Intan payung kami...

Wednesday 20 June 2012

Teaser : Aku, Dia dan Baby Q


“Ya Allah, Qalisha. Apa lagi yang tak kena ni? Bagi susu tak nak minum. Makan tak nak. Pampers dah siap tukar pun. Kenapa yang tak berhenti menangis ni?” Suara aku sama naik dengan tangisan Qalisha. Sedang aku sibuk memujuk anak manja ini berhenti menangis, aku terdengar pintu rumah aku diketuk dari luar.
“Siapa sajalah yang datang malam-malam ni! Tak sesuai betullah!” Bentak aku. Aku melangkah ke arah pintu. Melalui peep hole di pintu aku cuba melihat siapa di luar. Terkejut sekejap bila melihat wajah lelaki serabai di sebelah rumah berada depan rumah aku. Risau juga aku. Entahkan hendak buat benda jahat. Muka dia itu, walaupun boleh tahan tapi bukan boleh dipercayai sangat. Nak buka ke tak nak?
Tangisan Qalisha semakin menjadi-jadi. Yang mamat serabai di luar rumah pun bukan main galak lagi ketuk pintu rumah aku. Lagi kuat Qalisha menangis, lagi kuat dia ketuk. Tak boleh jadi ni!
“Nak apa?” Aku jerit tanya dia.
“You dera budak ya kat dalam tu?” Dia balas dari luar.
What the hell? Dia tuduh aku mendera budak? Hello, saudara. Sekarang ni budak ini yang mendera aku tahu! Tanpa fikir panjang, aku terus buka pintu.
“Apa dera-dera?” Aku jeirt tanya dia. Terpaksalah menjerit sebab suara si Qalisha ini kuat sangat. Tidak letih-letih ke apa budak ini menangis dari tadi?
Dia pandang muka aku kemudian pandang Qalisha.
“Lain kali kalau tak reti jaga anak, jangan beranak!” Dia terus ambil Qalisha dari pegangan aku.
Aku buntang mata pandang dia. Aku yang muda belia dan solid molid ni dikatanya ibu kepada Qalisha? Oh, melampau sungguh! Baru sahaja aku hendak buka mulut balas kata-kata dia, dia terlebih dahulu menyoal aku macam-macam.
“Dia dah menyusu? Dah makan? Pampers dia bersih ke tak? Perut dia dah check kot masuk angin ke?”
“Err...” Terkedu sekejap aku. Biar betul kasanova perasan handsome ni?
Dia menggeleng bila tengok muka blur aku. “Seriously, kalau tak tahu jaga anak, kenapa beranak?”
Dan saat itu darjah kemarahan aku naik serta merta!


6 comments:

nadin nadhirah said...

cam best jek..

NurAtiZa said...

Best....#^_^

FirasFirzana said...

Yeaayyyyy...akhirnya :)

Juliaesqa said...

Tak sabar nk jumpa ngn Dean si penganggur... :P (saya nk bayangkan dia Fahrin Ahmad :P)

pena tumpoi said...

i like.oh yeah :)

pena tumpoi said...

bila nak start cerita ni? :p