Intan payung kami...

Sunday 2 December 2012

Cerpen : Untuk Rasa Itu oleh Fara Yuhana


Note: Blog dah lama bersawang. E-Novel tak dapat diupload dalam masa terdekat ni sebab kami sibuk siapkan manuskrip untuk dinilai. Kalau ada rezeki, by next year dapatlah tatap kisah-kisah di sini dalam versi cetak. In the meantime, enjoy reading this short story. Thank you for all your support. We really do appreciate it. 


Kotak di tangan direkat dengan masking tape. Perkataan ‘Books’, ditulis di bahagian tepi kotak yang kemudiannya disusun bersama dengan kotak-kotak yang lain di tepi pintu. Nafas panjang dihela. Akhirnya selesai juga kerja-kerja mengemas barangnya. Tiga hari ini macam hendak patah pinggang rasanya membungkus segala jenis harta bendanya di dalam bilik ini. Tak sangka, enam tahun dia menjadi penghuni bumi Aberdeen ini banyak juga harta benda yang dia kumpul. Dia pandang kotak-kotak yang elok tersusun. Hampir 10 kotak semuanya. Besar-besar pula tu. Entah berapa pound yang dia harus bayar untuk kos penghantaran agaknya. Mujurlah duit biasiswa dan duit gaji kerja part-time dia masih banyak.
        Dia buka laci meja belajar. Satu kotak kecil berwarna hitam dikeluarkan lalu di bawa ke katil. Penutup kotak dibuka. Dia pandang isi kotak. Sekeping gambar, sebentuk cincin silver dan sekeping nota. Dia capai cincin silver yang diukir dengan perkataan ‘Once & Always’ dan gambar itu lalu direnung lama. Dia mengeluh perlahan. Gambar di tangannya itu diambil di KLIA sebelum dia berlepas ke Scotland enam tahun lepas. Walaupun ada enam wajah di dalam gambar itu, tumpuan dia hanya pada wajah si dia yang berada di sebelah mamanya. Si dia yang dah melekat dekat hati sejak dia mula kenal erti sayang dan kasih antara lelaki dan perempuan.
        Dia tenung satu-satunya gambar si dia yang dia ada. Enam tahun lepas, si dia berambut pendek. Badan dia kecil molek sahaja. Kalau berdiri sebelah dia yang tinggi ni, si dia itu hanya di paras bahu sahaja. Pakaian pun dah lebih kurang macam dia juga. Asyik berseluar dan t-shirt. Tak ada langsung ciri-iri wanita Melayu terakhir. Memang kategori gadis brutal.
       Kawan-kawan dia kata dia gila sebab sukakan perempuan yang tak berapa hendak perempuan sangat ini. Tapi dia peduli apa. Soal hati ni bukan boleh predict, kan? Dah Allah gerakkan hati dia untuk suka pada perempuan-tak-berapa-nak-perempuan tu, nak buat macam mana?  Biarpun tak ayu macam ratu cantik, tapi dekat mata Amer, si dialah yang paling cute. Dialah yang paling baik. Dialah yang paling bagus. Pendek kata si dialah segala-galanya.
      Tapi sayangnya, si dia tak ada rasa yang sama dengan dia. Agaknyalah. Sebab kalau si dia ada rasa yang sama, takkan cincin yang dia hadiahkan pada si dia ada dalam tangan dia sekarang.
      “Amer!” Tiba-tiba dia dengar nama dia kena jerit dari ruang tamu. Kacau daun sungguh! Orang baru nak buat sesi walking down the memory lane.
      Dia keluar dari bilik. Wajah dua orang housemate dia yang sedang khusyuk mengadap laptop dipandang dengan kening terangkat sebelah. “Apa hal?”
      “Bro, sinilah jap. Emran nak cakap.” Panggil Dino.
   “Emran?” Ini sah mereka tengah skype dengan Emran, kawan mereka yang sudah dua tahun balik Malaysia. Dulu mereka berempat. Sama-sama buat degree tapi dia, Dino dan Naqib teruskan hingga peringkat master. Alang-alang dah dapat tawaran biasiswa dari penaja untuk terus sambung, mereka ambil sahajalah peluang itu. Cuma Emran sahaja yang menolak. Katanya nak sambung di Malaysia sahaja dengan alasan dah tak sanggup nak berjauhan dengan keluarga. Keluargalah sangat. Bukan dia tak tahu, Emran sebenarnya tak sanggup nak berjauhan daripada buah hati pengarang jantung dia. Elok tiga bulan lepas balik, dia dapat email dari Emran memberitahu dia hendak bernikah. Sekarang dah selamat menjadi suami kepada Nur Azra dan bapa kepada Eman Azry dah pun kawan dia yang seorang itu.
      “Assalamualaikum ya sahabat hamba, Muhammad Amer.” Sapa Emran dengan senyuman yang kelihatan agak menggedik. Menyampah pula dia tengok. Kalau si dia yang senyum macam itu, sejuk jugaklah hati dibuatnya.
      “Waalaikumsalam… Apahal?”
      “Amboi. Tak boleh ke aku nak bercakap dengan kau kalau tak ada hal?”
    “Bukan tak boleh. Tapi agak peliklah kau nak bercakap dengan aku lagi kalau tak ada apa hal sebab rasanya baru semalam kita bercakap, kan?”
       Emran ketawa berdekah. Amer menggeleng. Lawak sangat ke ayat dia?
      “Kau ni apa hal, Emran? Aku banyak kerja nak buat ni!” Suara dia naik satu oktaf. Sungguhlah dia tak ada mood nak layan kawan dia saat ini.
       “Sabar-sabar. Kau ni semenjak dua menjak ni nak moody je apahal? PMS?”
     Amer ketap gigi. Buat lawak bangang pulak budak-budak ni. Dia jeling Dino dan Naqib yang dah tumpang sekaki menggelakkan dia. Kalau nak dia debik satu-satu, boleh tak?
      “Malaslah aku nak layan engkau orang!” Dia angkat punggung nak masuk bilik. 
     “Eh…tunggulah kejap. Alah kau ni. Sikit-sikit merajuk. Sunguhlah macam perempuan PMS!” Ujar Naqib di hujung tawanya.
     “Kau duduk dulu. Ada benda kita orang nak bagi ni. Aku sure, bad mood kau boleh terbang bila kau dapat hadiah ni.” Dino tarik lengan dia.
       Dia akhirnya mengalah. Wajah Dino, Naqib dan Emran di skrin laptop dipandang satu persatu.
      “Lima minit. Kalau engkau orang nak buat lawak tak kelakar lagi, aku blah!”
      “Lima minit tak cukup. Sepuluh boleh?” Usik Emran.
      “Kau ingat ini apa? Pasar nak bargain bagai?” Dia angkat kening sebelah. “Cepatlah! Aku banyak benda lagi nak buat ni. Tak pun, kau bagi sajalah hadiah tu lepas aku balik Malaysia.”
    “Eh…mana boleh. Kalau kau balik Malaysia baru bagi dah tak thrill lah. Ok…ok. Sebelum aku bagi hadiah tu. Aku nak tanya kau. Ini serius ni.” Kata Emran.
      “Apa dia?”
      “Apasal dua tiga hari ni, kau lain macam?”
      “Lain macam?” Dia kerut dahi. “Lain macam apanya? Aku rasa aku macam itu jugak.”
      Naqib di sebelah mendengus perlahan. “Ceh, tak mengaku. Dua tiga hari muka muncung mengalahkan muncung tenuk, kau boleh kata kau tak lain macam? Itu belum lagi kira perangai tak lalu makan kau tu. Ini aku tak tahulah mandi basah ke tidak. Lepas tu bila kita orang tanya apa-apa, jawapan kau asyik ya, tidak, tak tahu. Lagi mahu kata kau tak lain macam?”
      Dia hanya diam mendengar assessment Naqib tentang perangai dia sejak dua tiga hari ni. Inilah payahnya kalau duduk serumah dengan orang terlebih prihatin. Orang akan perasan semua perkara yang luar dari kebiasan yang dia buat. Hendak nafikan rasanya macam sia-sia sahaja sebab dah hampir enam tahun mereka duduk serumah. Memang Naqib dan Dino faham sangat perangai dia. Hendak mengaku, nanti kena paksa pula ceritakan apa yang menyebabkan dia jadi macam itu. Itu pun jadi satu hal nanti. Mesti dia kena gelak kaw-kaw  punya dengan budak-budak dan bapa budak itu. Jadi jalan paling selamat sekarang ni ialah mendiamkan diri. Jangan beri apa-apa reaksi.
          “Kalau dah diam tu, maknanya betullah, kan?” Tebak Dino.
            Dia masih buat muka tak tahu.
           “So, want to tell us what’s been bothering you or you want us take a wild guess?” Soal Emran.
            Dia cuma angkat bahu.
           “Ok, kita main teka-teka. Mood kau jadi macam ini sebab si dia itu kan?”
           Muka dia rasa panas tiba-tiba. Duduk pun dah rasa tak betul.
          “Dan ia ada kena mengena dengan status terbaru dia di FB dua tiga hari lepas kan?” Teka Emran lagi.
           Dia berdehem. “Mana ada!” Mulut dia cepat nafikan. Tapi dalam hati dah menjerit-jerit ‘ada…ada…ada!’ Muka rasanya dah merah padam dah ni.
          “Apa benda yang si dia tu tulis sampai kawan kita ni jadi sampai macam ini?” Tanya Naqib. Haruslah Naqib tak tahu sebab Naqib tak kawan dengan si dia di Facebook.
        “Heheh…itu kau tanyalah Amer sendiri. Kau sentap pasal itu kan, Mir?” Emran dah angkat-angkat kening.
            Cis! Payah kalau ada kawan yang tahu segala-galanya ini! Ya. Dia mengaku. Memang dia sentap sebab terbaca status paling terkini si dia itu. Siapa yang tak sentap kalau gadis yang dipuja-puja buat status ‘Lagi tiga hari. The big day for me and him. Doakan aku dan dia selamat dalam segalanya.’ Cuba cakap, siapa yang tak sentap? Enam tahun dia rindukan si dia dari jauh. Enam tahun dia jaga hati hanya untuk si dia. Tiba-tiba si dia tulis status macam itu. Rupanya selama ini si dia dah ada ‘si dia’ yang lain. Siap nak ada big day lagi tu. Terasa sia-sia sahaja dia menunggu selama ini. Ini kira baik dia lelaki. Hati itu kuat sedikit. Kalau perempuan haruslah dia meraung sekarang ini.
            “Sebenarnya kan, Mir. Aku nak tahu sangat, apa yang jadi masa dekat KLIA enam tahun lepas, hah?” Tanya Emran.
            “KLIA?” Naqib dan Dino bersuara serentak dengan muka pelik.
            Dia pandang tempat lain. Budak Emran ni nak buat sesi sharing is caring ke apa? Malu pulak rasanya dengan Naqib dan Dino yang memang tak tahu apa-apa tentang tragedy KLIA.
            “Weh, apa yang jadi sebenarnya?” Emran terus memaksa. Dan dia terus buat muka tak tahu. Tangan cepat mencapai mug berisi air di atas meja. Entah air siapa, dia pakai teguk saja demi hendak menutup rasa tak selesa menjadi perhatian orang.
            “I told him to keep the ring and take care of his heart.”  Tiba-tiba ada suara serak-serak basah yang menjawab. Air di dalam mulut tersembur keluar kerana terkejut melihat seraut wajah cantik seorang gadis terpacul di skrin laptop. Dada yang perit diusap kuat. Naqib dan Dino dah ketawa terbahak-bahak.
            “Kira?” Dia bertanya tak percaya. Kira di hadapan skrin tergelak kecil sambil mengangguk.
            “Surprise! Inilah hadiah kau.” Emran muncul di sebelah si dia. “So, settle your problem. Tak larat dah aku nak mengadap karenah engkau orang berdua.” Emran berlalu.
            Dia terkedu. Terkejut pun iya. Sudah enam tahun tak bersua macam ini. Selama enam tahun ini, dia hanya tahu perkembangan Kira melalu facebook dan Emran. Gambar pun jarang-jarang dapat tengok sebab Kira jarang nak upload gambar. Dia pandang wajah si dia yang sedang tersenyum manis ke arahnya.
             Rambut sudah panjang mengurai. Seulas bibir milik Kira nampak merah menawan. Namun sepasang mata bundar itu masih lagi kelihatan sama. Bercahaya dan penuh dengan rasa ceria.  
            “Cun gila siot!”
            “Patutlah kawan setia menunggu…”
        Kira di Malaysia tergelak perlahan. Amer jeling Dino dan Naqib. Kacau daun sungguh! Tanpa memperdulikan kawan-kawannya, Amer capai laptop dan bawa masuk ke dalam bilik dia. Sekarang hanya dia dan Kira di benua sebelah sana.
            “Ehem…” Kira betulkan suara.  “Awak sihat?”
            Amer angguk. Hati macam hendak melompat keluar bila dengar Kira panggil dia awak. Bukan lagi kau macam dulu. “Kiki?” Ah, rindunya nak panggil nama manja si dia.
            “Alhamdulillah. Sihat.”
            Diam. Dia pandang Kira. Kira pandang dia. Sungguhlah, dia tak tahu nak cakap apa sekarang ni sedangkan banyak benda yang dia nak tahu sebenarnya. Antara perkara yang dia hendak tahu sangat ialah tentang status terkini Kira di facebook. Tapi nak tanya terus macam tak sesuailah pula. Kan?
            “Em cakap awak bad mood. Kenapa?”
            “Err…mana ada?” Dia cuba nafikan sambil mata dah melilau pandang ke sekeliling bilik.
            “Liar!”
            “I am not!”
            “Yes you are!”
            “No, I’m not!”
            “Yes, you are!”
            “No!”
            “Yes!”
            “Yes!”
            “No!”
            “Hah! Kantoi!” Kira jerit kemenangan.
            Amer tarik muka. Pandai sunggu Kira mainkan dia!
         “Tak payahlah awak nak buat muka macam tu. Saya ni, bukan baru kenal awak semalam. I’ve known you for years, ok. I know your telltale sign. Awak, kalau tengah buat benda tak betul, mata tu mesti melilau pandang tempat lain.” Beritahu Kira.
          Dia garu kepala. Memang orang senang baca dia ke?
         “So, bad mood kenapa?” Tanya Kira.
         “Nothing important.”
        “Really?” Nada suara Kira kedengaran sedikit kecewa.
        “Yeah…” Hati dia kembali tak senang. Kira memang nak dia frust ke? Betul ke si dia tak ada perasaan langsung pada dia?
       “Oh…” Suara Kira dah berubah lain macam. Gadis itu kelihatan memandang ke satu arah dengan muka berkerut-kerut. Mulut dia terkumat-kamit  macam orang sedang bercakap tapi tak dengar pula suara. Tak lama lepas tu, dia tengok Kira ambil nafas dalam-dalam sebelum nafas dihela dan pandangan gadis itu kembali kepadanya.
            “Amer…”
            “Ya?”
            “You remember KLIA?” Tanya Kira perlahan.
            Amer angguk. Mestilah dia ingat. Sampai bila-bila pun dia tak akan lupa KLIA.
            “You remember what you asked me?”
            Amer angguk lagi. Seumur hidup kot dia akan ingat soalan itu.
            “Ok. I’m sending you a file. Look at it. And whatever your answer maybe, my answer is yes.”
            Amer klik file yang dikirim Kira. Skrin bertukar. Wajah Kira dah tak nampak. Yang muncul kini sebuah tayangan video dengan lagu yang dia kira sedang popular masa kini sebab dia selalu dengar melalui radio HOTFM yang Naqib selalu pasang. Mata dia membulat membaca ayat yang muncul di dalam video itu…
Ini once in a lifetime punya confession
Jadi dengar baik-baik
Untuk semua rasa yang awak pernah rasa
This is my answer
Untuk setiap kali awak buat muka perasan cute awak tu
Memang cute pun di mata saya J
Untuk air mata awak yang bergenang di KLIA dulu
Saya pun menangis sebenarnya
Untuk setiap kali saya buat awak merajuk
Dan saya tak pujuk
Saya minta maaf… J
Untuk setiap kali saya buat awak risau
Saya nak bermanja dengan awak saja sebenarnya
Untuk setiap kali saya buat awak sakit hati
Untuk masa-masa saya selalu buat awak marah
Saya tak sengaja
Saya minta maaf?
Untuk cubaan awak ambil gambar untuk buat saya cemburu
Saya tak suka
Saya marah!
Jangan berani buat lagi!
Untuk setiap cubaan awak
Buat saya gembira
Ambil hati saya
Terima kasih…saya suka sebenarnya
Untuk luahan hati awak
Dan untuk kesabaran awak tunggu saya selama ini
Ini jawapan saya…
Sayang
Percayalah apa kataku
Kerana aku sayang kamu…
           
            Amer terkedu. Betul ke apa yang dia dengar tadi? Ini bukan mimpi di musim luruh kan? Sungguh ke tadi dia menonton video Kira buat pengakuan sayangkan dia?         
            “Perghhh…ini kalau upload kat Youtube memang hits ni!” Suara Naqib kedengaran di belakang Amer. Dia tak mampu nak gerak untuk marah kawan-kawan dia yang mencuri dengar perbualan dia dengan Kira sebab dia rasa macam dia tengah mimpi sekarang ini.
            “Bro…” Dia panggil kawan-kawan dia.
            “Apa?”
            “Kau tolong cubit aku, Qib. Aku rasa macam mimpi je ni.”
            “Cubit? Apa kelas cubit bro. Mari sini aku kejutkan kau!” Naqib tampar belakang kepala dia kuat. “Sedar dah?”
            Amer gosok belakang kepala yang terasa perit. Sah, dia bukan mimpi. Ini betul-betul berlaku! Mulut mula tersenyum lebar. Hati mula berbunga-bunga. Tiba-tiba terasa berada di musim bunga pula.
          “Wipe that smile lah, bro. Gerun aku tengok!” Tegur Emran. Amer pandang skrin. Kenapa pula muka mamat ni yang keluar? Mana buah hati dia tadi?
            “Kiki mana?” Tanya dia sambil mencari-cari wajah Kira di skrin laptop.
            “Dah keluarlah!”
            “Apa? Apasal pula dia keluar?”
            “Dia segan kot. Tak pernah dibuat seumur hidup dia benda macam itu.”
            “Alaaa… Emran, pergilah panggil dia. Aku rindu ni…” Amer mula merengek.
            “Woi…jangan nak mengedik sangat. Menyampah aku tengok!” Sekali lagi kepala dia jadi mangsa. Kali ini dari Dino yang mula seram sejuk tengok Amer buat muka perasan cute dia tu.
            “Aku belum puas lagilah nak belek muka kekasih hati aku tu!” Dia tarik muncung.
            Dino mendengus. “Woi, tak payah nak buat muka perasan cute kau kat sini. Meremang bulu roma aku, bro!”
            “Parah dah kau ni…” Sampuk Naqib.
            “So, apa kau nak buat sekarang?” Tanya Emran.
            “Err…” Amer garu kepala. Apa yang patut dia buat? Nak buat sesi lepas rindu dan meluah perasaan dengan Kira, si dia dah cabut. Nak call Kira, confirm si dia kesayangan hati tak akan angkat sebab segan punya pasal. Apa yang patut dia buat sekarang?
            “Sungguhlah, Mir. Aku hairan macam manalah kau boleh berjaya habiskan master kau dengan ke-blur-ran kau ni!” Tempelak Emran.
            “Benda tu dah tertulis dalam buku teks! Tinggal aku study, faham dan praktik saja. Benda-benda yang libatkan soal hati dan perasaan ni bukannya ada manual bagai untuk kita telaah!” Tempelak Amer.
            “Memanglah tak ada buku. Tapi tengoklah keadaan sekeliling. Belajar dari masyarakat.”
            Dia garu kepala. Cakap senanglah. Nak suruh dia belajar dari siapa? Dino? Girlfriend pun tak ada. Kawan tu pun tengah serabut kepala fikirkan masalah cinta Kak Eyma dia di Malaysia sana dengan abang senior dia, Ammar Izwan. Naqib? Cinta jarak jauh dengan junior sekolah dia dulu pun kejap on, kejap off. Memang sah tak boleh pakai. Emran? Stok kawan yang bercinta tapi tak ada rupa bercinta. Tahu-tahu saja, dah nak kawin. Jadi nak suruh dia belajar dari siapa?
            “So, what you’re going to do?” Tanya Emran sekali lagi. Kalau dekat memang dah lama kena pelangkung si Amir ini. Slow betul!  Emran pandang wajah Dino dan Naqib. Isyarat diberikan kepada mereka berdua supaya mula memainkan peranan. Terpaksalah guna cari macam ini. Kalau tidak, sampai balik Malaysia pun Amir tak tahu nak buat apa.
            “Orang tua-tua cakap, kalau dah berkenan tu, ikat cepat-cepat. Takut ada yang lari nanti.”
            “Haah. Kalau tak lari pun, takut ada yang kebas nanti. Gigit jarilah jawabnya.”
            “Kalau muka cun macam itu, aku pun berkenan nak kebas!”
            “Jangan cakap kau. Aku ni pun dah mula bergoyang-goyang saja hati nak try market.”
         “Ah, kau orang ni. Member sendiri punya pun nak kebas ke?” Emran mencelah perbualan antara Naqib dan Dino.
            “Alah bro. Bukan ada ikatan apa-apa pun. Sedangkan bini orang pun orang boleh kacau, inikan pula yang single macam Kira tu.”
        Amer telan liur. Perbualan kawan-kawan dia tiba-tiba sahaja buat dia seriau. Walaupun dia tahu kawan-kawan dia takkan buat apa yang dicakapkan, tapi orang lain? Kira yang dia tengok tadi, bukan Kira enam tahun dahulu. Yang brutal. Yang boyish. Yang ta mampu menarik perhatian lelaki kecuali dia. Kira yang hari ini, kalau letak atas pentas, memang beratur orang nak dekat. Isyh…tak boleh jadi! Kena ikat cepat ni! Kalau tidak, mahu betul dia PMS untuk seumur hidup. Amer terus berlari mendapatkan telefon. Sebuah panggilan jarak jauh dibuat.
            “Assalamualaikum…”
            “Waalaikumsalam. Mama? We need to talk!”
            “Ya Allah, angah. Apasal kelam kabut saja mama dengar ni?”
            Dia tarik nafas dalam-dalam. Dia dah nekad. Dia dah tekad. Enam tahun tunggu. Enam tahun dah berdoa pada Yang Esa. Dan dia rasa inilah keputusan yang terbaik.
            “Mama…”
            “Apa dia?”
            “Angah nak nikah.”
            “Hah?”
            “Angah nak mama masuk meminang Akira.” Dia beritahu sekali nafas.  Di belakang Dino dan Naqib dah terbahak-bahak gelakkan dia. Suara Emran yang jauh di Malaysia pun macam terngiang-ngiang sahaja dekat telinga dia. Ah, biarlah! Kena gelak je, bukan boleh bawa mati pun kan? Dan saat itu tiba-tiba jiwa dia jadi ringan. Lega. Dia teringatkan kata-kata Kiki tadi. Whatever your answer maybe, my answer is yes. . Bibir menguntum senyum. Awak tunggu saya balik. Hati ni memang saya jaga untuk awak je, sayang.
***
KLIA, Enam tahun lalu…
           Masa untuk check-in dah tiba. Mama dan papa dia dah buat isyarat untuk gerak. Emran dah selamat masuk balai berlepas. Tinggal dia sahaja yang berat hati nak bergerak. Kaki pun rasa macam dipasak dekat lantai sahaja. Wajah Kira yang beriak selamba dipandang lama. Sayangnya nak tinggalkan kawan baik dia yang seorang ini.
          “Weh, makcik dan pakcik dah panggil tu. Cepatlah gerak!” Kira angkat bag pack Amer dan hulurkan pada dia. Bertambah pedih hati dia. Tak sabar-sabar betul Kira nak dia pergi.
          “Kira, kalau aku tak nak pergi boleh?”  Tak sanggup rasanya nak berpisah dengan Kira. Dari kecil dah bersama kot. Ikutkan hati dia nak teruskan belajar di university dalam negara sahaja. Biar dekat dengan Kira. Tapi mama dan papa paksa dia terima tawaran belajar di luar negara. Dah nama anak yang baik. Dia menurut sahajalah.
            “Ya Allah. Mengada sungguh bunyinya. Weh, kau ni nak pergi belajar. Bukan pergi berperang. Yang sedih sangat ni kenapa?” Tanya Kira kasar.
            “Aku sayang kat kau. Aku tak nak tinggalkan kau.” Sekali nafas dia buat pengakuan. Biarlah. Dia dah tak peduli. Bertahun dah dia pendam perasaan. Orang nak kata ini cinta monyet ke. Cinta kura-kura ke, katalah. Yang pasti ini perasaan dia. Rasa dia. Dan dia perlu luahkan pada Kira sebelum terlambat. Dia nak pergi jauh ni. Buatnya jadi apa-apa pada dia sebelum sempat dia luahkan perasaan, macam mana?
            Dia seluk poket. Sebuah kotak saiz kecil berwarna hitam dikeluarkan lalu dibuka penutupnya. Sebentuk cincin silver yang sudah siap diukir dengan perkataan yang melambangkan rasa dia diambil keluar lalu dihulurkan kepada Kira. Tapi Kira cuma pandang cincin di tangan dia.
            “What the heck is this?”
            “A ring. Representing my heart.”
          “And why are you giving it to me?”  Kening Kira naik sebelah. Perkara yang paling dia suka buat kalau nak menjengkelkan hati orang.
          "So that you can keep it and take care of it.  Lebih kurang macam kau terima hati aku dan jaga hati aku untuk kau.” Dia jawab.
            Terkebil-kebil Kira pandang muka dia sebelum gadis itu ketawa berdekah-dekah. Siap pegang perut lagi macam dia tengah tengok lawak Mr Bean.
            “Cheesy! Weh, tak payah nak drama Korea sangat boleh tak?” Kira terus ketawa.
            Cheesy? Drama korea? Kira ingat dia main-main ke?
            “Aku serius ni.” Suara dia mendatar. Terasa hati dengan gelak Kira.
            “And so am I.” Ketawa Kira mula reda.
            “Kau tak sayang aku ke?”
            Kira tarik nafas dalam. Dia pandang cincin di tangan Amer. Kemudian dia lepaskan nafas panjang.
            “Keep that ring and take care of your heart.”
            “Kira…”
        “No, Amer. Listen. Kita baru 18 tahun. Usia yang terlalu mentah untuk bercakap tentang hati dan perasaan. Terlalu muda untuk berfikir tentang happily ever after. To be honest, what do we really know about love and stuff? Things that we know, we get it from either novels or watching a lot of love story. Benda tu banyak yang plastik. Kita bukan hidup dalam drama Korea atau mana-mana sinetron yang kalau bercinta, akan bercinta separuh mati. Cinta dari zaman kanak-kanak akan kekal hingga dewasa. This is real life. In real life, a lot of things happen. In real life, we’ll meet a lot of people. In real life, our life is governed by faith. Bukannya di tangan penulis novel atau penulis skrip yang semudahnya boleh tulis tentang hidup sesesorang. Be realistic, Amer.”
            “Ini hati aku. Perasaan aku. Aku tahu apa yang aku rasa.”
            Kira mengeleng. “In the heat of the moment, kita akan cakap apa sahaja. But once the heat is gone, everything will change.”
            Tubir mata dia dah rasa panas. Cool Amer. Jangan buat hal. Nanti betul-betul jadi drama Korea macam yang Kira sebut.
            “Aku nak tahu satu benda je. Kau tak sayang aku ke?”
            Kira hanya diam.
        Amer angguk. Rasanya dia tahu apa jawapan Kira. Rejection sucks!  Cincin di tangan disimpan kembali ke dalam kotak lalu digenggam kemas.
            “Aku pergi dulu.” Dia galas beg pack di bahu. Kaki melangkah menuju ke arah papa dan mama dia.
            “Amer…” Panggilan Kira buat langkahnya terhenti.
            “Take care of your heart.”
            “Always will.”
            “Kalau jodoh, tak ke mana.”
            Amer senyum segaris. Tawar. Ya, kalau jodoh tak ke mana. Pada dia, hanya Kira dalam hati. Tapi Kira? Entahlah. Biarlah takdir yang tentukan. Kaki terus melangkah meninggalkan si dia.
            Dan di belakang dia, apa yang Amer tak nampak, Kira sedang tahan air mata dia dari jatuh. Oh, bukan dia tak sayang. Bukan dia tak rasa apa yang Amer rasa. Cuma dia tak yakin. Tak yakin nak bagi jawapan pada rasa Amer. Sebab perjalanan mereka masih jauh. Dia tak nak bagi Amer harapan dan dia sendiri nak jaga hati dari mengharap. Biarlah takdir yang tentukan semuanya. Andai kata ada jodoh antara mereka, untuk semua rasa yang Amer rasa itu, Insya-Allah. Dia juga akan rasakan.
                                                           
Tamat

8 comments:

pena tumpoi said...

hahahaha *gelak gatal ni*
nak jadi mcm kira jugakkk! :D

Anonymous said...

out of ontario. [url=http://www.christianlouboutinofficial.co.uk]louboutin uk[/url] rlwqdxc [url=http://www.louboutinoutletstore.co.uk]louboutin outlet[/url] 10534667
[url=http://www.crystalsaleuk.co.uk]Swarovski jewellery[/url] wypnhhu [url=http://www.jewelrytiffanyuk.co.uk]tiffany and co[/url] [url=http://www.mulberryshopping.co.uk]mulberry outlet sale[/url]

Anonymous said...

Carry gum and mints in your purse. [url=http://www.christianlouboutinofficial.co.uk]louboutin uk[/url] hyyrxur [url=http://www.louboutinoutletstore.co.uk]christian louboutin[/url] 76282044
[url=http://www.crystalsaleuk.co.uk]Swarovski [/url] pggelcl [url=http://www.jewelrytiffanyuk.co.uk]tiffany uk[/url] [url=http://www.mulberryshopping.co.uk]mulberry bags uk[/url]

Anonymous said...

You may recall that we even did a collaborative story writing project with them earlier this year. [url=http://www.christianlouboutinofficial.co.uk]christian louboutin outlet online[/url] tdfdlwr [url=http://www.louboutinoutletstore.co.uk]christian louboutin outlet[/url] 68608175
[url=http://www.crystalsaleuk.co.uk]http://www.crystalsaleuk.co.uk[/url] rakegoj [url=http://www.jewelrytiffanyuk.co.uk]tiffany charms[/url] http://www.mulberryshopping.co.uk

Anonymous said...

Eventually, she woke, groomed her feathers, and arranged the magnolia petals around the nest.. [url=http://www.christianlouboutinofficial.co.uk]christian louboutin outlet uk[/url] xnlrpcn [url=http://www.louboutinoutletstore.co.uk]louboutin uk[/url] 68443643
[url=http://www.crystalsaleuk.co.uk]Swarovski jewellery[/url] hxqlfrz [url=http://www.jewelrytiffanyuk.co.uk]tiffany and co[/url] [url=http://www.mulberryshopping.co.uk]discount mulberry purses[/url]

Anonymous said...

This includes the Bulldog for one, who is a favorite around the world but especially so in the United States and England. http://www.christianlouboutinofficial.co.uk bwpwbos [url=http://www.louboutinoutletstore.co.uk]louboutin uk[/url] 35315589
[url=http://www.crystalsaleuk.co.uk]http://www.crystalsaleuk.co.uk[/url] trdvrve [url=http://www.jewelrytiffanyuk.co.uk]http://www.jewelrytiffanyuk.co.uk[/url] [url=http://www.mulberryshopping.co.uk]mulberry purse wallet[/url]

Anonymous said...

Nisbet says Cairn is not put off by the fact that past attempts have come up dry. [url=http://www.christianlouboutinofficial.co.uk]christian louboutin[/url] ugmxwfh [url=http://www.louboutinoutletstore.co.uk]christian louboutin outlet uk[/url] 68544956
[url=http://www.crystalsaleuk.co.uk]Swarovski [/url] kxbpols [url=http://www.jewelrytiffanyuk.co.uk]tiffany and co[/url] [url=http://www.mulberryshopping.co.uk]mulberry purse wallet[/url]

Anonymous said...

Hello. And Bye.