monday, 15 April 2013

Bab 15 : Aku dan Dia, Pinky Promise.


Siapa saya bayangkan menjadi Siti Saleha, Azri dan Daniel?? Mereka2 inilah... heee. Kau orang lak mcm mana? Korang bebas bayangkan sesiapa yg korang minat. :P

Okey. Bertenang.
Aku perlu betulkan kembali rentak jantung yang bergemuruh ni. Aku menarik nafas dalam, hembus laju. Aku berhenti melangkah, cuba menenangkan diri sebelum kembali ke kelas. Ini Azri punya fasal! Mujur tak terkantoi. Tapi, ada juga hikmahnya, sekarang, aku dan dia dah berdamai. Tak ada lagi orang yang akan ganggu aku dalam kelas. Aku menarik nafas lega.
Sebaik saja melangkah masuk ke dalam kelas terlihat dia berada di tempat duduknya, seperti biasa terbongkok melukis pada buku lukisannya.
“Hey!” Tegur aku, menarik kerusi duduk mengadap meja dia.
  “Apa?” Dia mendongak.
Aku tersenyum mengejek. Akhirnya dia berada di bawah jajahan aku!
“Ingat ya. Mulai sekarang kau bertanggungjawab menjaga keselamatan aku.” Balas aku tersengih, menaik-naikkan kening.
Dia berdesit menarik wajah masam. Kembali melakar sesuatu pada buku lukisannya. Boleh pula dia buat endah tak endah dekat aku?
“Kau jangan buat-buat lupa pula. Nak tercabut jantung aku tadi. Lembik lutut aku takut terkantoi.” Bisik aku lagi.
“Ya, aku tahu!” Balas dia kasar.
“Aku nak pesan sikit ni. Lain kali jangan menyusahkan orang lagi, ya. Tak kuasa aku nak tolong kau.” Pesan aku sebal.
Kata tadi dah jadi kawan, tapi masih acuh tak acuh saja dengan aku. Menyampah! Aku kembali mengadap ke depan. Entah boleh pakai atau tak janji dia tadi tu.
“Lamanya kau pergi tandas. Sembelit ke?” Hajar mengekek.
“Bukan sembelit tapi dah terbelit!” Balas aku geram. sengaja kuatkan suara supaya dia dengar.
“Terbelit apa?” Dahi Hajar berkerut.
“Tak ada apa-apa lah.” Jawab aku sebal.
Sejurus itu cikgu Ariffin pun masuk. Semua pelajar mengeluh perlahan. Memang aku pun tak suka kelas cikgu Ariffin. Cara penyampaian dia agak membosankan. Tapi nak buat macam mana, ilmu punya fasal kena tadah juga telinga dan kepala ni.
Setengah jam lagi waktu rehat akan bermula. Semua pelajar kelihatan bosan mendengar cikgu Ariffin membaca buku teks di depan. Kalau setakat baca macam tu aku pun boleh mengajar. Aku menarik nafas dalam, kembali menatap buku teks di atas meja. Tetapi, tumpuan aku terganggu apabila terasa kerusi aku ditendang dari belakang. Aku segera menoleh. Azri tersenyum menaikkan keningnya.
“Apa?” Aku mencerlung padanya.
“Aku mengantuk.” Balas Azri berkelip mata.
Merah menyala mata dia, dah jadi rupa mata vampire. Aku tersenyum lucu kembali menatap buku teks. Namun tidak lama kemudian sekali lagi kerusi aku bergoyang. Aku menoleh, dia menghulurkan sekeping kertas kepada aku. Dengan wajah terpinga-pinga aku menyambutnya kemudian kembali mengadap ke depan. Aku membuka lipatan kemudian membaca nota yang ditulis Azri.
Kau agak-agak kenapa Cikgu Ariffin tak kahwin lagi?
Soalan apakah ini? Aku menoleh. Dia memberi isyarat agar aku mengadap ke depan dan membalas pertanyaan itu secara tulisan. Aku mendengus kasar, menggeleng kepala kemudian menulis jawapan di bawah soalan dia tadi.
Aku bukan nujum Pak Belalang.
Aku segera menyerahkan kertas itu tanpa menoleh ke belakang. Tidak sampai beberapa saat terasa kerusi aku bergerak lantas aku menadah tangan ke belakang sambil kepala aku terus menatap buku teks.
Aku tahu lah kau bukan Nujum Pak Belalang, sebab kau perempuan, Pak Belalang tu lelaki. Tapi, kalau kau nak tahu, Cikgu Ariffin tak minat perempuan. Sebab tu dia tak kahwin-kahwin lagi.
Dahi aku berkerut. Takkan kot? Aku cuba imbas kembali, Dia silap. Aku tersenyum kecil.
Kau jangan buat fitnah. Kalau kau nak tahu Cikgu Ariffin akan kahwin dengan Cikgu Kamariah.
Aku menyerahkan nota itu kepada Azri. Tidak lama kemudian kerusi aku bergerak lagi.
Siapa yang buat fitnah sekarang ni, kau ke aku?
Aku tersenyum kecil. Ini yang seronoknya jika dapat tahu apa yang terjadi pada masa depan. Aku terus menulis pada kertas itu.
Fakta. Bukannya Auta macam kau. Sekarang ni Cikgu Ariffin mungkin sedang mengorat cikgu Kamariah. Tapi cikgu Kamariah sukakan cikgu Hazam, tapi cikgu Hazam tak berminat dengan cikgu Kamariah. Kalau cikgu Ariffin tak putus asa, satu hari dia akan dapat merebut cinta cikgu Kamariah.
Aku baca untuk kali kedua. Betul ke teori aku ni? Tapi kalau tak silap lebih kurang begitu lah ceritanya. Sebab kak Nora pernah minta gambar sekolah aku, katanya mahu lihat. Setelah aku selidik baru aku tahu kenapa dia nak tengok wajah cikgu Kamariah. Kata kak Nora, abang Hazam tolak cinta cikgu Kamariah kerana jatuh cinta pada kak Nora.
Tapi, bila pula abang Hazam dan kak Nora berkenalan? Ah, biarkan, yang penting aku tahu cikgu Ariffin akan berkahwin dengan cikgu Kamariah. Kertas bertukar tangan untuk sekian kalinya.
Macam tak sesuai je. Cikgu Kamariah tu cun gila. Takkan sanggup kahwin dengan Cikgu Ariffin tu. Lagi pun, mana kau dengar cerita ni? Kalau Cikgu Kamariah dengan Cikgu Hazam memang sesuai, sama cantik sama padan.
Aku tersenyum, ingin membalas pertanyaan itu namun belum pun sempat aku menulis tiba-tiba terdengar suara berdeham di depan aku.
Alamak! Kantoi!
“Bersungguh-sungguh betul awak salin nota.” Cikgu Ariffin merenung tajam.
Aku tersenyum kambing, perlahan-lahan cuba menyembunyikan kertas itu namun…
“Boleh saya tengok?” Cikgu Ariffin menghulurkan tangan. Aku terpinga membalas pandangan sinis cikgu Ariffin. Aku tergamam. Seakan tak percaya aku telah kantoi. Ini semua salah Azri!Benci!
“Tak apalah cikgu. Tulisan saya teruk. Nanti cikgu tak faham.” Balas aku, memasukkan kertas itu ke dalam meja.
Tangan cikgu Ariffin terus seperti tadi meminta aku menyerah kertas kepadanya. Melihat renungan tajamnya aku tak ada pilihan. Perlahan-lahan kertas itu diserahkan kepada cikgu Ariffin.
“Saya dan cikgu-cikgu lain memang pelik dengan awak yang tiba-tiba mahu bertukar aliran.” Cikgu Ariffin bersuara mendatar sambil berjalan ke depan kelas tanpa membuka lipatan kertas itu.
“Tapi apabila melihat kesungguhan awak, cikgu semua fikir mungkin awak serius mahu tukar aliran. Tapi saya tak fikir begitu. Mesti ada sebab lain kenapa awak tiba-tiba mahu bertukar aliran. Dan ternyata tekaan saya tepat.” Cikgu Ariffin tersenyum sinis sambil menayangkan kertas itu kepada pelajar lain. “Ini buktinya, awak tukar kelas kerana dia tu.” Muncung bibir cikgu Ariffin dihala ke arah Azri.
Siapa dia? Dahi aku berkerut.
Serentak itu satu kelas menoleh ke belakang. Aku turut sama menoleh. Maksud cikgu Ariffin… Azri? Wah! Tolonglah jangan buat lawak!
Aku kembali memandang ke depan. Ada yang tersenyum-senyum ada pula yang terpinga-pinga tak faham maksud sindiran cikgu Ariffin tadi. Aku pula menahan senyum.
“Tak sangka awak Mat Romeo yang mampu ubah fikiran Saleha.” Sindir cikgu Ariffin lagi.
Di belakang, terdengar Azri tergelak kecil.
“Saya akan hantar surat ni kepada Pengetua. Biar dia lihat sendiri dan tarik balik awak ke kelas sains.” Ujar Cikgu Ariffin lantas mengemas buku-bukunya.
“Cikgu…” aku bingkas bangun. Cikgu Ariffin menoleh, tersenyum sinis pada aku sambil membetulkan cermin matanya.
“Tak payah merayu. Saya tetap dengan keputusan saya.” Dia terus berjalan ke muka pintu.
“Tapi…” tak sempat aku nak bagi alasan, cikgu Ariffin mencelah…
“Jangan risau. Saya tak akan baca surat cinta kamu ni. Saya pun dah naik muak nak baca surat-surat cinta pelajar hingusan macam kamu ni.”
“Cikgu, tolong… saya merayu ni, jangan serahkan surat tu.” Mengigit bibir.
Cikgu Ariffin tersenyum sinis. “Berani buat berani tanggung. Dengan bukti ini dapat mengesahkan bahawa teori saya fasal awak adalah betul. Lepas ni baru dia cikgu-cikgu lain percaya cakap saya.” Balas cikgu Ariffin tersenyum puas. Kemudian dia terus berlalu. Aku menoleh pada Azri. Terasa seperti darah berhenti mengalir. Wajah aku terasa kebas.
“Kau punya fasal lah ni!” Marah aku pada Azri yang sedang tersenyum kecil.
“Apa yang kau risau sangat. Biarkan. Kita tengok siapa yang terkena.” Balas dia acuh tak acuh.
“Betul ke…” Hajar bersuara merenung curiga pada aku dan Azri.
 “Tak betul! Cikgu Ariffin fitnah kita orang! Tak kuasa aku nak bercinta dengan budak sewel kat belakang kau tu.” Balas aku geram.
Tak dapat aku bayangkan jika Pengetua membaca nota itu, tentu rahsia cikgu Ariffin yang meminati cikgu Kamariah dalam diam akan terbongkar. Tentu kisah cinta tiga segi ini akan menjadi topik hangat. Aku menoleh pada Azri yang tersenyum sambil menggeleng kepala beberapa kali kemudian aku ketawa geli hati. Nak kenakan kita orang konon nanti dia yang terkena.
“Tak dapat aku bayangkan macam mana rupa cikgu Ariffin bila teori dia tersalah lagi.” Ujar aku ketawa kecil. Azri tersenyum-senyum. Hajar terpinga-pinga memandang aku dan Azri.
“Kau orang bercinta?” Datang Suffian bertanya pada Azri.
“Cikgu Ariffin dah salah faham.” Ujar Azri sambil membuka buku lukisan.
“Habis tu… surat tadi tu, surat apa?” Soal Hajar menyampuk.
Aku dan Azri saling berpandangan. Dan sekali lagi tawa aku meledak, Azri sekadar tersenyum kecil.
Suffian dan Hajar terpinga. Tak apalah kalau cikgu Ariffin nak serahkan kepada pengetua, dia juga yang dapat malu nanti. Konon nak malukan aku, ceh!  

Bersambung...




~XOXO~


5 comments:

MizaEija said...

wahh..dah jadi geng tuu... cayalah.. next..next.. hahaha =p

anon-azri punye SA said...

hahahaaa,sgt sweet...comel jer diorg jd geng.tq wrter,mkin best cte ni..buat org enjoy n rindu time dolu2..luv u n AZRI-luv yg ketat tau!

eija said...

hahaha...

NurAtiZa said...

Next entry please.... #^_^

Red Scarf Novel said...

Miza - hahaha... sabo2...

Anon - panjangnya nama.. hehehe. sama2 tq to u too sudi melepak kat sini. lv u toooo. :D

Eija - gelak mcm pernah kantoi je dulu ni?? haha.

NurAtiza - heee... okehh... tunggu yaa.