Intan payung kami...

Sunday 17 June 2012

Teaser : My 17teen Secret





Andai diberi peluang untuk mengulangi zaman persekolahan, apa yang aku hendak ubah?

1.    Ubah aliran! Jangan ambil kelas sains! – Walau pun jadi pelajar sains dikagumi, tapi sangat seksa belajar sesuatu yang aku sendiri tak suka. Kalau setakat mahu popular, baik lupakan.
2.    Jangan-bercinta-masa-belajar! – buat penat jer bercinta, sudahnya habis sekolah bawa haluan masing-masing.
3.    Jadi ulat buku. – Supaya lulus peperiksaan dengan cemerlang dan aku dapat sambung belajar di luar Negara.
4.    Pastikan semua kerja sekolah siap. –Benci bila setiap pagi datang sekolah asyik risaukan kerja sekolah yang tak pernah siap. Pada hal, kerja sekolah tu mudah je (Untuk orang yang berumur macam aku sekarang ni).
5.    Jangan-jadi-pelajar-popular! - Banyak sangat orang cemburu dan kebanyakan akan mendoakan yang tidak baik, dan sudahnya aku terus terperangkap dalam kehidupan yang di sumpah ini.
6.    Jangan berkawan dengan SHAHIRA! – Dia ni, musuh dalam selimut, gunting dalam lipatan, api dalam serkam, ada udang di sebalik batu. Kerana dia aku ditimpa kesusahan masa sekolah dulu. Dia memang perempuan tak bermaya tetapi jahat!
7.    Buat baik dengan Cikgu Hazam dari awal - Sebab dia akan jadi abang ipar aku yang paling menyakitkan hati ketika umur aku 25 tahun nanti. Kalau dari awal aku buat baik dengan dia dan kenenkan kakak aku mesti dia akan berterima kasih pada aku sampai bila-bila.
8.    Jangan-sesekali-ikut-fesyen-90-an ketika bergambar! – Aku menyampah tengok gambar zaman dulu-dulu. Malu nak tengok muka sendiri!
9.    Jangan tergilakan mana-mana artis lelaki pada zaman tu. – Sebab rata-rata sekarang mereka tak popular, dah tak kacak dan tenggelam.
10.    Jangan sesekali terpikat dengan lelaki yang popular di sekolah! – Sebab sepuluh tahun akan datang, dialah lelaki yang paling hampes dan langsung tak kacak!
11.    Cari pelajar lelaki yang skema dan sangat cerdik, dan booked dia sebagai bakal suami sepuluh atau lima belas tahun akan datang – Sebab mereka ni bakal menjadi lelaki yang berjaya dan bakal bergelar CEO.
12.    Cari Daniel! – Hasut dia supaya JANGAN jadi model! Jadilah pilot ke, doktor ke (doktor tak payahlah, sibuk sepanjang masa nanti) emmm… jadi engineer ke, bussines man ke…

7 comments:

pena tumpoi said...

wah!!!! dah keluar, x sabar nk tgu ceritanya :)

pena tumpoi said...

wah!!!! dah keluar, x sabar nk tgu ceritanya :)

yoyo_icecube said...

perg...bunyi cam novel remaja omputih lah...tak sabar nk baca..^^

Hasif Hamsyari said...

menarik ni!

sweetrose maria said...

wah, baca teaser pun dah menarik..tak sabar pulak nak baca ceritanya..^_^

Juliaesqa said...

Pena - terima kasih for support us!! :)

q.min.z - erkk.. takut lak tak tercapai harapan q..huhu.. kita cuba tengok dulu yer :P

Hasif - Wahh.. ada singgah sini rupanya, terima kasih yer jengguk akak2 kat sini :P

Sweetrose - hehe... harap2 begitulah tapi kalau tak memenuhi kehendak jgn baling batu tau.. :P

FirasFirzana said...

Sedang menunggu bab 1:) hehehhe