Siapa saya bayangkan menjadi Siti Saleha, Azri dan Daniel?? Mereka2 inilah... heee. Kau orang lak mcm mana? Korang bebas bayangkan sesiapa yg korang minat. :P |
Okey. Bertenang.
Aku perlu betulkan kembali rentak jantung yang bergemuruh ni. Aku
menarik nafas dalam, hembus laju. Aku berhenti melangkah, cuba menenangkan diri
sebelum kembali ke kelas. Ini Azri punya fasal! Mujur tak terkantoi. Tapi, ada
juga hikmahnya, sekarang, aku dan dia dah berdamai. Tak ada lagi orang yang
akan ganggu aku dalam kelas. Aku menarik nafas lega.
Sebaik saja melangkah masuk ke dalam kelas terlihat dia berada di
tempat duduknya, seperti biasa terbongkok melukis pada buku lukisannya.
“Hey!” Tegur aku, menarik kerusi duduk mengadap meja dia.
“Apa?”
Dia mendongak.
Aku tersenyum mengejek. Akhirnya dia berada di bawah jajahan aku!
“Ingat ya. Mulai sekarang kau bertanggungjawab menjaga keselamatan
aku.” Balas aku tersengih, menaik-naikkan kening.
Dia berdesit menarik wajah masam. Kembali melakar sesuatu pada buku
lukisannya. Boleh pula dia buat endah tak endah dekat aku?
“Kau jangan buat-buat lupa pula. Nak tercabut jantung aku tadi.
Lembik lutut aku takut terkantoi.” Bisik aku lagi.
“Ya, aku tahu!” Balas dia kasar.
“Aku nak pesan sikit ni. Lain kali jangan menyusahkan orang lagi,
ya. Tak kuasa aku nak tolong kau.” Pesan aku sebal.
Kata tadi dah jadi kawan, tapi masih acuh tak acuh saja dengan aku.
Menyampah! Aku kembali mengadap ke depan. Entah boleh pakai atau tak janji dia
tadi tu.
“Lamanya kau pergi tandas. Sembelit ke?” Hajar mengekek.
“Bukan sembelit tapi dah terbelit!” Balas aku geram. sengaja kuatkan
suara supaya dia dengar.
“Terbelit apa?” Dahi Hajar berkerut.
“Tak ada apa-apa lah.” Jawab aku sebal.
Sejurus itu cikgu Ariffin pun masuk. Semua pelajar mengeluh
perlahan. Memang aku pun tak suka kelas cikgu Ariffin. Cara penyampaian dia
agak membosankan. Tapi nak buat macam mana, ilmu punya fasal kena tadah juga
telinga dan kepala ni.
Setengah jam lagi waktu rehat akan bermula. Semua pelajar kelihatan
bosan mendengar cikgu Ariffin membaca buku teks di depan. Kalau setakat baca
macam tu aku pun boleh mengajar. Aku menarik nafas dalam, kembali menatap buku
teks di atas meja. Tetapi, tumpuan aku terganggu apabila terasa kerusi aku
ditendang dari belakang. Aku segera menoleh. Azri tersenyum menaikkan
keningnya.
“Apa?” Aku mencerlung padanya.
“Aku mengantuk.” Balas Azri berkelip mata.
Merah menyala mata dia, dah jadi rupa mata vampire. Aku tersenyum
lucu kembali menatap buku teks. Namun tidak lama kemudian sekali lagi kerusi
aku bergoyang. Aku menoleh, dia menghulurkan sekeping kertas kepada aku. Dengan
wajah terpinga-pinga aku menyambutnya kemudian kembali mengadap ke depan. Aku
membuka lipatan kemudian membaca nota yang ditulis Azri.
Kau agak-agak kenapa Cikgu Ariffin tak kahwin
lagi?
Soalan apakah ini? Aku menoleh. Dia memberi isyarat agar aku
mengadap ke depan dan membalas pertanyaan itu secara tulisan. Aku mendengus
kasar, menggeleng kepala kemudian menulis jawapan di bawah soalan dia tadi.
Aku
bukan nujum Pak Belalang.
Aku segera menyerahkan kertas itu tanpa menoleh ke belakang. Tidak
sampai beberapa saat terasa kerusi aku bergerak lantas aku menadah tangan ke
belakang sambil kepala aku terus menatap buku teks.
Aku
tahu lah kau bukan Nujum Pak Belalang, sebab kau perempuan, Pak Belalang tu
lelaki. Tapi, kalau kau nak tahu, Cikgu Ariffin tak minat perempuan. Sebab tu
dia tak kahwin-kahwin lagi.
Dahi aku berkerut. Takkan kot? Aku cuba imbas kembali, Dia silap.
Aku tersenyum kecil.
Kau
jangan buat fitnah. Kalau kau nak tahu Cikgu Ariffin akan kahwin dengan Cikgu
Kamariah.
Aku menyerahkan nota itu kepada Azri. Tidak lama kemudian kerusi aku
bergerak lagi.
Siapa yang buat fitnah sekarang ni, kau ke aku?
Aku tersenyum kecil. Ini yang seronoknya jika dapat tahu apa yang
terjadi pada masa depan. Aku terus menulis pada kertas itu.
Fakta.
Bukannya Auta macam kau. Sekarang ni Cikgu Ariffin mungkin sedang mengorat
cikgu Kamariah. Tapi cikgu Kamariah sukakan cikgu Hazam, tapi cikgu Hazam tak
berminat dengan cikgu Kamariah. Kalau cikgu Ariffin tak putus asa, satu hari
dia akan dapat merebut cinta cikgu Kamariah.
Aku baca untuk kali kedua. Betul ke teori aku ni? Tapi kalau tak
silap lebih kurang begitu lah ceritanya. Sebab kak Nora pernah minta gambar
sekolah aku, katanya mahu lihat. Setelah aku selidik baru aku tahu kenapa dia
nak tengok wajah cikgu Kamariah. Kata kak Nora, abang Hazam tolak cinta cikgu
Kamariah kerana jatuh cinta pada kak Nora.
Tapi, bila pula abang Hazam dan kak Nora berkenalan? Ah, biarkan,
yang penting aku tahu cikgu Ariffin akan berkahwin dengan cikgu Kamariah.
Kertas bertukar tangan untuk sekian kalinya.
Macam tak
sesuai je. Cikgu Kamariah tu cun gila. Takkan sanggup kahwin dengan Cikgu
Ariffin tu. Lagi pun, mana kau dengar cerita ni? Kalau Cikgu Kamariah dengan
Cikgu Hazam memang sesuai, sama cantik sama padan.
Aku tersenyum, ingin membalas pertanyaan itu namun belum pun sempat
aku menulis tiba-tiba terdengar suara berdeham di depan aku.
Alamak! Kantoi!
“Bersungguh-sungguh betul awak salin nota.” Cikgu Ariffin merenung
tajam.
Aku tersenyum kambing, perlahan-lahan cuba menyembunyikan kertas itu
namun…
“Boleh saya tengok?” Cikgu Ariffin menghulurkan tangan. Aku terpinga
membalas pandangan sinis cikgu Ariffin. Aku tergamam. Seakan tak percaya aku
telah kantoi. Ini semua salah Azri!Benci!
“Tak apalah cikgu. Tulisan saya teruk. Nanti cikgu tak faham.” Balas
aku, memasukkan kertas itu ke dalam meja.
Tangan cikgu Ariffin terus seperti tadi meminta aku menyerah kertas
kepadanya. Melihat renungan tajamnya aku tak ada pilihan. Perlahan-lahan kertas
itu diserahkan kepada cikgu Ariffin.
“Saya dan cikgu-cikgu lain memang pelik dengan awak yang tiba-tiba
mahu bertukar aliran.” Cikgu Ariffin bersuara mendatar sambil berjalan ke depan
kelas tanpa membuka lipatan kertas itu.
“Tapi apabila melihat kesungguhan awak, cikgu semua fikir mungkin
awak serius mahu tukar aliran. Tapi saya tak fikir begitu. Mesti ada sebab lain
kenapa awak tiba-tiba mahu bertukar aliran. Dan ternyata tekaan saya tepat.”
Cikgu Ariffin tersenyum sinis sambil menayangkan kertas itu kepada pelajar
lain. “Ini buktinya, awak tukar kelas kerana dia tu.” Muncung bibir cikgu
Ariffin dihala ke arah Azri.
Siapa dia? Dahi aku berkerut.
Serentak itu satu kelas menoleh ke belakang. Aku turut sama menoleh.
Maksud cikgu Ariffin… Azri? Wah! Tolonglah jangan buat lawak!
Aku kembali memandang ke depan. Ada yang tersenyum-senyum ada pula
yang terpinga-pinga tak faham maksud sindiran cikgu Ariffin tadi. Aku pula
menahan senyum.
“Tak sangka awak Mat Romeo yang mampu ubah fikiran Saleha.” Sindir
cikgu Ariffin lagi.
Di belakang, terdengar Azri tergelak kecil.
“Saya akan hantar surat ni kepada Pengetua. Biar dia lihat sendiri
dan tarik balik awak ke kelas sains.” Ujar Cikgu Ariffin lantas mengemas
buku-bukunya.
“Cikgu…” aku bingkas bangun. Cikgu Ariffin menoleh, tersenyum sinis
pada aku sambil membetulkan cermin matanya.
“Tak payah merayu. Saya tetap dengan keputusan saya.” Dia terus
berjalan ke muka pintu.
“Tapi…” tak sempat aku nak bagi alasan, cikgu Ariffin mencelah…
“Jangan risau. Saya tak akan baca surat cinta kamu ni. Saya pun dah
naik muak nak baca surat-surat cinta pelajar hingusan macam kamu ni.”
“Cikgu, tolong… saya merayu ni, jangan serahkan surat tu.” Mengigit
bibir.
Cikgu Ariffin tersenyum sinis. “Berani buat berani tanggung. Dengan
bukti ini dapat mengesahkan bahawa teori saya fasal awak adalah betul. Lepas ni
baru dia cikgu-cikgu lain percaya cakap saya.” Balas cikgu Ariffin tersenyum
puas. Kemudian dia terus berlalu. Aku menoleh pada Azri. Terasa seperti darah
berhenti mengalir. Wajah aku terasa kebas.
“Kau punya fasal lah ni!” Marah aku pada Azri yang sedang tersenyum
kecil.
“Apa yang kau risau sangat. Biarkan. Kita tengok siapa yang
terkena.” Balas dia acuh tak acuh.
“Betul ke…” Hajar bersuara merenung curiga pada aku dan Azri.
“Tak betul! Cikgu
Ariffin fitnah kita orang! Tak kuasa aku nak bercinta dengan budak sewel kat belakang kau tu.” Balas aku geram.
Tak dapat aku bayangkan jika Pengetua membaca nota itu, tentu rahsia
cikgu Ariffin yang meminati cikgu Kamariah dalam diam akan terbongkar. Tentu
kisah cinta tiga segi ini akan menjadi topik hangat. Aku menoleh pada Azri yang
tersenyum sambil menggeleng kepala beberapa kali kemudian aku ketawa geli hati.
Nak kenakan kita orang konon nanti dia yang terkena.
“Tak dapat aku bayangkan macam mana rupa cikgu Ariffin bila teori
dia tersalah lagi.” Ujar aku ketawa kecil. Azri tersenyum-senyum. Hajar terpinga-pinga
memandang aku dan Azri.
“Kau orang bercinta?” Datang Suffian bertanya pada Azri.
“Cikgu Ariffin dah salah faham.” Ujar Azri sambil membuka buku
lukisan.
“Habis tu… surat tadi tu, surat apa?” Soal Hajar menyampuk.
Aku dan Azri saling berpandangan. Dan sekali lagi tawa aku meledak,
Azri sekadar tersenyum kecil.
Suffian dan Hajar terpinga. Tak apalah kalau cikgu Ariffin nak
serahkan kepada pengetua, dia juga yang dapat malu nanti. Konon nak malukan
aku, ceh!
Bersambung...
5 comments:
wahh..dah jadi geng tuu... cayalah.. next..next.. hahaha =p
hahahaaa,sgt sweet...comel jer diorg jd geng.tq wrter,mkin best cte ni..buat org enjoy n rindu time dolu2..luv u n AZRI-luv yg ketat tau!
hahaha...
Next entry please.... #^_^
Miza - hahaha... sabo2...
Anon - panjangnya nama.. hehehe. sama2 tq to u too sudi melepak kat sini. lv u toooo. :D
Eija - gelak mcm pernah kantoi je dulu ni?? haha.
NurAtiza - heee... okehh... tunggu yaa.
Post a Comment