Bab 13
Pagi
tadi aku datang kerja dengan gembira, lepas tu aku tak gembira dan sekarang aku
gembira balik. Tak sangka dalam teruk Encik Amar tu ada juga baiknya. Aku
tersenyum sendirian menatap skrin komputer. Tiba-tiba sahaja mood untuk buat
kerja jatuh merundum sekarang mood hendak bercuti pula datang. Aku segera mencapai telefon bimbit
kemudian segera menaip pesanan ringkas untuk Yatie dan Hara…
“Kau orang, aku ada berita gembira. Kalau nak tahu
syaratnya kau orang kena apply cuti selama dua hari, khamis dan jumaat ni.’ Aku tersenyum puas kemudian menekan tanda ‘send’.
Tidak
sampai beberapa minit telefon bimbit aku berbunyi…
‘Kau nak kahwin ke?’ – Yatie
‘Ada anak raja datang pinang kau ke?’ – Hara
Aku
mengekek. Kemudian tekan tanda ‘reply’
‘Dah apply cuti ke belum?’ kemudian aku menekan tanda ‘send’.
Aku
ketawa lagi, seronok kenakan budak berdua ni. Selama ni kau orang nak mainkan
aku dengan kiriman bunga kan, kali ni kau orang rasa!
Aku
perasan Suhaila mencuri pandang pada aku. Mungkin dia tertanya-tanya kenapa
muka aku ceria semacam. Atau mungkin dia bertanya-tanya sama ada aku
dipindahkan ke Sarawak atau pun tidak. Tak apa Suhaila, kau nak lapor apa
sahaja pada Encik Amar pun aku tak kisah, sebab pertama… Encik Amar nak taja
percutian aku dan sebab kedua… balik bercuti nanti aku akan cari kerja lain!
“Su…”
panggil Encik Amar di muka pintu biliknya. “Awak dah siap?”
“Siap?”
Suhaila terpinga-pinga memandang wajah Encik Amar.
“Kan
kita ada lunch dengan klien hari ni, saya nak awak ikut sama.
Kenal-kenal dengan mereka, nanti senang nak buat kerja.”
Encik
Amar dan Suhaila nak keluar? Wah! Seronoknya. Aku mencuri pandang pada Kamilah
dan Nina. Serentak mereka juga memandang aku. Dari riak wajah mereka aku tahu
mereka gembira. Mana tidaknya, Suhaila punya tegas dan poyo mengalahkan bos
besar! Kalau budak berdua tu buka facebook
mesti dia akan mula mengarah itu ini sedangkan bukan ada kerja sangat sekarang
ni.
Aku
menoleh pada Suhaila, kami bertentang mata. Dia tersenyum seakan mengejek pada
aku.
“Kita
lunch kat mana bos?” Tanya Suhaila
pada Encik Amar.
Encik
Amar menghembus nafas, “Awak book
mana-mana hotel. Special sikit tau.”
Pesan Encik Amar.
Aku
dapat lihat hidung Suhaila mula mengembang, huh! Banggalah konon tu. Ada aku
kisah kau nak makan kat mana dengan siapa? Kau berdua tak ada di pejabat sudah
lebih seronok dari pergi makan dengan klien yang mengada-ngada tu. Asal bagi
projek je nak minta belanja sana-sini.
Aku
membiarkan Suhaila dengan perasaan syok sendirinya. Aku terus menanti balasan
dari Yatie dan Hara. Lambat pula kali ni, selepas lima belas minit telefon
bimbit aku berbunyi.
“Okey, nasib baik aku dapat cuti. Kalau berita tu tak
gembirakan aku siap kau!’ – Hara
Selang
beberapa minit aku terima pula pesanan ringkas dari Yatie berbunyi – ‘Aku ambil unpaid leave tau! Kalau aku tak
gembira dengan berita kau tu kau kena bayar dua hari aku tu!
Aku
ketawa mengekek kemudian membalas – Percayalah,
kau akan peluk aku bila aku bagi tahu kau orang. – Hantar.
‘Bagi tahulah sekarang.’ – Yatie
‘Tak kuasa aku nak peluk kau!’ – Hara
‘Aku bagi tahu kat rumah nanti.’ – hantar kepada Yatie
‘Fine! Kalau kau tiba-tiba peluk aku kau kena belanja
aku makan pizza dua keping. Large!’
– hantar kepada Hara.
‘Fine!’ –
Yatie dan Hara.
Aku
letak telefon bimbit dalam laci. Terlihat Suhaila sudah pun berkemas-kemas mahu
keluar dengan Encik Amar.
“Nadia,
kalau ada apa-apa urgent kau telefon
aku nanti.” Pesan Suhaila sebelum keluar.
Sebaik
sahaja mereka keluar aku, Kamilah dan Nina bersorak gembira. Masing-masing
segera membuka laman sosial. Bila hati gembira, masa berlalu pun aku tak sedar.
Bila aku pandang jam di dinding dah hampir pukul satu tengahari. Yeh! Dah nak
masuk waktu rehat. Waktu rehat nanti aku nak minta Kamilah tolong tapau nasi,
aku nak cari maklumat pakej percutian di Pulau Perhentian. Sedang aku asyik membelek dari satu
laman sesawang ke laman sesawang lain, tiba-tiba telefon di meja aku berbunyi,
aku segera angkat.
“Kak
Nadia, ada orang nak jumpa akak.” Terdengar suara Ain gadis penyambut tetamu.
“Siapa?”
Aku tengah sibuk membelek facebook
ada pula yang nak datang kacau.
“Delivery boy.”
“Nak
hantar bunga ke?”
“Entah,
tak nampak bunga pun.” balas Ain.
“Baiklah.”
Aku segera letak telefon dan bergegas turun. Apa pula Yatie kirim ni?
Sebaik
sahaja aku sampai di lobi aku lihat budak lelaki yang pertama kali hantar bunga
dulu tersenyum pada aku.
“Kak,
seperti biasa tanda tangan kat sini.” Budak itu hulur resit penghantaran pada
aku kemudian dia mengeluarkan sekuntum bunga ros yang dibalut dengan kertas
yang sama. Hari ni bukan isnin, kenapa dia bagi bunga? Aku merenung bunga ros
itu dengan penuh tanda tanya, kenapa Yatie nak bazirkan duit ni?
Cukup-cukuplah, aku dan Imran pun dah putus.
“Kak..”
panggil budak itu sekali gus mematikan lamunan aku. Aku terus menyambut borang
itu dan menurunkan tanda tangan. Ain tersenyum-senyum memandang aku.
“Dik,
boleh akak tanya?” Aku memandang wajah budak itu dengan serius.
“Tanyalah
kak.” Budak lelaki itu tersengih.
“Siapa
yang kirim bunga ni?”
Wajah
budak itu kelihatan serba salah, “Rahsia, kak.” Dia tersengih lagi.
“Alar,
nak rahsia apanya. Cakaplah siapa?” aku cuba memujuk. Memang aku yakin sangat
bunga ni Yatie dan Hara yang hantar. Tapi… entah kenapa hati aku tetap gatal
nak merisik dengan budak penghantar ni.
“Bahaya
kak, kalau saya bocor rahsia nanti saya kena buang kerja, sebab tak amanah.”
Balas budak lelaki itu lagi, kali ini wajah dia serius.
Mahu
tergelak pun ada, tapi aku tetap nak menguji budak ni. “Okey, adik cakap lelaki
atau perempuan je. Lepas tu akak tak tanya lagi.” aku cuba memujuk,
menaik-naikkan kedua keningku padanya.
Budak
itu menghela nafas berat, biji halkumnya kelihatan bergerak-gerak. Dia menoleh
ke kiri dan kanan, sebaik sahaja dia melihat wajah Ain dia segera menarik aku
berada jauh sedikit. Wah, rahsia sungguh ni.
“Lelaki.”
Bisik budak itu di telingaku.
Aku
tersentak, memandang curiga pada budak itu. “Cakap betul-betul dik, perempuan
kan?”
Budak
itu menggeleng, “Lelaki..” sekali lagi dia berbisik.
“Dia
datang kedai adik ke?” aku pula berbisik.
Dia
mengangguk, kemudian menggeleng. “Kedai bos saya, saya ni cuma tukang hantar
je. Saya belajar kolej lagi mana mampu nak buka kedai bunga kak.” Hesy, budak
ni nak buat lawak pula. Aku menahan senyum, itu aku tahu. Tengok gaya pun aku
tahu budak ni tak mungkin pemilik kedai bunga.
“Lelaki
ni datang setiap pagi isnin hantar kad kecil ni dan bos saya dah tahu bunga
mana nak dihantar. Lepas bagi kad kecil tu dia terus keluar tak ada cakap apa
pun.” Jelas budak itu lagi.
“Tapi
hari ni bukan Isnin?”
Budak
itu mengangguk. “Saya ada dengar dia cakap akak tengah bersedih, jadi dia nak
gembirakan hati akak.”
Aku
menghela nafas perlahan. “Siapa pula lelaki tu?” Aku mengaru kepala.
“Peminat
akak lah.” Jawab budak tu tersengih-sengih.
“Hensem
tak?” Aku tersenyum nakal menaikkan kedua kening.
Budak
lelaki itu mencemik, “Tak.”
“Hah?
Tak hensem?”
“Bolehlah…
tapi bukan hensem sangat pun.” Jawab budak itu acuh tak acuh.
“Boleh
bagi alamat kedai adik?” aku segera menghampiri meja Ain minta sehelai kertas
darinya.
“Erkk…
saya lupa alamat.” Jawab budak itu gugup.
“Bohong!”
aku bersiap sedia untuk mencatat alamat.
“Tak
boleh lah kak, ni pun saya dah banyak bocor rahsia ni. Kalau dia nampak akak
datang kedai kami naya saya kak. Kesianlah saya, susah tau nak dapat kerja
sambilan yang gaji mahal sekarang ni.” Rayu budak itu.
Alahai
kesihan pula aku tengok muka pucat dia. Aku serahkan balik kertas pada Ain.
“Okey, tapi boleh tolong akak tak?”
“Apa
lagi kak?” Budak itu menarik wajah masam.
“Bagi
tahu kat lelaki tu, esok akak cuti… emmm.. selama seminggu. Jadi bagi tahu dia
jangan hantar selama seminggu ni. Nanti membazir je.”
“Akak
nak pergi mana?”
“Lari.”
Jawab aku sekadar mengusik.
“Lari
ke mana?” wajah budak itu kelihatan serius percaya dengan kata aku.
“Akak
cuti, nak rehatkan minda.”
“Wah,
bestnya cuti kat mana?” sampuk Ain.
“Itulah,
akak tengah fikir ni. Ain pernah pergi Pulau Perhentian tak?” aku memandang
Ain, terlupa seketika dengan budak penghantar itu.
“Pernah,
best kak. Kalau akak nak pergi nanti saya bagi contact nombor orang yang susun
percutian tu.” Ain membelek-belek bakul kecil di atas mejanya yang mengandungi
bermacam jenis kad. “Ini dia..” sekeping kad putih di hulur padaku.
“Hari
tu saya menginap kat Shari La Resort, best juga kat situ.” Jelas Ain lagi.
Aku
membelek nama pemilik kad itu, “Terima kasih Ain, nanti kalau akak nak ke sini
akak hubungi orang ni.” Aku ingin melangkah pergi, tiba-tiba aku teringat
sesuatu… “Budak tu dah balik ke?” aku bertanya pada Ain.
“Dah,
macam lipas kudung dia lari tadi, mesti takut kalau akak tanya banyak lagi tu.”
Ain tergelak kecil, aku turut sama ketawa dan terus berjalan menghampiri
tangga.
“Kak.”
Panggil Ani mengamit aku menghampirinya. Aku berhenti melangkah memandang
kehairanan.
“Nanti
kalau akak sampai sana, akak sebut nama Ain tau… nanti orang ni boleh bagi
diskaun kat akak.” Ain tersenyum meleret.
“Betul
ke ni?” soal Aku terperanjat. Ain mengangguk.
“Terima
kasih banyak-banyak! Sayang Ain!” aku terlonjat gembira.
“Ala…
itu saja yang saya mampu buat untuk gembirakan akak. Sedih pula saya tengok
akak asyik murung je akhir-akhir ni.” balas Ain berwajah simpati.
Aku
tersenyum, “Jangan risau… balik cuti ni akak mesti gembira macam dulu.”
“Pastikan
cari penganti kat sana ya!” pesan Ain.
“I will!” aku terus meninggalkan Ain.
Bersambung pada pagi esok..... :) Janji! Insya-ALLAH :). Terima kasih semua kerana sudi melayan BCTDB!
(>‿♥)
9 comments:
Tetibe nyammpah gila ngn suhaila tu.. Nadia ni.. Kna kuatla xpyh pikir pasal imran tu.. Xkmana pon dia ngn maisara tu nti.. Eii, nympah!
Gediklah Suhaila tu...
Story ni best...tak sabar nak tunggu next entry...#^_^
weee... bercuti! tapi, bila baca fasal mamat hantar bunga yg tak berapa hensem tu, mulut dah cakap, "alahhhhhh..." nak yg hensem je. hahaha :P
aaaaa knpom jmpe jodoh kt pulau perhentian nnti kan kan kan :)
Mizz acu - tak jumpa pganti lagi tu.. nnti dah jumpa sekelip mata jee Imran lenyap.. haha..
NurAtiza - Terima kasih, nanti sambung ya.. :)
Hanny - hahaha.. tunggu nnti jgn terkejut..haha. :P
Syira - kikiki... :P, jodoh ni kadang2 kena cari, tak boleh tunggu je nnti lambat sampai.. hehe.
wohohoo!!!! *buat lompat bintang*
Caya lah Nadia.
kenapa aku macam nak terasa je dengan komen ko pada Syira Destroyer tu? Cis betul!
Pena Tumpoi - hehe...
Farah Husain - haha.. jgnla terasa, tuju kat Nadia je.. hahaha.
wah, semangat betul Nadia nak p bercuti ya..selamat bercuti ya Nadia, moga2x happy dan dapat jumpa prince charming kat sana ya..hehehe..^_*
Post a Comment