“Ya Allah, Qalisha. Apa
lagi yang tak kena ni? Bagi susu tak nak minum. Makan tak nak. Pampers dah siap
tukar pun. Kenapa yang tak berhenti menangis ni?” Suara aku sama naik dengan
tangisan Qalisha. Sedang aku sibuk memujuk anak manja ini berhenti menangis,
aku terdengar pintu rumah aku diketuk dari luar.
“Siapa sajalah yang datang
malam-malam ni! Tak sesuai betullah!” Bentak aku. Aku melangkah ke arah pintu.
Melalui peep hole di pintu aku cuba melihat siapa di luar. Terkejut sekejap
bila melihat wajah lelaki serabai di sebelah rumah berada depan rumah aku.
Risau juga aku. Entahkan hendak buat benda jahat. Muka dia itu, walaupun boleh
tahan tapi bukan boleh dipercayai sangat. Nak buka ke tak nak?
Tangisan Qalisha semakin
menjadi-jadi. Yang mamat serabai di luar rumah pun bukan main galak lagi ketuk
pintu rumah aku. Lagi kuat Qalisha menangis, lagi kuat dia ketuk. Tak boleh
jadi ni!
“Nak apa?” Aku jerit tanya
dia.
“You dera budak ya kat
dalam tu?” Dia balas dari luar.
What the hell? Dia tuduh aku mendera
budak? Hello, saudara. Sekarang ni budak ini yang mendera aku tahu! Tanpa fikir
panjang, aku terus buka pintu.
“Apa dera-dera?” Aku jeirt
tanya dia. Terpaksalah menjerit sebab suara si Qalisha ini kuat sangat. Tidak
letih-letih ke apa budak ini menangis dari tadi?
Dia pandang muka aku
kemudian pandang Qalisha.
“Lain kali kalau tak reti
jaga anak, jangan beranak!” Dia terus ambil Qalisha dari pegangan aku.
Aku buntang mata pandang
dia. Aku yang muda belia dan solid molid ni dikatanya ibu kepada Qalisha? Oh,
melampau sungguh! Baru sahaja aku hendak buka mulut balas kata-kata dia, dia
terlebih dahulu menyoal aku macam-macam.
“Dia dah menyusu? Dah
makan? Pampers dia bersih ke tak? Perut dia dah check kot masuk angin ke?”
“Err...” Terkedu sekejap
aku. Biar betul kasanova perasan handsome ni?
Dia menggeleng bila tengok
muka blur aku. “Seriously, kalau tak tahu jaga anak, kenapa beranak?”
Dan saat itu darjah
kemarahan aku naik serta merta!
6 comments:
cam best jek..
Best....#^_^
Yeaayyyyy...akhirnya :)
Tak sabar nk jumpa ngn Dean si penganggur... :P (saya nk bayangkan dia Fahrin Ahmad :P)
i like.oh yeah :)
bila nak start cerita ni? :p
Post a Comment