Intan payung kami...

Sunday 9 September 2012

Bab 1 : Aku, Dia & Baby Q :


Pipi dah kebas rasanya sebab asyik tersenyum dari tadi. Tapi hati sedang gumbira, jadi aku tak kisahkan sangat rasa kebas ni.
“Dania, tahniah! Kau memang hebatlah beb!” Seorang lagi rakan sekerja aku beri ucapan.
Dan seperti tadi, aku buatlah muka malu-malu dan beri jawapan standard orang merendah diri walaupun hakikatnya hati dah kembang semangkuk sebab dipuji. “Ala you ni, Lili. Janganlah cakap macam tu. I ni biasa-biasa ajelah.”
“Hey, mana ada biasa-biasa. Bukan senang tau nak dapat spot as main article ni. You ni, tak sampai setahun kerja di sini, dah 3 kali berturut-turut artikel you dipilih as main article in our magazine. Hebatlah tu!” Puji Lili lagi.
Wah, bertambah kembang hati aku. Senyuman pun makin lebar sampai rasanya boleh nampaklah 32 batang gigi aku yang putih bersih ni. Terasa diri memang betul-betul hebat waktu ini. Hakikatnya memang aku hebat pun. Mana taknya, belum sampai setahun aku bekerja sebagai junior writer di Majalah It Girl, sudah 3 kali artikel aku dipilih menjadi artikel utama. Ia memang sesuatu yang mengkagumkan lebih-lebih lagi dengan karenah Ketua Editor kami yang cerewat gila itu. Ada junior writer yang dah 2-3 tahun berkerja di sini pun tak dapat peluang macam aku ni tau! Jadi betullah kata mereka, aku memang hebat!
“Dania, congrats!” Ucap seorang lagi kawan sekerja aku.
“Terima kasih,” jawab aku malu-malu. Berlakon ajelah. Mula-mula ni kenalah merendah diri. Baru junior writer kan. Dah naik taraf jadi senior writer atau kolumnis nanti, barulah buat muka berlagak. Heee...
Beberapa orang lagi rakan sekerja aku datang ke kubikal aku. Ucapan demi ucapan aku terima selepas itu. Lepas semua dah kembali ke tempat masing-masing, aku belek semula majalah It Girl Edisi Julai di atas meja. Tajuk artikel utama yang tertera aku baca perlahan ‘Tampil Bergaya, 10 tips untuk kelihatan sexy, cool dan hebat!’ Inilah artikel yang aku tulis yang Berjaya menarik perhatian ketua editor aku. Memang aku tak sangka, artikel yang aku tulis hanya untuk dimuatkan dalam ruangan santai itu terpilih untuk diletakkan sebagai focus utama dalam edisi kali ini. Sungguh aku bangga!
“Sudah-sudahlah tu beb. Letih aku tengok senyuman plastic kau tu!” Tegur satu suara di meja sebelah aku. Aku jeling dia sekilas sebelum kembali membelek majalah di tangan. Dengki la tu!
“Ini rasanya kalau tak ada orang, mahu kau buat lompat bintang ni kan?” Soal Nana sambil mendekatkan kerusinya ke arah aku.
Aku gelak perlahan. “Bukan takat lompat bintang, menari gangnam style pun aku buat!”
“Weh, dahlah tu. Ada orang tengah pandang kau dengan pandangan tak puas hati tu,” bisik Nana sambil membuat isyarat mata ke arah kubikal di depan kami. Aku angkat kepala dan pandang ke arah yang disebut. Tu dia, satu jelingan maut baru sahaja aku terima daripada musuh ketat aku, Maya. Aku mencebik tak hairan. Ini bukan kali pertama aku dapat jelingan daripada dia. Aku rasa, sejak kali pertama artikel aku terpilih jadi artikel utama, dia dah jadi macam itu. Kes cemburulah ni sebab dia tu dah nak dekat 3 tahun kerja di sini, tapi belum sekali pun artikel dia terpilih jadi artikel utama. Bila aku yang baru setahun jagung ni tiga kali dapat peluang tu, memanglah dia jeles.
“Mak oii, jelingan. Takut mak dibuatnya!” Ujar Nana sambil buat gaya macam orang ketakutan. Aku dah mula gelak. Maya aku tengok dah mula buat muka tak puas hati. Kakinya dihentak-hentak sebelum berlalu pergi ke bilik pantry. Macam budak-budak!
“Rezeki ni Tuhan bagi Cik Maya. Janganlah jeles tak tentu pasal...” Sindir Nana masa Maya melintas di depan meja kami. Sekali lagi, kami dapat jelingan maut. Satu yang aku suka pasal Nana ni, dia kalau tak puas hati macam mana pun, tak pernahlah nak cari pasal gaduh mulut. Habis kuat pun dia jeling-jeling dengan muka tak puas hati dia. Ok juga tu. Tak adalah jatuh reputasi aku sebagai gadis elegan sebab aku ni, kalau dah mula bertekak memang hilanglah keayuan dan kesopanan.
“Psycho!” Ujar Nana.
“Dahlah tu. Macam kau tak biasa pula dengan dia.”
“Serius, aku tak fahamd dengan dia tu.”
“Tak payah susah-susah nak faham. Bukannya dapat duit pun yang kau susah payah nak faham dia tu...”
“Betul juga tu kan. Yang aku susah payah nak faham dia tu apasal?” Soal Nana sambil garu kepala. Aku cuma geleng tengok kelakuan dia. Kawan aku yang seorang nilah...
“Dahlah. Pergi balik tempat kau. Dah nak pukul 5 ni. Kemas apa yang patut, balik!” Aku tolak dia ke arah meja dia. Tapi tak lama lepas tu dia datang balik ke tempat aku.
“Apa lagi?”
Nana sengih. “Beb, malam ni on ke?”
Aku angguk. “Mestilah. Malam minggu kan. Kat dengan Mimi tunggu kita kat tempat biasa.”
“Roy datang?”
Aku angkat kening sebelah. Wajah Nana aku pandang semacam. “Ni apahal pula kau sibuk tanya pasal boyfriend aku ni? Ada skandal ke apa? Jangan buat hal. Tak pasal-pasal aku boleh jadi Hulk nanti!”
“Alah kau ni. Cemburu tak tentu pasal. Aku tanya kot-kot Roy ada, bolehlah suruh dia bawa siapa-siapa kawan dia yang bujang lagi. Boringlah weh pergi clubbing tapi tak ada partner...” Sungut Nana.
“Cis! Boyfriend kau si Fendi tu mana?”
“Dia outstation. Alah, kalau dia ada pun kau ingat dia nak ikut ke?”
Aku ketawa perlahan. Memang tidaklah Fendi tu nak mengikut. Bukan kaki clubbing arkitek mudak tu.
“Kau mintalah Roy ajak kawan-kawan dia. Tak bestlah menari tak ada partner ni. Kau mintalah, eh?” Pujuk Nana.
“Sorrylah, Nana. Roy di Sabah, ada photoshoot. Tonight, only us ladies.”
“Ala...”
Aku angkat tangan dan potong cakap Nana. “Dah...dah. Jangan nak merengek segala. Kalau rasa tak best, duduk rumah.”  Malas nak mendengar dia merengek lagi. Kalau agak-agak bosan nak pergi club hanya sebab tak ada partner dari kromosom XY, duduk sajalah rumah. Aku tetap akan pergi sebab tujuan utama aku ke sana hanya untuk berhibur. Menari dan enjoy malam minggu puas-puas. Aku lagi suka kalau hang-out dengan kawan-kawan perempuan aku. Lagi bebas daripada keluar dengan boyfriend.
“Yalah...aku ikutlah. Nanti pukul 8, aku pergi rumah kau ya? Kita pergi sekali.”
Aku mengangguk setuju. Nana kembali ke tempat dia dan aku kembali membelek majalah di tangan. Sekali lagi aku tersenyum sendiri. Perasaan bangga itu kembali dirasai. Dania Salleh, you are one amazing woman! Hari ini memang hari bertuah aku!
***
Aduh! Baru tadi rasa ini hari bertuah, sekali jadi pula benda macam ini. Aku pandang kertas yang ditampal di pintu lif.
‘Rosak. Sedang dibaiki.’
Cis! Kena mendaki tanggalah nampak gayanya. Hendak tak hendak, aku melangkah ke arah tangga di bahagian tengah bangunan. Aku mendongak ke atas. Hendak menangis rasanya bila melihat anak tangga yang terpaksa aku daki untuk sampai ke unit apartment aku. Nafas aku tarik panjang sebelum kaki memulakan pendakian.
Aku paksa kaki mendaki anak tangga. Mata melirik signboard di tepi. Baru aras 5. Ada lagi 3 aras yang perlu aku lalui sebelum sampai ke unit apartment aku di aras 8. Huwaa...Waktu macam inilah aku rasa menyesal sangat beli rumah kategori apartment ini. Kalau ikut nasihat Kak Dee beli rumah ‘ada tanah’ kan bagus. Keluar kereta aje boleh terus meluru ke pintu rumah. Tak payah nak susah payah pakai access card nak masuk tempat parking segala. Bayaran sewa beli pun tidaklah mencekik darah macam duduk kat sini. Dahlah mahal, itu belum lagi campur dengan bayaran maintenance itu ini. Kadang-kadang rasa macam tak berbaloi aje bayar maintenance mahal-mahal tu tapi servis entah apa-apa yang pihak developer berikan. Contohnya, macam hari inilah. Bulan ini sahaja dah 3 kali lif rosak. Bila aku pergi buat komplen, alasannya ‘ada masalah teknikal’. Technical my foot! Takkan tak elok-elok lagi? Technician mana apa yang mereka upah?
Aku berhenti di aras 6 untuk melepaskan lelah. Inilah bahana kalau jarang exercise. Hendak mendaki tangga ke aras 8 pun semput! Ini kalau Kak Dee nampak, sah-sah dia suruh aku pindah rumah aje. Kalau ikut logik, memanglah harus pindah pun. Sebenarnya, rumah ni bukan dalam kategori mampu milik untuk golongan macam aku ni. Tapi disebabkan nak nampak urban hipster sangat, aku buat tak peduli je. Bak kata orang tua-tua, biar papa asal bergaya. Kalau dihitung, separuh gaji aku habis bayar duit rumah aje. Kereta MyVi yang aku pandu tu, mujurlah dapat belas ihsan Kak Dee. Lepas dia kahwin dengan Abang Nuar setahun lepas, dia bagi aku pakai kereta dia sebab Abang Nuar tu dah ada berbiji-biji kereta. Bayaran bulanan pun dia yang bayarkan. Mulanya aku segan juga, tapi bila fikir-fikir balik, bukannya luak pun duit Kak Dee setakat bayar RM450 setiap bulan pada bank. Walaupun dia tu surirumah sepenuh masa, tapi elaun bulanan yang suami dia beri bukan sikit-sikit. Maklumlah, Abang Nuar tu jurutera kanan di sebuah syarikat Oil and Gas. Bukan sikit-sikit gajinya. Lagipun, aku seorang sahaja adik dia. Kalau tak melabur duit dekat aku, dekat siapa lagi, betul tak?
Aku teruskan pendakian ke aras 8. Kasut tumit tinggi 3 inci aku dah aku buka. Tak larat dah nak mendaki pakai kasut. Hari ni pula, aku gatal nak pakai skirt. Punyalah seksa nak mendaki dengan skirt paras lutut ni! Harap-harap tak adalah sesiapa yang ikut naik tangga waktu ini. Kalau tidak, jatuh merundum saham aku yang sentiasa ayu ini. Aku yakin sangat, rupa aku dah tak serupa orang dah ni. Muka dah tentu berminyak-minyak. Blaus putih gading yang aku pakai ni dah lencun dengan peluh. Rambut dah kusut masai. Arghhh...cepatlah sampai aras 8 ni!
Sebaik sahaja mata aku ternampak angka 8 yang tertera di dinding, aku dah nak menjerit kelegaan. Dah nak je baru. Belum boleh jerit lagi sebab belum betul-betul sampai ke aras 8. Aku terus gigih mendaki dan akhirnya... “Yeay! Aku dah sampai!” Aku menjerit dengan penuh rasa teruja sebaik sahaja kaki aku mencecah lantai aras 8. Rasa nak lompat bintang pun ada sebab penderitaan dah berakhir. Namun memandangkan hari ni pakai skirt, maka lupakan sahajalah niat nak buat lompat bintang tu. Disebabkan tak dapat nak lompat bintang, jadi aku pun menari. Dengan hati riang gembira, aku gelek ke kanan, gelek ke kiri sambil kaki melangkah ke arah lot rumah aku di sebelah kanan. Mulut pula laju menyanyi lagu Hips Don’t Lie. Walaupun suara tak berapa nak sedap, tapi tarian aku tu boleh jugalah buat Shakira makan hati. Ini menurut kata Roylah.
Di aras aku ni, ada 4 unit rumah. Dua di sebelah kanan, dua di sebelah kiri. Tangga yang aku daki tadilah yang menjadi pemisah antara rumah kiri dan kanan. Jiran sebelah rumah aku, pasangan expatriate dari Perancis. Mr dan Mrs LaFluer baru berpindah ke sini 6 bulan lalu. Baik pasangannya walaupun aku tak berapa faham bahasa Inggeris mereka yang pekat dengan loghat Perancis itu. Di lot sebelah kiri, hanya sebuah rumah yang ada penghuni. Yang ni aku musykil sikit statusnya sebab dah hampir setahun aku tinggal di sini, boleh dikira dengan jari berapa kali aku nampak gadis yang tinggal di situ dengan seorang lelaki. Bak kata orang putih, once in a blue moon aje baru aku nampak mereka ni. Yang mengundang kemusykilan aku adalah hakikat yang gadis itu terlalu muda kot untuk lelaki itu. Nak kata anak dengan ayah, tapi siap berpeluk dan cium-cium pipi bagai. Seingat aku, dulu aku dengan arwah papa tak pula macam itu. Nak kata suami isteri, haishh...lelaki tu dah boleh masuk rancangan Kilauan Emas kot. Musykil...musykil.
Rumah sebelah pasangan musykil tu pula memang kosong tak berpenghuni. Dengar cerita dari orang-orang di pejabat developer, tuan punya rumah tu duduk di luar negara. Kerja di US dalam bidang hiburan. Ini jenis manusia yang suka kumpul assetlah kiranya. Bujang lagi. Mereka pernah jumpa sekali masa hari nak serah kunci. Itu sebelum aku pindah kat sinilah. Jadi aku pun tak tahulah macam mana rupanya owner lot tu. Tapi kalau dah bujang, duduk pula luar negara, ada duit banyak, mestilah dia bujang terlajak kan? Entahkan sama aje usianya dengan pasangan musykil sebelah rumah dia.
Aku buka bag tangan LV aku untuk mencari kunci. Tengah aku selongkar bag tangan yang ada macam-macam khazanah tu, aku terdengar pintu rumah yang bertentangan dengan unit aku dibuka. Aku sangkakan pasangan musykil itu jadi aku buat tak tahu sahaja hinggalah aku terdengar hingar bingar suara orang bercakap. Aku menoleh. Aku mula hairan bila melihat sekumpulan wanita yang seksi bukan main keluar dari unit apartment yang selama ini kosong tanpa penghuni itu. Siapa pula mereka ni?
Ada lebih kurang sepuluh orang semuanya. Mereka berkumpul beramai-ramai di hadapan tangga sambil mengucapkan ‘bye’ kepada seseorang. Kemudian seorang demi seorang turun melalui tangga dan serentak itu aku terdengar seorang lelaki bersuara, “Ok, girls. Jumpa esok. Please be prepared. I tak larat nak layan karenah you all seorang demi seorang.” OMG, suara siapakah itu?

Mata aku mula mencari gerangan dia yang bersuara. Bila wanita terakhir turun, pandangan aku tertancap pada seseorang yang sedang berdiri berpeluk tubuh di sebelah tangga. Nafas rasa tersekat. Ok, agaknya inilah yang dimaksudkan dengan jatuh rahang sebab aku yakin sangat mulut aku tengah menganga sekarang ni. Aku bukan tak pernah tengok lelaki handsome. Roy, boyfriend aku tu model ok! Pernah masuk dalam Cleo’s 50 Most Elegible Bachelor lagi (itu sebelum bercinta dengan akulah). Tapi yang kat depan aku ni? OMG! Dari mana pula munculnya manusia paling seksi ni?
Tengok kulit, rasanya bukan  Melayu tulen. Kalau tak dengar dia bercakap tadi, mati-mati aku ingat orang putih. Mesti kacukan sebab handsome dia ni bukan handsome lelaki Melayu. Bibirnya kemerahan. Matanya redup mengoda. Rambutnya yang pendek dan tercacak-cacak, menambahkan lagi ciri-ciri kehenseman lelaki ini. Dan yang paling menarik perhatian aku, tu, lekuk di dagu. Bila dia senyum macam sekarang ni, menyerlahkan lagi ketampanannya.
Ok, Dania. Rileks. Tarik nafas, hembus. Tarik, hembus. Ingat, kau perempuan elegan ok. Jangan nak tunjuk sangat muka-tak-pernah-tengok-orang-handsome waktu macam ini!
“Hai, tinggal sini ke?”
OMG! Suara memang stok boleh buat jiwa bergetar ni. Serak-serak basah gitu. Kalah suara garau Roy!
“I’m your new neighbour, Dean. And you are?”
New neighbour? Aku pandang ke arah pintu rumah bertentangan yang terbuka. Eh, itu rumah bujang terlajak yang duduk luar negara tu. Kemudian aku pandang semula lelaki bernama Dean itu. Ini bukan spesis bujang terlajak ni lagi ni. Ini dah bujang idaman Malaya! Ini kalau tak berhati-hati, mau cintaku beralih arah ni! Tiba-tiba aku teringatkan sekumpulan wanita-wanita cantik yang baru sahaja keluar dari pintu rumah tadi.
Aku pandang dia sekali lagi. Kali ini sedalam-dalamnya. Dia cuma pakai sehelai t-shirt biru dipadankan dengan sehelai jeans lusuh dan hanya berkaki ayam! Aku telan liur. Tiba-tiba rasa takut. Muka dia yang kacak tadi nampak keletihan sebenarnya. Rambut dia yang tercacak-cacak tu kalau dibelek betul-betul ada gaya macam ditarik-tarik dan diramas orang. Saat itu mata aku ternampak kesan calar di lehernya. Kulit dia yang putih melepak itu membuatkan kesan calar itu nampak kemerahan. Dan tiba-tiba aku teringatkan kata-kata dia tadi, “Ok, girls. Jumpa esok. Please be prepared. I tak larat nak layan karenah you all seorang demi seorang.”
Aku dah macam nak pitam. Rambut kena ramas, leher bercalar macam kena cakar, perempuan ramai-ramai keluar dari rumah dia ditambah pula ayat penyata dia tak larat nak layan karenah perempuan-perempuan itu... Oh no, ni lelaki spesis apa ni?
Kejap, kalau ikut cerita akak-akak yang kerja pejabat developer tu, tuan punya lot tu kerja dalam bidang hiburan di US. Kalau tengok wanita-wanita yang keluar dari apartment dia tadi, memang ada gaya mereka yang terlibat dalam bidang itu pun. Aku tahulah sebab aku biasa handle model-model yang jadi penghias kulit It Girl. Semuanya cantik dan yang pasti, seksi. Aku jadi terkedu. Sah! Aku tahu sangat ini lelaki spesis apa. Kalau dah biasa kerja kat luar negara lepas tu di kelilingi wanita-wanita cantik macam itu tambah pula dengan keadaan diri dia yang ala-ala baru keluar bilik tidur ni, tak ada lain mesti pengiat seni berhaluan kiri! Erk.... producer filem biru ke makhluk ni? Tidakkkk. Aku tak rela! Ini satu pembaziran kepada kaum wanita okay! Huwaa...



16 comments:

ISHA IDIAZ said...

Nice beginning. Macam Isha cakap hari tu, sakit hati dengan lelaki tu. Huhu. Btw kak, rasa ada typing error ejaan cket kot. Overall nice! Awesome! Looking 4 the nxt chapter. :-)

NurAtiZa said...

Best...
Ada ejaan yang salah dan ayat yang tunggang terbalik...
Teruskan berkarya... #^_^

Julia Esqa said...

hahaha.. suka.suka.suka!! suka ngn karier dia tu... pernah berangan nk jadi penulis utk majalah :P

pena tumpoi said...

Jatuh rahang tgk pic Dean tu. Tergoda dgn panahan matanya. Auw!

FirasFirzana said...

suka..suka..suka...ada kesan calar kat leher...erkk heheheheh

Anonymous said...

I like the storyline... But would love a twist in the story.... Sbb mcm dah boleh baca sikit2 where it's heading to... Would love surprises... Pls by all means....

Farahusain said...

Thanks Isha. :D
Ini raw lagi. So mmg ada error typing here and there. Heheh..sorry.

Farahusain said...

Thanks NurAtiza. Ayat tunggang terbalik? Erkkk...

Farahusain said...

Jadi penulis utk majalah byk dugaannya...

Farahusain said...

Amboi... Sampai jatuh rahang ye? Heheh

Farahusain said...

Kenapakah bercalar? Heheh.. We wait and see

Farahusain said...

Thanks anon. I will try not to dissapoint you. :)

Unknown said...

best le nak lagi boleh.

Ruunna Qizbal said...

best sngat2 cita nih.. sya suka22222...
hehe

Anonymous said...

bila nk sambung....berjanggut dah tunggu ni..x silap ceta ni sampai bab dua je...:(

Ann.Awa said...

Bla nak sambung cite nie sys...