Pipi dah kebas rasanya
sebab asyik tersenyum dari tadi. Tapi hati sedang gumbira, jadi aku tak
kisahkan sangat rasa kebas ni.
“Dania, tahniah! Kau
memang hebatlah beb!” Seorang lagi rakan sekerja aku beri ucapan.
Dan seperti tadi, aku
buatlah muka malu-malu dan beri jawapan standard orang merendah diri walaupun
hakikatnya hati dah kembang semangkuk sebab dipuji. “Ala you ni, Lili.
Janganlah cakap macam tu. I ni biasa-biasa ajelah.”
“Hey, mana ada
biasa-biasa. Bukan senang tau nak dapat spot as main article ni. You ni, tak
sampai setahun kerja di sini, dah 3 kali berturut-turut artikel you dipilih as
main article in our magazine. Hebatlah tu!” Puji Lili lagi.
Wah, bertambah kembang
hati aku. Senyuman pun makin lebar sampai rasanya boleh nampaklah 32 batang
gigi aku yang putih bersih ni. Terasa diri memang betul-betul hebat waktu ini.
Hakikatnya memang aku hebat pun. Mana taknya, belum sampai setahun aku bekerja
sebagai junior writer di Majalah It Girl, sudah 3 kali artikel aku dipilih
menjadi artikel utama. Ia memang sesuatu yang mengkagumkan lebih-lebih lagi
dengan karenah Ketua Editor kami yang cerewat gila itu. Ada junior writer yang
dah 2-3 tahun berkerja di sini pun tak dapat peluang macam aku ni tau! Jadi
betullah kata mereka, aku memang hebat!
“Dania, congrats!” Ucap
seorang lagi kawan sekerja aku.
“Terima kasih,” jawab
aku malu-malu. Berlakon ajelah. Mula-mula ni kenalah merendah diri. Baru junior
writer kan. Dah naik taraf jadi senior writer atau kolumnis nanti, barulah buat
muka berlagak. Heee...
Beberapa orang lagi
rakan sekerja aku datang ke kubikal aku. Ucapan demi ucapan aku terima selepas
itu. Lepas semua dah kembali ke tempat masing-masing, aku belek semula majalah
It Girl Edisi Julai di atas meja. Tajuk artikel utama yang tertera aku baca
perlahan ‘Tampil Bergaya, 10 tips untuk kelihatan sexy, cool dan hebat!’ Inilah
artikel yang aku tulis yang Berjaya menarik perhatian ketua editor aku. Memang
aku tak sangka, artikel yang aku tulis hanya untuk dimuatkan dalam ruangan
santai itu terpilih untuk diletakkan sebagai focus utama dalam edisi kali ini. Sungguh
aku bangga!
“Sudah-sudahlah tu beb.
Letih aku tengok senyuman plastic kau tu!” Tegur satu suara di meja sebelah
aku. Aku jeling dia sekilas sebelum kembali membelek majalah di tangan. Dengki
la tu!
“Ini rasanya kalau tak
ada orang, mahu kau buat lompat bintang ni kan?” Soal Nana sambil mendekatkan
kerusinya ke arah aku.
Aku gelak perlahan. “Bukan
takat lompat bintang, menari gangnam style pun aku buat!”
“Weh, dahlah tu. Ada
orang tengah pandang kau dengan pandangan tak puas hati tu,” bisik Nana sambil
membuat isyarat mata ke arah kubikal di depan kami. Aku angkat kepala dan
pandang ke arah yang disebut. Tu dia, satu jelingan maut baru sahaja aku terima
daripada musuh ketat aku, Maya. Aku mencebik tak hairan. Ini bukan kali pertama
aku dapat jelingan daripada dia. Aku rasa, sejak kali pertama artikel aku
terpilih jadi artikel utama, dia dah jadi macam itu. Kes cemburulah ni sebab
dia tu dah nak dekat 3 tahun kerja di sini, tapi belum sekali pun artikel dia
terpilih jadi artikel utama. Bila aku yang baru setahun jagung ni tiga kali
dapat peluang tu, memanglah dia jeles.
“Mak oii, jelingan.
Takut mak dibuatnya!” Ujar Nana sambil buat gaya macam orang ketakutan. Aku dah
mula gelak. Maya aku tengok dah mula buat muka tak puas hati. Kakinya
dihentak-hentak sebelum berlalu pergi ke bilik pantry. Macam budak-budak!
“Rezeki ni Tuhan bagi
Cik Maya. Janganlah jeles tak tentu pasal...” Sindir Nana masa Maya melintas di
depan meja kami. Sekali lagi, kami dapat jelingan maut. Satu yang aku suka
pasal Nana ni, dia kalau tak puas hati macam mana pun, tak pernahlah nak cari
pasal gaduh mulut. Habis kuat pun dia jeling-jeling dengan muka tak puas hati
dia. Ok juga tu. Tak adalah jatuh reputasi aku sebagai gadis elegan sebab aku
ni, kalau dah mula bertekak memang hilanglah keayuan dan kesopanan.
“Psycho!” Ujar Nana.
“Dahlah tu. Macam kau
tak biasa pula dengan dia.”
“Serius, aku tak fahamd
dengan dia tu.”
“Tak payah susah-susah
nak faham. Bukannya dapat duit pun yang kau susah payah nak faham dia tu...”
“Betul juga tu kan.
Yang aku susah payah nak faham dia tu apasal?” Soal Nana sambil garu kepala. Aku
cuma geleng tengok kelakuan dia. Kawan aku yang seorang nilah...
“Dahlah. Pergi balik
tempat kau. Dah nak pukul 5 ni. Kemas apa yang patut, balik!” Aku tolak dia ke
arah meja dia. Tapi tak lama lepas tu dia datang balik ke tempat aku.
“Apa lagi?”
Nana sengih. “Beb,
malam ni on ke?”
Aku angguk. “Mestilah.
Malam minggu kan. Kat dengan Mimi tunggu kita kat tempat biasa.”
“Roy datang?”
Aku angkat kening
sebelah. Wajah Nana aku pandang semacam. “Ni apahal pula kau sibuk tanya pasal
boyfriend aku ni? Ada skandal ke apa? Jangan buat hal. Tak pasal-pasal aku
boleh jadi Hulk nanti!”
“Alah kau ni. Cemburu
tak tentu pasal. Aku tanya kot-kot Roy ada, bolehlah suruh dia bawa siapa-siapa
kawan dia yang bujang lagi. Boringlah weh pergi clubbing tapi tak ada
partner...” Sungut Nana.
“Cis! Boyfriend kau si
Fendi tu mana?”
“Dia outstation. Alah,
kalau dia ada pun kau ingat dia nak ikut ke?”
Aku ketawa perlahan.
Memang tidaklah Fendi tu nak mengikut. Bukan kaki clubbing arkitek mudak tu.
“Kau mintalah Roy ajak
kawan-kawan dia. Tak bestlah menari tak ada partner ni. Kau mintalah, eh?”
Pujuk Nana.
“Sorrylah, Nana. Roy di
Sabah, ada photoshoot. Tonight, only us ladies.”
“Ala...”
Aku angkat tangan dan
potong cakap Nana. “Dah...dah. Jangan nak merengek segala. Kalau rasa tak best,
duduk rumah.” Malas nak mendengar dia
merengek lagi. Kalau agak-agak bosan nak pergi club hanya sebab tak ada partner
dari kromosom XY, duduk sajalah rumah. Aku tetap akan pergi sebab tujuan utama
aku ke sana hanya untuk berhibur. Menari dan enjoy malam minggu puas-puas. Aku
lagi suka kalau hang-out dengan
kawan-kawan perempuan aku. Lagi bebas daripada keluar dengan boyfriend.
“Yalah...aku ikutlah.
Nanti pukul 8, aku pergi rumah kau ya? Kita pergi sekali.”
Aku mengangguk setuju.
Nana kembali ke tempat dia dan aku kembali membelek majalah di tangan. Sekali
lagi aku tersenyum sendiri. Perasaan bangga itu kembali dirasai. Dania Salleh,
you are one amazing woman! Hari ini memang hari bertuah aku!
***
Aduh! Baru tadi rasa
ini hari bertuah, sekali jadi pula benda macam ini. Aku pandang kertas yang
ditampal di pintu lif.
‘Rosak.
Sedang dibaiki.’
Cis! Kena mendaki
tanggalah nampak gayanya. Hendak tak hendak, aku melangkah ke arah tangga di
bahagian tengah bangunan. Aku mendongak ke atas. Hendak menangis rasanya bila
melihat anak tangga yang terpaksa aku daki untuk sampai ke unit apartment aku.
Nafas aku tarik panjang sebelum kaki memulakan pendakian.
Aku paksa kaki mendaki
anak tangga. Mata melirik signboard di tepi. Baru aras 5. Ada lagi 3 aras yang
perlu aku lalui sebelum sampai ke unit apartment aku di aras 8. Huwaa...Waktu
macam inilah aku rasa menyesal sangat beli rumah kategori apartment ini. Kalau
ikut nasihat Kak Dee beli rumah ‘ada tanah’ kan bagus. Keluar kereta aje boleh
terus meluru ke pintu rumah. Tak payah nak susah payah pakai access card nak
masuk tempat parking segala. Bayaran sewa beli pun tidaklah mencekik darah
macam duduk kat sini. Dahlah mahal, itu belum lagi campur dengan bayaran
maintenance itu ini. Kadang-kadang rasa macam tak berbaloi aje bayar
maintenance mahal-mahal tu tapi servis entah apa-apa yang pihak developer
berikan. Contohnya, macam hari inilah. Bulan ini sahaja dah 3 kali lif rosak. Bila
aku pergi buat komplen, alasannya ‘ada masalah teknikal’. Technical my foot! Takkan tak elok-elok lagi? Technician mana apa
yang mereka upah?
Aku berhenti di aras 6
untuk melepaskan lelah. Inilah bahana kalau jarang exercise. Hendak mendaki
tangga ke aras 8 pun semput! Ini kalau Kak Dee nampak, sah-sah dia suruh aku
pindah rumah aje. Kalau ikut logik, memanglah harus pindah pun. Sebenarnya,
rumah ni bukan dalam kategori mampu milik untuk golongan macam aku ni. Tapi
disebabkan nak nampak urban hipster sangat, aku buat tak peduli je. Bak kata
orang tua-tua, biar papa asal bergaya. Kalau dihitung, separuh gaji aku habis
bayar duit rumah aje. Kereta MyVi yang aku pandu tu, mujurlah dapat belas ihsan
Kak Dee. Lepas dia kahwin dengan Abang Nuar setahun lepas, dia bagi aku pakai
kereta dia sebab Abang Nuar tu dah ada berbiji-biji kereta. Bayaran bulanan pun
dia yang bayarkan. Mulanya aku segan juga, tapi bila fikir-fikir balik,
bukannya luak pun duit Kak Dee setakat bayar RM450 setiap bulan pada bank.
Walaupun dia tu surirumah sepenuh masa, tapi elaun bulanan yang suami dia beri
bukan sikit-sikit. Maklumlah, Abang Nuar tu jurutera kanan di sebuah syarikat
Oil and Gas. Bukan sikit-sikit gajinya. Lagipun, aku seorang sahaja adik dia.
Kalau tak melabur duit dekat aku, dekat siapa lagi, betul tak?
Aku teruskan pendakian
ke aras 8. Kasut tumit tinggi 3 inci aku dah aku buka. Tak larat dah nak
mendaki pakai kasut. Hari ni pula, aku gatal nak pakai skirt. Punyalah seksa
nak mendaki dengan skirt paras lutut ni! Harap-harap tak adalah sesiapa yang
ikut naik tangga waktu ini. Kalau tidak, jatuh merundum saham aku yang sentiasa
ayu ini. Aku yakin sangat, rupa aku dah tak serupa orang dah ni. Muka dah tentu
berminyak-minyak. Blaus putih gading yang aku pakai ni dah lencun dengan peluh.
Rambut dah kusut masai. Arghhh...cepatlah sampai aras 8 ni!
Sebaik sahaja mata aku
ternampak angka 8 yang tertera di dinding, aku dah nak menjerit kelegaan. Dah
nak je baru. Belum boleh jerit lagi sebab belum betul-betul sampai ke aras 8.
Aku terus gigih mendaki dan akhirnya... “Yeay! Aku dah sampai!” Aku menjerit
dengan penuh rasa teruja sebaik sahaja kaki aku mencecah lantai aras 8. Rasa
nak lompat bintang pun ada sebab penderitaan dah berakhir. Namun memandangkan
hari ni pakai skirt, maka lupakan sahajalah niat nak buat lompat bintang tu.
Disebabkan tak dapat nak lompat bintang, jadi aku pun menari. Dengan hati riang
gembira, aku gelek ke kanan, gelek ke kiri sambil kaki melangkah ke arah lot
rumah aku di sebelah kanan. Mulut pula laju menyanyi lagu Hips Don’t Lie. Walaupun suara tak berapa nak sedap, tapi tarian
aku tu boleh jugalah buat Shakira makan hati. Ini menurut kata Roylah.
Di aras aku ni, ada 4 unit
rumah. Dua di sebelah kanan, dua di sebelah kiri. Tangga yang aku daki tadilah
yang menjadi pemisah antara rumah kiri dan kanan. Jiran sebelah rumah aku,
pasangan expatriate dari Perancis. Mr
dan Mrs LaFluer baru berpindah ke sini 6 bulan lalu. Baik pasangannya walaupun
aku tak berapa faham bahasa Inggeris mereka yang pekat dengan loghat Perancis
itu. Di lot sebelah kiri, hanya sebuah rumah yang ada penghuni. Yang ni aku
musykil sikit statusnya sebab dah hampir setahun aku tinggal di sini, boleh
dikira dengan jari berapa kali aku nampak gadis yang tinggal di situ dengan
seorang lelaki. Bak kata orang putih, once
in a blue moon aje baru aku nampak mereka ni. Yang mengundang kemusykilan
aku adalah hakikat yang gadis itu terlalu muda kot untuk lelaki itu. Nak kata
anak dengan ayah, tapi siap berpeluk dan cium-cium pipi bagai. Seingat aku,
dulu aku dengan arwah papa tak pula macam itu. Nak kata suami isteri,
haishh...lelaki tu dah boleh masuk rancangan Kilauan Emas kot.
Musykil...musykil.
Rumah sebelah pasangan
musykil tu pula memang kosong tak berpenghuni. Dengar cerita dari orang-orang
di pejabat developer, tuan punya
rumah tu duduk di luar negara. Kerja di US dalam bidang hiburan. Ini jenis
manusia yang suka kumpul assetlah kiranya. Bujang lagi. Mereka pernah jumpa
sekali masa hari nak serah kunci. Itu sebelum aku pindah kat sinilah. Jadi aku
pun tak tahulah macam mana rupanya owner lot tu. Tapi kalau dah bujang, duduk
pula luar negara, ada duit banyak, mestilah dia bujang terlajak kan? Entahkan
sama aje usianya dengan pasangan musykil sebelah rumah dia.
Aku buka bag tangan LV
aku untuk mencari kunci. Tengah aku selongkar bag tangan yang ada macam-macam
khazanah tu, aku terdengar pintu rumah yang bertentangan dengan unit aku
dibuka. Aku sangkakan pasangan musykil itu jadi aku buat tak tahu sahaja
hinggalah aku terdengar hingar bingar suara orang bercakap. Aku menoleh. Aku
mula hairan bila melihat sekumpulan wanita yang seksi bukan main keluar dari
unit apartment yang selama ini kosong tanpa penghuni itu. Siapa pula mereka ni?
Ada lebih kurang
sepuluh orang semuanya. Mereka berkumpul beramai-ramai di hadapan tangga sambil
mengucapkan ‘bye’ kepada seseorang. Kemudian seorang demi seorang turun melalui
tangga dan serentak itu aku terdengar seorang lelaki bersuara, “Ok, girls.
Jumpa esok. Please be prepared. I tak
larat nak layan karenah you all
seorang demi seorang.” OMG, suara siapakah itu?
Mata aku mula mencari
gerangan dia yang bersuara. Bila wanita terakhir turun, pandangan aku tertancap
pada seseorang yang sedang berdiri berpeluk tubuh di sebelah tangga. Nafas rasa
tersekat. Ok, agaknya inilah yang dimaksudkan dengan jatuh rahang sebab aku
yakin sangat mulut aku tengah menganga sekarang ni. Aku bukan tak pernah tengok
lelaki handsome. Roy, boyfriend aku tu model ok! Pernah masuk dalam Cleo’s 50 Most
Elegible Bachelor lagi (itu sebelum bercinta dengan akulah). Tapi yang kat
depan aku ni? OMG! Dari mana pula munculnya manusia paling seksi ni?
Tengok kulit, rasanya
bukan Melayu tulen. Kalau tak dengar dia
bercakap tadi, mati-mati aku ingat orang putih. Mesti kacukan sebab handsome
dia ni bukan handsome lelaki Melayu. Bibirnya kemerahan. Matanya redup mengoda.
Rambutnya yang pendek dan tercacak-cacak, menambahkan lagi ciri-ciri kehenseman
lelaki ini. Dan yang paling menarik perhatian aku, tu, lekuk di dagu. Bila dia
senyum macam sekarang ni, menyerlahkan lagi ketampanannya.
Ok, Dania. Rileks.
Tarik nafas, hembus. Tarik, hembus. Ingat, kau perempuan elegan ok. Jangan nak
tunjuk sangat muka-tak-pernah-tengok-orang-handsome waktu macam ini!
“Hai, tinggal sini ke?”
OMG! Suara memang stok
boleh buat jiwa bergetar ni. Serak-serak basah gitu. Kalah suara garau Roy!
“I’m
your new neighbour, Dean. And you are?”
New
neighbour? Aku pandang ke arah pintu rumah bertentangan yang
terbuka. Eh, itu rumah bujang terlajak yang duduk luar negara tu. Kemudian aku pandang
semula lelaki bernama Dean itu. Ini bukan spesis bujang terlajak ni lagi ni.
Ini dah bujang idaman Malaya! Ini kalau tak berhati-hati, mau cintaku beralih
arah ni! Tiba-tiba aku teringatkan sekumpulan wanita-wanita cantik yang baru
sahaja keluar dari pintu rumah tadi.
Aku pandang dia sekali
lagi. Kali ini sedalam-dalamnya. Dia cuma pakai sehelai t-shirt biru dipadankan
dengan sehelai jeans lusuh dan hanya berkaki ayam! Aku telan liur. Tiba-tiba
rasa takut. Muka dia yang kacak tadi nampak keletihan sebenarnya. Rambut dia
yang tercacak-cacak tu kalau dibelek betul-betul ada gaya macam ditarik-tarik
dan diramas orang. Saat itu mata aku ternampak kesan calar di lehernya. Kulit
dia yang putih melepak itu membuatkan kesan calar itu nampak kemerahan. Dan tiba-tiba
aku teringatkan kata-kata dia tadi, “Ok, girls. Jumpa esok. Please be prepared. I tak larat nak
layan karenah you all seorang demi
seorang.”
Aku dah macam nak
pitam. Rambut kena ramas, leher bercalar macam kena cakar, perempuan
ramai-ramai keluar dari rumah dia ditambah pula ayat penyata dia tak larat nak
layan karenah perempuan-perempuan itu... Oh no, ni lelaki spesis apa ni?
Kejap, kalau ikut
cerita akak-akak yang kerja pejabat developer tu, tuan punya lot tu kerja dalam
bidang hiburan di US. Kalau tengok wanita-wanita yang keluar dari apartment dia
tadi, memang ada gaya mereka yang terlibat dalam bidang itu pun. Aku tahulah
sebab aku biasa handle model-model yang jadi penghias kulit It Girl. Semuanya
cantik dan yang pasti, seksi. Aku jadi terkedu. Sah! Aku tahu sangat ini lelaki
spesis apa. Kalau dah biasa kerja kat luar negara lepas tu di kelilingi wanita-wanita
cantik macam itu tambah pula dengan keadaan diri dia yang ala-ala baru keluar
bilik tidur ni, tak ada lain mesti pengiat seni berhaluan kiri! Erk.... producer
filem biru ke makhluk ni? Tidakkkk. Aku tak rela! Ini satu pembaziran kepada kaum
wanita okay! Huwaa...
16 comments:
Nice beginning. Macam Isha cakap hari tu, sakit hati dengan lelaki tu. Huhu. Btw kak, rasa ada typing error ejaan cket kot. Overall nice! Awesome! Looking 4 the nxt chapter. :-)
Best...
Ada ejaan yang salah dan ayat yang tunggang terbalik...
Teruskan berkarya... #^_^
hahaha.. suka.suka.suka!! suka ngn karier dia tu... pernah berangan nk jadi penulis utk majalah :P
Jatuh rahang tgk pic Dean tu. Tergoda dgn panahan matanya. Auw!
suka..suka..suka...ada kesan calar kat leher...erkk heheheheh
I like the storyline... But would love a twist in the story.... Sbb mcm dah boleh baca sikit2 where it's heading to... Would love surprises... Pls by all means....
Thanks Isha. :D
Ini raw lagi. So mmg ada error typing here and there. Heheh..sorry.
Thanks NurAtiza. Ayat tunggang terbalik? Erkkk...
Jadi penulis utk majalah byk dugaannya...
Amboi... Sampai jatuh rahang ye? Heheh
Kenapakah bercalar? Heheh.. We wait and see
Thanks anon. I will try not to dissapoint you. :)
best le nak lagi boleh.
best sngat2 cita nih.. sya suka22222...
hehe
bila nk sambung....berjanggut dah tunggu ni..x silap ceta ni sampai bab dua je...:(
Bla nak sambung cite nie sys...
Post a Comment