“Terima kasih, ya kerana beri kebenaran saya mempromosi cupcake di cafe
ini,” ucap Iyyad kepada pengurus cafe tersebut.
“Sama-sama,” balas pengurus cafe sambil tersenyum.
Iyyad berjalan pantas untuk ke kelas, bimbang pula dia terlewat masuk
kelas. Encik Faiz belum masuk lagi. Guru muda itu selalu lewat masuk ke kelas
dengan alasan ada kerja penting yang perlu diselesaikan.
“Macam mana dengan sambutan tadi?” tanya Johan sebaik sahaja Iyyad
meletakkan beg di atas kerusi. Penat sungguh, makan pun tidak sempat tadi.
Iyyad tersengih,”Cupcake percuma mesti ramai yang mahu.” Iyyad ketawa kecil
kerana teringatkan gelagat-gelagat yang mencuit hati tadi. Dia teringat budak
perempuan yang asyik tersenyum-senyum memandang siling cafe. Entah apa yang dia
nampak agaknya.
“Tapi sekurang-kurangnya bagus untuk business mama kau,” balas Johan.
Iyyad angguk kepala. Dia terus simpan baki flyer dalam meja. Nanti sebelum
balik dia akan ambil flyer itu. Iyyad yakin dia tidak akan lupa untuk bawa
balik flyer tersebut.
“Iyyad jangan lupa terus pergi ke cafe selepas loceng. Johan hendak
belanja. Dia sudah tempah menu istimewa,” pesan Adam Ghazi yang juga baru masuk
ke kelas.
“Kau daripada mana?” tanya Iyyad.
“Panggilan tugas,” balas Adam Ghazi selamba.
Iyyad menepuk dahinya,“Aku minta maaf. Aku betul-betul lupa aku kena
bertugas hari ini. Sorry bro!”
Adam Ghazi tersenyum,“Jangan bimbang, kerja mudah saja.”
“Terima kasih. Mesti Encik Fazil marah kalau dia tahu,” Iyyad sedikit
bimbang.
“Aku dah kata jangan bimbang,” balas Adam Ghazi.
“Terima kasih. Aku hutang kau,” kata Iyyad. Dia terhutang budi dengan
bantuan kawan baiknya itu. Jika tidak Encik Fazil mesti kata dia seorang
pengawas yang tidak bertanggungjawab.
“Jangan lambat, aku tunggu kau semua
di cafe,” Johan mengingatkan kawan-kawannya sebelum keluar daripada kelas.
Iyyad dan Adam Ghazi menyumbat semua barang yang ada di atas meja ke dalam
beg. Iyyad sudah tidak sabar kerana dia lapar maklumlah rehat tadi dia tidak
sempat makan.
***
“Wah, banyaknya makanan,” kata Iyyad gembira.
Dia ambil makanan dan terus duduk. Telefon dalam beg bergetar semasa dia
hendak makan. Iyyad kelam kabut memeriksa isi beg selepas mendapat panggilan
tadi. Kemudian dia memeriksa isi beg Adam Ghazi pula sehingga kawannya
kehairanan.
“Apa yang kau cari?” tanya Adam Ghazi.
“Baki flyer. Aku lupa di mana aku letak,” kata Iyyad bimbang.
“Cuba ingat baik-baik,” kata Adam Ghazi.
Iyyad memegang kepalanya berfikir bila kali terakhir dia nampak flyer itu.
“Aku kena balik ke kelas. Aku rasa aku tertinggal dalam meja,” kata Iyyad.
“Kau hendak aku ikut sekali?” tanya Adam Ghazi.
Pantas Iyyad geleng kepala,”Tidak perlu. Kau makan dulu. Nanti aku datang,”
Iyyad terus keluar daripada cafe.
Iyyad tergesa-gesa balik ke kelas. Dia merungut-rungut
tidak puas hati, perut sudah menjerit-jerit minta diisi. Dia mempercepatkan
langkahnya bila terkenangkan menu yang ditempah oleh Johan. Sudahlah kelas dia
terletak di hujung dunia. Iyyad teringat semasa menerima panggilan daripada
mamanya tadi.
“Mama, tak kan hilang flyer
tu. Kalau hilang…,”
“Iyyad kena ambil juga, Lagi
pun mama ada meeting petang ini. Inilah masanya mama hendak edarkan flyer tu,”
pantas Puan Sofia memotong kata-kata anaknya.
Geram Iyyad dengan mamanya.
Bukankah mama pakar cupcake terkenal? Sebut nama mama semua orang tahu. Jadi
tanpa flyer pun, cupcake mama laku juga.
Srushhh
Iyyad rasa kepala dan bajunya basah. Hujankah? Iyyad
mendongak melihat langit, tapi cuaca cerah dan matahari bersinar terik. Iyyad
mencium bajunya yang basah. Eeeuuww, busuknya. Berkerut dahi Iyyad menahan bau
tersebut. Panas rasanya hati dan dia segera mendongak. Hmm mesti orang itu menyorok kerana takut.
“Weh, hilang akal ke main
curah air?” marah Iyyad.
Najya yang menyorok di tepi
tembok koridor mengeletar ketakutan.
“Oh, menyorok ya. Aku naik
sekarang,” Iyyad mengugut.
Bertambah menggeletar Najya
mendengar ugutan Iyyad. Dia dengar derap kaki seakan berlari menaiki tangga.
Cepat-cepat Najya mencapai barangnya lalu berlari menuruni tangga yang
berlainan. Dia dapat mendengar suara Iyyad marah-marah.
Kemudian dia menyorok-nyorok
untuk memulangkan barang-barang ke bilik cleaner. Rasa macam pelarian pula. Keluar daripada pintu bilik
cleaner dia bertembung pula dengan si pengawas, Adam Ghazi. Apalah malangnya
nasib!
“Apa kamu buat di sini?” sergah Adam Ghazi. Cuak juga dia
melihat budak perempuan itu keluar daripada bilik cleaner.
Najya terkejut, “Hish, suka
buat orang terkejut. Nasib baik tak ada sakit jantung.“
“Awak mencuri, ya?"
tuduh Adam Ghazi.
Bulat mata Najya mendengar tuduhan Adam Ghazi. Sesedap
rasa saja tuduh orang. Ingat Makcik Jah simpan emas dalam stor ini ke?
“Betulkan kamu mencuri?" desak Adam Ghazi.
“Awak ingat…?. Hishh kalau saya mencuri apa yang awak
hendak buat ?" marah Najya pula
Adam Ghazi tersengih,“Tak ada apa-apa. Hantar nama awak
kepada guru disiplin saja."
Geramnya Najya tengok Adam Ghazi. Boleh pula
senyum-senyum macam itu disaat genting. Dia risau kalau Iyyad masih mencari
siapa yang menyiram air. Oh, tidak, jika Adam Ghazi mengadu kepada guru
disiplin, habis semua rahsia terbongkar. Dia tidak boleh benarkan itu berlaku.
Habislah reputasinya sebagai Miss Cupcake.
“Awak!" panggil Najya lembut.
“Saya minta maaf. Salah saya tapi saya harap awak tidak
tulis nama saya. Ha, kalau awak tak tulis nama saya, esok saya bawakan cupcake
yang sedap untuk awak,” kata Najya cuba memujuk.
Adam Ghazi tersengih pandang Najya,“Awak hendak rasuah
saya, ya?”
“Eh, bukan rasuah. Hanya sebagai tanda terima kasih
kerana tidak tulis nama saya,” balas Najya sambil tersenyum.
Adam Ghazi menggeleng-geleng kepala dan berjalan
meninggalkan Najya. Malas dia hendak layan budak perempuan itu.
“Awak,” panggil Najya kuat.
Tapi Adam Ghazi pura-pura tidak dengar. Dia terus
berjalan walaupun dia dengar Najya memanggilnya. Sengaja dia mahu mengenakan
gadis itu. Najya punca dia lewat masuk kelas hari ini. Sudahlah pagi tadi kelasnya
ada ujian. Nasib baik sempat walaupun kena ceramah dengan En. Hamdan.
Najya hentak kaki dan melangkah ke café. Dia betul-betul
tidak puas hati dengan apa yang berlaku. Ini semua salah si Adam Ghazi.
***
“Amboi, lambatnya,” tegur Elin.
Najya tidak menjawab, sebaliknya terus mencapai gelas
oren yang ada diatas meja dan minum airnya sehingga separuh.
“Kenapa? Kau tak pernah tengok orang minum ke?” soal
Najya melihat mata Elin terbeliak.
“Elin, terima kasih sebab…,” satu suara mengejutkan
Najya.
“Eh mengapa air saya tinggal separuh?” soal Adam Ghazi
lalu mengangkat gelas yang tinggal separuh isinya.
Pandangan Elin mengarah kepada Najya.
“Awak ganti balik air yang awak minum,” Adam Ghazi menunjukkan
isi gelas yang tinggal separuh itu kepada Najya.
“Eh, kenapa saya kena ganti pula?” soal Najya ingin tahu.
“Cik adik, oh, maaf tersalah panggil pula,” kata Adam
Ghazi main-main
“Miss Cupcake, awak TERminum
air saya,” balas Adam Ghazi geram. Sudahlah dia beli air tapi terlupa beli
makanan menyebabkan dia terpaksa pergi semula ke kaunter makanan. Dan Najya
dengan senang hati minum air yang dibelinya.
Najya memandang Elin dengan
perasaan geram,”Kenapa kau tak beritahu!” kata Najya dengan suara yang ditekan.
“Kau terus sambar air tu. Tak sempat aku nak cakap,”
balas Elin tanpa rasa bersalah.
Najya rasa tidak percaya. Dia memandang Elin dan Adam
Ghazi silih berganti. Kemudian dia terpandang pintu café di tolak daripada
luar. Kelibat Iyyad yang basah masuk ke dalam café. Sekarang Najya rasa hendak
pitam. Elin hairan melihat sahabatnya tiba-tiba terkaku macam patung cendana.
“Najya,”
“Helloo Najya,” Elin
melambai-lambaikan tangan di muka Najya
“Hmm,
pandai sungguh kawan awak berlakon. Tiba-tiba keras kaku dan hilang suara.
Tahun depan awak tolong daftar nama dia untuk anugerah pelakon wanita terbaik,”
kata Adam Ghazi selamba.
“Apa awak cakap?” marah Najya
tiba-tiba.
Adam Ghazi tersengih. Ternyata
kata-katanya berjaya menarik Najya ke alam nyata. Hilang perhatian Najya pada Iyyad
yang baru masuk café.
“Tidak apa-apa. Air ni awak habiskan lah. Tapi
bayar balik harga minuman ini,” balas Adam Ghazi lalu menghulurkan tangannya.
“Abang Adam Ghazi,” panggil
seseorang sebelum sempat Najya memarahi Adam Ghazi.
Mereka bertiga serentak
berpaling,“Ini duit baki,” Lisa menyerah duit baki.
Najya memandang Elin dan
kawannya hanya angkat kedua belah bahu. Najya nampak Lisa seakan hendak
bermanja dengan Adam Ghazi. Najya terpandang Adam Ghazi pun sama macam Lisa. Oh, tolonglah jangan hendak
buat drama di sini. Najya pura-pura batuk dengan kuat.
“Ok lah, Lisa pergi dulu,” ucap
Lisa lemah lembut.
Adam Ghazi angguk.”Terima kasih
ya,” kata Adam Ghazi lembut.
“Amboi, lembutnya suara. Tadi
cakap macam samseng,” bisik hati Najya.
“Sekarang, mana duit saya?”
La, Najya sangka si Adam Ghazi
sudah lupa pasal duitnya tadi. Rupanya tidak. Najya mendengus lalu mengambil
duit daripada dalam beg dan menghulur kepada Adam Ghazi. Tanpa terima kasih, Adam
Ghazi meninggalkan mereka berdua.
“Tengok, langsung tak ucap
terima kasih. Ini ke dikatakan pelajar contoh?” bebel Najya geram.
“Iyyad, kenapa kau basah?”
soalan Adam Ghazi menerjah telinga Najya.
Najya memasang telinga untuk
mendengar jawaban Iyyad.
“Entah siapa curah air tadi,”
kata Iyyad.
Wajah Najya pucat dan dia duduk
di kerusi. Untuk meredakan debar hatinya, dia mencapai gelas lalu menghirup air
sehingga habis.
“Kenapa dengan kau?” soal Elin
tiba-tiba menyedari perubahan wajah kawannya.
Tanpa suara, Najya menala
pandangan ke satu arah. Elin turut sama berpaling. Beberapa orang pelajar
sedang ketawa sambil berbisik sesama sendiri.
“Kenapa Iyyad?” tanya salah
seorang pelajar senior.
“Entah siapa yang curah air
busuk tadi,” marah Iyyad.
“Ala mesti orang tu sakit hati
sebab tak dapat makan cupcake percuma tadi,” kata Adam sambil menghulurkan tisu
kepada Iyyad.
“Hishh,
geram sungguh aku,” rungut Iyyad lagi.
Elin
menutup mulutnya menahan ketawa, bimbang Najya kecil hati. Tapi Iyyad memang
nampak kelakar. Rambut yang kemas sudah macam mop lantai walaupun Iyyad cuba
menyisir rambut dengan jarinya. Malah, beberapa helai mop lantai melekat di
atas kepalanya.
“Marilah
makan dulu, tenangkan hati yang marah,” pelawa Adam Ghazi.
“Aku tak selera nak makan
dengan bau busuk ni,” balas Iyyad.
“Adam Ghazi, tolong aku cari
siapa yang buat dan kalau kau tau siapa, cepat-cepat bagitau aku,” pesan Iyyad.
“Eh, kau nak buat apa?” soal Adam
Ghazi semula.
“Hendak ucap tahniah kerana
memalukan aku,” balas Iyyad.
Wajah Najya berubah. Dia rasa
seperti disindir. Elin memandang Najya dengan dahi yang berkerut.
“Kau
yang siram ke?” soal Elin tidak percaya.
“Jangan
cakap dengan aku, kau buat,” kata Elin sebelum sempat Najya bersuara.
Najya
tidak menjawab. Dia tidak tahu sebenarnya apa yang patut dikatakan.
“Sekejap!
Masa kejadian tu ada saksi yang nampak tak?” soal Elin kembali seolah-olah
penyiasat pula.
Najya menggeleng lemah. Dia
rasa bimbang. Tidak sanggup membayangkan apa yang Iyyad akan buat jika dia
tahu. Elin mengerling ke arah Najya yang nampak gelisah. Rasanya dia tahu siapa
yang lakukan. Lagi pun siapa yang kena denda cuci kelas hari ini.
“Kau pasti?” Elin mengajukan
pertanyaan.
“Ya,” balas Najya, tapi
bertembung dengan Adam Ghazi masa hendak simpan barang itu hanya disambung
dalam hati. Dia belum bersedia untuk memberitahu Elin perkara sebenarnya.
“Elin, apa patut aku buat?” bisik Najya.
“Jom balik,” ajak Elin.
“Tapi macam mana dengan…,”
“Cerita kat luar. Sini tak
sesuai,” kata Elin sambil menarik begnya.
Najya mengekori Elin. Matanya
sempat mengerling ke arah Iyyad yang sedang menyapu-nyapu habuk di kepalanya.
Belum sempat berangan, lengannya ditepuk oleh Elin.
“Kita nak balik ke?” soal Najya
sebaik saja sampai tempat parking motor.
“Ikut saja,” kata Elin sambil
mengeluarkan helmetnya.
Najya mengeluarkan kunci dan mengambil
helmetnya. Dia ternampak sehelai kertas yang di tampal pada meter skuternya.
Tapi mata Najya lebih tertarik kepada kotak kecil dalam bakul skuternya.
“Amboi, dapat cupcake lagi,”
usik Elin.
Najya tersenyum simpul
mengambil kotak cupcake lalu membuka untuk melihat isinya. Wah, comelnya
cupcake dengan sepasang stileto merah pada cupcake. Hati Najya mula berdendang
gembira. Kertas ditangan segera dironyok dan dicampak ke atas tanah. Ala bukan
penting pun kertas tu, fikir Najya.
“Kalau awak tak kutip, saya
dengan senang hati catit nama awak,” satu suara menegur.
Serentak Elin dengan Najya
berpaling. Adam Ghazi sedang berpeluk tubuh memandang mereka berdua.
“Kertas apa yang awak letak
pada skuter saya?” soal Najya geram. Kalau ada niat hendak berkenalan add saja
nama dalam facebook atau twitter, senang. Ini tidak guna surat, huh, sungguh
ketinggalan zaman, kutuk Najya tapi dalam hati. Mana dia berani hendak cakap
macam tu depan ketua pelajar ini.
“Surat saman. Pagi tadi tak
sempat nak kasi,” selamba Adam Ghazi beritahu.
“Apa? Surat saman lagi?” marah Najya bercampur geram.
Rasanya si Adam Ghazi ini sengaja hendak mengenakan dia. Eh,
kejap, macam mana si ketua pelajar ini ada di sini?. Bukankah tadi dia sedang
makan?
“Awak sengaja hendak kenakan saya. Letak surat
saman, sekarang hendak tulis nama saya pula. Ha, tulis, tulis sepuas hati
awak,” marah Najya. Tanpa diduga, Najya merampas buku dari tangan Adam Ghazi. Kemudian
dia menulis namanya sehingga penuh satu muka surat sebelum memulangkan semula
buku itu kepada Adam Ghazi.
Adam Ghazi menahan geram melihat buku catatan pengawasnya
diconteng oleh Najya. Turun naik nafasnya menahan marah. Matanya bersilih ganti
memandang wajah Najya dan buku ditangannya.
“Saya sudah tolong tulis. Jadi awak tidak perlu susah payah
lagi,” balas Najya.
Dia terus sarung helmet dan hidupkan enjin skuter dan terus
meninggalkan Elin dan Adam Ghazi si
pengawas yang menjengkelkan. Eh, tadi aku yang ajak dia balik, sekarang dia
tinggalkan aku pula.
“Maaf abang,” ucap Elin sebelum dia menunggang skuternya.
Dia sendiri terkejut melihat tindakan
kasar Najya. Apa yang berlaku antara mereka agaknya sehingga Najya sangat
marah? Tidak mengapa, dia akan siasat kalau Najya tidak mahu beritahu.
Adam Ghazi hanya angguk. Dia hanya menjalankan tugas
sebagai pengawas. Lagi pun pagi tadi dia tidak sempat menulis surat saman
kerana Najya dengan selambanya menunggang skuter cupcakenya dalam kawasan
sekolah. Sudah selalu sangat Najya menunggang skuter dalam kawasan sekolah dan
bukan dia tidak tahu itu satu kesalahan.
Elin mengekori Najya daripada belakang.
“Eh mana pula dia hendak pergi
ni?” soal Elin bila melihat Najya tidak masuk simpang ke rumahnya. Dia
mengekori sehingga kawannya berhenti di tepi taman permainan. Najya letak
skuter tepi jalan dan duduk di sebuah bangku.
“Kenapa kita berhenti di sini?”
soal Elin.
“Saja,” balas Najya sepatah.
Elin jeling Najya. Temannya itu buat muka
monyok.
“Kenapa?” soal Elin tidak faham.
Najya memandang Elin dengan mata berkaca.“Kesian, Iyyad.”
“La, bukannya si Iyyad tu cedera pun,” balas Elin tidak
faham.
“Kenapa sedih sangat?” tanya Elin semula.
“Kerana aku, dia basah tadi. Lepas tu si pengawas jengkel
pula sengaja menyakitkan hati aku,” balas Najya sambil mengesat airmatanya.
Elin sudah geleng-geleng kepala. Sungguh tidak faham
dengan apa yang berlaku.
“Hmm tapi tidak mengapa, malam nanti aku akan minta
maaf,” kata Najya lalu mengukir senyum.
Giliran Elin kerut dahi,”Malam nanti minta maaf?. Nanti
kejap, sejak bila pula kau dan Iyyad ‘ada hubungan’?” soal Elin tidak puas
hati. Sejak bila Iyyad dan Najya ada
hubungan? Tapi Elin tidak tahu? Wah, ini sudah lebih. Kata kawan baik
selama-lamanya. rungut Elin dalam hati.
“Err, apa maksud kata-kata kau tadi?” soal Najya pula malu-malu.
Bulat mata Elin mendengar soalan Najya,“Ooo, sengaja
hendak main-main ya?”
“Cerita cepat atau aku beritahu Iyyad sekarang siapa yang
curahkan air tadi?” ugut Elin dengan gelak jahatnya.
Najya cemas sedikit melihat gelagat Elin, lantas dia
terus bercerita tentang perkenalannya dengan seorang lelaki bergelar Mr.
Cupcake melalui laman sosial. Tetapi sehingga sekarang mereka hanya berhubung
melalui emel sebab Mr. Cupcake tidak mahu orang lain berkongsi membaca apa yang
mereka tulis pada wall nya. Padahal
boleh saja hantar prívate message!. Huh, macamlah mereka berdua ini
selebriti terkenal sehingga perlu menyorok-nyorok daripada pandangan umum,
fikir Elin.
“Jadi macam mana kau boleh begitu yakin orang itu adalah
Iyyad?” soal Elin semula.
Najya pandang Elin,“Sebab dia gelarkan dirinya Mr.
Cupcake. Siapa lagi di sekolah kita yang ada kena mengena dengan cupcake?”
Elin mengerutkan dahi,“Ala, sesiapa pun boleh gelar
dirinya Mr. Cupcake.”
“Tapi dia tahu apa yang berlaku di sekolah. Kemudian
selalu tinggalkan cupcake dalam raga skuter aku,” balas Najya yakin.
“Mungkin ada budak kelas kita yang sengaja hendak kenakan
kau?” Elin terus membuat spekulasi.
Pantas lengan Elin dicubit.“Kau jangan takutkan aku. Lagi
pun tak mungkin budak kelas kita baik sangat beri cupcake setiap hari,” kata
Najya.
Elin ketawa. Baru cakap macam tu, Najya sudah gelabah
ayam. Tapi memang betul, apa, mungkin orang itu sengaja hendak kenakan Najya.
Zaman sekarang bukan boleh percaya, mengaku sebagai Presiden Amerika pun mereka
sanggup. Lebih-lebih lagi dalam halaman sosial.
“Tapi, Elin, dia tahu sesuatu yang…,” Najya terhenti.
Rasa macam tidak sanggup hendak teruskan kata-katanya.
Elin sudah angkat-angkat kening suruh Najya sambung
ayatnya. Tapi Najya rasa macam tidak sanggup hendak kenang kisah yang memalukan
itu.
“Kata kawan baik selamanya. Jadi takkan hendak simpan
rahsia sendirian,” sinis kedengaran suara Elin.
Najya menarik nafas panjang.“Sebenarnya ada kejadian yang
memalukan berlaku masa aku tingkatan 5,” Najya memulakan cerita.
Elin menunggu Najya bercerita tapi nampaknya Najya enggan
membuka mulut tentang kisah yang memalukan itu.
Elin menepuk
“Jadi
kiranya sekarang kau ‘selalu’ jumpa Mr. Cupcake a.k.a Mr Fairytale kau dalam
talian, la ya?” usik Elin.
Najya angguk malu-malu mendengar usikkan Elin.
“Eh, kau nak pergi tak Café Cupcake Sofi?” tanya Elin
tiba-tiba.
“Nak, nak, nak,” pantas Najya menjawab.
Elin menyarung semula helmetnya dan menghidupkan enjin
skuter dengan diikuti oleh Najya. Rasa tidak sabar hendak menjamu selera dan
mata dengan cupcake yang ada. Mesti semuanya cantik dan sedap. Najya menelan
air liur membayangkan cupcake yang bakal dilihat dan dirasa kelak.
2 comments:
Best...#^_^
Rasanya Iyyad bukan Mr.Cupcake ....
Dejavu!why does it feels like i've read this kind of story before? and the names macam familiar jak?
Post a Comment